Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di playschool lil' Iman - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 30 October 2017

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di playschool lil' Iman


hi there,

kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak, satu program ceramah kesedaran yang menarik dianjurkan di playschool lil' Iman pada 11 Oktober lalu. apabila dapat tahu mengenai program ceramah ni, mrs pip terus save the date untuk attend ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak ni, nak juga tambah ilmu serba sedikit mengenai isu ini. ni antara isu sosial yang menarik untuk dibincangkan.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak 

tetamu jemputan pada hari tu ialah sarjan Halimaton Saadiah Talib daripada IPD Beaufort, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hal hal yang berkaitan dengan gangguan seksual dikalangan kanak - kanak dan remaja. pada waktu sesi ceramah tu, beliau berkongsi pengalaman beberapa insiden yang berlaku terhadap masalah gangguan seksual di kalangan kanak kanak ni.

mrs pip bersetuju sangat hal hal yang berkaitan perlu mendidik anak anak untuk mereka mengetahui mana bahagian tubuh badan mereka yang TIDAK BOLEH disentuh. memang agak sukar untuk menjelaskan kepada anak anak kan, tapi still kita as a parents perlulah mengajar anak anak ada bahagian bahagian tubuh tertentu yang tidak boleh disentuh secara suka suka.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
sarjan Halimaton (kiri) bersama ketua pendidik, Cikgu Rozie (kanan)

selain itu, kita ni as a PARENTS kan, ramai yang kurang peka menurut sarjan Halimaton, mengenai bicara anak anak kita kerana kita terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan. bila anak anak balik rumah dari sekolah/playschool/rumah pengasuh, kita kurang untuk ambil tahu apa yang mereka buat di sana. Penting untuk kita berbual dengan anak anak aktiviti harian mereka supaya kita tahu apa yang berlaku disekeliling mereka.

dan bagi parents yang menghantar bayi mereka di tempat pengasuh, pastikan tempat mereka menghantar bayi tu boleh dipercayai. carilah tempat mengasuh bayi yang mempunyai kredibiliti yang baik. dan setiap kali bayi diambil dari rumah pengasuh, pastikan ibubapa memeriksa bayi mereka >>>  periksa anggota badan bayi kalau ada kesan kesan yang merisaukan dan juga buka lampin anak dan periksa bahagian kemaluan dan dubur. 

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
yours truly and lil' Amin
p/s: nak customized baju mcm mrs pip pakai tu, boleh klik cerita mrs pip kat sini 

biasanya, bayi yang diambil dari rumah pengasuh sudah disiapkan (dimandikan, disusukan, diberi makan), kadang kadang ibubapa yang bekerja sepanjang hari merasa keletihan sehingga tidak ada masa untuk memeriksa tubuh badan bayi mereka, dan juga kerana terlalu percayakan pengasuh bayi mereka.

sarjan Halimaton berkongsi cerita bagaimana seorang ibu yang menghantar bayi kepada pengasuh, bila bayi balik rumah, mesti menangis, sampai satu hari tu, bayi demam. bila hantar pigi klinik, doktor periksa satu badan, dan didapati ada kesan merah pada kemaluan bayi. dan pemeriksaan lanjut mendapati bayi tersebut telah dijadikan alat 'memuaskan nafsu'. periksa punya periksa, yang melakukan hal tersebut ialah adik lelaki kepada pengasuh bayi tersebut.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
bersama warga pendidik playschool lil' Iman

ada satu kes lagi, budak perempuan ni dihantar kepada penjaga. so satu hari tu, si anak mengadu dengan ibunya mengenai perbuatan suami kepada penjaganya, tapi si ibu ni tak layan kata kata si anak. tahun demi tahun berlalu, si ibu menghantar pula anak kedua kepada penjaga yang sama, dan kemudian dihantar anak yang ketiga. dan anak yang kedua pun mengadu perkara yang sama, begitu juga anak yang ketiga ... apalah bangang punya ibu kan, langsung tak ambil tahu dan TAK PERCAYA kata kata si anak. bukan seorang, tapi 3 orang anak mengadu benda yang sama! dengar cerita mcm tu dah buat mrs pip sakit hati pula kat si ibu .... 

sampailah satu hari, anak ketiga tu sakit (kalau tak silap) dan bila diperiksa ada kesan 'rogol', dan barulah si ibu menyesal, buat laporan polis dan bila disiasat, suami kepada penjaga yang melakukan hal tersebut. cuba bayangkan, kalau si ibu ni AMBIL PEDULI kata kata anak sulung dia, hal ini takkan berlaku kepada anak kedua dan anak ketiga kan .... tapi BUSY punya pasal, TAK NAK dengar rintihan anak anak, yang membuatkan HAL sebegini boleh berlaku. nak dijadikan cerita, yang merogol tu berjaya ditangkap, dan dijatuhkan hukuman,, tapi adakah itu memadai?

mendengar perkongsian sarjan Halimaton ni, membuka mata mrs pip berkaitan gangguan seksual dalam kanak kanak. memang perkara ni ada berlaku, kadang kadang AHLI KELUARGA sendiri yang melakukannya. bila anak anak bagitau, siap kita boleh marah pula anak anak kita! haish. istigfar banyak banyak. selepas ni, buat kita semua, baik kita ada anak lelaki atau perempuan, kalau anak anak kita bagitau dia 'disentuh' oleh sesiapa, tolonglah sensitif dan ambil tahu. jangan asyik2 nak salahkan anak "eh, kau ni pandai pula buat cerita" .... please la dengar suara anak anak anda.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
barisan ibubapa yang hadir

bila attend ceramah ni, baru mrs pip faham kenapa mak mrs pip dulu tak suka tinggalkan kitorang dengan sesiapa kecuali dengan mak su kitorang. tapi bila mak su kitorang dah kawin, mak pun dah tak tinggalkan kitorang dengan mak su. kita dah remaja2 mcm tu, kalau mak tinggalkan kitorang, mesti mak pesan dengan abang abang mrs pip supaya jaga mrs pip elok2 , dan jangan bagi mrs pip keluar rumah ... maybe hal2 mcm ni lah yang mak nak elak dari berlaku kot.

banyak perkongsian menarik dari sarjan halimaton, memang rasa tak puas pula nak dengar perkongsian menarik beliau. program sejam saja pada mulanya, boleh berlanjutan jadi hampir dua jam ... dan ceramah kesedaran sebegini kalau kita PEKA memang membantu dalam usaha menangani gangguan seksual di kalangan anak anak.

Ceramah kesedaran gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak
sesi bergambar beramai ramai bersama sarjan Halimaton

selain kita nak didik anak anak kita mana bahagian tubuh tak boleh disentuh, selain peka dengan aktiviti harian anak anak di sekolah / playschool / nursery, selain ambil kisah perubahan pada tubuh badan anak anak, kita sebagai ibubapa pun kena didik anak anak untuk tidak sesuka hati 'bermain dengan tubuh badan mereka' (harap korang faham bab yang ini, nak tulis pun I is segan) dan jangan biasakan anak anak tidak berpakaian. didik anak anak untuk sentiasa menutup tubuh badan mereka, berpakaian lengkap dan mengikut kesesuaian. 

mrs pip dulu ambil keputusan tak nak bekerja selepas ada lil' Iman coz tak da siapa siapa yang mrs pip boleh letakkan lil' Iman untuk dijaga. fikir nak hantar nursery, tapi time tu hot juga cerita bayi kena dera oleh pengasuh, so memang mrs pip decided biarlah mrs pip jaga sendiri anak anak. rupa rupanya, selain di dera, ada juga kes 'cabul' bayi. memang menakutkan. 

untuk parents semua, yang hantar anak kat penjaga, lepas ni pastikan kita lebih prihatin dengan anak anak kita. dan kalau cari penjaga tu, pastikan mereka boleh dipercayai. sesekali buatlah spot check, datang melawat pada waktu yang mereka tak jangka korang datang. 

sekadar berkongsi, semoga bermanfaat semua.

happy parenting.

cheers. 


dah register Sushivid tak? dapatkan kerja kerja advertorial di Sushivid. nak tahu lanjut, boleh klik perkongsian entry mrs pip yang terdahulu >>> Apa itu Sushivid <<< atau klik banner di atas untuk register.

7 comments:

  1. Sekarang ceramah2 begini mmg sgt relevan kan pip. Budak2 skg cepat terdedah dgn budaya2 yg nda bpa bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bagus juga ada ceramah kesedaran mcm ni, mmg sgt memberi banyak info berguna.

      Delete
  2. betul dengan cara memeriksa tubuh anak ini memang kita akan tahu apa yang terjadi pada anak kita..walhal kena gigit nyamuk sekali pun...paling mudah waktu mandi..

    ReplyDelete
  3. yela...ibubapa bekerja ini memang keletihan...balik rumah terus penat...tapi kita tarik nafas semula dan fikir bahawa hidup ini ada banyak tanggunjawab.. dan anak adalah anugerah sudah tentu kita takkan biar anak kita bersendirian

    ReplyDelete
  4. Bagus ada program mcm ni. Bagi kesedaran dan anak anak boleh alert bab bab ni.

    ReplyDelete
  5. Sha suka program pendidikan macam ini.. Sekarang nie jenayah seksual boleh berlaku dimana-mana.. Bukan anak perempuan je, anak lelaki pun boleh menjadi mangsa.. Memang kena selalu ambil berat hal anak-anak..

    ReplyDelete