"Bekerjalah dengan JUJUR walaupun HAKMU dinafikan"

hi there, hari Jumaat, penghulu segala hari ... how's your day? mrs pip sehari dua ni tidak begitu sihat, ragam mak preggy la katakan ... ada waktu, terasa sangat lemah letih dan kurang enak badan ... terpanggil untuk menulis entry "bekerjalah dengan jujur walaupun hakmu dinafikan" ... eh, tetiba pulak dah entry cenggini ... 

seseorang yang aku kenal, dia seorang yang jujur dan cermat dalam pekerjaannya ... dia berusaha menyiapkan kerjanya dan mengelak untuk mencari jalan pintas dalam menyiapkan kerjanya ... bagi dia, kerja adalah satu amanah yang perlu dibuat dengan ikhlas ... kalau tak ikhlas, baik berhenti saja dari kerja tersebut ... baginya, setiap hasil kerjanya yang dibayar, maka duit itulah yang digunakan untuk membelanjakan keluarganya, jadi harus halal dalam segala segi ...

akhirnya, dia merasakan sudah sampai masanya dia berhenti kerja ... bukan kerana tidak diperlukan, tapi kerana sikap berat sebelah orang atasannya ... malah, gajinya juga tertunggak berbulan bulan tidak dibayar, begitu juga dengan 'claim' bulanannya ... 

kredit: pexels.com

sudah lebih setahun dia berhenti kerja, dan sehingga hari ini, masih lagi ada gaji yang tertunggak yang belum dijelaskan oleh syarikat tersebut, malah 'claim' dia juga begitu, langsung tidak diendahkan ... dia tidak merungut, katanya "tidak apa, sabar lebih baik" ... hurm, kalau aku di tempat dia, boleh naik angin satu badan diperlakukan begitu, bila mana hakmu dinafikan ...

dia titipkan sedikit nasihat buat aku:-

berusaha bekerja dengan jujur, gaji yang tidak dibayar itu, mungkin bukan hak aku, Tuhan lebih tahu di mana rezeki buat aku. mungkin juga, Tuhan lebih tahu, bila masa yang sesuai untuk hak aku diberikan. mungkin juga, bukan hak aku dinafikan, tetapi mungkin cara ini sedikit sebanyak Tuhan ingin menghapus dosa dosa aku dengan cara aku bersabar. dan Tuhan masih memberikan aku rezeki lain, banyak atau sikit, itu semua urusan Tuhan. 

kalau tidak suka dengan kerja tersebut, berhenti dan cari kerja yang kita suka.

dia bertanya kepada aku :-

kamu percaya Tuhan itu wujud? kamu yakin Tuhan itu adil? berdoalah yang baik baik kepada yang Maha Kuasa ...

semoga sentiasa ada rezeki yang baik untuk kamu, hari ini, esok dan hari hari yang mendatang.

salam jumaat semua.

cheers.

Post a Comment

2 Comments

  1. Perkongsian yang bagus mrs pip.. Menyentuh dan memberi kesedaran kepada yang membaca. Tq mrs pip.. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara-perkara macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila hak kita dinafikan, boleh naik satu badan ... tp bagi mereka yang bersabar, mrs pip kagum mereka mampu melalui dugaan dan serahkan semuanya kepada Allah ... kdg2 mrs pip ni terlupa nak gantung semua harapan kepada yg Maha Kuasa, padahal Dia lah pemberi rezeki ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.