Pallas Kasut Sekolah Selesa dan Paling Lejen Di Malaysia

Hi semua. Sesi persekolahan akan datang nanti, Iman dah masuk darjah 5, manakala Amin pula akan masuk darjah 4. Wah, tidak terasa anak-anak mommy dah masuk tahap 2 sekolah rendah. Cepatnya kamurang membesar, saiz kaki pun sudah kalahkan mommy. Lagi setahun dua, kamu berdua akan cantas ketinggian mommy pula!

Setiap kali naik darjah, aku akan bagi anak-anak kasut baru pasal kaki mereka ni cepatnya panjang. Kasut yang mereka sedia pakai sekarang ni, selain hampir reput (anak-anak aku ni jenis kaki makan kasut la kot), Iman dan Amin dah komplen dekat mommy kasut dah nak sempit. Sesi sekolah lepas sahaja, 2 kali aku tukar kasut anak-anak.

Pallas Kasut Sekolah Selesa dan Paling Lejen Di Malaysia

Kasut abang Amin dah sama saiz dengan mommy, manakala kasut abang Iman, gila kaki dia dah besar gedabak


Untuk sesi sekolah tahun 2024, Iman & Amin aku bagi pakai Pallas kasut sekolah paling lejen. Kasut jenama Pallas ni aku memang yakin sangat terbaik untuk kaki anak-anak aku. Sejak anak-anak masuk darjah 1 lagi sampailah sekarang, aku setia bagi anak-anak pakai kasut Pallas, pilihan ramai ibu-ibu seMalaysia gitu.

Sebelum-sebelum ni, aku pernah share review aku tentang kelebihan kasut Pallas ni. Sebagai ibu, kita mestilah nak berikan yang terbaik bukan sahaja pakaian dan peralatan sekolah, tetapi termasuklah kasut sekolah. Tak mahulah mereka pergi sekolah dengan kasut yang tidak selesa.

Tahu tak yang kasut Pallas juga direka untuk menghindar bau kaki? Dengan rekaan comfort quick dry, kasut lebih breathable and better ventilation untuk menghalang wap terperangkap yang menyebabkan kaki berpeluh dan seterusnya menyebabkan bau pada tapak kaki.

Pallas dah lama bertapak, mommy pun dulu waktu sekolah guna jenama Pallas juga tau! Sebab tu mommy bagitau anak-anak Pallas kasut sekolah paling lejen. Tahan lasak! Zaman-berzaman dah Pallas ni. Cumanya dulu, zaman mommy design kasut Pallas tak secantik macam sekarang, dan sedikit berat kan berbanding kasut Pallas sekarang yang direka lebih ringan untuk keselesaan kaki pelajar sekolah. Mommy pernah kongsi juga sebelum ni ciri-ciri kasut Pallas yang disukai murid.

Jadi, apa pilihan anak-anak mommy untuk Pallas tahun 2024 pula? Masing-masing ada citarasa sendiri. Kalau abang Amin tu, dia setia dengan kasut jenis strap (berpelekat). Katanya senang nak pakai. Tak perlu nak ikat tali kasut. Jadi senang cerita, kasut dia rupa sama sajalah setiap tahun.

Pallas Kasut Sekolah Selesa dan Paling Lejen Di Malaysia
Kasut abang Amin

Ni kasut abang Amin - Pallas PX37-023BK. Breathable dan selesa sangat nak pakai. Walaupun jenis strap, tetap selesa kalau nak berlari, so far tiada lagi kes abang Amin berlari kasut tertanggal. Strap kasut ni memang jenis kuat melekat, so mommy jangan worries strap kasut mudah rosak atau kasut tertanggal sewaktu berlari.


Kasut abang Amin ni ada arch support dan ringan. Ini masuk tahun keempat abang Amin guna kasut Pallas sebegini. Memang dah tak nak pakai yang lain katanya.


Pallas Kasut Sekolah Selesa dan Paling Lejen Di Malaysia
Kasut abang Iman

Ni pula kasut untuk abang Iman - Pallas PX37-026BK. Abang Iman suka kasut bertali. Katanya kasut bertali lebih stylo dan nampak dewasa. Hah, mommy rasa nak gelak pula cakap kasut bertali nampak lagi dewasa. Nampak sangat Abang Iman dah mula masuk fasa remaja.


Design kasut Pallas PX37-026BK memang nampak macho dan lebih maskulin bagi mommy. Sesuai betul dengan citarasa abang Iman yang akan naik darjah 5 untuk sesi persekolahan tahun ni. Kasut ni ada arch support tau! Memang selesa sangat nak pakai. Material kasut pun very breathable, dan bunga pada tapak kasut tu kalau korang tengok memang jenis grip, sesuailah dengan abang Iman yang suka berlari dan jenis jalan laju.

Oh nak add on juga, last year abang Iman dapat pingat untuk sukan lumba lari. Happy betul dia. Dia guna kasut Pallas ja untuk latihan sukan. Dia ada kasut lain, tapi katanya berlari guna kasut Pallas tu lagi sedap berbanding kasut sukan dia yang lagi satu tu. Kasut dan kaki dan serasi, memang macam ni kan. Dah tak nak guna kasut lain. Hehe.

Pallas, Kasut yang Selesa Menjadi Kesukaan Anak-anak

Macam aku dah jelaskan di atas sebab aku pilih kasut Pallas untuk anak-anak aku, semestinya kasut Pallas ini selesa dan anak-anak dah tak mengeluh masalah kaki berbau dan kaki sakit selepas seharian bersekolah.

Kasut Pallas sememangnya direka sesuai dengan cuaca kita yang panas. Cuaca yang panas boleh menyebabkan kaki mudah berpeluh dan rasa bahang di dalam kasut sekiranya design kasut tidak diperhalusi.

Pemilihan fabrik kain dengan rekaan comfort quick dry dan breathable memberikan keselesaan kaki anak–anak. Lagipula disokong dengan arch support, hilang masalah kaki lenguh anak-anak aku.

Pallas sangat memahami kehendak anak-anak yang mahukan kasut sekolah yang selesa digunapakai seharian di sekolah.

Selain tu, kalau ada yang tanya dari segi harga dan kualiti, bagi aku kualiti kasut tak pernah mengecewakan. Dan dari segi harga, still reasonable.

Beli kasut Pallas dengan harga yang dijual, plus boleh pakai throughout the year (bergantung juga dengan penjagaan kasut masing-masing), bagi aku tak rugi beli kasut yang berbaloi selesa disukai anak-anak.

Back To School Contest 2024

Nak bagitau berita baik untuk semua, Pallas ada Back To School Contest, dan boleh menang wang tunai sehingga RM3,000. Wow, so banyak!


Pallas Back To School Contest 2024


Sangat senang nak join contest ni.

Beli sekurang-kurangnya satu pasang kasut Pallas, dan simpan kod bar asal (biasanya ada dekat kotak kasut), lepas tu muat turun borang peraduan di laman web Pallas (salinan fotostat juga diterima).

Tampal kod bar di atas borang penyertaan dan isikan maklumat dikehendaki.

Hantar borang seperti ke alamat yang tertera, dan mesti sampai ke pihak Pallas sebelum atau pada 31 Mac 2024.

Jangan ketinggalan untuk join contest ni, manatau anda adalah pemenang bertuah kan. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Beli kasut Pallas - online atau offline?

Untuk mommies semua, kasut Pallas ni senang sangat nak cari. Dekat mana-mana kedai kasut atau pasaraya yang menjual barangan sekolah, biasanya kasut Pallas memang ada dijual. Atau mana-mana kedai yang ada banner Back to School, korang boleh terjah cari kasut Pallas.


Beli kasut Pallas online
Selamat sampai beli kasut Pallas online jer


Kalau rasa malas nak cari di kedai, beli online. Boleh tengok website Pallas di sini http://www.wow2wee.com/ atau maklumat lanjut di sini http://www.pallas.com.my/

Lagipula, beli online bagi aku lebih mudah. Tak perlu nak drive keluar rumah, buang waktu untuk bersesak-sesak dengan orang awam. Jimat tenaga dan masa aku. Hehe.

Ok, that’s all nak cerita pasal Pallas kasut sekolah paling lejen. Setiap kali cerita pasal Pallas, terus mommy terkenang-kenang zaman mommy sekolah dulu pakai kasut jenama ni.

___________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

0 Comments