Drama : Hero Seorang Cinderella

hi there,

mrs pip dah terjebak menonton cerita bersiri #fattzura tak lain tak bukan hero seorang cinderella .. aiseh, dah lama sangat tak join sekaki tengok cerita2 drama cenggini .. paling last pun tengok drama MAID tu, lakonan zul ariffin dan ayda jebat ...

hari tu lah, mrs pip gatal tangan check what's hot di youtube .. then terpandang si cantik fazura tu, terus click dan tersinggah ke hero seorang cinderella ... mrs pip suka jer dgn fazura, personally I think Fazura is a stunning person. fattah amin pula, mrs pip terbaca lah juga fattah ni berlakon mcm kayu, but tak judge dia apa apa coz tak pernah follow lagi mana mana drama lakonan fattah amin.

berbalik kepada hero seorang cinderella, dari satu episod, ke satu episod  and now dah 8 episod mrs pip follow di youtube, so far drama tu ok jer, tak da la pula fattah tu mcm kayu, I think he is a good actor. OST drama tu mrs pip suka. fattah n fazura nyanyi bersama kan ...

bila tengok HLive hari tu kat youtube untuk promo drama ni, rasa #fattzura nampak serasi, and seronkk tengok interview mereka ....

lakonan Uqasha dan Zizie sebagai mak tiri Fazura tu pun best, menjadi lakonan watak jahat dorang berdua ni .. dah lah mrs pip mmg suka Zizie, aiseh tak sangka pula Zizie pegang watak jahat .... *Zizie once upon a time kan pelakon teenagers, Zizie berlakon dalam movie kekasih awal dan akhir kalau tak silap, she was so sweet time tu* .....

Kredit myinfotaip

walaupun mrs pip tak baca la novel hero seorang cinderella, and tak tahu ending tu mcm mana, tapi dah dapat agak lah sikit sikit jalan ceritanya ..... drama ni suspennya agak kurang, tapi still rasa eh what will happen in the next episode aaa?

watak2 lain pun tak kurang hebatnya .... first time juga mrs pip tahu pelakon yg pegang watak zuyyin, noah farizzam, dan luqman tu .. so far lakonan mereka tak menghampakan, and zuyyin alalala very the sweet bila dia bercakap ....

tapi paling tak sanga kemunculan Ahmad Fauzee, oh my fruit!  .... he is back ..... lama rasanya tak nampak Ahmad Fauzee berlakon, atau mrs pip yang selalu tak follow industri hiburan kita, tapi serius it's a surprise tengok ada Ahmad Fauzee ... ada sesiapa tak layan movie Kolej 56? Ahmad Fauzee was there .... lisdawati pun ada. mrs pip pun suka tengok lisdawati, alahai lemah lembut sangat watak lisdawati ...

Nak tahu lebih lanjut tentang hero seorang cinderella, boleh baca wikipedia di sini

Senarai pelakon drama hero seorang cinderella


since drama ni ke udara isnin hingga khamis kan, so terpaksalah tunggu episod episod seterusnya... teaser utk minggu depan dah keluar, tak sabar pula nak follow drama ni after tengok teaser tu , hish!

all the best for the drama hero seorang cinderella .... hope tiada lah cinta lokasi antara fazura dan fattah .... just be a professional babe and dude .... and hope the #fattzura will attend interview bersama Meletop juga ....

fazura tu memang awet muda ke apa? walaupun jarak umur dia and fattah quite big, tapi why la mrs pip rasa mereka mcm sebaya? apapun, all the best for drama hero seorang cinderella ....

kisah seorang Cinderella yang bernama Nura Medina(Nur Fazura) dan hero, Tengku Ian Uzzam (Fattah Amin).
Sekali pandang, orang mesti cakap dia amat sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajamnya mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.
Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak-anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini adalah bersama denagn satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.
Nura Medina hidup bersama dengan ibu tiri, Datin Mawar(Datin Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tidaklah begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehinggalah dia difitnah lalu telah dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu muncul dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.
Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?
Sumber sinopsis: klik di sini

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. wahh .. ade rahsianye., hehe2

    ReplyDelete
  2. Ana pun terjebak suka cerita ni. Hehe. Ahmad Fauzee sebelum ni muncul dlm drama dia semanis honey under micheal ang juga

    ReplyDelete
  3. SHa tak tengok tapi ramai yang puji gandingan Fattah Amin dan Fazura..

    ReplyDelete
  4. saya pun dah terjebak tengok Hero Seorang Cinderella. Cerita dia best. lakonan mereka berdua pun best. Fazura looks so sweet and sesuai sangat dengan watak cinderella tuu. salam perkenalan daripada saya :)


    Jemput datang ke blog newbie saya missaziemah.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Jarang mrs pip layan drama tempatan, selalu layan kdrama saja..
    Tapi sesekali follow la juga, lagi2 kalau rating tinggi...
    Ni follow HSC ni coz fazura .. I just kinda like her ...

    ReplyDelete
  6. Ni yang best jadik surirumah :)

    ReplyDelete
  7. Boleh ikut citer2 siri kat tv. tapi yng tak bestnyer citer2 melayu ni suka sgt main waktu maghrib..potong betul ! orang kata kalau amalan duit banyak , solat kena awal waktu ..tapi taim tu la citer melayu ni pun start...mmg illuminati betul la !

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.