December 2016 - Cerita Cinta Surirumah

Friday, 30 December 2016

Box of Joy, bukan sekadar kotak merah dari LAZADA

December 30, 2016 0
Box of Joy, bukan sekadar kotak merah dari LAZADA
hi there,

tadi pagi mr.Husband cakap nak kluar kejap pigi pekan beli barang. selesai beli barang, mr.Husband terus balik rumah, siap bawa dua bungkusan lagi. mrs pip dah agak dah, yang satu bungkusan tu mesti mrs pip punya coz mmg tertunggu tunggu satu bungkusan beli dari Lazada bulan lepas, tapi since tu produk dari oversea, so sangat difahami penghantaran mesti sedikit lewat.

mr.Husband masuk ja rumah, terus letak bungkusan tu atas meja. excited la buka bungkusan pertama tu, yeah! barang yang ditunggu tunggu sampai juga akhirnya ... then bungkusan ke-dua tu, mr.Husband cakap untuk mrs pip juga ...

haish! siapa lah yang bagi ni? pelik, bila masa pula mrs pip order barang besar gedabak ... so bila buka, punyalah terkejut dapat bungkusan ni ...


dapat ja red box ni, terus melompat kegembiraan,
*mr,Husband sila tutup mata tengok aksi isteri melompat lupa diri*

weiiiii, serius ke ni? LAZADA hantar BOX OF JOY untuk mrs pip! ok, serius mrs pip dapat box of joy dari LAZADA. terkejut terkejut terkejut!...walaupun sangat LEWAT dapat box ni, dan LAZADA ONLINE REVOLUTION sudah berlalu, but still mrs pip nak blog juga entry pasal BOX OF JOY ni, excited tau.

here I am, unboxing the red box from LAZADA
... bukan sekadar kotak biasa ...

v
v
v
v
v


comel ja barang barang yang mrs pip dapat ... lagi lagi beruang panda tu kan ... yang panda tu kena simpan sembunyi ketat-ketat, kalau tidak, habislah dikerjakan oleh lil' armies ... muehehe.


tapi sebelum, mrs pip mau intro sikit website LAZADA ni ... mrs pip mula terjebak beli barang di LAZADA ni tahun 2015, mula mula beli satu dua barang ja, lepas tu terasa perkhidmatan beli belah atas talian LAZADA ni menawarkan harga yang sangat berpatutan, penghantaran barang yang cepat, caj penghantaran percuma (tertakluk kepada syarat) dan ada jaminan pemulangan barangan (untuk barangan yang rosak / tidak berfungsi semasa penerimaan, sila semak LAZADA return policy, klik sini) .


Online Revolution ni bermula sejak tahun 2012 menawarkan pelbagai pilihan jenama barangan, dan menjadi kegilaan untuk pembeli atas talian menunggu peluang untuk mendapatkan barangan pilihan mereka pada harga yang sangat berpatutan. Paling best bila dapat diskaun gila-gila, voucher potongan harga, danjuga  pelbagai hadiah ditawarkan kepada pembeli.

Dan untuk tahun 2016, Online Revolution bermula pada 11.11 sehingga 14.12, bertemakan 'BRANDS FOR ALL', memang sesuai sangat kerana LAZADA menawarkan pelbagai pilihan jenama hebat dengan akses tanpa had kepada semua pengguna yang melayari laman web Lazada.

Jenama jenama hebat yang menyertai Online Revolution kali ini antaranya ialah L'Oreal, Maybelline, Garnier, Nestle, Samsung, Drypers, Microsoft, ZTE, Bosch, Tesco, Mattel, Prodiet, Goon, Huawei, Tefal, Oppo dan banyak lagi.

... jom check-it-out barangan yang mrs pip terima daripada Lazada secara close-up ...


jenama Maggi tidak asing lagi bagi kita semua, terutamanya penggemar mi segera
Maggi Royale Thai dan Maggi Oat Mee ni memang sesuatu yang baru bagi mrs pip coz yang ni memang 1st time untuk dicuba 


OMGGGGGGGGGGGGGG.....
dapat chopper you ols, jenama TEFAL lagi!
hari tu memang dah 'eyeing' sangat untuk beli manual chopper, boleh memudahkan mrs pip memasak kelak, no need untuk potong potong bawang kan, just kupas dan masukkan semua dalam chopper ni, hah! senang kerja mrs pip ...
rasanya, mana mana surirumah, kalau dapat chopper sebegini, percuma lagi kan, mestilah senyum hingga ke telinga... I love, I love I love ....


yeah! mulakan hari anda dengan makanan hebat. 
susu tu dalam packaging kaler merah jambu, sesuai untuk tarik perhatian wanita agar minum lebih susu untuk penjagaan tulang dan gigi, ngee. 
yang ni barangan daripada Nestle.  


Jenama L'Oreal, antara salah satu jenama terbaik dalam penjagaan rambut. 
dan mrs pip menjadi pengguna L'Oreal sudah bertahun tahun rasanya, sekarang ni still stick dengan L'Oreal Resist Fall and Anti-dandruff, satu set lengkap mrs pip guna, dan tertanya berkesan.


sesuatu yang baru dengan Nescafe. kali ni Nescafe white coffee dengan perisa pandan, sungguh Asian Flavor gitu... yang ni wajib share dengan mr.Husband.


salah satu item kegemaran mrs pip dalam BOX OF JOY ni sudah semestinya beruang panda yang comel ni ... yang ni dari foodpanda, dengan pembelian RM40, dapat off RM10, guna kod yang ditagkan pada patung beruang panda tu ...

dapat pula voucher RM11 off dari LAZADA, tapi malangnya voucher tu mrs pip tak boleh guna coz dah expired (sob sob, padan muka dapat box ni sangat lewat kan) ...

eh eh, ada wet wipes dari mamypoko la ... so dapat wet wipes ni memang terus letak dalam handbag mrs pip tau, mudah untuk dibawa dan digunakan kelak ...


siapa peminat ola bola? Milo X Ola Bola, memang awesome sungguh dapat beg ni.
mrs pip penggemar Milo, setiap pagi setia dengan MILO, lepas tu peminat setia Ola Bola pula, the movie one of its kind, memang gembira dapat beg ni, lepas tu nnt bolehlah guna untuk road trips traveling mrs pip ... yahoo! 


so, here is all the good stuffs BOX OF JOY from LAZADA.

memang HAPPY FACE sungguh mrs pip dapat barangan semua ni. selama ni jadi pembeli tegar di LAZADA, tak sangka pula dapat barangan percuma dari LAZADA, semua barang best best pula tu...

kepada semua, jangan segan silu beli belah di LAZADA,
dengan pelbagai jenis produk pada harga yang berpatutan, 
anda boleh layari laman web 


dan sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman membeli belah di LAZADA,
boleh tinggalkan komen anda di ruang komen di bawah, dan nak tahu apa yang mrs pip beli di LAZADA selama ini, sila klik di sini.

xoxo,


Thursday, 29 December 2016

Product Review // My Safi Rania Gold

December 29, 2016 3
Product Review // My Safi Rania Gold
hi there,

rasanya setiap wanita mempunyai barangan penjagaan wajah kan ... bermula dengan pencuci muka, skrub muka, toner, krim pelembab siang dan malam, serum wajah dan sebagainya ... mrs pip pun tidak terkecuali ...

di pasaran, ada pelbagai jenama yang menjadi pilihan hati. dari jenama tempatan ke antarabangsa, dari harga yang murah, mampu beli sehinggalah harga yang mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. pilihan di tangan masing masing mengikut selera, kemampuan dan kesesuaian produk tersebut.

mcm mrs pip ni, terjebak guna SAFI RANIA GOLD .... mrs pip memang tercari cari pelembab muka yang sesuai dengan kulit mrs pip ... ekceli, mrs pip selalu ada satu masalah menggunakan pelembab, which is kebanyakan pelembab yang mrs pip pernah guna akan meninggalkan rasa 'sedikit pedas' pada kulit, dan buat mrs pip kurang selesa dengan rasa tersebut.

bukan satu atau dua pelembab yang mrs pip pernah cuba, banyaklah juga ... asal ada rasa pedas ja, mmg mrs pip reject produk tersebut ... cuba punya cuba, terpanggilah pula untuk mencuba SAFI RANIA GOLD ...


mula-mula tu beli set percubaan untuk krim pelembab siang .... sweet ja kotak pek percubaan tu, harga pun sewaktu mrs pip dalam RM47.00 kalau tak silap ... ada pembersih wajah lembapan dalaman, skrub muka, dan krim pelembab siang.


pembersih wajah lembapan dalaman mrs pip guna siang dan malam, pembersih wajah ni agak berbuih, tapi senang untuk dibersihkan, dan kulit terasa lebih licin, tidak kering dan melekit. skrub wajah tu mrs pip guna seminggu tiga kali atau pada waktu waktu mrs pip banyak habiskan masa di luar, dan krim pelembab siang tu, tidak meninggalkan sebarang rasa 'pedas' pada kulit wajah mrs pip.

mula mula try sehari dua, then seminggu then sebulan, and now sudah more than a month mrs pip guna set ni, so baru hari ni mrs pip terasa nak buat review ... after sebulan guna set krim pelembap siang ni, mrs pip beli pula set percubaan untuk krim pelembap malam ...

 

untuk set percubaan krim pelembap malam ni, harga sekotak mrs pip dalam RM53.00 kalau tak silap. then dalam pek tu ada gel pembersih wajah, losyen minuman wajah dan krim pelembap malam.

gel pembersih wajah ni sama saja mcm any facial cleanser, yang ni mrs pip tak pakai sangat coz lagi suka pembersih wajah lembapan dalaman. seselepas selesai cuci muka, keringkan kulit, then mrs pip letak sikit losyen minuman wajah tu, urut la kulit wajah tu sampai rasa losyen tu serap masuk kulit, then baru guna pelembap ...


since set SAFI RANIA GOLD ni rasanya mcm sesuai dgn kulit mrs pip, so mrs pip beli lagi serum konsentrasi plus, then dapat pula toner percuma ... mrs pip ni bukan jenis yang wajib pakai toner, kalau ada tu pakai sajalah, kalau tiada pun mrs pip ok ja ...


so, semakin bertambahlah set penjagaan muka mrs pip ni ... dah suka sangat dengan SAFI RANIA GOLD ni kan,alang alang , mrs pip beli juga krim BB... terjebak la sungguh kan!

jadi, pendek kata, buat masa ni mrs pip guna hampir semua set penjagaan muka SAFI RANIA GOLD ni ...

- pembersih wajah lembapan dalaman
- gel pembersih wajah
- skrub wajah
- krim pelembap siang
- krim pelembap malam
- toner
- losyen minuman wajah
- serum konsentrasi plus
- krim BB

eh eh, banyak nya .... macam mana nak guna ni?

bagi mrs pip la kan, ni cara mcm mana mrs pip guna ...

My all time fav pencuci muka ☺

1/ cuci muka guna pembersih wajah lembapan dalaman / gel pembersih wajah, ikut mana yang korang lagi suka la .. tak pun boleh ja guna lembapan dalaman tu siang hari, then malam guna gel pembersih ... then guna skrub muka tu, 3 kali seminggu tak pun boleh ja guna setiap hari kalau rajin la ...

2 / then, lepas cuci muka, bagi kering kering kulit muka tu sikit, then letaklah toner ... bagi fresh itu kulit wajah ....

3 / lepas dah letak toner, bolehlah letak losyen minuman wajah , kalau tak nak losyen minuman wajah, boleh short cut letak ja terus serum konsentrasi plus , or mana mana yang korang lagi prefer .... mcm mrs pip , guna losyen minuman wajah dulu, then baru guna serum ...

you will follow me wherever i go you go, ngee

4/ dah selesai, baru guna krim pelembap ... guna ikut waktu la yer .. kalau siang, guna krim pelembap siang, kalau malam guna krim pelembap malam ...

5/ kalau nak kluar berjalan jalan, tak nak muka nampak pucat or kusam, boleh lah calit krim BB ... mcm mrs pip ni, cukup sekadar guna krim BB, kalau korang nak tambah guna loose powder ke, light foundation cream ka, boleh ja guna, bersama whatever make-up kit yang korang nak guna ...

alhamdulillah, so far mrs pip memang happy guna set SAFI RANIA GOLD, tiada kesan 'pedas' pada kulit, tiada alergi, once pakai pun rasa very light and skin so moisturized, tidak melekit dan it has a good scented smell ... jadi, rating untuk SAFIA RANIA GOLD ni, mrs pip bagi 4.5/5 ...

review ni mrs pip buat berdasarkan experienced menggunakan produk dan insya allah mrs pip akan terus guna produk ni untuk jangka masa yang panjang. sangat happy dengan produk ni. hope SAFI RANIA GOLD akan keluarkan lagi set penjagaan wajah tambahan untuk mengoptimumkan penjagaan kulit wajah pada wanita ....

love SAFI RANIA GOLD💞💞💞

p/s: this is NOT a sponsored post.

Wednesday, 28 December 2016

Ngiu Chap halal lagi sedap di City Mall

December 28, 2016 0
Ngiu Chap halal lagi sedap di City Mall
hi there,

eh, serius tau kalau nak cari ngiu chap yang halal, lepas tu sedap bukan senang!

kalau peminat ngiu chap bagi yang muslim, boleh ja pergi terjah di food court City Mall, stall pertama sebelah kiri tau .. stall tu pemilik dia Chinese Muslim, memang sedap la ngiu chap dorang tu ...

bukan setakat ngiu chap, nasi campur pun awesome, banyak pilihan pula tu ... tapi mrs pip of course akan stick dengan ngiu chap kalau makan di City Mall bersama mr.Husband and lil' armies ...


untuk mangkuk besar, RM8.00 satu, manakala untuk mangkuk kecil RM6.00 satu ... kalau nak cuba cuba dulu, boleh beli mangkuk saiz kecil tu ... try makan tengok kena selera korang ke tak kan ..lain org lain selera ...

cheers.


Tuesday, 27 December 2016

Bila telinga anak ada infection

December 27, 2016 0
Bila telinga anak ada infection
hi there,

so recently lil' Iman ada isu kesihatan telinga. for the past one week, lil' Iman selalu cakap telinga dia gatal gatal gatal ... then lil' Iman akan korek telinga dia guna jari sedalam yang mungkin ... mrs pip bersihkan telinga lil' Iman, memang ada one day tu ada cecair putih bercampur coklat melekat di cotton bud ... bau busuk pula tu ..

tak tahan tengok lil' Iman asyik cakap telinga gatal kan, then dia mesti nak korek telinga dalam dalam sampai one day tu ada sedikit luka, terus mrs pip minta mr.Husband bawa lil' Iman pigi klinik kesihatan ...


deng!

bila doktor periksa telinga lil'Iman, telinga kanan ada infeksi, so yang ni kena letak antibiotik selama 5 hari berturut turut, 3 titik antibiotik (enclor) x 3 kali sehari ...

then telinga kiri lain pula cerita .... kotoran telinga 'block' saluran telinga lil' Iman, so yang ni kena letak titisan untuk melembutkan 'tahi telinga' ... doktor bagi preskripsi CERUMOL, 5 titik x 3 kali sehari ...

lepas tu, temujanji 'follow-up' dibuat, kena datang lagi selepas 4 hari ... so after 4 hari, mr.,Husband bawa lil' Iman datang jumpa doktor semula ... telinga kanan clear from any infection, dan telinga kiri tu, doktor guna satu alat masukkan dalam telinga lil' Iman dan sedut kotoran keluar ...

ikut cakap mr.Husband la kan, kotoran telinga kiri lil' Iman tu berketul ketul warna hitam ... OMG! ... hurm, tu lah lil' Iman ni, dulu time age 2 years old kan, lil' Iman memang tak nakkkkkkkkkk mommy bersihkan telinga, langsung telinga tak boleh sentuh! see, now what happened? tu semua simpanan selama setahun! haish!

tapi one thing mrs pip belajar daripada kejadian ni, kalau anak kecil cakap telinga dorang gatal gatal gatal, lepas bersihkan guna cotton bud tu, but still gatal, cepat cepat bawa jumpa doktor ...

moreover, telinga ni is a very gentle organ, so lebih baik serahkan kepada yang pakar ...anyway, thank doc for removing lil' Iman ear wax  ....

cheers.


Monday, 26 December 2016

Beli external hard disk 1.5TB jenama SEAGATE , murah hanya di LAZADA

December 26, 2016 0
Beli external hard disk 1.5TB jenama SEAGATE , murah hanya di LAZADA
hi there,

yeah! gembira la dapat beli satu lagi external hard disk ... hari tu beli Lenovo External Hard Disk 1TB pada harga RM199.00 + free shipping, beli di LAZADA ... kira murah la ni berbanding di local shop ... yang ni beli untuk mrs pip pakai ...

then recently, waktu LAZADA ONLINE REVOLUTION 12.12, ada FLASH SALE Seagate External Hard Disk 1.5TB , harga cuma RM198.00 + free shipping! gila tak murah kan ... so WAJIB beli satu, yang ni untuk mr.Husband pula!


lepas ni sorang satu ada external hard disk, boleh transfer data berpukal pukal dari laptop / smartphone / tablet dan seangkatan dengannya ...    

nak check tengok harga terkini untuk SEAGATE external hard disk ni, klik sini terus ke laman web LAZADA... rasanya harga berbeza mengikut promosi yang dijalankan.

apapun, memang happy dapat beli satu lagi extra external hard disk ni, dapat pula pada harga yang murah ... LAZADA the best!

cheers.


Friday, 23 December 2016

Beli alat anti-snoring di LAZADA

December 23, 2016 0
Beli alat anti-snoring di LAZADA
hi there,

mrs pip ada isu kesihatan. well, it is something very embarrassing to talk about bagi kebanyakkan kita, terutamanya wanita kan ... it is all about TIDUR BERDENGKUR ... rasanya masalah ni berlaku sejak mrs pip mengandungkan lil' Iman, and it happens till today, on and off ...

mr.Husband bagitau, almost every week, mesti tak sah kalau dalam mana mana hari tu tak berdengkur, kadang kadang dengkuran tu level 1/10,kadang kadang kadang 9/10!  ... dengkuran rasanya boleh diatasi, mungkin tidaklah 100% akan hilang, tapi at least the sound level tu kalau boleh dikurangkan tu kira ok .. kesian dengan partner kita yang terpaksa bertahan mendengar kita berdengkur the whole nite!

tapi, mrs pip happy coz all these while, mr.Husband tidak pernah salahkan mrs pip kerana tidur berdengkur. mr.Husband tau dan faham rutin harian mrs pip menjaga dua budak kecil yang sungguh aktif, dan buat kerja rumah lagi, memang kadang kadang boleh buat hilang tenaga dan keletihan pada malam hari, dan salah satu sebab kenapa kita berdengkur ialah kerana keletihan kan ...

hari tu mrs pip terjah LAZADA, mencari kalau kalau ada jual barang untuk anti-snoring. memang banyak sangat pilihan di LAZADA untuk anti-snoring, dari yang murah hinggalah yang mahal, pilihan di tangan anda ...

so mrs pip beli dua item,

1/ stop snoring chin strap jaw support c/w snore-free nose clip (yang nose clip ni FOC) , klik sini untuk link di Lazada

2/ anti snoring solution mouthpiece, klik sini untuk link di Lazada

berkesan ke tak?

ok, yang shin strap jaw support tu, mrs pip on and off pakai, ikut suka hati kejap nak pakai, kejap tak. so agak sukar untuk diketahui sama ada berkesan atau tidak ... lepas ni kena kuatkan azam untuk pakai chin support ni secara berterusan. so will write review in future, insya allah, selepas mrs pip guna benda ni secara berterusan ...

yang nose clip tu mrs pip try guna, tapi a bit not-so-comfortable mrs pip rasa, mcm itchy itchy di nose la pula, so yang ni mrs pip simpan ka dulu ... maybe akan guna someday.

anti snoring solution mouthpiece

yang mouthpiece tu, ada pengguna buat review, benda ni berkesan ... tapi yang ni still not unboxing yet oleh mrs pip ... beli dah sebulan, tapi still duduk eleok elok dalam kotak, so yang ni will gonna use very soon, insya allah ... dan lepas tu baru buat review sama ada ok ke tak ...

Theresa Sweetman in Labuan Malaysia
Sorted out my snoring problem 100% bought other producks to sort our my snoring nothing helped . The only thing that is helping is the mouth piece and the only salution will advice anybody to buy it. So happy
yang ni mrs pip copy paste daripada review salah satu pengguna di Lazada. so sesiapa yang ada masalah tidur berdengkur, mungkin boleh cuba yang anti snoring solution mouthpiece tu, tapi perlu diingat, setiap orang mungkin mempunyai pengalaman berbeza beza. mungkin OK untuk saya, tapi mungkin KO untuk awak ...cenggitu la lebih kurang...

tapi apapun,, harga yang ditawarkan berpatutan dan penghantaran pun cepat ...

cheers.

Tuesday, 20 December 2016

Christmas is coming

December 20, 2016 0
Christmas is coming
hi there,


Merry Xmas!
Season to be jolly...

Erk... ada yg tanya eh, why you celebrate xmas?
you are muslim kan...

eh,  since when we cannot celebrate other festival?
Malaysian ma...

ok,  to be clear,  I have Christian family,
jadi,  whatever celebration we celebrate all together
but my religion is always mine
And their is always theirs

so everyone,  just be cheerful,
and don't to narrow minded
be happy with ur loved ones
regardless of their belief and race

Wishing everyone a happy holiday!

yeay.

cheers.



Sunday, 18 December 2016

Catching up dengan 'kawan selamanya', Fran-CescaLynn...

December 18, 2016 0
Catching up dengan 'kawan selamanya', Fran-CescaLynn...
hi there,

dalam hidup ini,  antara orang yang kita hargai ialah seseorang yang kita panggil SAHABAT.  yang buat indahnya hidup kita ini,  selain keluarga tersayang,  kita dikelilingi oleh sahabat...

ada banyak cerita bagaimana seseorang itu boleh menjadi sahabat kita, dan ianya ada yang bermula

SHE IS JUST A STRANGER 

namun akhirnya menjadi

BEST FRIENDS FOREVER 

ataupun menjadi

FRIENDS FOR LIFE 

hidup ini banyak keajaiban!

Happy smiling faces both of us
meeting each other, catching up stories
... Friends forever...
Friends for life
I still remember the first time I met her!

mrs pip dalam pesawat,  perjalanan Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur,  1997 ...

dia duduk di sebelah mrs pip ,  she was a very quiet person.  A friend of hers sat next to her, she sit in the middle between mrs pip and his friend, bila ditanya oleh kawan dia,  dia cuma cakap sepatah..  my first impression was, may be dia ni seorang yang pendiam.

I was a bit bored in the plane, flying alone.  So,  adalah juga mrs pip try bawa dia bersembang, tapi mcm tu lah,  she was not in the mood untuk berbual,  so my conversation ended after a very few sentences,  hehe...

She. who was a stranger.  sitting next to me in the plane.  ended up being my ROOMMATE.  for the whole two years.  and she's my BEST partner in crime.  

and that's how ALLAH planned for me, sending me a nice person to be my good friend! and after all these years,  we are still friends.

BEST FRIENDS FOREVER.  FRIENDS FOR LIFE. 

sekarang ni masing masing ada life sendiri,  so memanggggggggg sangatttttt jarangggg jumpa,  but we still made an effort to meet,  at least once a year.... catching up meeting each other really need a LOT OF EFFORT nowadays,  huh! well,  it understandable anyway coz masing masing busy busy busy...

to my dear loving friend,  Fran-CescaLynn Tayaan,

I am so happy meeting you last Saturday though it was a short catched up in City Mall,  and it is nice to hear you travel stories HK-Osaka-Tokyo. Salute to you dare to travel solo 👍👍👍... wish to meet you again,  next year insya allah.

And so glad whenever we talked about our yesteryear, so many memories, and Fran, thanks for that 'Sandal kegemaran saya, the leather brown sandal'.  For years saya hutang kau tu sandal, and thanks for let it go the hutang...  the rest of the stories, hanya kita berdua yang tahu, muehehe...

Will always put you in my heart,  and thanks for being my friends for all these years... 20 years of good friendship soon,  love you so much!

We went to the same college,  become classmate,  and roommate, later went to the same university, taking different course, but we are still best friends,  and it was 20 years ago.

Let's meet again next year.

Take care






Monday, 12 December 2016

Kokol Haven Resort

December 12, 2016 0
Kokol Haven Resort
hi there,

beberapa minggu lepas, sempatlah mrs pip and the family pergi melepak sepetang di Bukit Kokol, dan kali ni, kami singgah di salah satu resort terkenal di bukit Kokol, Kokol Resort Haven ... sesiapa yang rasa inginkan ketenangan dari kesibukan kerja, Bukit Kokol is the great escape! .... dan hanya few minutes drive dari Kota Kinabalu :)


cak!

ini kali kedua mrs pip datang ke Bukit Kokol, yang 1st time tu bukanlah lama sangat pun, just recently, boleh klik entry terdahulu di sini ... tapi kali  ni, mrs pip singgah di Kokol Resort Haven ...

waktu sampai di main gate tu, kena bayar entrance fee ... rasanya entrance fee ni agak mahal, coz di kira RM10.00 per pax (percuma untuk kanak-kanak) ... so, mr.Husband kena bayar RM20.00 untuk kami berdua, and lucky lil' armies tidak dikenakan bayaran masuk .... however, tiket masuk tu boleh redeem minuman dalam resort tu nanti ...



time parking tu, ngam ngam depan playground, so layan lah anak anak main di playground ni dulu ... eh, bukan setakat anak ja yang main, bapa budak pun join main sekaki T_T


mrs pip pujuk2 lil' Amin main di gelungsur ni, hurmmmmmm, takut;ah pula .... so lil' Iman ja lah yang enjoy main sorang sorang ....


happy lil' Iman playing alone without lil' Amin



lepas sudah puas bermain, kita pun masuk dalam kawasan resort, antara playground tu dengan main resort ada pula small fish pond, so budak berdua yang fish lover ni buat pit stop layan tengok ikan ...


lovely flower


the fish pond


gambar bagi extra large kunun so that boleh nampak the view, tapi ...

pemandangan saujana mata memandang ... time shoot ni, keadaan berkabus la pula, so blur blur ja kan ... awan pun start nerkepul kepul, hari mau hujan lah tu!


pix ni bukan mrs pip yang snap , ni ambil dari website Kokol Resort Haven 
yang ni gambar crsytal clear, yeay.



beralih pula dari kolam, ke outdoor restaurant ... boleh puas hati tengok view .. eh, serius nampak view KK tau ... kalau tiada kabus, Tunku Rahman Islands pun boleh kelihatan! ... mrs pip ndak bagi lil' armies duduk lama lama di bench ni, gila curam sebelah bench ni ... memang NOT FOR KIDS TO SEAT! ... patut ada extra precaution dari pihak resort ...


kita layan minum petang, so ambil order dulu ... lil' Iman acah acah mcm pandai baca ....


lil' Amin pun sama, busy mau baca menu T_T


the main resort
cantik la ... mau lah juga nginap di sini 

sesiapa yang berminat untuk menginap di sini, boleh klik website 
KOKOL RESORT HAVEN di sini, boleh check harga bilik ok ...

 time ni cuaca still ok lagi, belum hujan .... then ada preparation wedding reception open garden di sebelah bawah ... sempat ke tak ni dorang punya wedding reception sebelum hujan turun?


sepetang di sini, mr.Husband and mrs pip order cappucino, mocha dan Haven pizza .... untuk semua menu ni, it costs RM49.00 (drinks RM10.00 x 2 , pizza RM29.00 , large size) ... pizza tu yummy, cuma mr.Husband ndak peberet kalau yang thin crust ni ... tapi habislah juga kitorang bedal anak beranak ....

for our kids, mrs pip ndak order extra drinks untuk dorang since mrs pip mmg sentiasa bawa minuman dorang ni tiap kali kluar berjalan (dutch lady chocolate and strawberry drinks tu mmg selalu dalam simpanan untuk lil' armies)


extra chair


hujan start turun rintik rintik
lil' Iman ambil kesempatan
"mommy, Iman want to wash hand dulu aaa"


then in few seconds, hujan turun lebat


budak happy bila hujan turun lebat
ada hati mau mandi hujan!


lebatnya hujan!

alahai, wedding reception outdoor tu terpaksa kena cancel, 
buat indoor ... habis basah staff resort ni punggah meja kerusi semua 
masuk dalam hall ...

lepas ja siap makan, hujan still turun mencurah curah, jadi tersadai la juga dalam 30 minit sementara tunggu hujan reda ... bukan mrs pip ja tersadai di sini, ramai juga pengunjung terpaksa 'duduk lebih lama' menunggu hujan reda ...

tapi apapun, seronok lah dapat spent quality time cenggini with our little family ni ... tu kalau mr.Husband ndak busy, once start busy, kita lepak lepak di rumah layan telatah lil' armies sambil tengok K-drama online T_T

tu je lah cerita weekend kitorang ... happy weekend everyone.

cheers.