Hotel sekitar Penang ; Menarik, Murah & Selesa

Hi there,

Sedang berkira-kira untuk pergi bercuti, almaklumlah dah lama sangat tak keluar bercuti, busy memanjang dengan urusan kerja. Walaupun bergelar surirumah, tapi still ada kerja lain yang perlu dilaksanakan, so bila kerja-kerja dah nak siap, bajet percutian pun dah hampir mencukupi, jadi mulalah membuat tinjauan nak bercuti ke mana ... J ... kan elok merancang percutian awal-awal, tak lah kelam kabut jadinya nanti.


Antara negeri yang memang menjadi idaman percutian mrs pip ni kan, sudah semestinya PENANG, negeri yang sering dikaitkan dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Bendera, Muzium Mainan, Batu Feringghi, Penang Street Art, Taman Botani Penang, Muzium Terbalik dan banyak lagi.

Bukan sahaja Penang ni banyak tempat menarik, tapi juga Penang selalu dikaitkan dengan pelbagai masakan yang menggoda jiwa seperti nasi kandar original, pasembor, briyani, kueh teow penang, char kueh teow dan banyak lagi. Aiseh, tengah menaip ni, terliur la pulak T_T 

- Laman web TRAVELOKA yang mudah digunakan -

Pernah dengar tak laman web TRAVELOKA?

mrs pip kalau nak pergi bercuti, mesti demand beberapa kriteria ketika membuat tempahan tempat penginapan / hotel , antaranya ;

ü  hotel yang menawarkan jenis bilik family atau bilik bersambung yang sesuai untuk percutian bersama anak-anak
ü  keselesaan dan kebersihan yang baik
ü  review serta feedback daripada pengguna yang pernah menginap di tempat penginapan/hotel tersebut
ü  tawaran harga yang berpatutan
ü  lokasi hotel yang dipilih haruslah berada di kawasan pulau untuk memudahkan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Penang

Sempena merancang nak bercuti-cuti ni kan, mrs pip menggunakan khidmat laman web terkenal TRAVELOKA untuk membantu mrs pip mencari hotel penginapan yang bersesuaian dengan bajet percutian mrs pip. Dan sukalah mrs pip nak berkongsi sedikit info mengenai beberapa hotel yang menjadi pilihan percutian. Dan Sesiapa yang ingin bercuti ke Penang, anda bolehlah BOOK CHEAP PENANG HOTELS on TRAVELOKA.

ARMENIAN STREET HERITAGE

Hotel pertama yang berada di dalam senarai pilihan ialah ARMENIAN STREET HERITAGE, yang menawarkan 92 buah bilik untuk pengunjung. Kalau anda adalah penggemar sejarah dan warisan kebudayaan, ARMENIAN STREET HERITAGE adalah pilihan yang sesuai kerana lokasinya berada di tengah-tengah World Cultural Heritage Zone.

Selain itu, hotel ini juga terletak tidak jauh daripada tempat-tempat tarikan menarik yang lain seperti muzium, kuil dan mural terkenal iaitu "Little Children on a Bicycle".

- sesuai untuk yang berkeluarga besar -

Family room di hotel ini menyediakan dua buah katil Queen lengkap dengan kelengkapan asas. Mungkin anda berasa design biliknya agak simple dengan gaya warisannya tapi ia tetap selesa untuk anda dan anak-anak berehat kerana ia turut menawarkan kemudahan moden, termasuk televisyen, kelengkapan bilik mandi, pengering rambut, peti keselamatan, dan Wi-Fi percuma. Walaupun hotel ini tidak menyediakan sarapan tetapi kafe dan tempat makan terletak berdekatan saja untuk korang menikmati kepelbagaian makanan tempatan.

HOTEL NEO PLUS

Hotel kedua menjadi pilihan hati Mrs Pip kan, ialah HOTEL NEO PLUS yang terletak berdekatan dengan Pasar Jalan 7 dan Pusat Penjaja New Lane. Selain lokasinya berdekatan dengan beberapa shopping mall, ia juga menawarkan bilik penginapan yang selesa dengan design menarik dan moden untuk keselesaan pengunjungnya. 


- Kolam renang yang menggoda jiwa -

Terdapat sebuah katil bersaiz Queen dan sebuah single bed untuk family room. Wi-Fi dan parking juga turut disediakan. Apa yang menarik, ia juga dilengkapi dengan kolam renang outdoor di bahagian rooftop dan gym. Jadi, bolehlah anak-anak mrs pip yang memang gemarkan kolam berseronok dan berendam di dalam kolam renang sepuas-puasnya. Kalau yang ingin bersenam, bolehlah menggunakan gym yang disediakan.

Kemudahan di dalam bilik juga cukup dilengkapi dengan aircond, lantai parket, meja, rak pakaian, peti keselamatan peribadi, TV skrin rata dan kemudahan membuat teh/kopi. Kalau waktu malam rasa nak minum kopi O panas-panas, bolehlah bancuh sendiri J ...

U HOTEL

Satu lagi hotel yang menarik perhatian mrs pip ialah U HOTEL yang terletak hanya 15 minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan lokasi hotel ini sangat berdekatan dengan Queensbay Mall.

- design bilik hotel sesuai dengan anda yang bercitarasa moden -

U HOTEL menawarkan suasana bilik yang selesa, menarik dan moden sebagai pilihan terbaik untuk penginapan percutian keluarga. Bilik family yang dinamakan Jupiter Suite dilengkapi dengan sebuah katil king dan sofa bed. Di samping ada kemudahan akses Wi-Fi percuma di seluruh kawasan penginapan, kemudahan asas seperti set televisyen dengan channel Astro, safe deposit box, pengering rambut, cerek, teh dan kopi pun turut disediakan.

Selain itu, U HOTEL ini juga sangatlah hampir dengan Tesco Extra, jadi tak perlulah risau untuk membeli barang keperluan, lagi – lagi yang jadi mommy seperti mrs pip ni kan, risau kalau keperluan anak-anak terlupa bawa semasa bercuti.

Tahu tak, selain hotel-hotel yang mrs pip senaraikan tadi tu, banyak lagi hotel di Penang yang boleh menjadi pilihan anda. Nak cari hotel bajet, menarik dan selesa di Penang? Tak perlu risau ... sekarang ni, anda boleh menempah hotel di sekitar Penang melalui https://www.traveloka.com/en-my/hotel , mudah kan. Serius, banyak pilihan yang boleh disesuaikan mengikut bajet dan kehendak masing-masing.

Semoga apa yang mrs pip kongsikan ni sedikit sebanyak membantu anda merancang percutian yang lebih menarik. 

Selamat bercuti peeps.

Cheers. 











Post a Comment

0 Comments