Lil' Iman cabut gigi geraham atas - Cerita Cinta Surirumah

Saturday, 4 November 2017

Lil' Iman cabut gigi geraham atas


hi there, hari tu 17/10/17 lil' Iman cabut gigi geraham atas. thumbs up anak mommy, dia relax and cool jer masuk klinik gigi. ni bukan kali pertama dia masuk klinik gigi. dan untuk cabut gigi, ni kali kedua lil' Iman cabut gigi. untuk pengetahuan semua, lil' Iman memang mengalami masalah gigi reput akibat minum susu botol. kat sini, mrs pip tak salahkan susu formula yang lil' Iman minum tu, tapi lebih salahkan diri sendiri kerana kurang pengetahuan mengenai penyusuan susu formula dan juga kurang pengetahuan penjagaan gigi anak anak ...
blame others will never make anything good.  
sebelum ni, mrs pip pernah bawa lil' Iman ke klinik swasta ni juga. time tu lil' Iman mengadu sakit gigi, so bawa kat klinik swasta ni untuk minta opinion. sebelum tu pergi klinik gigi awam, tapi kitorang datang salah hari. hari yang kitorang datang tu hanya untuk pesakit yang ada appointment sahaja.

boleh baca entry sebelumnya kat sini. doktor siap bagi nasihat mengenai masalah gigi dan tabiat penyusuan botol anak >>> Lil' Iman 1st time pigi klinik gigi <<<

Lil' Iman cabut gigi geraham atas
tengok TV dulu sambil tunggu doktor gigi datang




























KLINIK PERGIGIAN WONG NYUK TIEN BEAUFORT
TEL: 088-212339

sebelum ni, lil' Iman asyik asyik bagitau dia rasa kurang selesa dengan gigi geraham atas. mrs pip perasan dia asyik korek gigi geraham tu. mrs pip larang juga, tapi dia cakap dia tak suka gigi dia tu. eh, boleh pula tak suka gigi sendiri? ... nampak sangat dia tak selesa. mrs pip check tengok, ada pecahan kecil di gigi dia, jadi mrs pip tak ambil pusing sangat. tiap tiap hari la dia akan korek gigi dia tu, sampai satu hari tu dia tunjuk pecahan gigi dia. terkejut la juga nampak pecahan gigi tu agak besar. bila mrs pip check, memang retak habis gigi lil'Iman, tak tunggu lama, esoknya juga mrs pip bawa lil' Iman cabut gigi.

sebelum ni, lil' Iman pernah cabut gigi taring bawah, tu cerita tahun lepas. tak tahu macam mana, akar gigi lil' Iman bergerak tembus gusi. lil' Iman tak jatuh apa pun, sekali tengok dia bangun pagi tu, gusi dia nampak la ada benda putih menusuk keluar. tanya juga kat lil' Iman, sakit ke tak, lil' Iman cakap tak, tapi kitorang risau tengok gusi dia mcm tu, so end up pi klinik gigi. doktor bgtau better cabut la gigi tu untuk keselesaan lil' Iman. time cabut gigi tu, lil' Iman diam dan tak bergerak. lil' Iman dengar arahan doktor dengan baik. tu 1st experienced lil' Iman cabut gigi, siap doktor bagi dia pensel pikachu lagi, happy lil' Iman dapat gift dari doktor tu.

Lil' Iman cabut gigi geraham atas
apalah yang lil' Iman dan pohpoh bincangkan tu

so now, yang ni pengalaman cabut gigi yang kedua buat lil' Iman. bila doktor tengok lil' Iman, doktor tu cuak sikit. siap cakap "jarang budak 4 tahun nak cabut gigi" ... "budak umur mcm ni, mereka akan bergerak banyak kalau rasa tak selesa, ada yang end up balik rumah tanpa berjaya buat cabutan gigi" .... mrs pip bagitau lah kat doktor tu, ni kali kedua lil' Iman nak cabut gigi (hari tu 1st time cabut di klinik kesihatan luyang di KK, yang ni klinik swasta di Beaufort), 1st time cabut dulu lil' Iman ok, tak nangis apapun ...

so doktor mula dengan spraykan ubat kat mulut lil' Iman dan kemudian lil' Iman kena kumur2, dua kali doktor tu spraykan ubat tu ... lepas tu doktor tu mulakan dengan suntikan bius, time suntik ni memang risau juga kalau2 lil' Iman akan nangis atau bergerak coz rasa sakit ke apa kan, tapi lil' Iman relax, dia siap buka mulut besar besar ... dua kali kena suntik bius. tak lama lepas tu , doktor mulakan prosedur cabut gigi. tak lama mana pun, sekejap dah siap gigi ditarik keluar.

dah siap, keluar saja dari bilik doktor, lil' Iman cakap "mommy, doktor sudah buang gigi jahat lil' Iman kah mommy?" .... nampak sangat lil' Iman tak suka dengan gigi tu ... "ya, tiada sudah gigi jahat Iman. lepas ni Iman mesti rajin gosok gigi dan minum air putih. jangan makan yang manis manis, nanti gigi buruk lagi" ....

Lil' Iman cabut gigi geraham atas
bermain di ruang menunggu sambil tunggu dipanggil

risau juga kalau lil' Iman akan sakit selepas cabut gigi, or gusi bengkak, siap dapat paracetamol dari klinik gigi tu. tapi, petang tu, lil' Iman dah boleh makan mcm biasa, bila tanya sakit ke tak, lil' Iman cakap "tidak sakitlah mommy" ... dan untuk cabut gigi lil' Iman, mrs pip dikenakan bayaran RM40.00 sahaja. rasanya, harga RM40.00 ni acceptable bg mrs pip.

kalau nak bayar lagi murah dari ni, boleh ke klinik gigi awam, cumanya, untuk di Beaufort ni, lil' Iman tak register lagi. dan kalau nak tahu, kat klinik gigi awam ni, kena register dulu, lepas tu risau kalau lepas register mereka tak nak cabut, kena buat appointment pula baru boleh cabut. so, tak nak buang masa, tu yang terus bawa pigi klinik swasta.

tu lah cerita lil' Iman dicabut gigi. yang jadi parents, kalau ada anak kecil, make sure prihatin dan peka dengan kesihatan gigi anak anak korang.

thanks for reading, happy parenting.

cheers.


nak dapatkan CASHBACK untuk lebih penjimatan ketika bershopping secara online?
register SHOPBACK dan dapatkan cashback T_T
click banner to sign up.

24 comments:

  1. Ok juga la kan RM40.. dari sakit gigi ja nda dapat makan >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya rm40 tu affordable kan ...

      Delete
  2. hari tu bawak anak umur 4 tahun check gigi juga, check saja pun dah bergerak-gerak, xtau la mcm mn klu kena cabut. gigi pun dh mula rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lil' Iman ni dia ada satu perangai, kalau kita cakap jom jumpa doktor, dia memang akan selalu teruja ... bila nak cabut gigi pun sama, dia teruja juga nak jumpa doktor gigi tu ...

      Delete
  3. cumel je dia..
    kesian kecik2 kena sakit gigi. means kejap lagi gigi kekal keluar lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lil' Iman ni waktu baby, suka sangat tidur dgn botol susu, tu yang gigi habis buruk...kalau kita tarik botol susu tu, mesti dia nangis....

      Delete
  4. Jarang kanak2 4 tahun berani cabut gigi.
    terbaik lil' iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks WP...
      doktor gigi tu pun mcm terkejut tengok lil' Iman relax saja tak gerak dan tak nangis...

      Delete
  5. Wahhh... hebat anak akak. GV yang dewasa ni pun takut cabut gigi, Terbaik kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks GV...GV jgnlah takut cabut gigi, nowadays doktor gigi semua baik baik...

      Delete
  6. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Serra jalan2 di blog mrs pip...

      Delete
  7. baik nya iman, senang tuan dr.mau handle...Aqeela pun umur dua tahun ni bw pegi chek gigi jugak. tunggu bulan 6 bulan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope aqeela ok jak nanti jumpa doktor gigi.

      Delete
  8. oklah RM40.00 kalau di KK...mesti nda dapat harga begitu..oh ya syamimi pun akan cabut gg gerham tapi di klinik kerajaan sebab dia ada review dgn pakar gg d likas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope syamimi pun nanti ndak nangis time cabut gigi....

      Delete
  9. Replies
    1. hehe, mood lil' Iman ok ja time cabut gigi tu :))

      Delete
  10. Wah beraninya lil Iman. Patut tunjuk kat anak2 ni supaya dorang tak takut nak jumpa dentist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Dr. Ain ....
      hari tu bgtau lil' Iman yang dentist tu seorang doktor yang baik yang akan hilangkan gigi buruk lil' Iman ..

      Delete
  11. Bagus iman kuat tak takut cabut gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia excited lebih nak jumpa doktor gigi...

      Delete