Cara jimat membeli kereta - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 27 February 2018

Cara jimat membeli kereta

hi there, hari ni mrs pip nak kongsi tips cara jimat nak beli kereta ... mesti ramai yg nak beli kereta, tp rasa ralat coz tak mampu ... kalau yg mampu tu , lain cerita la ya, tak perlu fikir panjang, terus boleh beli sebiji dua ... so, nak tau cara jimat beli kereta, kena baca entry ni sampai habis ... 


1/ beli kereta 2nd hand
nak beli kereta, tp komitmen nak bayar itu ini byk sgt, so apa kata korang beli kereta 2nd hand dulu. sama ada korang beli melalui agen jual kereta terpakai, tak pun mungkin ada kenalan atau saudara mara nak jual kereta mereka, so kalau payment sesuai , bolehlah beli kereta 2nd hand ...

2/ bayar downpayment tinggi
nowadays, nak beli kereta (utk sesetengah jenama kereta) , tak perlu langsung downpayment l. tapi kalau korang tak byr downpayment, nnt loan korang akan jd banyak, so apa kata byr downpayment at least 10% dari harga kereta, so boleh kurangkan loan kereta korang nnt ...

3/ jangkamasa loan yg singkat / minimum
kalau beli kereta, ada pilihan tempoh loan, biasanya 5 tahun, 7 tahun dan 9 tahun. korang boleh pilih ikut kesesuaian ekonomi korang ... mmg tak dinafikan, kalau pilih loan 9 tahun ni, mmg bayaran rendah setiap bulan, tp korang akan rugi bayar faedah tahunan. so, kalau nak lebih penjimatan, apa kata korang pilih loan singkat ... apapun, pilihan di tangan anda.

4/ cari faedah tahunan yg rendah
ni bonus kalau dapat faedah tahunan yg rendah ... mrs pip dulu time beli kereta pertama, tak silap faedah tahunan 4.3%, tapi ada agen dealer kereta yang lain boleh dapatkan faedah tahunan 4% sahaja ... mmg rasa rugi lah time tu, tak buat perbandingan dgn dealer yg lain ... tp nak buat mcm mana, mrs pip dah sign agreement dgn bank 😢 ...

5/ sambung loan
ok, ni kes mcm beli kereta 2nd hand la juga , tp lain sikit ... ni korang just sambung loan sahaja, so tak perlu modal bayar downpayment ... tp untuk kes mcm ni, korang kena pilih orang yg betul2 jujur, dan korang pun kena jujur ... kenapa? kalau kes sambung loan ni, yg membayarnya kamu, kereta tu masih atas nama pemilik pertama. kalau owner asal tak jujur, habis ja loan bayaran kereta tu, tak pasal2 owner tu rampas balik kereta tu, hah tak naya mcm tu .... tak pun, yang membayar ni tak nak bayar, nak pakai saja ... kesian owner tu kena kejar bank setiap bulan .. lagi teruk, kalau yang guna kereta tu banyak kesalahan trafik, nnt owner yg dapat surat saman pula  😢😢😢  ... even adik beradik pun, kena fikir bab sambung loan ni kang ada yg gaduh setiap hujung bulan loan tak dibayar ...

6/ ikut peraduan cabutan bertuah hadiah utama sebiji kereta
hah, yg ni hanya kalau korang betul2 bertuah la ya.. I is no tuah bab bab ni, tp mr.Husband bgtau kawan dia pernah dpt hadiah sebiji kereta hasil cabutan bertuah  😱😱😱 mmg rezeki org tu kan ...

7/ minta hadiah sebiji kereta
kalau yg pasangan kaya raya, family kaya raya, maybe boleh lah kot minta hadiah sebiji kereta dari org tersayang ... alah, mcm tak biasa nampak dalam drama kan ... muehehe ... 

so, tu sajalah tips cara jimat membeli kereta yg mampu mrs pip sharekan kat korang semua ... apapun, nak beli kereta, sila ukur kemampuan sendiri, tu yg lebih penting ... jangan berhutang end up diisytiharkan muflis dah lah, tak pasal2 korang kena berdepan dgn resolvensi pulak ...

thanks for reading...

cheers.

10 comments:

  1. Kalau lah ada nak hadiahkan kereta sebijik kan bagus haha!

    ReplyDelete
  2. i pulak sambung bayar kereta adik start tahun 2015.. alhamdullillah sampai sekarang ok lagi kereta kalau pandai jaga

    ReplyDelete
  3. sambung loan tu dah dinaikkan isu oleh seorang menteri hari tu, tak boleh sambung loan orang lain, akan dikenakan tindakan, huhu

    ReplyDelete
  4. no 7 paling win...semoga murah rezeki dapat hadiah kereta ;)

    ReplyDelete
  5. nombor 6 tu memang bertuah
    hahaha

    ReplyDelete
  6. yes.. Fiza pilih tips yg last tu.. hehe

    ReplyDelete