Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 30 April 2018

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khusus untuk golongan belia dan pasangan muda. Memiliki rumah sendiri adalah impian bagi setiap belia yang telah bekerja, begitu juga dengan pasangan yang telah berkahwin, apatah lagi buat pasangan muda.

Teringat ketika mrs pip menghadiri expo perumahan dan hartanah di Kota Kinabalu satu ketika dulu, sangat sukar untuk memiliki rumah idaman kerana kos harga rumah yang agak mahal dan bayaran deposit rumah yang tinggi.

Apabila Mrs Pip terbaca mengenai  Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khusus untuk golongan belia dan pasangan muda, berasa tertarik untuk berkongsi maklumat mengenai program tersebut.

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Sumber Gambar : Google

Buat warga kota Kuala Lumpur, sememangnya agak bertuah kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sangat prihatin dalam usaha memberikan kemudahan mendapatkan rumah impian melalui Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Apa itu Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
 Sumber Gambar : Google

Rumah Transit merupakan kemudahan yang disediakan oleh pihak DBKL kepada golongan belia dan pasangan muda yang baru berkahwin, tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Dan dalam usaha golongan belia dan pasangan baru berkahwin ini menanam impian untuk memiliki rumah sendiri, DBKL menyediakan rumah sementara yang disewakan kepada golongan belia dan pasangan baru berkahwin pada kadar berpatutan, dan dalam hal ini sebanyak RM800 sebulan dan perlu didiami selama 5 tahun. Namun, RM300 sebulan daripada bayaran sewa tersebut akan dikembalikan kelak kepada penyewa selepas tamat tempoh sewa iaitu selama 5 tahun.

Dan duit terkumpul ini (forced savings) akan digunakan sebagai duit deposit dalam membantu mereka untuk membeli dan memiliki rumah idaman sendiri.

Dalam konteks yang lain, sambil menyewa rumah, sambil menabung / menyimpan duit deposit. Dan bagi pendapat peribadi Mrs Pip, ianya program yang menarik kerana biasanya, kita membayar sewa rumah secara bulanan dan selepas tamat sewa rumah, tiada sebarang wang akan dikembalikan kepada penyewa, dan sangat berbeza dengan inisiatif DBKL yang ingin membantu penyewa 'menyediakan duit deposit' melalui sewaan Rumah Transit dan selepas tamat sewa rumah 5 tahun, sejumlah wang akan dikembalikan sebagai deposit untuk membeli rumah idaman kelak.

Projek Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut bakal menjadi rumah transit pasangan muda pertama di ibu negara apabila pembinaannya siap pada tahun hadapan iaitu tahun 2019.

Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Sumber Gambar: Google

Mengikut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pangsapuri dengan 1,200 unit dibina khusus bagi golongan belia dan pasangan muda yang baru berkahwin dan belum memiliki kediaman sendiri

Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas 5.51 ekar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.

Di bawah Program Rumah Transit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, penyewa perlu membayar kadar sewa RM800 sebulan selama lima tahun kepada DBKL yang mana RM300 daripada jumlah itu akan disimpan untuk penyewa dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila penyewa sudah mampu membeli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) nanti. 

Selain itu, menurut Menteri Wilayah Persekutuan lagi, konsep rumah transit ini bersifat penyelesaian jangka pendek, namun diharapkan dapat meringankan beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingkat hasil pengurangan kos sara hidup mereka. Dan proses pemilihan akan dibuat melalui pendaftaran yang bakal dibuka dalam masa terdekat dan proses saringan akan dilaksanakan bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang diberikan keutamaan.

Syarat Kelayakan Bagi Memohon Rumah Transit:-

Kepada yang ingin memohon Program Rumah Transit ni, perlulah memenuhi kriteria kriteria yang telah ditetapkan iaitu,
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun;
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon;
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon;
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada rekod jenayah.
dan yang berminat untuk memohon, bolehlah mendapatkan borang permohonan seperti alamat yang tertera di bawah :-

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon        : 
03-8891 4052 / 4061

Faksimili    : 
03-8891 4045


Alangkah bagusnya kalau Program Rumah Transit yang dijayakan oleh DBKL ini dapat dikembangkan ke setiap negeri di Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang duduk di Sabah, lagi lagi di kawasan bandar, dan golongan berpendapatan rendah, pasti tahu betapa mahalnya harga sewa sebuah rumah di Sabah, apatah lagi untuk memiliki rumah sendiri. Usaha murni DBKL dengan menyediakan Rumah Transit boleh dijadikan contoh yang baik dalam usaha memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat.

Sumber:
1. https://www.mediaadil.com/malaysia/rumah-transit-pasangan-muda-pertama-di-kl-siap-tahun-hadapan/
2. https://www.mynewshub.cc/terkini/rumah-transit-pertama-di-ibu-negara-siap-2019/
3. http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/rumah-transit-belia-pertama-siap-tahun-hadapan-1.617024

Semoga info yang dikongsi ini bermanfaat untuk anda.

cheers.

64 comments:

  1. Adik sepupu saya antara yg dpt rumah transit tapi bkn yg ni la.Dorang dpt jenis PPR, okey la utk dia n asben mulakan hidup kat kota metropolitan KL ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah PPR pun ok juga utk permulaan kehidupan :))

      Delete
  2. huhu, first time dgr rumah transit ni...mcm menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm menarik kan, untung belia muda sekarang ada program mcm ni.

      Delete
  3. untung golongan belia ni ada program gini dan selain berjimat mereka harus merancang utk beli rumah sendiri nanti kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu umi, mmg belia sekarang ni untung ada program sebegini.

      Delete
  4. sambil menyewa sambil menyimpan deposit rumah ni. nice idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bagus idea mcm ni, forced savings ... nnt habis tempoh menyewa, boleh dpt sebahagian duit tu semula ...

      Delete
  5. Bagusnya diorang buat program macam ni kan. Sambil menyewa boleh menyimpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kin ... alahai, kalaulah ada kat tmpt kak pip ni ...

      Delete
  6. RUmah di KL skg nih kalau sewa memang mahal..sy sewa bilik jer dah 400..program nih memang sangat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, mmg sewa rumah sekarang ni mahal ... samalah mcm di tmpt kak pip ni, sewa rumah mmg mahal sangat ...lagi2 di pusat bandar ...

      Delete
  7. Membantu sangat golongan muda yang berkahwin awal & nak memulakn hidup baru. Bagus program ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbahagialah mereka yang kawin awal dapat bantuan rumah transit ni ...

      Delete
  8. Program yang memberi manafaat jangka panjang... bagusnya :)

    ReplyDelete
  9. Wahh untungnyaaa. Rugi siapa tak apply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak apply , tp umur dah meningkat ... huhu, lagipun x tinggal kat KL ...

      Delete
  10. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban

    ReplyDelete
  11. Rugi kalau tak minta ni..rezeki orang baru..perlu diperluaskan lagi kemudahan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefullu program mcm ni diperluaskan ke seluruh negeri di Msia kan...

      Delete
  12. At least meringan beban yg baru berkahwin jimat kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak risau kat mana nak cari rumah sewa kan ...

      Delete
  13. Replies
    1. sob sob, kalaulah kak pip pun warga keyel ...

      Delete
  14. terharu sangat,bila ada program macam ni.Ada juga bahagian orang muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, so yang muda mudi tu, cepat2 try memohon ...

      Delete
  15. The rental really cheap. Sure many afford to own a home now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. with forced savings some more, really lucky for them who manage to get the house under this program ...

      Delete
  16. Dekat Perak pun dah ada.. Beruntung anak muda sekarang.. Boleh ringankan beban dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope kat negeri2 lain pun ada nanti...

      Delete
  17. wah menarik
    cuma peluang nak dapat duduk tu lah memang nipis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg mohon mungkin membuatkan peluang nak dapat tu tipis ...
      tp try saja manatau ada luck.

      Delete
  18. Beruntungnya belia zaman sekarang ni kannn.... Banyak benefit yang ada. Kena ambik tahu dan mohon, rebut peluang yang ada. Kita dulu tak de gini. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, dulu dulu tiada program mcm ni ...

      Delete
  19. Bagus ye program ni. Membantu golongan belia.Kemudahan pun lengkap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa rumah dah reasonable, siap furnished lagi kan...

      Delete
  20. Sangatlah membantu pasangan yang baru nak hidup berkeluarga ni

    ReplyDelete
  21. untungnyaa pasangan baru berkahwin. nasib dah kawen kita ni hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope yg baru berkahwin tu boleh hidup lebih selesa dgn bantuan rumah transit ni ...

      Delete
  22. alamak belum kahwin pulak yang lain dah pass dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt bertemu jodoh, bolehlah try mohon rumah transit :))

      Delete
  23. senang x permohonan ni? tkut gak apply asyik x dpt.. frustt.. hihi.. tp x salah kan mencuba

    ReplyDelete
  24. Kalau rm300 selama 5tahun. Wahhh. Dpt gak tu byr depo rumah lain. Bagus sgt inisiatif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bila sewa rumah, ada forced savings mcm ni ...

      Delete
  25. Wahh bagusnya, ye laa kan belia baru berkahwin ramainya belum mampu memiliki rumah sendiri kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope progam mcm ni membantu belia yg baru berkahwin :))

      Delete
  26. Wah... Untung sgt. Apa lg rebut peluang cepat, nanti terlepas rugiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope belia yg memerlukan rumah boleh rebut peluang yg bagus mcm ni :))

      Delete
  27. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan diharap belia yg menetap di WP dan memerlukan rumah sewa, boleh try memohon rumah transit ni :))

      Delete
  28. Susah nak sewa around RM400 area KL sekarang...besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni, asal rumah di bandar saja mmg susah nak cari yang murah murah ...

      Delete
  29. yang muda muda tengah plan nak kahwin tu boleh mula merancang dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope yg muda mudi nak kawin tu, nnt lepas kawin kalau nak dptkan rumah sewa di WP, bolehlah try mohon rumah transit ni...

      Delete
  30. Sgt membntu golongan yg baru berkahwin. At least mengurangkan beban mereka yg baru hidup bersama. Maklumla awal perkahwinan ni kewangan belum kukuh.

    ReplyDelete
  31. Bagus betul Forced Savings tu.. :)

    ...

    ReplyDelete
  32. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  33. Kipidap WILAYAH...U r Awesome ! Selangor ...pls tiru ini cara. Ini kali lah 不不不

    ReplyDelete
  34. Siapa yang layak tu silalah mohon. Berbaloi sangat.

    ReplyDelete