Buku santapan rohani yang menarik untuk dibaca - Cerita Cinta Surirumah

Wednesday, 30 May 2018

Buku santapan rohani yang menarik untuk dibaca

hi there, kalau korang nak mencari buku buku agama versi ringan untuk dibaca, mudah difahami dan menyegarkan jiwa, bolehlah cuba cuba risik risik di laman web karangkraf online ... kalau korang beli kebetulan masa jualan gudang atau diskaun habis habisan, boleh dapat harga awesome ... mrs pip sempat beli 3 buah buku santapan rohani di karangkraf mall tidak berapa lama dulu, memang harga berbaloi sangat ...

Buku santapan rohani yang menarik untuk dibaca 

Buku Tahfiz Junior

Buku Tahfiz Junior

Buku Tahfiz Junior ni mrs pip beli pada harga RM12.75 , harga asal RM18.00 (untuk Sabah Sarawak) ... buku ni ajar pembaca yang baru nak berjinak jinak menghafal al-quran, so ada method macam mana nak belajar menghafal al-quran ... di dalamnya ada disediakan beberapa surah pilihan untuk dihafal buat permulaan ... mrs pip nak sangat hafal surah al-mulk tu, so doa doakan mrs pip mampu menghafal surah al-mulk tu ya ... 

banyak lagi surah nak hafal, tapi salah satu surah yang nak sangat mrs pip cuba hafal ialah surah al-mulk tu ...ada 30 ayat kena hafal ... korang berjaya tak hafal surah al mulk ni? share lah tips korang mcm mana korang dpt hafal surah al-mulk tu, jeles tau mrs pip masih tak berjaya hafal surah ni.

Buku Taubat Pasport ke Syurga

Buku Taubat Pasport ke Syurga

buku Buku Taubat Pasport ke Syurga mrs pip beli tahun lepas, dan jangan terkejut, mrs pip berjaya beli pada harga RM1.00 sahaja sewaktu jualan gudang online kalau tak silap (harga asal RM11.00) ... buku ni seperti dah nama tajuknya, bercerita mengenai taubat, memahami apa itu taubat dan bagaimana cara untuk bertaubat ... semoga kita semua sentiasa mendekatkan diri dgn Allah melalui taubat dan semoga taubat kita diterima oleh sang pencipta ... amin.

Buku 55 Kisah dari Hadis

Buku 55 Kisah dari Hadis

buku Buku 55 Kisah dari Hadis pula harganya RM23.00, tapi waktu beli online tu ada diskaun, so dapatlah beli pada harga RM17.00 ... buku ni banyak cerita menarik di dalamnya ... dan yang paling mrs pip tak lupa ialah dalam buku ni lah mrs pip dapat tahu makanan pertama ahli syurga ... hah! masuk2 ja syurga, makanan pertama yang ahli syurga makan ialah >>>> nak tahu, boleh baca di sini dalam entry sebelumnya <<< ....

selain tu ada juga cerita mengenai isra' mikraj nabi Muhammad SAW sehingga beliau bertemu Allah SWT dan banyak lagi kisah kisah menarik yang lain dikongsi di dalam buku ni ... 

mrs pip berharap kita semua mendapat keredhaan Allah SWT sempena bulan puasa yang mulia ni, disamping memperbaiki dan memperbanyakkan amalan yang baik ... jaga diri jaga kesihatan ... 

salam Ramadhan semua.

cheers.

2 comments:

  1. Nice sharing mrs pip.. Buku-buku yang sangat berbaloi untuk dimiliki.. Time sale memang untung membeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip ni beli mmg tunggu sale ... dpt harga murah2...

      Delete