Trip Ke Seoul Day 2 (Part 3) Kembali ke zaman budak budak di Petite France - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 31 May 2016

Trip Ke Seoul Day 2 (Part 3) Kembali ke zaman budak budak di Petite France

hello there,

Bonjour Petite France !

sampai juga mrs pip di sini ... memula tengok drama Secret Garden kan, tempat ni mcm biasa biasa jer, tapi yang menarik perhatian tu time tengok Beethoven Virus ... banyak scene menarik dalam drama tu dilakonkan di Petite France, then terus jatuh hati nak datang sini T_T

**** Secret Garden lakonan Ha JI Won dan Hyun Bin,
**** Beethoven Virus lakonan Kim Myung Min, Lee Ji-ah, dan Jang Geun Suk ...



***************

selesai dari Nami Island, mrs pip and mr.Husband melawat Petite France ... untuk ke sini, kami menaiki shuttle bus tidak jauh dari jeti Nami Island , dan bayaran untuk shuttle bus ni 5,000 won seorang dan tiket ni sah untuk sehari perjalanan ... shuttle bus tu pula singgah di beberapa lokasi menarik tau, terpulang pada anda nak melawat tempat yang dilalui oleh shuttle bus tu ke tak ... tapi kalau nak menyinggah semua, nampaknya kena lah bermalam di Gapyeong , ngee ;)


depan pintu masuk Petite France, wajib bergambar di sini T_T


mr.Husband beratur beli tiket masuk .... entrance fee 8,000 won seorang T_T


dah dapat tiket masuk, bolehlah mulakan perjalanan terjah Petite France ... boleh tahan juga bangunan dalam Petite France ni ...

****************

terjah dulu brochure petite france ni

laluan di Petite France
wajib baca brochure ni sebelum memulakan lawatan di Petite France,
memudahkan anda nak lawat yang mana dulu T_T

senarai lokasi yang menarik harus lawat
****************
kalau ikut hati, semua lokasi pun nak diterjah, tapi sob sob sob, kekangan masa membuatkan mrs pip and mr.Husband tak habis nak pusing semua tempat ;(

apapun, mrs pip belanja antara gambar gambar mrs pip and the family
di sekitar Petite France


house of european dolls






ada orang perasan kuat , muehehe

oh ... ke perancis kita


antara barang yang dipamerkan di luar bangunan

nak ayam satu!


lil' Iman punya happy dapat duduk atas kuda tu T_T




bangunan tinggi tu, salah satu lokasi penggambaran Beethoven Virus
femes tau bangunan ni di kalangan peminat KDrama yang dah
menonton Beethoven Virus


yang ni pula lokasi penggambaran Secret Garden ....

eh eh, baju biru berkilat tu la ...
kalau yang tengok drama secret garden, sure tau tagliine baju biru tu kan 

yeah ... dah tawaf satu pusingan ...
boleh tahan la juga penat ...

rasa mcm nak bawa jak deko buat hiasan depan rumah mrs pip
von boyage
kalau boleh, nak lagi spend time lama lama di petite france, tapi kita kejar masa nak visit tempat lain, so jom balik !

p/s: tunggu je depan petite france tu, ada bus stop, nnt shuttle bus tu akan datang on time tau untuk balik ... naik shuttle bus ni, mrs pip stop di Cheongpyeong, beli tiket ITX dan balik semula ke Anguk Station ;p 


No comments:

Post a Comment