Tips: Barang yang perlu dibawa ke hospital semasa bersalin

Tips: Barang yang perlu dibawa ke hospital semasa bersalin. hi there, hello mommies-to-be ...

waktu mrs pip mau deliver 1st baby aka our gummypie (yang sudahpun 2 years old now), memang rasa excited sangat ... well, it is first baby kan .... tapi excited excited pun, beg untuk ke hospital jangan dilupakan pula ...

mrs pip sediakan barang2 untuk dibawa ke hospital ni seawal minggu ke-30, bak kata pepatah melayu la kan, sediakan payung sebelum hujan.... just in case ter-deliver awal kan, so tidaklah kelam kabut sangat....

Baca juga: Tips: 7 Benda Awesome Patut Ada Dalam Beg Bayi Anda

Tips: Barang yang perlu dibawa ke hospital semasa bersalin

so, what's in the bag? apa barang yang penting untuk dibawa ...

Tips: Barang yang perlu dibawa ke hospital semasa bersalin


  • 1. set pakaian bayi (sebaik-baiknya panjang lengan, dan seluar panjang aka pyjamas), sarung tangan bayi, sarung kaki bayi, topi atau penutup kepala bayi, tuala bungkus bayi, lampin secukupnya .... 

untuk yang beranak normal, biasanya after baby dah berak and kencing, dan ibu berada dlm keadaan baik, boleh ja balik awal ... 

tapi yang beranak melalui pembedahan atau ada masalah selepas kelahiran, terpaksalah bermalam sehari dua di hospital, so at least bawa 2 pasang lengkap pakaian bayi ...

  • 2. 1 pasang pakaian ibu (untuk keluar hospital), takkan lah after delivery mau balik dengan baju hospital tu kan... so bawalah 1 set pakaian untuk persalinan keluar hospital .. bagi yang bertudung, bawalah tudung ekstra 

  • 3. selalunya hospital ni super sejuk, so jangan lupa bawa sarung kaki / stokin, jaket atau sweater

  • 4. tuala mandi ... ini penting juga coz after delivery, ibu ibu sekalian perlulah membersihkan diri selepas bersalin ...maternity pad secukupnya, bawa bersama ekstra seluar dalam (lagi baik bawa jer disposable panties yang banyak dijual di watsons atau guardian, senang tak perlu basuh kalau darah banyak yang tembus, buang ja tu disposable panties)

  • 5. toiletries juga penting utk dibawa... kot kot kena bermlm dihospital, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sabun mandi, ni semua kan perlu...

  • 6. pakai kasut yg bersesuaian semasa dihospital... mrs pip just pakai selipar jepun ja time di hospital...

  • 7. selain pakaian, bawalah juga air minum, minuman kotak, biskut atau makanan ringan... few hours after bersalin, ibu ibu akan berasa lapar coz banyak hilang tenaga kan ... so kalau ada minuman / makanan ringan, bolehlah kudap kudap dulu before tunggu heavy meal korang sampai ...

  • 8. tanggalkan segala barang kemas, jam tangan tak pakai pun tak pa, coz just in case tangan korang kena cucuk jarum utk masukkan cecair, agak kurang selesa pakai jam tangan ... bawalah hand phone bersama, so that after deliver boleh snap the very 1st baby photo kan and share with your loved one..

  • 9. jangan lupa bawa kad pengenalan dan buku klinik ibu mengandung hokey, yang ni penting coz after delivery, doktor / bidan yang menyambut kelahiran bayi anda perlu mengisi buku tersebut dan kemudian digunakan untuk membuat surat beranak bayi anda ... so sentiasa letakkan buku ni berhampiran dengan beg ibu ibu ya ...

  • 10. jangan lupa bawa kamera untuk merakam detik2 awal bergelar ibu T_T

Baca: Beg Bersalin ; Senarai Barang Keperluan Wajib Bawa ke Hospital 

to all mommies-to-be, detik detik untuk bersalin itu merupakan detik yang sangat dinanti-nantikan, dan pabila mendengar tangisan anak kecil yang anda lahirkan, timbul satu momen yang sangat indah... semoga perjalanan ibu ibu semua dipermudahkan allah swt yang maha kuasa....

happy parenting :)

cheers.

Post a Comment

0 Comments