Kasut Pallas Comfort Quick Dry Hilangkan Masalah Kaki Berbau

Dah nak buka sekolah, aku suruh anak-anak try test baju dan kasut mereka, manalah tahu kan dah tak muat. Untuk Amin, semua still muat, tapi si Iman ni kasut dia dah sempit lah. Dia request nak kasut sekolah yang baru.

Memang tiada pilihan, memang kena beli juga kasut baru untuk Iman. Sebelum ni aku memang bagi anak-anak aku pakai kasut sekolah jenama Pallas, jadi kali ini pun aku masih setia berikan kasut Pallas untuk Iman.

Kasut Pallas Comfort Quick Dry Hilangkan Masalah Kaki Berbau

Kasut Pallas terbukti sangat selesa digunakan. Dulu aku sekolah pun guna Pallas. Tapi kasut Pallas yang ada sekarang, bukan sekadar kasut sekolah tau. Jenama Pallas ni dah berevolusi menjadi kasut yang sangat selesa dipakai untuk murid sekolah.

kasut sekolah malaysia paling best


Iman cakap kasut sekolah dia yang dulu tu selesa sangat, kalau boleh dia nak kasut sekolah yang selesa dipakai. Iman pernahlah bagitau aku kasut kawan dia berbau bila dibuka. Dia cakap dia malu kalau dia buka kasut kawan-kawan dia hidu kaki dia berbau. Jadi kalau boleh dia nak kasut yang buat kaki dia tidak berpeluh dan tidak berbau.

Sebab tu aku belikan Iman kasut Pallas semula pasal sebelum ni aku perasan setiap kali anak-anak balik sekolah dan tanggalkan kasut dan stokin, memang tiada bau kaki. Iman cakap kasut sekolah dia memang selesa sangat dipakai, so kalau boleh dia nak kasut yang sama juga.

So bila aku beli dan tunjukkan kasut baru Iman, tengoklah muka Iman memang happy sangat-sangat dia kan. Aku harap anak-anak sentiasa selesa dan gembira bersekolah.

Ciri-ciri Kasut Pallas Yang Membuatkannya Selesa Dan Disukai Murid Sekolah


pallas feature product

Kalau nak cari kasut sekolah terbaik, aku memang selalu syorkan kasut Pallas dikalangan ahli keluarga dan kawan-kawan sebab kasut ni selesa sangat dan harga pula berpatutan dengan kualiti yang diberikan.

Ciri-ciri kasut Pallas yang membuatkannya selesa digunakan dan ramai murid memilih kasut Pallas ni antaranya ialah :-

pallas kasut sekolah selesa dan cepat kering

  • a. Ciri pengudaraan yang bagus - kasut Pallas ni kalau korang tengok kain (mesh fabric) yang mereka guna memang nampak ada rongga udara. Dan mesh fabric ni lah yang benarkan aliran udara keluar masuk dalam kasut tu menjadikan kasut tu sentiasa kering, tak lembab dan kaki pun tak lah berbau. Sebab tu pakai kasut Pallas ni, memang very quick dry and better ventilation pada kaki.

  • b. Lantunan rubber insole yang selesa - salah satu ciri yang perlu ada pada setiap kasut sekolah ialah rubber insole wajib sangat selesa dan boleh memberikan lantunan bila digunakan. Anak-anak bila naik turun tangga, kalau rubber insole tiada daya melantun (rebound), mesti kaki cepat penat dan sakit. So ciri rebounding ni penting sangat.

pallas kasut sekolah selesa dan cepat kering

  • c. Ringan - Yes, kasut sekolah kalau berat akan memberikan beban kepada kaki anak-anak. Kaki cepat letihkan. Jadi mestilah cari kasut yang ringan dengan material yang digunakan haruslah berkualiti. Lagi-lagi growing up kids sangat aktif, so mereka kalau pakai kasut, bagilah kasut yang selesa dan tidak membebankan pergerakan mereka.

  • d. Kasut Pallas ada arch support - Ni pun penting juga untuk pastikan anak-anak tu bila dia berjalan atau berdiri lama, kaki murid tidak rasa ada ketegangan (strain) atau ada sesetengah tapak kaki anak-anak dia jenis archy sangat so arch support ni akan bantu kaki anak-anak kita untuk berjalan dengan selesa.

pallas kasut sekolah selesa dan cepat kering


Kasut Pallas ni senang sangat nak beli. Biasanya kat mana-mana pasaraya yang jual baju dan barangan sekolah anak, mesti boleh jumpa kasut Pallas dijual bersama.

Beli Kasut Pallas Secara Online

Nak beli online pun boleh. Risau tersalah beli saiz kasut? Jangan risau tau, measurement guide ada diberikan.

Kalau nak beli kasut Pallas secara online, layari laman web www.wow2wee.com dan kalau nak tengok maklumat lanjut tentang kasut Pallas, boleh tengok di www.pallas.com.my 

Dan sebenarnya, Pallas ni ada banyak pilihan lain. Design semua cantik-cantik untuk murid dan pelajar sekolah.

cheers.

Post a Comment

0 Comments