Unboxing my Althea parcel ....

hi there, unboxing my Althe parcel hari ni ... fuh lega bila barang yang mrs pip beli di Althea selamat sampai di rumah dengan selamat. punyalah lama menunggu barang ni nak sampai, sehingga rasa macam down sangat bila barang yang kita beli dan dok tunggu tunggu tak muncul muncul ... beli pada 20/1/2/17 tapi parcel tak sampai2 ... rupa-rupanya ..... meh kita unboxing my althea parcel , apakah isinya? ....

Althea Box
Althea Box

ceritanya macam ni, mrs pip berkenan dengan satu barang ni kat Althea, tapi kalau nak free shipping, kena beli dua produk, so mrs pip tambah satu lagi, dan kebetulan time tu boleh redeem giveaway product, Althea bagi free saja selagi stok masih ada, so mrs pip pun dapatlah redeem produk percuma tu ... dah add to cart dan buat payment macam biasa pada 20/12/2017, tapi parcel tak sampai sampai, status pun pending since 5/1/18 kat sistem Althea. ingatkan tak sampai, tapi produk ni sampai dgn selamat pada 23/1/2018 ... see, lebih sebulan baru sampai ... rupa-rupanya, Althea dah update kat FB yang mmg late delivery untuk semua yang order dekat2 nak Xmas dan New Year ... haha, cehhhh bukan tak sampai, tapi Althea busy buat delivery rupa-rupanya ... 

barang dah sampai pun, so happylah dapat barang yang di order tu sampai dengan bungkusan yang cantik ... kotak tak kemik langsung, bubble wrap you ols! .... siap dapat Christmas card lagi, ada code untuk redeem gift valid till 28/2/2018 ... love you Althea! ... jadi, apalah produk yang mrs pip nak beli sangat tu.... jom lah kita unboxing ....

Althea Box
Althea Box

tada, ni lah barang yang mrs pip beli tu, dua tu beli, yang kat tengah tengah tu, mrs pip redeem FREE!  ... untuk dua produk yang mrs pip beli tu, harga ialah RM50.00, dan free postage.

INNISFREE green tea mint fresh scalp conditioner 200ml.
INNISFREE green tea mint fresh scalp conditioner 200ml.

ni lah produk yang mrs pip nak sangat try ... ni produk INNISFREE green tea mint fresh scalp conditioner 200ml. harga untuk satu tube ni ialah RM26.00. mrs pip tak guna lagi produk ni, so no review could be made sama ada produk ni ok ke tak, tapi berharap produk ni boleh memperbaiki masalah kulit kepala yang sedikit berminyak, dan menyebabkan kehadiran kelemumur kat kulit kepala disamping memperbaiki tekstur rambut mrs pip ... 

SAINTPEAU Baobab Water Storage Toner 200ml
SAINTPEAU Baobab Water Storage Toner 200ml

I need TONER! ok, yang ni SAINTPEAU Baobab Water Storage Toner 200ml, harga untuk sebotol besar ni ialah RM32.00 .... dalam banyak banyak toner kat Althea tu kan, toner ni yang mrs pip rasa nak cuba. kenapa? saja nak try ... toner ni boleh membantu menghidrasikan kulit. recently, kulit mrs pip kelihatan agak kering, so memang perlukan toner yang boleh membantu menghidratkan kulit agar kulit kelihatan bermaya ... tak guna lagi toner ni, so will do a review selepas mencuba toner ni hokey.

NATURAL REPUBLIK Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 150ml
NATURAL REPUBLIK Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 150ml

yang ni mrs pip dapat FREE. yang ni redeem GIVEAWAY sementara stok masih ada time tu. produk NATURAL REPUBLIK Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 150ml. kalau korang beli sebotol, harga kat Althea kalau tak silap RM16.00. yang ni best, boleh letak dalam handbag, bila rasa cuaca panas, and kulit kering, just sembur sahaja kat muka. boleh juga guna kat kaki dan tangan hokey. harum pun mmg harum ... yang ni mrs pip dah start guna, bila lepas sembur tu mmg terasa segar sangat kulit wajah ... I like!

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Comel packaging althea ni mrs pip. Ramai ye yg suka produk althea ni. Ana nk try juga lah one day.

    ReplyDelete
  2. ramai yg kata produk Althea ni bagus...mmg nk kena cuba gak nii

    ReplyDelete
  3. althea ni kannn! mmg menggugat iman. hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. faham perasaan bila kite order barang tp lambat smpai.. huhu

    ReplyDelete
  5. Sukanya yang semburan aloe vera tu.. mesti cooling sangat kan..

    ReplyDelete
  6. Tiga2 barang nampak best... Penantian suatu penyiksaan. Klu beli dr oversea mmg camtu..bertabahlah ye

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.