Selesai majlis konvokesyen playschool lil' Iman || 9.12.2017 Borneo Golf resort

hi there, alhamdulillah, lil' Iman dah selesai playschool-convocation pada 9.11.2017 bertempat di Borneo Golf Resort, Bongawan. walaupun lil' Iman bad mood pada hari tersebut kerana mengalami sakit gigi, tapi lil' Iman tak tunjuk sebarang grumpiness sepanjang majlis konvo berjalan. memang agak risau juga kalau kalau lil' Iman menangis kerana sakit gigi semasa acara berlangsung, tapi anak mommy sorang ni kuat semangat mau naik pentas ambil sijil kan padahal gusi dah mula bengkak dan lil' Iman was on antibiotik pada hari tu ....

sebelum ni boleh layan entry mrs pip >>> lil' Iman cabut gigi geraham atas <<< >>> lil' Iman 1st time pigi klinik gigi  <<<

lil' Iman on his playschool convocation day
lil' Iman on his playschool convocation day
Denzel in front.

pada hari selasa 5/12/17, lil' Iman was on leave, dia nangis nangis pagi tu bagitau sakit gigi. so mrs pip bawa pi klinik gigi, ikutkan lil' Iman dia request nak minta dua gigi dia dicabut coz sakit (lil' Iman mengalami gigi reput, seriously boleh cakap 90% gigi lil' Iman reput pada tahap yang teruk), tapi doktor cuma boleh cabut satu gigi, coz gigi yang satu lagi tu gusi dah start bengkak. so ingatkan it's over dgn masalah gigi bila doktor dah cabut gigi seketul tu.

jumaat, 8/12/17 sehari sebelum konvo, kitorang attend rehearsal penuh convo lil' Iman. tapi pagi tu lil' Iman bangun bangun saja, dia nangis bgtau gigi dia sakit. bila kita tanya gigi yang mana, dia tunjuk gigi lain pula ... bukan gigi yang bengkak hari tu. since pagi tu ada rehearsal, so nanti petang habis rehearsal baru bawa pi klinik gigi. bila sampai kat klinik gigi petang tu, doktor tak boleh cabut coz gusi lil'Iman dah start bengak sedikit. doktor cuma bagi antibiotik dan ubat demam.

lil' Iman on his playschool convocation day
pip's little family
kesian lil' Iman menahan sakit gigi

sabtu, 9/12/17 was his convocation day! yeah ... mrs pip and mr.Husband excited nak tengok lil' Iman konvo. standard la kan mak bapa mana tak excited bila anak konvo, tak kisahlah konvo plasychool ka, preschool ka, primary school ka, excited tetap excited. kita bangun awal, siapkan anak anak dan breakfast di luar. lil' Iman asyik repeat benda yang sama, nak jumpa doktor nak cabut gigi.

lepas breakfast, jam 8.20am kita sampai kat Borneo Golf Resort. hantar lil' Iman ke bilik menunggu, dan parents semua masuk dewan utama. sekitar jam 10.30 selepas segala ucapan, pembuka kata, doa selamat, & majlis merasmikan acara dibuat, so anak anak permata buat persembahan. konvo ni gabungan dua pusat anak permata negara Membakut & Beaufort. ada 3 persembahan berkumpulan, lil' Iman ialah group ke dua yang buat persembahan. 

lil' Iman on his playschool convocation day
lil' Iman and his classmates performance
left to right : denzel, muhrizah, lil' Iman, alfie, haziq, safreena

lil' Iman buat persembahan with his classmates. ada part yang lil' Iman kena buat ucapan. mrs pip berharap time persembahan tu janganlah lil' Iman bad mood atau tak bagi kerjasama, mmg risau juga sedikit, risau sakit gigi tu datang menyerang. tapi pagi tu mmg dah siap siap bagi lil' Iman makan antibiotik dan ubat demam. lucky, he's doing very fine during the performance.

lil' Iman on his playschool convocation day
lil' Iman receiving his scroll from DO

selesai semua persembahan, anak anak masuk semula ke bilik menunggu yang disediakan, pakai baju konvo dan berarak masuk dewan utk terima sijil. there was lil' Iman trying to give his best smile, tapi semua gambar lil' Iman boleh nampak cara lil' Iman senyum tu macam ada something, pipi dia dah start nampak bengkak yang ketara ... habis saja majlis konvo tu, lil' Iman terus bagi scroll dan patung tu kat mrs pip. muka dia happy sangat dapat patung tu ekceli ... yang scroll tu dia tak layan, bukan dia tau pun apa benda tu ... siap cakap dgn mrs pip "mommy, simpan patung Iman ni baik baik aaa" ....

lil' Iman on his playschool convocation day
group photo - papan membakut

selesai majlis, kitorang bergambar dulu ramai ramai sebagai tanda kenangan .... yang ni team kitorang, papn membakut. semua parents dan anak anak dijemput naik pentas bergambar dengan tetamu jemputan, DO Beaufort. lepas tu kitorang beralih ke lobi pula utk bergambar dengan team papn beaufort ....

lil' Iman on his playschool convocation day
group photo - papn membakut & papn beaufort

can you spot me? .... ni la semua parents dan anak anak bersama cikgu cikgu dan tetamu jemputan yang menjayakan majlis konvokesyen batch 2017 .... selesai sesi bergambar ni, kitorang lunch kat restoran bersebelahan ....

lil' Iman on his playschool convocation day
lunch time! spot me?

tempat duduk semua dah disediakan, so duduk ikut tempat yang ditetapkan ... korang jangan gatal2 nak duduk suka hati dgn kroni kroni korang ya ... muehehe ... #6 was our lucky table. mrs pip duduk semeja dengan parents Alfie , classmate lil' Iman, dan parents Akmal, dari papn beaufort. hidangan yang disediakan ok, cuma bukan 'kids-friendly' menu. ayam, isi ikan, lauk tauhu semua a bit pedas for our kids, sayur brokoli ok, tapi anak anak tak layan brokoli pula :( ... lil' Iman langsung tak makan coz cakap sakit gigi. kesian lil' Iman .... 

lil' Iman on his playschool convocation day
lil' Iman and all his classmates
left to right : denzel, alfie, afif, haziq, firdaus, huzaimi (lil' Iman BFF), lil' Iman, safreena, anem, wawa (lil' Iman best chatting-friend), muhrizah, casey

kena tulis nama mereka sebagai rujukan, percayalah, lagi 10 tahun boleh lupa nama nama dorang ni .. hope not.

selesai lunch, ketua pendidik papn membakut minta semua parents papn membakut masuk dewan semula coz nak bagi goodie bag untuk anak anak .... dan dalam masa yang sama, ketua pendidik request anak anak bergambar memakai jubah bersama semua classmates mereka ... 13 of them, tapi sorang tu (helena) dah balik coz keletihan ... 

lil' Iman on his playschool convocation day
lil' Amin pun mau try merasa pakai baju konvo juga

haha, dah siap lil' Iman bergambar dengan his classmates, dia bagi balik baju konvo ni, then lil' Amin pun tak nak tinggal, nak juga merasa pakai baju konvo si abang ... lil' Iman seriously marah kat lil' Amin bila nampak lil' Amin pakai baju konvo ni ... lil' Iman cakap "Amin, tu baju abang. Amin tak boleh pakai bah, Amin belum sekolah lagi" .... amboiiiii, lil' Iman ni ..... 

lil' Iman on his playschool convocation day
goodie bag from ketua pendidik

anak anak happy sangat terima goodie bag dari ketua pendidik ... dalam tu ada dua buku warna, sekotak warna, set stationery, dan pencil case sumbangan cikgu cikgu papn membakut. 

lil' Iman on his playschool convocation day
father and son

ni bukan iklan ubat gigi! lil' Iman nak tunjuk gigi dia yang sakit tu ekceli ... walaupun seharian sakit gigi, thumbs up lil' Iman coz berjaya lalui majlis konvo tanpa perasaan bad mood.

lil' Iman on his playschool convocation day
yours truly

sebelum balik, pose sekeping gambar depan bangunan Borneo Golf Resort ni ... hajat di hati nak ambil gambar sekeluarga dengan lil' Iman pakai baju konvo dia depan bangunan ni, tapi lil' Iman naik kereta saja, terus flat. mmg dia letih plus menahan sakit gigi sepanjang hari ... so tak nak mau la paksa paksa the kids kan, lil' Amin pun dah flat juga ... moreover, cuaca macam nak hujan lebat .... so, kita pun gerak balik rumah.

kalau tiada aral melintang, next year insya allah, lil' Iman akan memulakan sesi pre-school di Chinese kindergarten, and most probably lil' Amin will follow him too. 

to lil' Iman, you still have a long way to go. this is just the new beginning. hope your journey will full with enchanting memories. we all love you, Iman Rafael. and thanks for staying calm the whole time during your convocation day.

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Untungnya budak sekarang, kecil kecil dah merasa pakai jubah konvo. Samalah dengan anak saya

    ReplyDelete
  2. Siannya Iman..kita yg tua ni pun kalau sakit gigi, rasa nak lempang orang..ni budak2, lagi la...good job, dear mampu bertahan sampai habis konvo..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.