July 2017 - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 31 July 2017

Ketahui punca kematian yang disebabkan oleh penghawa dingin kereta anda!

July 31, 2017 7
Ketahui punca kematian yang disebabkan oleh penghawa dingin kereta anda!
hi there,


Seorang rakan mrs pip (thanks to Izuan Hafizuddin) berkongsi sedikit info mengenai apa yang perlu diketahui tentang aircond kenderaan yang beliau perolehi ketika mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia sekitar 21 Julai 2017 lepas ....

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3) Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm  which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

*Please pass this info to others-famili & kwn2 sbb kita di Malaysia ni lack of knowledge mengenainya. Jika tidak, pasti kita akan ambil langkah keselamatan awal*

semoga bermanfaat.

cheers.

Sunday, 30 July 2017

Let's feed the chicken by lil' Iman

July 30, 2017 12
Let's feed the chicken by lil' Iman
hi there,

bulan ni, tema dokumentasi untuk dihantar ke sekolah lil' Iman ialah berkaitan dengan haiwan ... jadi, mrs pip pun ikutlah tema yang ditetapkan ... kali ni, dokumentasi ialah lil' Iman; let's feed the chicken! jom kasi makan ayam ....

dokumentasi yang dihantar untuk bulan Julai ke sekolah lil' Iman

suka lil' Iman dapat pegang ayam ni tau, bukan dia takut pun, mrs pip yang risau takut lil' Iman kena patuk ayam :) ... *ignorant mommy* muehehe ....


ni ayam telur, asalnya ada 30 ekor, tapi few months ago, dua ekor tu mati, so tinggal 28 ekor .... cuma nak tunggu ayam ayam ni semua bertelur tu, kena sabar banyak banyak ....

yang ayam kampung pula, alahai, kurus lah sangat ... nak cakap tak makan, padahal kuat makan ayam ayam kampung ni, ada 6 ekor semua ... bagi jagung, kejap ja habis, bagi nasi lagilah ayam kampung ni suka sangat ... sesekali bagi ubi kayu atau kelapa kalau ada ....

mula mula, mrs pip pun takut nak bagi ayam ayam ni makan, takut kena patuk ... cis, padahal ayam tu bukan nak patuk tangan mrs pip pun, ayam ayam ni cuma nak patuk jagung dalam mangkuk yang mrs pip pegang ....


kalau ayam telur tu, kena bagi makan baja gemuk , once ayam telur ni dah cukup gemuk nanti mixkan dengan baja telur, kot kot nanti bertelurlah ayam ni ... lepas ni nak makan telur, boleh ambil fresh from the reban! .... insya allah ....

tu je lah aktiviti lil' Iman bersama ayam ayam sekalian ... dokumentasi pun dah hantar kat sekolah lil' Iman, dapatlah 1 jam kredit di bulan Julai ....

cheers.

Saturday, 29 July 2017

Berjaya beli novel Cinta Cape Town & Salju Cinta Anna pada harga @ RM10.00 satu !

July 29, 2017 6
Berjaya beli novel Cinta Cape Town & Salju Cinta Anna pada harga @ RM10.00 satu !
hi there,

beberapa hari lepas, mrs pip ada share promosi beli novel murah di karangkrafmall secara online kan ... mmg murah sangat2 , apa taknya novel dijual serendah rm5 satu! dan kalau beli bundle 5 buah novel  cuma perlu bayar rm20, tak masuk postage ... tapi dah kira affordable dah tu harga tersebut ....

byk novel2 yang rm5 satu tu sold out, no stock! ... so terpaksalah mrs pip beralih ke promosi kedua beli novel rm10 satu 📖📖📖 .... yang ni pun sama juga  kalau beli bundle 5 buku, cuma perlu bayar rm40 tak masuk postage ... novel pula best2 .... mcm nak rembat semua ....


mrs pip baru juga berjinak jinak membaca novel, ni semua hasil penangan selalu rasa teruja bila blogger Sha dari kasihkuamani tu rajin up entry ttg novel2 yang dia baca, kagum tengok status goodreads dia .... beratus novel dah Sha ni baca dalam tahun ni!

jadi, mrs pip pun terjebaklah juga nak baca novel. eh, hobi baru la kot utk tahun ni 😊 .... pilih punya pilih kat laman web karangkrafmall hari tu 21.7.17, novel pertama yang mrs pip grab ialah novel CINTA CAPE TOWN ... baca sinopsis mcm best ...


dan novel kedua pula, mrs pip beli SALJU CINTA ANNA ... hope novel ni punya jalan cerita yang best .... tajuk mcm best, coverbook pun mrs pip suka ...

pada awalnya nak beli 5 novel sekaligus, tapi mrs pip fikir2 semula, ok ni untuk permulaan dulu, beli 2 buku dulu, nnt beli banyak2 tak habis baca pula ... dah lah hari tu beli 3 buah preloved novel dari Sha awal raya hari tu, tu pun baru siap baca 1 novel 😕 ....


lepas dah beli dua novel online ni  bayar postage poslaju berharga rm14.60 ... kalau pos biasa pula rm10.60 .... tak jauh pun beza harga, so pilih poslaju sajalah .... kalau korang tinggal dekat area karangkraf sendiri, boleh beli online dan ambil kat karangkraf, tak perlu nak bayar postage ....

 ..... tengah tunggu dua novel ni sampai kat rumah .... muehehe ..... and now mrs pip dah ada 5 novel. 3 beli kat Sha, 2 lagi  kat karangkrafmall online 😀 .... ada sesiapa nak jual preloved novel SUPERSTITIOUS hasil tulisan Stephen Hawkings tak? .... kalau ada, info mrs pip ok ....

cheers.

Friday, 28 July 2017

Menang mini giveaway JMbelog #4

July 28, 2017 2
Menang mini giveaway JMbelog #4
hi there,


yeah, rezeki lagi .... menang lagi mini giveaway by JMBELOG #4 ... hadiahnya ialah topup .... thanks JM, ni kemenangan kali kedua join GA dari blog JM .... I'm happy 😃😃😃 .....

have a nice day everyone.

cheers.

Wanita penghuni neraka

July 28, 2017 3
Wanita penghuni neraka
hi there,

bila mrs pip baca entry perkongsian ni, seram sejuk pun ada... aduhai wanita, sungguh kita dimuliakan, namun kaum kitalah; wanita yang bakal memenuhi neraka, mohon dijauhkan neraka untuk kita semua.

sekadar gambar hiasan
Kredit pexels.com

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita.”
Para sahabat bertanya;
“Apakah sebabnya, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab;
“Sebabnya ialah kekufuran mereka”
Mereka bertanya lagi;
“Adakah mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan?
Baginda menjawab;
“Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu.”Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas
Inilah ciri-ciri wanita yang banyak menghuni neraka. Mereka selalu melupakan kebaikan seseorang hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.
Pemberian oleh suami seolah-olah tidak bererti dan tidak pernah berlaku hanya kerana sekali hatinya disakiti.
Rasulullah s.a.w mengingatkan juga kepada kaum wanita mengenai sifat lain yang turut sama menyumbang kepada dicampaknya seorang wanita ke dalam api neraka.
Sifat tersebut ialah melaknat iaitu mencela dan memaki manusia dan yang lainnya kerana kekesalan. Ini disebut dalam hadis daripada hadis Abu Sa’id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah s.a.w lalu di hadapan sekumpulan wanita. Kemudian baginda bersabda (maksudnya);
“Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka.”
Mereka bertanya;
“Mengapa wahai Rasulullah?”
Baginda menjelaskan;
“Kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan.”
Justeru, wanita yang meletakkan dirinya di dalam neraka mempunyai sifat;

#1 – Tidak Berterima Kasih

#2 – Cepat Melupakan Kebaikan

#3 – Suka Memaki Dan Mencela

Walaubagaimana pun, ini bukanlah menunjukkan yang neraka ditentukan oleh jantina seseorang.
Ini juga bukanlah tiket untuk lelaki merendahkan wanita. Ini kerana banyaknya jumlah wanita di dalam neraka adalah kerana jumlah mereka yang ramai daripada kaum lelaki di dunia.
Manakala, peringatan tentang sifat wanita penghuni neraka yang disampaikan oleh Rasulullah itu juga merupakan satu pengajaran kepada kaum lelaki.
Sebagai manusia, pasti ada yang tidak terlepas daripadanya dan juga sifat-sifat lain lagi yang dibenci oleh agama.
Maka, sebagai wanita, ambillah peringatan daripada Rasulullah ini sebagai satu ingatan kepada diri terutama dalam keadaan marah yang sering menjadi ruang syaitan membisikkan hasutannya.
Bagi kaum lelaki pula, jagalah juga ucapan yang diberikan kepada wanita terutama kepada para isteri.
Sebaik-baiknya ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana wanita juga besar peranannya dalam kebaikan dunia dan akhirat kita.
sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.

mari kita sama sama memperbanyakkan sedekah ...

sumber asal : di sini

cheers

Thursday, 27 July 2017

Cara senang tanak beras pulut yang dicampur bersama beras biasa (pada nisbah 2:2)

July 27, 2017 11
Cara senang tanak beras pulut yang dicampur bersama beras biasa (pada nisbah 2:2)
hi there,



entry suatu masa dulu, Cara senang tanak nasi pulut menjadi entry popular pula minggu ni T_T ... semoga entry ni membantu sesiapa di luar sana yang nak masak nasi pulut cara mudah :) .... 

selain kaedah yang mrs pip kongsikan terdahulu, ada satu lagi kaedah tanak nasi pulut cara mudah yang mrs pip buat ... ni kaedah cuba cuba terbaru yang mrs pip ....

masih menggunakan kaedah cawan 4 cawan nasi pulut = 4 cawan santan  >>>>> ingat, guna sukatan cawan yang sama <<<<< , tapi kalau sebelum ni santan ni kita masukkan sekali bersama beras pulut tu kan, yang ni tak ....

apa yang korang perlu buat ialah 


1/ basuh beras pulut sehingga bersih, toskan air sehingga kering
2/ masukkan ke dalam rice cooker, biarkan ...
3/ masukkan sukatan santan yang betul ke dalam belanga / pan kecil, tambahkan garam secukupnya,, dan sedikit gula
4/ santan di-didihkan 
5/ selepas santan mendidih, masukkan ke dalam rice cooker tadi 
6/ masukkan 1 sudu besar planta (atau mentega/marjerin jenama lain). kalau tiada mentega/marjerin, boleh masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dalam beras pulut tersebut ....
7/ kacau sehingga santan dan beras pulut bergaul rata
8/ tekan butang 'ON' pada rice cooker korang
9/ tunggu sehingga nasi pulut masak ... 
10/ jangan terus buka rice cooker tu ok, biarkan dulu selama 10 minit ...

tips: kalau nasi pulut belum masak sepenuhnya, tekan butang 'ON' semula, dan biarkan ia masak sendiri ....

selain tanak beras pulut sahaja, korang juga boleh cuba tanak beras pulut bersama beras biasa ... tanak beras pulut + beras biasa akan memberikan sedikit tekstur berlainan kepada nasi korang nanti ... mcm mrs pip ni, baik lil' Iman dan lil' Amin suka nasi pulut bersama beras biasa, mr.Husband juga prefer beras pulut ditanak bersama campuran beras biasa ...

cuma, sukatan santan berbeza berbanding beras pulut sahaja :) ....

untuk sukatan santan 4 cawan beras pulut sahaja4 cawan nasi pulut = 4 cawan santan  >>>>> ingat, guna sukatan cawan yang sama <<<<<

manakala untuk sukatan santan 2 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa ialah = 5 1/2 cawan santan >>>>> ingat, guna sukatan cawan yang sama <<<<<

cara beras ditanak sama sahaja , seperti yang mrs pip kongsikan di atas .... kaedah di atas lebih memberikan hasil yang elok berbanding kaedah yang mrs pip kongsikan sebelum ini .... 

selamat mencuba T_T

cheers.

Selesai shopping di Lazada menggunakan voucher kemenangan Lazada Ramadhan blogger contest

July 27, 2017 11
Selesai shopping di Lazada menggunakan voucher kemenangan Lazada Ramadhan blogger contest
hi there,

yeah! siap shopping di Lazada menggunakan voucher kemenangan sempena Lazada Ramadhan blogger contest. blog mrs pip tersenarai menang tempat ketiga bersama ramai rakan2 blogger yang lain juga. dan untuk tempat ketiga, Lazada menghadiahkan voucher bernilai RM100 kepada setiap pemenang 👍👍👍 ....


mrs pip tengok kat blog rakan2 blogger, ramai dah yang bershopping menggunakan voucher tersebut, buat mrs pip pun teruja nak guna voucher tu cepat2, muhehehe ....

mrs pip beli 4 item untuk voucher tu, tapi kena tambah sedikit duit coz pembelian mrs pip melebihi dari nilai voucher yang diberikan ... dah alang alang shopping kan, sekali harung shopping extra sikit 😀 ....

mula mula nak beli wallet, ada yang berkenan, tapi harga agak mahal, so yang ni kena ketepikan dulu, nextime baru beli  just letak dalam wishlist ... kot kot ada diskaun nextime 😜 ....

then nak cari loofers, click carlo rino ada sale ... yeah  dah jumpa yang berkenaan di hati time tu, harga cuma rm50.00 ...tapi saiz pula tiada yang sesuai 😢 , terpaksalah I is gigit jari ! .... nevermind, cari yang sajalah .....


tada! hasil pembelian menggunakan voucher kemenangan Lazada ... item 1st tu mmg dah lama duduk dalam wishlist, yang ni untuk lil' armies, educational board. hope lepas ni anak anak lebih gembira belajar ABC  dan mengira 123 😊 , anak bijak mommy happy! cewah.

item 2nd tu untk bagi mr.husband, since mouse dia asyik problem saja this few weeks .... hope yang mouse ni mampu bertahan lama ... dan item third dan fourth tu of course untuk mrs pip ....

blouse tu keluaran Zanzea, ini blouse Zanzea ketiga yang mrs pip beli di Lazada, suka dgn Zanzea coz design simple, material quite good dan muslimah wear 😊 , dan tak dapat carlo rino kan, beli brown loofers ni pula ... nampak mcm menarik, harga pun aftordable ....

sekarang ni tunggu barang sampai, hope semuanya sampai dlm keadaan yang elok ... anyway, korang yg menang voucher lazada tu dah shopping ke belum?

have a nice day everyone ...

cheers.

Wednesday, 26 July 2017

Menang mini giveaway JMBELOG #2

July 26, 2017 13
Menang mini giveaway JMBELOG #2
hi there,


yeah, hari tu mrs pip terpilih sebagai salah satu pemenang mini giveaway JMBELOG #2 ! .... TQ JM.... hadiahnya ialah topup kredit handphone, tapi malangnya handphone mrs pip ni post-paid, so hadiah mrs pip tak claim, it's ok ... fun and happy bila join GA dan lihat nama tersenarai sebagai pemenang ...

selain mrs pip, ada dua blogger lain yang tersenarai sebegai pemenang juga iaitu sayyidahnapisah dan penselduabee ... tahniah awak berdua! .... now mini GA JMBELOG sudah berlangsung siri #4, korang dah join belum? .... nak join pun sangat mudah, just letak link korang kat mini GA tu dan nyatakan apa korang rasa tentang blog JM ... simple sangat ... tak perlu buat entry ....

jom terjah mini GA JMBELOG #4 DI SINI sebelum tamat pada 26/7/17 jam 3pm ...

cheers.

Drama Bunga-Bunga Jodoh; Fathia Latiff X Aiman Hakim Ridza

July 26, 2017 4
Drama Bunga-Bunga Jodoh; Fathia Latiff X Aiman Hakim Ridza
hi there,


mrs pip terjebak menonton telemovie di youtube. banyak pilihan menarik untuk ditonton, thanks to all uploader, korang memang the best rajin upload segala videos ... jadi cuma perlu sit back and tonton dengan tenang *only when the kids went to bed ya* ....

telemovie BUNGA BUNGA JODOH ni dah quite lama, terbitan tahun 2013 kalau tak silap, dan dibintangi oleh Fathia Latiff, Aiman Hakim Ridza, Azhar Sulaiman dan beberapa barisan pelakon lain.

photo: kredit Google

kalau korang mencari telemovie yang ada sense of humor, tak membosankan, jalan cerita menarik, ada scene sweet romantik yang just so-so dengan rasa menyampah sedikit, dan family bonding , korang bolehlah layan telemovie ni ...

gandingan Fathia dan Aiman Hakim dalam telemovie ni memang sesuai ... dengan watak Fathia sebagai Dee yang clumsy, manakala watak Aiman Hakim sebagai Zahir yang sentiasa cool dan bertanggungjawab, tak jemu tengok telemovie ni.

  

sedikit sinopsis bunga bunga jodoh:-

Dee bercinta dengan bosnya sendiri bernama Wan Hanafi (dilakonkan oleh Azhar Sulaiman), dan percintaan mereka sudahpun menjangkau dua tahun, namun selama mereka bercinta, tidak sekalipun Wan Hanafi melawat dan berkenalan dengan ibubapa Dee. Zahir pula seorang anak muda yang bertanggungjawab, bekerja dan menjaga ayahnya dengan penuh kasih sayang ...

pertemuan mereka yang pertama di sebuah kedai kek ketika Zahir sedang mengisi crosswords sambil menunggu client, pertemuan kedua ketika Zahir secara kebetulan yang merupakan interior designer datang ke pejabat Dee untuk bertemu dengan Wan Hanafi untuk berbincang tentang konsep interior design yang telah direquest oleh Wan Hanafi, dan pertemuan ketiga ketika Dee sedang menangis di depan kedai kek ...

dalam setiap pertemuan tersebut, ada saja perkara yang berlaku. pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka menjadi akrab, dan dipendekkan cerita, akibat kecurangan Wan Hanafi, akhirnya Dee berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga Dee ...

rasanya korang dah boleh agak, lelaki tu Zahir kan ... muehehe ... tapi yang bestnya, Dee tak tahupun lelaki yang dipilih oleh ibubapanya ialah Zahir ... dan Zahir pada mulanya menolak wanita pilihan ayahnya, namun setelah mengetahui wanita tersebut ialah Dee,  maka Zahir menerima Dee.

part yang paling best dalam telemovie ni kan, dalam banyak2 scene ialah scene paling akhir, scene Dee dan Zahir buat kek red velvet .... nak tahu apa yang best sangat ttg scene tu, kenalah tengok sendiri ...

thanks for reading.

cheers.

Tuesday, 25 July 2017

Selesai membeli belah di SGShop ...

July 25, 2017 8
Selesai membeli belah di SGShop ...
hi there,

hari tu mrs pip ada menang peraduan SGShop dari few bloggers yg anjurkan contest tu .... dan semua sgshop credit sudahpun dimasukkan ke akaun sgshop mrs pip. syukur sangat menang peraduan tu, jadi adalah extra duit nak shopping ☺ ....

buat pengetahuan semua, credit yg mrs pip terima ni tak boleh tukar ke wang tunai, kita nak cashout yer, NO . credit tu mmg untuk kita guna beli brg kat SGShop sahaja ....

dan, nak beli barang ni pun kena bijak, kalau boleh pilih barang yang ada tanda SMARTSHOP kerana postage fee lebih murah berbanding dgn yg tiada tanda. bab SMARTSHOP ni, dan masalah lain yg mrs pip hadapi ketika menggunakan SGShop ni, tu cerita di lain entry ya, insyallah ...

tengok kawan2 bloggers ramai dah yg shopping kat SGShop, dan dengar2 credit tu kena guna hingga 31 Julai ni, kalau tak akan burn ... jadi, mrs pip pun memulakan aktiviti beli belah beberapa hari yg lepas ☺ ...


dan mrs pip berjaya beli beberapa barangan, dan credit SGShop tu mrs pip tak guna semua, simpan dalam 30% jumlah credit tu untuk bayar postage ....

da berjaya dibeli ialah :-

3 helai tshirt untuk mr husband
yang ni item SMARTSHOP 

sehelai blouse panjang untuk mrs pip
2 helai kids tshirt untuk lil'armies

sehelai alas meja saiz besar
yang ni item SMARTSHOP

 2 pasang baju (tshirt + seluar pendek) untuk lil'armies

Pink cardigan utk mrs pip
Dan yg ni pun item SMARTSHOP

habis dah pilih semua item ni dan bayar .... alhamdulillah, cukup semua credit yg mrs pip guna utk beli barang dan bayar postage. tengok still ada lebihan rm55.00 dalam akaun, so guna beli last item ....


last item ni mulanya nak beli wallet, tapi tiada yg berkenan, so beli sandal sajalah....
Yang ni pun item SMARTSHOP juga ....

dah siap beli belah, dan credit semua dah guna .... sekarang ni just nak tunggu barang2 ni sampai rumah , insyaallah akan sampai dalam keadaan yg elok sekitar Ogos nanti 😊 ..... banyak2 brg tu, lapis meja tu yg mrs tak sabar nak tunggu sampai 😃😃😃 ... 

yang menang SGShop dah selesai beli belah tak ? hope korang pun happy terima parcel korang dari SGShop .... nnt once barang dah arrive, insyaallah mrs pip buat entry lagi 😉 ...

till now, XOXO

cheers



Monday, 24 July 2017

yeah! BFF tersayang, cik Lizawaty dah kahwin T_T

July 24, 2017 4
yeah! BFF tersayang, cik Lizawaty dah kahwin T_T
hi there,

what a late entry!

hari tu mrs pip dapat undangan perkahwinan daripada sahabat baik mrs pip, cik Lizawaty Ballas ... eh, now dah jadi PUAN gitu T_T ... nikahnya pada 30/6/17, dan persandingannya pada 1/7/17 ... eh, tarikh persandingan tu sama dengan ulangtahun perkahwinan mrs pip yang ke-5 pula, kebetulan sangat ...


kali terakhir jumpa cik Liza ni, sehari sebelum new year hari tu, 31/12/16 ... nak tau story mori kitorang sehari sebelum new year tu, bolehlah KLIK SINI .... alhamdulillah T_T ....

bila Liza share gambar perkahwinannya di whatsapp, ya Allah, menitis airmata mrs pip, gembira sangat sahabat sorang ni dah kahwin ... gembira pasal sahabat dah kawin satu hal, tapi dalam masa yang sama, mrs pip sedih siap nangis bagai kerana tidak dapat menghadirkan diri di hari sahabat berbahagia ....

mrs pip sakit waktu tu, badan tak sihat, maybe pasal miscarriage tu kot (mrs pip pun tak tahu yang mrs pip dah keguguran time tu, no wonder badan tak sihat semacam) ... nak tahu cerita miscarriage mrs pip ni, boleh KLIK SINI ...

walaupun tak pergi memeriahkan majlis, mrs pip tetap nak post entry khas untuk Liza, nnt once kitorang dah 'senja' (insyaallah dipanjangkan usia), adalah kenangan kitorang nak tengok semula apa yang pernah berlaku pada waktu2 dulu kan , muehehe ...

apapun untuk Puan Lizawaty Ballas & En. Suami, selamat pengantin baru, dan semoga sentiasa berbahagia untuk selamanya hingga ke jannah ....

p/s: Liza, I'll try my best to visit you in Sipitang ya, have to treat you guys a nice lunch T_T Love you always my BFF & thanks for sharing all your beautiful wedding photos .^_^.

cheers.

CRAYOLA; jenama pensel warna antarabangsa untuk si kecil anda sedang HOT SALE di MYSALE.COM

July 24, 2017 6
CRAYOLA; jenama pensel warna antarabangsa untuk si kecil anda sedang HOT SALE di MYSALE.COM
hi there,

ada sesiapa yang suka membeli belah jenama antarabangsa? international brands la gitu ...  tapi nak beli pada harga yang affordable ? .... kalau korang nak cari barangan branded, tapi nak harga yang BEST and AWESOME, korang boleh terjah website MYSALE.COM ... mysale.com merupakan salah satu laman web yang menjual pelbagai produk barang jenama antarabangsa pada harga yang hebat, rangkaian jualan pakaian, kasut, pakaian bayi, permainan anak, beg, kosmetik dan banyak lagi ...


nak tahu lebih tentang MYSALE.COM, tu nnt mrs pip buat entry lain, insyallah .. tapi sekarang ni, mrs pip teruja bila mysale.com ada SALE untuk jenama CRAYOLA, crayon warna yang sesuai untuk anak anak anda ...

sebelum ni mrs pip dah beli set CRAYOLA ni few years ago, boleh baca entry dahulu DI SINI, tapi kali ni mrs pip teruja nak dapatkan set FABRIC FINE LINE MARKER CRAYOLA pula, harga affordable cuma rm29 .... ish, CRAYOLA ni, kalau boleh semua produk mereka mrs pip nak rembat, belikan untuk anak anak 😊 , lil' Iman dan lil' Amin.


ni lah produk yang mrs pip nak grab sangat dari mysale.com tu .... sale ni valid sehingga hari Khamis minggu kalau tak silap, tapi kalau korang terlepas sale kali ni, jangan bimbang, korang cuma perlua rajin2 kan diri melawat mysale.com untuk melihat sale yang lain, dan biasanya sale untuk jenama yg sama akan berulang semula cuma, keluaran produk bagi jenama tersebut mungkin berbeza beza ☺

antara produk CRAYOLA yang tengah HOT SALE sekarang ....





selain di mysale.com, korang juga boleh dapatkan produk CRAYOLA ni di TOY'S R US, cuma mrs pip kurang pasti kalau toy's r us menjual semua produk crayola atau cuma selected products only .... kalau ada toy's r us berdekatan anda, bolehlah buat price comparison which ine is cheaper; buy online or offline.

since tempat mrs pip tinggal ni mmg sukar nak dapatkan produk2 mcm ni, so belian atas talian is the only way untuk mrs pip dapatkan produk yang dikehendaki ☺ ...

sebelum nak terjah laman web rasmi mysale.com, pastikan korang mendaftar akaun mysale.com ok ...

klik laman web di atas

sekadar perkongsian, manatau ada yg berminat mencari produk CRAYOLA untuk si kecil anda ...

cheers

Sunday, 23 July 2017

Pre-loved novel yang berjaya di beli dari blog KasihkuAmani

July 23, 2017 9
Pre-loved novel yang berjaya di beli dari blog KasihkuAmani
hi there,

hari tu, sehari sebelum raya, mrs pip ternampak blogger Shahida buat entry jual pre-loved novel. dalam banyak banyak novel tu, mrs pip memang nak sangat beli novel KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN tu ...

beli sebab drama KTAR yang ditayangkan hari tu mencapai RATING diluar jangkaan ... so terasa mcm eh eh , best sangat ka cerita KTAR ni? kalau drama dah sangat BEST, mesti novel tu LAGI BEST kan ... pasal drama tu kan diadaptasi dari novel asal KTAR ...


satu novel tu, Sha cuma jual RM10.00 ... takkan nak beli satu novel saja kan, walhal postage RM10.00 menggunakan flexi pack. buat #pertamakali nya mrs pip beli novel , sebelum ni memang tak pernah beli, biasa pinjam kawan or kawan bagi pinjam .. erk? takkpun kawan bagi novel , lepas tu pass kasi kawan lain yang nak baca ... so, kesudahannya, mrs pip tak tahu siapa 'tangan' terakhir yang simpan novel tu ....

selain #KERANATERPAKSAAKURELAKAN , mrs pip beli dua lagi novel, iaitu Yang Indah Hanya Sementara dan Halusinasi .... selepas buat pembayaran, Sha pos 29/6/17 dan mrs pip collect bungkusan tu pada 5/7/17 ....

dan untuk KTAR tu, mrs pip dah siap baca .... start baca pada 6/7/17 dan selesai baca pada 15/7/17 .... hah! kalau pembaca novel tegar, maybe sehari saja dah habis baca, boleh khatam berulang kali kot ... tapi slow reader mcm mrs pip, 10 hari la juga baru selesai membaca ...

best ke tak cerita #KERANATERPAKSAAKURELAKAN ? muehehe, macam maca rasa ada bila baca novel ni ... nanti mrs pip rajin, mrs pip buat review cerita novel ni yer ...

apapun, thanks Sha, jualkan novel ni ... semua novel dibeli terasa macam bukan pre-loved, serius mcm novel baru kat kedai buku tu, lagi best siap dibalut plastik. I is kagum dengan Sha jaga semua novel novel ni dengan baik.

thanks for reading.

cheers.

Lipstick Festival by Lazada , beli lipstick pada harga serius murah !

July 23, 2017 6
Lipstick Festival by Lazada , beli lipstick pada harga serius murah !
hi there,

Lazada sedang mengadakan tawaran hebat LIPSTICK FESTIVAL bermula 21 Julai sehingga 31 Julai 2017. tawaran hebat gila gila ! bagi peminat lipstick seperti jenama Maybelline, Nyx, Loreal, Kylie Jenner, Laneige, etc korang bolehlah borong lipstick jenama kegemaran korang pada harga yang sangat affordable 💋👄💋




Bestsellers, hottest nudes, mattest matte .... rambang mata wei nak pilih yang mana satu .... semua nampak mcm best, macam nak borong semua ... ish, Lazada ni ... benci tau bila ada sale gila gila ni, mulalah rasa gelisah gatal nak membeli online 😂😂😂 ....

kalau nak terjah promosi lipstick festival Lazada ni, mrs pip siap bagk korang link terus ke landing page LIPSTICK FESTIVAL BY LAZADA 21 JULAI HINGGA 31 JULAI 2017, KLIK DI SINI ...

sekadar berkongsi, kot kot ada yang sedang mencari lipstick kegemaran korang kan ...

cheers.

Saturday, 22 July 2017

Senarai pemenang 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2'

July 22, 2017 12
Senarai pemenang 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2'
hi there,

so, weekend ni buat apa? ada yang kerja, ada yang cuti kan ... just enjoy your day like any other day, hopefully :) ....

yeah! segmen bloglist sudah selesai, dan pemilihan pemenang pun sudah dibuat .... senarai bloglist bagi blog mrs pip untuk sepanjang Julai - Ogos 2017 ini dipilih menggunakan random.org sepenuhnya. dan sebelum tu, THANK YOU SO MUCH menyertai bloglist segment mrs pip hari tu 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2' ... 

ada followers lama ada juga followers baru, selamat berkenalan dgn yang baru, dan yang lama, stick with blog mrs pip 'ketat-ketat' ya :) .... so jom lihat, siapakah 10 yang terpilih itu!


BLOGLIST JULAI - OGOS 2017



dan memandangkan hari tu mrs pip ada bagitau kalau penyertaan melebihi 40, maka dua hadiah misteri akan diberikan, but since tidak mencapai target, maka hadiah misteri akan disimpan, NAMUN mrs pip memilih dua lagi penyertaan yang akan turut serta dalam bloglist ini ..... 

dan yang 2 dipilih untuk dimasukkan dalam bloglist ialah :-



dan sekiranya tiada segmen bloglist dibuat selepas bulan Ogos kelak, maka bloglist ini akan kekal sehingga segmen baru akan dibuat kelak T_T

tahniah buat 12 penyertaan yang terpilih! wish you ols rajin rajin update blog so that mrs pip boleh terjah blog korang selalu .... and happy blogging everyone. 

p/s: TUNGGU GIVEAWAY SEGMEN DARI MRS PIP YANG AKAN DATANG .... STAY TUNE TAU!

cheers.

Friday, 21 July 2017

Antara 8 perkara yang perlu di elak ketika hamil

July 21, 2017 6
Antara 8 perkara yang perlu di elak ketika hamil
hi there,



Sewaktu mengandung atau berbadan dua, wanita hamil sangat perlu berjaga-jaga dalam banyak hal. Terutamanya melibatkan kandungan yang dibawanya.
Dalam adat orang-orang lama sekalipun, terdapat pelbagai pantang dan larang terhadap wanita mengandung. Antaranya dilarang menganiaya binatang kerana bimbang terkenan pada bayi dalam kandungan nanti.
Pantang larang makan dalam mangkuk, kerana dikatakan anak yang lahir nanti akan kuat makan. Manakala suami juga terlibat dalam pantang larang itu, seperti tidak boleh memaku atau memahat sepanjang isterinya mengandung kerana bimbang anaknya nanti akan sumbing.
Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dan signifikannya setiap pantang larang itu. Selain itu, terdapat beberapa ‘pantang larang’ yang lebih bersesuaian dengan wanita Islam yang hamil. Antaranya adalah;

#1 – Melakukan Maksiat Dan Perkara Mungkar

Elakkanlah diri daripada melakukan apa-apa sahaja perkara mungkar dan dimurkai Allah.
Begitu juga dengan pasangannya, sebaiknya ketika kandungan inilah masa untuk menginsafi segala kesalahan lalu dan insaf untuk tidak mengulangi apa-apa kesalahan lagi.
Sebaliknya dekati Allah s.w.t dengan melakukan amalan soleh.

#2 – Mengabaikan Penampilan Di Hadapan Suami

Walaupun sedang mengandung, teruskanlah menjaga keterampilan apabila berada di hadapan suami.
Walaupun penat dan mengalami keletihan, isteri seharusnya mencuba untuk tidak kelihatan tidak terurus. Cukuplah kelihatan kemas jika tidak mampu untuk bercantik-cantik.

#3 – Makan Makanan Yang Tidak Bersesuaian

Hal terpenting bagi menjaga kandungan adalah pemakanan. Ketika mengandung, banyak makanan yang perlu dielakkan demi menjaga kandungan, antaranya makan yang berbisa dan bersifat tajam yang boleh memudaratkan kandungan.
Tambahan lagi jika kandungan itu masih diperingkat awal. Pasangan mestilah sangat berhati-hati dalam memilih makan yang sesuai. Antara makan yang sering dikaitkan untuk tidak dimakan oleh ibu mengandung adalah seperti nanas, ikan pari, tapai dan sebagainya.
Paling penting jangan merokok, termasuklah bagi pasangannya kerana perbuatan merokok akan menjejaskan kesihatan kandungan. Jadi, sentiasalah makan makanan yang berhasiat untuk kesihatan wanita hamil dan kandungannya.

#4 – Bercakap Hal Negatif

Sebut atau berkatalah hal yang baik-baik. Wanita hamil sebaiknya menahan mulut dan percakapan dari hal-hal yang buruk dan negatif.
Percakapan dari mulut ibu adalah doa, disebabkan itu sentiasalah berdoa yang terbaik dan kawal daripada mengumpat, mengeji, mengutuk, sebaliknya membasahi lidah dengan menyebut nama-nama Allah ataupun berselawat.

#5 – Mengidam Makanan Yang Tidak Baik

Setiap wanita mengandung pasti akan mempunyai keinginan yang tinggi atau mengidam. Ianya dibolehkan selagi kemahuan tersebut tidak terlalu melampaui batas sehingga tidak mampu ditunaikan dan tidak mendatangkan kemudaratkan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

#6 – Melakukan Amalan Khurafat

Terdapat banyak amalan khurafat yang dekat dengan wanita mengandung, terutamanya yang diamalkan semasa zaman dahulu. Kebanyakan amalan tersebut adalah seperti meramal jantina bayi, membetulkan kedudukan bayi dan sebagainya.
Bagi pasangan yang bakal mendapat cahaya mata haruslah bijak menilai sama ada perbuatan dan adat ni bertentangan dengan akidah atau atau sebaliknya.

#7 – Tidak Menjaga Aurat

Terdapat bahagian-bahagian pada tubuh wanita yang sedang hamil yang kadangkala agak menonjol, terutamanya pada bahagian perut.
Jadi wanita hamil seharusnya bijak dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian yang boleh melindungi bahagian-bahagian tertentu agar tidak terlalu menampakkan bentuk badan. Pendek kata pilihlah fesyen pakaian yang yang longgar dan tidak singkat.

#8 – Makan Makanan Dari Sumber Yang Haram

Memastikan makan yang halal dan tiada unsur syubhah adalah wajib bagi setiap umat Islam. Jadi bagi wanita yang hamil juga wajib untuk memastikan makan yang dimakannya adalah halal dan baik.
Ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak yang dikandungnya. Jangan sesekali mendekatkan diri dengan makanan dan minuman yang haram dan jika terambil maka bertaubatlah untuk tidak mengulanginya.
Setiap wanita yang hamil sudah tentu ingin memberikan yang terbaik untuk kandungannya. Sudah pasti tidak ada mana-mana ibu yang sayangkan kandunganya melakukan perkara-perkara yang bakal mengundang mudarat kepada bakal bayinya itu.
Malah setiap orang ada cara dan pemikiran tersendiri dalam memastikan kandungnya dalam keadaan baik dan sejahtera. Segala usaha, pastikan ianya masih bersesuaian dengan syariat agama, adat dan tidak berlebihan. Semoga bayi yang dikandung sentiasa dalam kebaikan dan dirahmati Allah s.w.t selalu. Aminn.
sekadar perkongsian semua semoga bermanfaat.

sumber asal : di sini

selamat berhujung minggu ....

cheers.

Taman Banjaran Crocker ... jom berehat sebentar T_T

July 21, 2017 4
Taman Banjaran Crocker ... jom berehat sebentar T_T
hi there,


sekadar nak berkongsi ... hari tu Iman cuti, dia selsema ... kebetulan mr.Husband ada urusan di Taman Banjaran Crocker ... dan mrs pip pula ada banyak benda perlu diselesaikan di rumah. so, request mr.Husband untuk bawa sekali lil' Iman kalau boleh lah , so senang mrs pip nak siapkan kerja rumah ...

while lil' Amin pula stay at home dengan mrs pip saja ... bukan apa, lil' Iman ni, kalau mrs pip ada benda nak buat, dia paling suka mau 'tolong' ... tolong rosakkan kerja kerja mrs pip T_T ... alahai anak mommy sorang ni, suka kacau kacau kerja mommy kan ... hah! kan terpaksa mommy request daddy jaga lil' Iman ....

lil' Amin tu pula lain, kalau mrs pip ada kerja, dia tak kacau sangat, setakat tengok tengok saja .. kalau mrs pip minta tolong, lil' Amin akan tolong betul betul ... "Amin, tolong lap pinggan" ... sure dia lap semua pinggan, siap susun elok elok ... cenggitu lah ...

kalau lil' Iman pula "Iman, tolong lap pinggan" .... dia ambil kain untuk lap, setakat satu dua pinggan dia lap, pinggan pinggan lain tu dia susun susun jadikan permainan, kalau cenggitu, bila nak siap kerja mengelap pinggan ni ...

jadi, bila mommy busy, and kebetulan ada daddy , so memang daddy lah yang akan melayan karenah si lil' Iman ni ... tu sebab, asal daddy outstation beberapa hari, mesti lil' Iman akan tanya "mommy, bila daddy mau come home?" .... bukan sekali tanya, dalam sehari tu, berkali kali lil' Iman akan tanya, hurmmm geng karas daddy lah katakan ....

apapun, hope lil' Iman membesar jadi anak yang baik, sayang mommy daddy and lil' Amin ok ...

kalau sesiapa yang tidak tahu Taman Banjaran Crocker tu di mana, mau bagitau yang taman tu terletak di Batu 8, Jalan Kimanis - Keningau ...

ada cafe baru di buka , kalau kalau melintas jalan tu, bolehlah singgah minum kat cafe tu T_T ... sesiapa yang mencari tempat sembahyang, cafe tu pun ada surau juga, dan tandas awam pun tak jauh dari cafe tu. so bolehlah korang 'membuang' apa apa yang perlu sebelum meneruskan perjalanan ...

mrs pip kalau bab bab road trips ni, antara perkara yang mrs pip mesti peka ialah PIT STOP di mana boleh makan, solat dan nak 'membuang' tu ... kan namanya nak jalan jauh kan ... mestilah tau cari tempat tempat rehat cenggini, lagi lagi toilet WAJIB bersih ...

next time mrs pip kongsi lagi cerita Taman Banjaran Crocker ni ya, suka lah tempat ni ... dingin sejuk ... tu je lah ceritanya ... thanks for reading ...

cheers.

Promosi harga NOVEL MELAYU murah gila-gila dari Karangkraf Mall

July 21, 2017 4
Promosi harga NOVEL MELAYU murah gila-gila dari Karangkraf Mall
hi there,

untuk peminat novel melayu, Karangkraf tengah HOT SALE , satu novel semurah RM10.00 satu ... korang terjah la KLIK LINK DI SINI tu .... sale pula baru tau hari ni LAST! beli secara onine sahaja.


kalau rasa rasa nak cari novel lagi murah, hah ada juga novel yang tengah HOT SALE semurah RM5.00 satu ...eeeiiiiiiiiii, mcm semua nak diborong! KLIK SINI kalau nak tengok novel murah murah ni ...


sekadar perkongsian, manatau ada yang tengah cari novel murah2 kan ...

cheers.

Thursday, 20 July 2017

Photobook kini memperkenalkan LITTLE CREATURES ; the new baby book + promo awesome sepanjang Julai 2017

July 20, 2017 1
Photobook kini memperkenalkan LITTLE CREATURES ; the new baby book + promo awesome sepanjang Julai 2017
hi there,

siapa peminat PHOTOBOOK? alaaaa yang boleh buat album bergambar sendiri tu .... lepas edit mengedit design mendesign, dah siap korang boleh upload kat photobook design korang dan tunggulah ketibaan cetakan album korang dengan penuh debaran ...

eh, tapi sebelum tu, kena beli Voucher Code (VC) Photobook dulu ok, coz nnt once dah upload, time nak purchase tu korang masukkan VC yang korang dah beli tu ... why VC kena beli awal awal pula? kan photobook dah kata 'BUY NOW CREATE LATER' ... VC ni korang beli time ada promosi, coz harga time ada promosi memang berbaloi berbanding harga asal.

nak tau bila ada promosi? korang boleh jer masukkan email korang kat mailing list di laman web photobook tersebut, so segala latest nesw mengenai photobook tu korang akan tau T_T



Bulan Julai ni, photobook memperkenalkan tema terbaru mereka iaitu 'LITTLE CREATURES'.... eiiii, geram tengok design cute giler ni, sesuai untuk yang nak buat album bergambar untuk anak anak kecil korang T_T ....


atau maybe anak anak korang dah besar, tapi gambar gambar baby banyak korang simpan kat laptop atau smartphone, so why not pilih gambar kegemaran korang, dan buat album bergambar ... boleh letak caption yang awesome lagi superb, so lagi sepuluh tahun akan datang, walaupun anak anak dah semakin besar waktu tu, still ada kenangan album bergambar tu kan dan caption yang korang buat tu akan membawa korang kepada kenangan lama sewaktu membesarkan your baby kan ...



banyak yang korang boleh buat di photobook ni ... bukan setakat album bergambar, tapi boleh buat barang lain juga, seperti Baby bags ... boleh buat gift untuk your baby 1st year birthday party kelak!
sekarang ni ada promo gift bags dengan code promo PRECIEUX , dapat 55% diskaun. dan banyak promo lain lagi, mrs pip dah siap siap include photo with all the promo code di bawah ni ...

korang nak pilih buat readybook, bingkai bergambar, notebook, mug, coaster atau handphone casing pun boleh ...





jadi, yang berminat nak design sendiri koleksi photobook untuk kenangan anda bersama anak kecil anda, jangan lupa guna promo code tau untuk dapatkan harga yang awesome. dan lagi satu, bolehlah pilih design 'LITTLE CREATURES' juga :) ...

nak terjah lawan web rasmi photobook, boleh layari PHOTOBOOK.COM.MY ....

daftar akaun anda terlebih dahulu, dan kemudian bolehlah mula menggunakan photobook ni ... satu lagi, nak tengok apa yang mrs pip dah kongsikan entry2 tentang photobook sebelum ni, boleh lah KLIK DI SINI.

p/s: kalau ada pertanyaan tentang photobook ni, bolehlah letak komen di ruang komen di bawah, insyaallah mrs pip akan jawab pertanyaan korang nanti ...

sekadar perkongsian, harap bermanfaat.

cheers.

Segmen berakhir + Senarai Penyertaan 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2'

July 20, 2017 11
Segmen berakhir + Senarai Penyertaan 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2'
hi there,

so, ini kali kedua mrs pip menjayakan segmen bloglist "I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2' ... segmen ni bermula pada 3 Julai sehingga 20 Julai 2017 , dan 10 pemenang bertuah dicari untuk tersenarai dalam bloglist mrs pip untuk Julai - Ogos 2017.

selain mencari 10 pemenang bloglist, mrs pip juga menyediakan 2 HADIAH MISTERI sekiranya melebihi 40 penyertaan! so apa lagi, jom ramai ramai pakat pakat ajak kawan kawan blogger kalian untuk join segmen bloglist mrs pip ni :)... manatau anda yang bertuah T_T


nak join segmen ni, boleh KLIK DI SINI untuk check syarat penyertaan !


senarai penyertaan 
"I AM BLOGLISTED BY MRS PIP #2" ....

6. http://happinessin-me.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html (blog has been removed - update 20/7/17 4.40am)
16. http://www.sheilainspire.com/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
17. https://belogsjm.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2-20julai2017.html
18. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
19. http://faizzahamir.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
20. https://afifahaddnan.blogspot.my/2017/07/roll-on-i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
21. http://jombercontest.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
22. http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
23. https://cikfasihaa.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
24. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html
25. http://www.adianiez.com/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html 
26. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html 
27. http://www.ceritahuda.com/2017/07/i-am-bloglisted-by-mrs-pip-2.html

pengumuman pemenang akan dibuat pada 22/7/17 insyaallah ... buat masa ni, apa kita kita berblogwalking dulu ... and thanks join segmen mrs pip ni ... dan yang join tu, sila semak blog entry link korang ada masuk ke tak dalam senarai penyertaan ni T_T

and thanks semua yang join :)

cheers.