August 2017 - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 31 August 2017

Lil' Iman cute berkurta Merdeka-wear di playschool sempena sambutan Hari Merdeka

August 31, 2017 7
Lil' Iman cute berkurta Merdeka-wear di playschool sempena sambutan Hari Merdeka
hi there,

yeah, merdeka merdeka merdeka .... hari ni hari kebangsaan yang ke 60 negara kita Malaysia ... dah 60 tahun merdeka! alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kita masih bernafas di bumi Malaysia yang penuh dengan kemakmuran dan kedamaian ...

korang buat apa hari ni? since cuti umum hari ni, maybe ramai yg ambil kesempatan utk bercuti, kebetulan esok pun still public holiday, sambut hari raya aidiladha pula ... lepas tu sambung lagi sabtu dan ahad 😀 ... selamat bercuti kepada yg dapat bercuti, dan yg bekerja, semoga korang happy masuk kerja ... don't stress2 ya ...


playschool lil' Iman pun celebrate Merdeka Day juga ... mrs pip buatkan lil' Iman baju merdekw ala-kurta ... beli bendera malaysia sehelai, hantar kat tukang jahit, bayar rm10 ... selang sehari, baju dah siap .. gembira sangat lil' Iman dapat pakai baju merdeka tu bersama sama kawan kawan lain ...


ni lil' Iman and all his friends at the playschool ... tema baju mereka ialah merdeka / traditional costume wear ... ramai yg sarungkan baju merdeka pelbagai design, dan ada few yang memilih pakaian kebangsaan / tradisi such as baju melayu, baju kurung, samfu, sari, dan baju kadazan .... semua nampak cute sangat budak2 ni ...

jangan tak tau, semua kanak kanak dinilai pada hari tu oleh para juri (cikgu cikgu ler), untuk memilih pakaian merdeka terbaik mengikut setiap kategori umur ... tapi lil' Iman tak menang kategori pakaian merdeka ni, mmg ramai budak lain yg design baju mereka gempak giler , really kreatif la parents mereka buatkan baju merdeka tu .... I is terpegun ...


yang ni bergambar kenang kenangan bersama cikgu cikgu mereka ... selain pertandingan pakaian merdeka terbaik, ada juga pertandingan kuiz merdeka antara kumpulan ... parents kat playschool lil' Iman ni, memang dah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut warna ... mcm mrs pip ni kump. biru .. so setiap kali ada aktiviti yg melibatkan ibubapa, dah tau dah kita kumpulan mana ...

ni yang busy dok mengoogle ni bershawl orange ni, mama icha,
nak cari jawapan lah tu , huahuahua ...

boleh tahan juga soalan dari cikgu cikgu ni .... kumpulan mrs pip dapat tempat ketiga, muehehe .... mmg nampak sgt pengetahuan kitorang bab merdeka ni cetek 😠😠😠 .... salute kumpulan kuning yang menang kuiz merdeka tu ...

Ni antara soalan kuiz merdeka hari tu, ada yang mrs pip dah lupa ....

1. Di manakah sambutan merdeka diadakan utk pertama kalinya?
2. Berapa kalikah laungan Merdeka dibuat ketika hari kemerdekaan tanah malaya?
3. Pada tahun bilakah Malaysia dibentuk?
4. Apakah maksud warna bendera Malaysia?
5. Apakah maksud warna bendera Sabah?
6. Siapakah ketua menteri pertama negeri Sabah?
7. Siapakah nama Agung sekarang?
8. Siapakah nama Sultan Terengganu sekarang?
9. Berapa buah daerahkah di Sabah?
10. Namakan semua nama perdana menteri Malaysia sehingga sekarang?
11. Siapakah nama TYT Sabah sekarang?
12. Apakah tema hari kebangsaan tahun ini?

ada yg memang senang untuk dijawab, ada yg agak susah kan...


eh, ni gambar apa pula kat atas ni? ... muehehe .... enter-frame kejap ... sebelum sambutan merdeka kat playschool lil' Iman, setiap kumpulan dibahagi-bahagikan kerja untuk menjayakan hari merdeka tu ... mcm kumpulan mrs pip ni, kena warnakan bendera malaysia yang bahagian biru dan kuning sahaja, yang group merah kena warnakan jalur merah, dan kalau tak silap group merah juga kena lukis keseluruhan bendera malaysia tu ... group kuning and group hijau ada task lain, yang ni mrs pip tak sure sangat apa task group mereka ...

lil' Iman muka serius lah pula!

berjaya siap mengecat bendera ni, maka kitorang dapat 1 jam kredit .. selain tu, attend aktiviti hari merdeka kat playschool lil' Iman yang diadakan pada 21/7 tu pun, dapat lagi 1 jam kredit ... bulan Ogos ni, memang berjaya kumpulkan 4 jam kredit , so happy la kan ... kalau tak cukup jam kredit, bermakna parents kena cari masa untuk buat aktiviti lain bersama anak anak kat playschool untuk cukupkan 4 jam kredit sebulan ...

jam kredit ni apa eh? ada yg bertanya .... nnt next entry mrs pip story yer ...


nampak tak bendera yng melintang kat pagar tu? ... tu lah bendera yang dibuat secara berjemaah oleh semua ... dan selepas aktiviti bergambar beramai-ramai kat dalam kelas, semua anak anak bergambar kat luar pula , bergambar bersama bendera yang parents buat T_T ...

gambar2 kat atas ni, mrs pip dapat dari perkongsian kat group wasap playschool lil' Iman ... thanks parents yg sharekan gambar2 awesome semua ni ... korang nampak tak lil' Iman buat apa? mak oiiiii, anak mommy ni! ni nak kena cubit telinga ni ... dah pandai flirting nampak ... *geleng kepala* ....

lil' Iman diapit oleh Safreena (kiri) dan Puteri (kanan)
Safreena ni sebaya lil' Iman, Puteri ni muda setahun dari lil'Iman

budak perempuan tu memang sweet and cute, nama dia safreena *kena bgtau nama, takut lepas few years terlupa nama bakal menantu kan* ... jangan main main, daddy safreena ni polis, habislah lil' Iman kalau buat jahat ...mommy safreena ni, ketua kumpulan biru kitorang, muehehe ... 

#cintamonyet
#kalaujadimenantuakusetujusaja

sesi bergambar bersama parents ...
mrs pip tiada, coz busy nak ambil gambar juga :))

habis aktiviti bergambar ni, parents ada aktivit menyanyi lagu merdeka bersama anak anak merdeka dan cikgu cikgu ... very patriotic everyone here ... semangat laung Merdeka Merdeka Merdeka ... 


lagu yang dinyanyikan ialah wajib NEGARAKU, kemudian SABAH TANAH AIRKU, lepas tu lagu all time feveret mrs pip 31 bulan Ogos nyanyian Sudirman Hj. Arshad, lagu rasmi playschool PERMATA, lagu SEHATI SEJIWA ... dan juga bacaan ikrar oleh adik Wawa ...

adik wawa bersedia untuk membacakan ikrar MAKA KAMI 
cute adik wawa ni baca ikrar, serius dia boleh ingat baca ikrar tu, relax jer kan ...
kiri tu mummy wawa, yang kanan tu cikgu rozie 

ok lah, last but not least .... yang ni apa pula ni? ... time sambutan hari merdeka tu kan, semua parents mengikut kategori umur diberikan task secara berkumpulan ... task wajib disiapkan tau, kalau tak siap potong jam kredit nanti ...


untuk parents 4 tahun, kena siapkan logo lengkap hari merdeka 2017... tapi hari tu, kitorang cuma sempat melukis logo tu saja, nak mewarna ambil masa pula ... so, lepas sambutan hari merdeka tu, few days later, kitorang siapkan bab mewarna tu ... since tak semua parents dapat datang atas sebab tak dapat dielakkan, cuma mrs pip & mama anem saja yg available untuk mewarna, maka siaplah juga task kitorang, walaupun tak seberapa cantik hasil mewarna kitorang ni, tapi better la kan than nothing T_T ...

yang berbaju merah ni mumy afif
tu baby dia, nama Zuyin, 11 bulan ...
yang pakai baju tentera tu la afif ..

selesai sambutan hari merdeka petang tu, ada jamuan makan ringkas ... semua keluarga yang hadir, dibekalkan 3 tapau berupa kueh teow dan bihun ... makanan ni disediakan oleh 4 keluarga yang dipilih oleh cikgu; iaitu keluarga afif, keluarga mrs pip, keluarga adira, dan keluarga jiha ... selain tu, AJK Jamuan menyediakan air kordial ...

walaupun acara sambutan hari merdeka ni agak simple, tapi mrs pip sangat happy dapat celebrate hari merdeka bersama lil' Iman dan anak anak yg lain, juga bersama semua parents kat playschool lil' Iman ... aktiviti sebegini memupuk semangat perpaduan dan mengakrabkan hubungan silaturrahim ...

dan kepada semua rakyat Malaysia, SELAMAT HARI MERDEKA.

and jgn lupa join Happy Giveaway by Mrs Pip ya ...

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )


cheers.

Wednesday, 30 August 2017

Hutang kad kredit (part 1)

August 30, 2017 8
Hutang kad kredit (part 1)
hi there,

ketika harga barang semakin meningkat, kos hidup semakin bertambah, pasti ramai di luar sana terpaksa menggunakan alternatif lain untuk menampung perbelanjaan ... mungkin ada yang bekerja lebih daripada satu pekerjaan (mrs pip dulu pernah buat dua job, siang jadi enjin-air, malam mengajar tuition maths n science) ....

dan mungkin ada yang mengambil jalan singkat dengan mengambil loan peribadi ataupun menggunakan kad kredit untuk memenuhi keperluan hidup , which tanpa mungkin anda kurang sedar yang anda sedang menambah hutang .... 

bercerita tentang hutang kad kredit, mrs pip ingin berkongsi pengalaman mrs pip dihimpit dengan hutang kad kredit yang agak tinggi sehingga membuatkan mrs pip rasa tertekan! I owe RM5K at one time! ... maybe 5k ni ndak byk bagi segelintir org, tp cukup membebankan bg mrs pip ... time tu buta bab finance management sangat ...


sehinggalah one day mrs pip berkongsi masalah mrs pip dengan seorang kawan dan mrs pip agak bertuah kerana kawan mrs pip memberi tips good financial management, seriously my kawan tu the one and only kawan yang hidup bebas hutang antara ramai ramai kawan mrs pip, her life is so awesome *jeles juga kan* ... but she is not so kedekut with her good knowledge bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik...

waktu tu, mrs pip berhutang RM5K jumlah keseluruhan untuk 4 kad kredit ... memang gaji bulanan mrs pip digunakan untuk jelaskan hutang kad kredit, sehinggakan buat kita ni stress coz tiap kali dapat gaji bukan boleh enjoy pun, asyik asyik bayar kad kredit!

lepas tolak EPF, bayar duit kereta, duit rumah, minyak kereta, servis kereta, tolak makan minum di luar, bayar parking harian, bayar bil telefon, etc yang tinggal untuk mrs pip cuma sekitar RM850.00 ... baki RM850 ni belum tolak kad kredit lagi!

Hutang Kad Kredit:

Kad #1: RM300
Kad #2 : RM700
Kad #3 : RM1600
Kad #4 : RM2400

Jumlah 4 Kad : RM 5,000

kerana pada saat mrs pip berhutang kad kredit, seriously mrs pip pada saat itu memang tidak pandai menyimpan duit *oh life so young la kan* , dan bukan sahaja tidak pandai menyimpan duit, tapi juga tidak memiliki ilmu bijak menguruskan wang ... it's my weakness, jadi perlu mengaku kelemahan diri ...

dan selalu ja dalam mindset mrs pip waktu tu "nantilah menyimpan, nantilah menabung" coz time tu kerja memang stabil kan , as if like kita tahu apa yang berlaku esok hari ... sihat ka tidak, ada kerja ka tidak , astagfirullah .... menyesal juga mrs pip coz agak lambat untuk belajar tentang bijak menguruskan wang time tu ....

tapi, mrs pip still bersyukur coz belum sangat terlewat untuk belajar tentang ilmu menguruskan wang dan mrs pip menetapkan target 12 bulan untuk selesaikan hutang kad kredit mrs pip tu yang berjumlah RM5K ....

bagaimana mrs pip berjaya membayar hutang kad kredit RM5K dalam setahun @ 12 bulan? 3 perkara ini yg buat mrs pip berjaya langsaikan hutang kad kredit ....

1 - tekadkan diri 

ni penting ... kalau dah tahu berhutang, so kenalah tahu bagaimana untuk membayar hutang

2- perlu komited 

mcm mana anda komited dengan kerjaya anda, begitulah juga anda perlu komited untuk bebaskan diri anda daripada hutang kad kredit

3 - perlu ada perancangan

tiada jalan singkat untuk langsaikan hutang anda melainkan ada hamba allah yang baik hati mahu bayarkan semua hutang anda *sila bermimpi kejap* , maka anda perlu ada strategi ...

3 perkara yang mrs pip senaraikan di atas memang sangat berkesan kepada mrs pip ... dan hanya dalam 12 bulan sahaja , hutang RM5K mrs pip tu berjaya di selesaikan!

siapa yang ada masalah kad kredit? nasihat mrs pip ialah, kalau ada masalah kad kredit, jangan segan silu bertanya dan mendapatkan nasihat daripada yg pakar, atau boleh meminta pandangan dengan keluarga, atau sahabat yg bijak bab bab pengurusan kewangan ... 

insyaallah next entry, mrs pip kongsi pula mcm mana mrs pip membuat 'payback plan' membayar kad kredit mrs pip tu ....

ada kad kredit tu, bukanlah salah or tak elok, cuma bila dah tau berhutang, faham faham lah yer, wajib bayar hutang .... esok2 just becoz hutang kad kredit, korang diisytihar bankrup la pula ... eeiiii, tak nak lah kan ...

#itwasnineyearsago
#sekarangdahinsaf
#kembalikepangkaljalan

thanks for reading, have a nice merdeka day everyone ...

cheers

Tuesday, 29 August 2017

Massimo chiffon in the cup perisa keju yang sangat SEDAP!

August 29, 2017 9
Massimo chiffon in the cup perisa keju yang sangat SEDAP!
hi there,


siapa suka makan massimo chiffon in the cup tu? kat pekan Membakut ni, harga satu pek ni, dijual RM1.30 ... tapi hari tu beli di Kota Kinabalu, harga dapat RM1.00 satu ... tak tau kalau dah naik harga or what ... tapi dalam banyak banyak perisa kan, serius mrs pip suka yang perisa cheese ni ... bau yang harum, selain rasa yang sedap dan kek yang gebu ...


massimo chiffon in the cup ni mrs pip selalu beli bila singgah beli barang kat minimart yung siang, tak jauh dari sekolah lil' Iman ... beli dua tiga pek untuk disimpan minum petang, tak pun sebagai kudap kudap dalam kereta ... lil' Amin bila bab bab nak makan kek, agak cerewet, selalu dia reject nak makan kek ... tapi yang massimo kek chiffon ni, lil amin suka la pula ... katanya sedap ... habis sepeket dia makan sorang, kadang kadang sampai nak tambah sepeket lagi ...

nak minum petang bersama minuman kegemaran pun best juga, sambil layan baca novel ... mrs pip tengah layan novel Cinta Cape Town ... ceritanya not bad .. ni novel ketiga yang berjaya dibaca selepas Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Yang Indah Hanya Sementara ... dua dua dah habis baca, tapi reviewnya tak buat lagi ... soon, insyaallah ...

#massimochiffonperisacheesememangsedap

thanks for reading, and have a pleasant day everyone ...

jgn lupa join Happy Givewaya by Mrs Pip ya ...

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )


cheers.

Monday, 28 August 2017

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )

August 28, 2017 58
Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )
hi there,

agak tergendala sedikit giveaway kedua mrs pip ni... seharusnya berlangsung awal bulan Ogos ni, tapi memandangkan banyak perkara yang harus disiapkan, jadi tertunda sedikit giveaway untuk dijalankan ... well well well, ada sesiapa tak nak join 'Happy Giveaway by Mrs Pip' ni ? ...

Kenapa 'Happy Giveaway' ? ... ada tiga sebab kenapa kali ini giveaway ini dinamakan 'Happy Giveaway' ... 1st, it is simply because my 5th year wedding anniversary , and 2nd reason kerana blog mencecah 100K pageview last month! Dan 3rd reason ialah blog berdomain sendiri .... yessss! kalau sebelum ni guna www.sukasukasurirumah.my, sekarang ni dah guna signature name mrs pip sendiri iaitu www.mrspip.com bermula hari ini 28.8.17..

jadi maka itu haruslah buat celebration 'gembira dikongsi bersama' ! yeay ... rakan rakan blogger, doakan blog mrs pip terus maju dan sukses ya ... T_T


jom join ramai ramai ....  nak join, senang saja syarat-syaratnya ....

1 / WAJIB follow blog mrs pip (klik butang 'FOLLOW' di sidebar) 

2/ PILIHAN (nak follow boleh, tak follow pun ok jer) :-

>>>> follow Google+ Mrs Pip (klik butang di sidebar)

>>>> follow Twitter @MrsPip18 
(kalau follow Twitter Mrs Pip, sila tinggalkan username twitter korang di ruangan komen ok)

>>>> follow Facebook Mrs Pip KLIK SINI 
(kalau follow FB Mrs Pip, sila tinggalkan username FB korang di ruangan komen ok)

>>>> follow IG Mrs Pip @MrsPip18  
(kalau follow IG Mrs Pip, sila tinggalkan username IG korang di ruangan komen ok)

3/ Seperti biasa, buat satu entry penyertaan bertajuk 'Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )' kat blog korang, guna banner di atas dan backlink ke sini

4/ Tinggalkan komen di kotak komen di bawah

5/ Mrs Pip mencari 2 Pemenang bertuah untuk memenangi hadiah hadiah di atas + hadiah misteri .... hadiah akan ditambah (sama ada hadiah yg sama spt di atas atau berbentuk lain) sekiranya melebihi 60 penyertaan ... the more the merrier!


cheers.

Sunday, 27 August 2017

Hujung minggu layan anak anak main pasir ....

August 27, 2017 10
Hujung minggu layan anak anak main pasir ....
hi there,

hujung minggu koranb buat apa? mrs pip mcm ni lah, kalau ada mr. Husband, dapatlah bawa anak anak berjalan jalan ... tak pergi jauh mana pun, setakat dekat2 kawasan Membakut saja ....

tapi, kalau mr.Husband busy kerja, so duduk diam di rumah je lah namanya .... nak angkut budak berdua ni sorang2 by mrs pip, memang tidaklah ... better diam di rumah, jgn cari nahas .... budak2 ni, kalau ada daddy dorang, behave la kan, tapi kalau dgn mrs pip, mcm2 ragam keluar ...

bento box ringkas
ada drinks, biskut, sedikit kuih muih and mi goreng 😊

since ada mr. Husband, so dpt kluar dgn budak2 pigi dekat pantai ... lil' armies suka main pasir ... kitorang pun dulu before ada kids, suka swimming, snorkelling n diving ... tapi once ada kids ni, just duduk kat tepi pantai jer lah .... nak buat aktiviti laut tu semua, tunggu anak2 besar sikit ... rindu lama tak diving 😐 ....

lil' Iman suka swimming, pantang mandi kolam ... tp lil' Amin penakut, bab2 air ni dia mmg tak boleh .... mrs pip tak paksa la lil' Amin nak mandi kolam, dia tak nak, nnt kita paksa, dia trauma pula ....


lil' Amin ni manjanya makin menjadi2 ... kes kuat cemburu juga ... ajak pigi pantai, lepas tu, daddynya main dgn lil' Iman, tak layan lil' Amin, terus muka masam, merajuk berjam jam .... payah nak pujuk! ....

puas mrs pip pujuk, semua tak kena ... eh, angin kus-kus melanda lil' Amin, last2 duduk kat dalam kereta sorang2 sambil muka masam mencuka ... lepas tu suruh daddy pigi pujuk ...


dah daddy pujuk, kejap saja terus mood bagus .. eeeiiiii, merajuk kat daddy la pula, ni gara2 daddy lil' Iman tadi ... lepas mood dah ok, terus minta dukung bawa daddy jalan2 pusing2 sekitar pantai ... mrs pip malas nak join dorang keliling pantai, duduk kat belakang pick-up jer lah, sambil layan angin laut and makan kudap kudap ...

mcm ni lah hujung minggu mrs pip n family ... kalau tak ke pantai, kitorang pigi kebun kat atas bukit .... sekarang kebun pun dah disiangkan, mr. Husband rancang nak tanam buah buahan pula, sebelum ni tanam getah ... kalau tak ke kebun pula , kitorang jalan2 ber-roadtrip keliling daerah lain ....

p/s: plan nak pergi tawau tahun ni, harap menjadi ... nak try ikut jalan kalabakan. Ada sesiapa tahu jalan kalabakan tu ok ke tak?

hujung minggu korang apa cerita? have a nice weekend everyone ...

cheers.

Saturday, 26 August 2017

Resepi simple; cucur bebola kentang ... sesuai untuk juadah minum petang

August 26, 2017 10
Resepi simple; cucur bebola kentang ... sesuai untuk juadah minum petang
hi there,

dah lama tak kongsi resepi ... ala, resepi mrs pip ni semuanya simple dimple easy peasy ABC saja coz mrs pip mmg tidak reti bab bab masak ni, melainkan resipi mudah :)) , kalau terasa nak makan something yummy, memang mr.Husband lah yang jadi mangsa kena masuk dapur jadi chef paksaan, ngee ...

memandangkan hati ada beberapa biki kentang lebihan selepas buat sup ayam, jadi daripada biarkan kentang tu tidak terusik, eloklah dibuat kudap kudap untuk minum petang bersama anak anak .... yang ni bagi mrs pip memang resepi mudah ... kalau korang dah bosan sangat nak buat apa dgn ubi kentang, korang boleh cuba resepi cucur bebola kentang ni ...


mcm mana nak buat? korang tau buat kuih keria tak? lebih kurang mcm tu lah cara nak buat cucur bebola kentang ni ... 

bahan-bahan dan cara membuat :-

>>> 4 biji ubi kentang sederhana besar, dikupas kulit dan direbus sehingga masak / lembut / empuk
.... kalau nak makan banyak, kenalah tambah kentang yer .. ni 4 biji just enough untuk mrs pip and lil' armies berdua tu ...

>>> setelah empuk, bolehlah melenyek ubi kentang , tapi berjati hati yer, ubi kentang masih agak panas kan ...

>>> setelah ubi kentang dilenyek sepenuhnya, masukkan garam dua - tiga sudu kecil garam dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga ubi kentang boleh dibentuk bebola dan tidak melekit di tangan anda 


>>> kalau suka, anda boleh menambah sedikit hirisan daun sup, sedikit hirisan lada besar merah dan mungkin sedikit cincangan udang atau isi ketam sebagai penambah rasa kepada bebola kentang anda ...

>>> dah siap , anda bolehlah menggoreng bebola kentang tersebut ... goreng sehingga keperangan , jangan sampai hangus pula yer kengkawan :) .. muehehe ...


dah siap? jom minum petang sambil layan baca buku ... boleh dimakan begitu saja, tak pun cicah sos cili atau sos thai , bersama segelah teh susu .... cukuplah 6 ketul untuk mrs pip *I am on diet* , tak boleh makan banyak banyak menternak lemak ... sekarang ni mrs pip nak balik ke pangkal jalan untuk hidup lebih sihat, ouch!

selamat mencuba ....

cheers.

Friday, 25 August 2017

Antara TIPS bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata

August 25, 2017 6
Antara TIPS bicara bersama anak kecil agar si anak mendengar kata
hi there,


1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

mrs pip mengaku, mendidik anak anak sangat mencabar kesabaran. ada masanya kesabaran berganti dengan tekanan emosi, huh! memang stress .... tapi bila difikir balik, anak anak inilah yang sentiasa membahagiakan hidup kita ... carilah cara atau teknik yang sesuai agar anak anak ini mendengar bicara kita ....
 
p/s: copy paste dari group whatsapp ... semoga bermanfaat

have a nice Friday, everyone ...

cheers.

Thursday, 24 August 2017

Dapat free gift sebagai Top Commentators dari cik Shikin

August 24, 2017 8
Dapat free gift sebagai Top Commentators dari cik Shikin
hi there,

hari tu bila cik Shikin tinggalkan mesej di kotak komen mrs pip "tahniah, kerana anda penerima 1 botol serum rambut daripada saya", wah terkejutlah juga, tetiba dapat freegift ... bila check kat blog cik Shikin ni, oooo baru tau rupa-rupanya mrs pip adalah diantara salah seorang top commentators Julai-Ogos 2017 kat starlavendarluna .... eh, tak sangka la pula, jadi top commentators pun dah hadiah!

then kemarin cik shikin wasap kalau kalau mrs pip dah terima tak serum tu? eh, tak terima lagi, mrs pip bgtau cik shikin coz pejabat pos kat sini kadang kadang lupa nak call brg sampai, so kalau ada tracking number senanglah sikit nak check ...

muehehe, cik shikin dgn pantasnya bagi tracking number n siap check kalau brg dah sampai ke tak, screenshot tengok brg dah sampai ... yeah! so tadi terus pi pejabat pos after hantar lil' Iman pigi sekolah ambil parcel ...

tada! dapatpun serum rambut tu.. rezeki di bulan ogos buat mrs pip ... happy sangat dapat serum rambut ni  .... thanks cik shikin, semoga murah rezeki selalu T_T



dan ni ialah hadiah kedua mrs pip dapat dari cik shikin tau, yang first hari tu dapat lipstick, memang awesome tau lipstick tu ... nak tau lipstick apa, boleh baca kat sini ....

Hadiah dari cik Shikin


cheers.

Tuesday, 22 August 2017

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest by Lazada

August 22, 2017 13
Merdeka!Merdeka! Blogger Contest by Lazada
hi there,

jom semua join blogger contest anjuran LAZADA sempena hari Merdeka yang akan datang tidak lama lagi ... contest ini bermula pada 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017, dan ada 3 soalan mudah untuk dijawab bagi memenuhi syarat syarat mengikuti contest tersebut.


a) What do you love about being Malaysian?

Saya berasa bangga menjadi seorang Malaysian, kerana saya boleh hidup dengan aman damai bersama-sama kaum dan etnik lain di Malaysia tanpa ada prejudis antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Saya boleh menyambut semua perayaan di Malaysia tanpa ada sebarang larangan atau bantahan, dan saya sendiri berkahwin campur dengan suami saya seorang Sino-Kadazan, maka saya bukan sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha, tapi juga menyambut Chinese New Year, Pesta Kaamatan dan Hari Krismas bersama keluarga suami saya. Dan ianya sesuatu yang menyeronokkan bagi saya dapat menyambut pelbagai perayaan bersama keluarga.

Kerana pelbagai kaum dan etnik di Malaysia, maka kepelbagaian budaya, adat resam dan dialek boleh dipelajari dan antara perkara paling BEST ialah kita dapat merasai pelbagai jenis masakan dan resepi hasil daripada kepelbagian kaum dan etnik di Malaysia.

Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia!

b) Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/local-brands/


jenama tempatan yang mrs pip gemari ialah Carlo Rino 

c) Select two product from that brand that you love. The article must contain screenshots of the products mentioned.


produk pertama pilihan mrs pip ialah handbag keluaran Carlo Rino,
yes, I need a new handbag ... 


produk kedua pilihan mrs pip ialah wallet keluaran Carlo Rino,
tell you what, wallet mrs pip seriously perlu diganti baru

jangan lupa shopping di LAZADA sempena Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale) yang akan berlangsung bermula 25 Ogos sehingga 31 Ogos (di mana anda boleh mendapati Diskaun Istimewa sehingga 80%) !

dah siap entry contest korang, jangan lupa isi borang di sini : http://lzd.co/MBC2017 

hadiah untuk pemenang sangat awesome! iaitu :-

 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 2 x RM300 
 3rd Prize: 3 x RM200 

jadi, jom semua join contest ni :)

cheers

Jana income dgn Sushivid; hanya untuk bloggers, youtubers & Instagrammers

August 22, 2017 12
Jana income dgn Sushivid; hanya untuk bloggers, youtubers & Instagrammers
hi there,

korang pernah tak dengar SUSHIVID? mrs pip pun baru saja tau tentang SUSHIVID ni .. eh korang ni, ni bukan sushi yang boleh makan tu tau ... ni SUSHI yang korang boleh jana duit ... join SUSHIVID dan jana duit ... macam mana tu? ok, jom baca sampai habis entry ni, mrs pip sharekan buat korang semua, kot kot ada rezeki bersama T_T


PERTAMA: apa itu SUSHIVID? 


kalau korang seorang  BLOGGER, YOUTUBER, INSTAGRAMMER, maka korang boleh join SUSHIVID ni ... SUSHIVID ialah platform untuk INFLUENCER macam korang semua untuk SPEAK FOR THE BRAND, jadi melalui SUSHIVID korang boleh appy JOB dan letak harga (range harga diberikan).

to make it simple, melalui SUSHIVID ni, korang boleh menjana income melalui JOB yang diberikan sekiranya korang terpilih untuk melakukan advertorial for the campaigns yang korang apply tadi T_T

KEDUA: apa yang menarik sangat tentang SUSHIVID?

ni sekadar pendapat peribadi #jangankecamsaya :) teehee .... yang bestnya, korang boleh pilih mana mana campaigns yang bersesuaian dengan korang, dan ianya campaigns terbuka, sesiapa pun boleh apply JOB untuk dapatkan campaigns tersebut ... terpulang pada client siapa yg dia nak pilih ...

ni antara campaigns yg sedang berlangsung kat sushivid

lepas tu, setiap campaign yang ditawarkan, akan diletakkan range harga e.g. USD50 - USD250 (semua dalam USD yer), so korang boleh masukkan harga yang korang rasa berapa yang bersesuaian dengan korang asalkan harga tu still dalam range yang diberikan ...

katakan ada campaigns minyak wangi dan range antara USD50 - USD100, kalau korang rasa nak letak USD80, so propose harga tu, kiranya WORK ON YOU OWN TERMS; NO HIDDEN CONTRACTS ... brapa yang korang letak harga tu, begitulah yang korang akan dibayar once korang dapat JOB nanti ...

KETIGA: macam mana nak join SUSHIVID?

mrs pip ada invite few friends utk join sushivid, yg dpt invitation tu, kalau korang sign up thru link mrs pip, kita akan dpt rm25.00 tau! yes, sign up saja dpt duit 😀 ... dan NO MINIMUM AMOUNT kalau nak withdraw duit tu, boleh withdraw terus semua ....

UPDATE TERKINI (23/8/17) : SUSHIVID just called mrs pip and inform yang program kalau sign up thru referral link akan dapat M25.00 kan, allocation for this amounting RM5,000 has been fully redeemed. Tapi, you ols still boleh join SUSHIVID, dan once korang sign up, akan dapat RM10.00 ! yeay ... mrs pip pun agak lambat tau pasal SUSHIVID ni, kalau tau awal awal, mesti mrs pip dah invite korang semua cepat cepat ....

anyway, tak dapat RM25.00 tu tak pa, still dapat RM10.00 kan, dan yang PALING PENTING, korang sign up dan check kerja kerja advertorial yang korang berminat, lepas tu propose jer kerja kerja tu ... then tunggu kot kot rezeki korang yang pihak CLIENT / THE BRANDS akan appoint korang untuk buat review, bak kata pepatah .... tak cuba tak tahu kan ...

nak join tak? jom join ramai-ramai, luangkan masa 5 minit jer untuk SIGN UP, tak lama kan, just 5 minutes ... ok, pergi ke laman web SUSHIVID (url web mrs pip dah sediakan di bawah),

WWW.SUSHIVID.COM


click I'M INFLUENCER

click JOIN US TODAY

once korang dah SIGN UP, apa yang korang perlu buat ialah ikut arahan mudah dari SUSHIVID ... dan isikan semua bio anda yang dikehendaki dan lepas tu korang pergi ke NEW CAMPAIGNS dan check campaigns yang sedang berlangsung, dan apply campaigns yang korang rasa bersesuaian dengan korang ...

income pertama mrs pip

mrs pip dah join pun SUSHIVID ni, dan 1st income pun dah dapat, tak banyak tapi kumpul lama lama insyaallah akan bertambah. tapi, korang jangan malas malas log in SUSHIVID once dah join tau, kena check selalu JOB yang sedang ditawarkan. satu lagi,once dah dapat JOB, jangan pula korang buat buat lupa tugas korang untuk SPEAK FOR THE BRAND, nanti melepas pula bayaran, siapa yang rugi? korang jugak ....

apa tunggu lagi? .... jom join SUSHIVID hari ini ...

cheers.


Monday, 21 August 2017

SGshop Merdeka Giveaway

August 21, 2017 2
SGshop Merdeka Giveaway
hi there,

ok, so once again here I am to join this credit giveaway from SGShop and this time because it is MERDEKA MERDEKA MERDEKA ! ... currently, blog DULULAINSEKARANGLAIN.COM is calling all MALAYSIANS to join / participate their SGShop Merdeka credit giveaway .... yeah!

Click banner to join but pls read the instruction below.

how to join the contest?

1/ LIKE SGShop Malaysia facebook, after you LIKE their FB, please SCREENSHOT

2/ SHARE SGSHOP Malaysia facebook on your FB WALL, and type #SGShopMerdekaGiveaway , then SCREENSHOT

3/ GO TO DULU LAIN SEKARANG LAIN FACEBOOK PAGE , and PM them the screenshot in #1 & #2 justnow ....

4/ if you have no sgshop account, pls register.

5/ GO TO SGSHOP website, and find any item that you want to buy from sgshop, paste the photo in your blog entry together with the link of the item.

6/ GO TO blog DULU LAIN SEKARANG LAIN, and in the comment section, please provide your blog post url, email and your sgshop account name.

note: if you are not a blogger, you still can join this giveaway ... what you need to do is just paste the link of the item in the comment section at blog DULU LAIN SEKARANG LAIN, but pls follow all the instructions above except #5 ....

so what do I want from sgshop? .... this is what I gonna buy if I won the credit ...


It is a set of simple planner , RM76.22 per set
and here is the link,
http://www.sgshop.com.my/taobao/tao-bao/searchdetails?tbid=551689420792

so, wish me luck ...

cheers.

Giveaway by LZ

August 21, 2017 7
Giveaway by LZ
hi there,

join giveaway segmen lagi, kali ni kita join GA dari cik planner kita, LZ ... hadiah2 menarik disediakan .... mrs pip busy pula these few weeks, nak buat GA sendiri still tak buat buat lagi ni 😕 ... insyaallah minggu ni mrs pip buat GA , hope ada sambutan, muehehe .... so sebelum buat GA sendiri, join dulj mana2 GA yg sempat ni ...


nak join, korang klik banner kat atas tu .... dan mrs pip siap salin syarat2 penyertaan untuk korang ok ... tak susahkan syarat2 nya, jadi apa tunggu lahi, jom kita memeriahkan GA cik planner kita ni ....

1. Follow blog ini, Lady in Red Planner,
2. *Follow Instagram : @ladyinredplanner,
3.* Like Facebook Page : ladyinredplanner,
4. Copy banner di atas dan buat satu entri bertajuk : "Giveaway by LZ" dan backlink dengan entri ini.
5. Berikan pendapat ikhlas anda mengenai blog Lady in Red Planner minimum sebaris ayat.
6. Publish entri anda dan letak link entri tersebut di ruangan komen entri ini. Jangan lupa nyatakan nama IG atau Facebook anda.

cheers.

Sunday, 20 August 2017

Tempah fridge magnet dari PRINTCIOUS

August 20, 2017 17
Tempah fridge magnet dari PRINTCIOUS
hi there,

yeah! sampai dah fridge magnet (FM) yang mrs pip beli di PRINTCIOUS.COM .... mula mula ingatkan nak buat TSHIRT sendiri, tapi bila browsing punya browsing, rasanya tersuka pula dengan FM ni , tak fikir panjang terus buat 4 biji, bila check harga, still affordable untuk mrs pip.



FM ni mrs pip order pada 9 Ogos dan selamat diterima pada 14 Ogos lepas ... FM ni bersaiz 60mmx60mmx6mm dan harga setiap satu ialah RM18.40 ... mrs pip buat 4 biji, tapi kat gambar di atas ada 3 biji kan, mana lagi satu eh? muehehe , yang satu lagi tu tak dapat nak show off kat korang, gambar diving mrs pip dulu dulu, time tu still free hair kan, so FM tu memang bukan untuk dikongsi bersama  ...

satu FM tu khas untuk lil' Iman dan satu lagi utk lil' Amin, ni both time mereka berusia somewhere at 7 months old ... nampak gambar ni hari2 kat depan peti sejuk, memang mengingatkan mrs pip zaman mereka still a baby ...


rindu masa mereka kecil kecil dulu, now dua dua dah semakin membesar dan petah berkata kata ... oh anak, cepatnya korang membesar ... freeze the time, please! selain square FM ni, ada 3 bentuk lain lagi yg korang boleh pilih iaitu oval, love dan round ...

sekarang ni, PRINTCIOUS tengah ada sale, harga pun murah murah ... FM yang mrs pip buat ni, harga selepas sale ialah RM12.90 sahaja! murah giler kan .... cuma masukkan PROMOCODE: MERDEKA60 ketika membuat pembayaran, dapatlah harga murah mencurah curah! ...

p/s: selain FM ni, korang boleh custom design Tshirts, Mugs, Cushion, Phone Cases, Ceramic Tiles, Puzzles, Mousepads dan banyak lagi barangan lain ... lepas ni nak buat ceramic tiles or mouse pad  pula ...

cheers.

Saturday, 19 August 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik

August 19, 2017 7
Kembara Jom Jimat Elektrik
hi there,

dapat saja bil elektrik, terus tengok jumlah bil penggunaan bulan lepas. hurm ... mcm tu lah setiap bulan, tengok bil, amaun tak susut susut lah juga, kadang kadang tu makin bertambah. bil elektrik korang semua mahal ke tak? dengar dengar ada yang cecah sampai beratus ratus ringgit!

mak oi, mrs pip ni yang cecah lebih RM50.00 sebulan pun dah merungut, tak boleh nak bayang yang cecah ratusan ringgit tu ;( .... best juga kalau ada program kesedaran jimat elektrik macam kat Telok Panglima Garang ni kan ... memang thumbs up la dengan adanya kempen sebegin T_T i loike.

......................................................

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Sedikit tips yang dikongsi bersama program kembara jom jimat elektrik:-

Matikan suis dan tanggalkan plug yang tidak digunakan
Tetapkan suhu pendingin hawa 25°C dan sesuai dgn luas bilik
Pastikan lampu yang digunakan dari jenis cekap tenaga
Elakkan penggunaan screen saver dan matikan suis monitor kalau tidak digunakan
Kalau hendak menggosok pakaian, hendaklah digosok dalam kuantiti yang banyak

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 


......................................................

all the best buat team Kembara Jom Jimat Elektrik, semoga ianya membawa banyak manfaat kepada semua yang terlibat ...


p/s: this is not a sponsored post.

cheers


Friday, 18 August 2017

Lindungi diri daripada DAJJAL melalui surah AL-KAHFI

August 18, 2017 2
Lindungi diri daripada DAJJAL melalui surah AL-KAHFI
hi there,

salam jumaat .... minggu ni minggu agak busy pulak buat mrs pip since nextweek playschool lil'Iman ada sambutan merdeka, so as usual la kan, parents kat playschool ni kena luangkan masa buat aktiviti untuk jayakan sambutan merdeka tu nnt , dapat 1 credit hour 😁😁😁...

lepas tu, last minute baru mrs pip berjaya dpt info kat mana nak jahit baju merdeka utk pakaian beragam ... nasib baik tadi pagi pi hantar, makcik tukang jahit tu still terima tempahan, esok boleh ambil ... yeah, sayang kat makcik tukang jahit tu ....

lepas tu, ada pula seorang mama ni bagi idea nak buat surprise party utk ketua pendidik kat playschool lil'Iman, her birthday was yesterday ... idea buat surprise party ni hari rabu petang ... mak oiii, last minute plan ... nasib berjaya buat, yeah! terkejut cikgu rozie kita surprisekan dia .... nextvweek baru dpt kongsi cerita penuh 😁 ...

Kredit: Google

hari jumaat yang indah ni, nak kongsi sedikit tazkirah jumaat kepada semua, semoga bermanfaat untuk kita hayati bersama .... kali ni tentang surah al kahfi, surah hebat yang mampu melindungi diri kita daripada kejahatan DAJJAL.

Terdapat empat kisah tauladan di dalam surah Al-Kahfi. Setiap satunya mendidik diri bagi menghadapi fitnah Dajjal.
Dajjal akan hadir sebelum Hari Kebangkitan dengan ujian-ujian berikut untuk menyesatkan manusia:

#1 – Ujian Keimanan

Beberapa pemuda melarikan diri dari pemerintah dan penduduk yang menyembah selain dari Allah.
Pemuda-pemuda beriman kepada Allah ini ditidurkan di dalam sebuah gua sebelum dibangkitkan kembali setelah bertahun lamanya.
Menerusi ujian keimanan, manusia akan dihasut untuk menyembah selain daripada Allah. Dia memerlukan kuasa lain yang diyakini dapat membantu dalam urusan hidupnya tetapi sebenarnya telah membawa dirinya dalam kesesatan dan kehancuran.

#2 – Ujian Kekayaan

Kesenangan boleh menjadi satu ujian terbesar kepada seorang hamba Allah. Dua lelaki yang berbeza status bertukar pendapat mengenai kemewahan.
Si kaya yang memiliki banyak harta terlalu takjub dengan harta yang dimilikinya sehingga melupakan Allah yang memberi dan juga mampu menarik kembali kemewahan tersebut.
Harta telah melupakannya kepada akhirat dan jikalau ada pun akhirat, dia yakin nasib yang menyebelahi dirinya adalah baik juga sebagaimana dia menerima kemewahan di dunia. Akhirnya, Allah memusnahkan semua harta yang dipinjamkan kepadanya.
Ujian kekayaan adalah ujian dari apa yang boleh dilihat dengan pandangan mata kita. Manusia yang lemah akan mengejar dunia yang dirasakan amat menyeronokkan sehingga tidak lagi peduli dengan alam yang kekal abadi.

#3 – Ujian Ilmu

Musa yang mahu menguasai ilmu yang tidak dimilikinya telah bertemu dengan Khidir. Khidir mendidiknya tentang ilmu menerusi peristiwa-peristiwa yang menguji kesabaran Musa.
Akhirnya, pembelajaran Musa terhenti selepas pertistiwa keempat dan Khidir menjelaskan semua hikmah yang dilalui mereka.
Orang yang berilmu selalu diuji dengan bagaimana dia menggunakan ilmunya, dan bagaimana pandangannya kepada manusia dan sesuatu situasi.

#4 – Ujian Kuasa

Dhul-Qarnayn merupakan seorang raja yang hebat. Dia lah yang telah membina tembok tinggi dan teguh bagi menghalang Ya’juj dan Ma’juj agar tidak mendatangkan kerosakan kepada manusia.
Dengan kuasa, manusia mempunyai pilihan sama ada menggunakan kuasanya untuk kebaikan atau pun kehancuran. Kisah Dhul-Qarnayn adalah contoh ujian kepada mereka yang berkuasa.
Di Tengah-tengah surah ini, dinyatakan tentang Iblis yang memperhebatkan lagi 4 ujian di atas menerusi firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Maka, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang yang zalim, pengganti yang mereka pilih itu.”Surah al-Kahf:50
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Ujian yang berat pasti ada benteng penghalangnya.
Maka, Allah telah menyediakan beberapa langkah untuk menghadapi semua ujian tersebut dengan;
#1 – Ikhlas Kerana Allah
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; maka, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia melakukan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadat kepada Tuhannya.”Surah Al-Kahf:110
#2- Berdakwah Tanpa Mengira Darjat
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan bacakan apa yang diwahyukan kepadamu daripada kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sama sekali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.”Surah Al-Kahf:27
#3- Mengingati Hari Akhirat
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkarkan dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah; dan Kami himpunkan mereka (di padang mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorang pun daripada mereka.Surah Al-Kahfi:47
Dan mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka), “Kamu sekarang telah datang kepada Kami – (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (hari kebangkitan untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan).Surah Al-Kahfi:48
Dan “kitab-kitab amal” juga tetap akan dibentangkan, lalu engkau akan melihat orang yang berdosa itu, berasa takut dengan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata, “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka lakukan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.”Surah Al-Kahfi:49
#4- Memilih Untuk Bersahabat Dengan Mereka Yang Soleh
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi roang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam al-Quran, serta dia mengikut nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”Surah Al-Kahf:28
#5- Mengenali Hakikat Dunia 
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan kemukakanlah kepada mereka perumpamaan: kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian ia menjadi kering hancur ditiup angina; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”Surah Al-Kahf:45
#6- Bersikap Merendah Diri
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Musa berkata, “Engkau akan dapati aku, insya Allah, orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu.”Surah Al-Kahf:69

Surah al kahfi adalah surah ke 18 , dan mempunyai 110 ayat, nak baca online bersama terjemahannya, boleh ke QURAN.COM ..... sekadar berkongsi, semoga bermanfaat semua.

sumber asal : di sini

cheers