بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Wah, aku baru tau Tasneem, Naturel ada keluarkan produk patchure untuk legakan selesema dan bantu si manja korang untuk tidur dengan lebih selesa. Itupun selepas aku tengok Instagram Stories Neelofa letak patchure Tasneem Naturel dekat belakang badan Bilal. Eh, senanglah wei!
Aku dah lah bulan lepas berperang dengan rasa stress apabila baby Anim diserang batuk dan selesema. Baby Anim kan tak sampa setahun lagi usianya, jadi memang tiada doktor yang boleh berikan dia sebarang ubat batuk atau ubat selesema. Doktor kata memang kena rawat secara semulajadi sahaja.
Kalau waktu siang, batuk dan selesema baby Anim taklah teruk sangat. Dia pun tak meragam mana. Tapi apabila waktu tengah malam, memang teruk baby Anim bangun mennagis-nangis rasa tak selesa. Aku just tepuk-tepuk belakang baby seperti yang diajar doktor untuk bagi dia selesa, tapi dia tetap tak dapat tidur dengan nyenyak. Dengan aku-aku sekali tak boleh tidur, jadi zombie tau.
Kita ni mak-mak, kalau anak sakit memang kita akan risau dan tidur malam mestilah terganggu. Stress tak cukup tidur satu hal, stress tengok anak sakit pula satu hal juga.
Ni dah ada patchure keluaran Tasneem Naturel, aku memang happy sangat-sangat. Korang yang ada anak kecil macam aku, memang wajib beli buat stok.
Patchure ni ada dua jenis iaitu CF-Patch Patchure dan satu lagi Sleep Tight Patch.
Tasneem Naturel CF-Patch Patchure
CF-Patch patchure ni fungsinya ialah untuk membantu mengatasi masalah batuk si manja. Kesian kan kalau anak kecil batuk, rasa sangat tidak selesa. Lagi-lagi yang masih kategori baby macam baby Anim ni. Selain tu, CF-Patch ni juga membantu keringkan hingus si manja.
Bab-bab hingus ni, kalau budak kecil pun payah kau nak suruh dorang buang hingus, apatah lagi baby yang belum pandai tolak hingus keluar dari hidung. Woha! patchure sebegini yang boleh keringkan hingus memang sangat bagus kan. Mak-mak dah tak perlu risau lepas ni, apabila anak berhingus, cepat-cepat korang letak CF-Patch ni kat badan anak.
Once batuk dan selesema dah surut selepas gua CF-Patch, mestilah baby akan rasa selesa. Tiada lagi hingus dan juga taik hidung yang mengganggu pernafasan, tiada lagi bunyi nafas yang tak selesa untuk didengari. Mak-mak pun boleh rasa tenang.
CF-Patch ni juga boleh bantu turunkan suhu anak jika demam.
Bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam CF-Patch ni antaranya ialah
- Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb - membantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk
- Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root - membantu membuat tekak lebih selesa dan membebaskan kahak
- Heartlef Houttuynia Herb - penyahtoksin dalam badan
- Pepperweed & Apricot Seed - membantu melancarkan & melegakan paru-paru
Tasneem Naturel Sleep Tight Patchure
Satu lagi product Tasneem terbaru yang aku rasa memang best ialah sleep tight patchure.
Memang kadangkala si kecil kita sukar untuk tidur, siap dengan pakej merengek dan meragam sekali. Kita ni punyalah mengantuk sangat-sangat, tapi si kecil liat betul nak tidur. Kalau sekali dengan pakej menangis, lagi haru biru kita yang jadi mak-mak ni.
Jadi, memang best betul produk sleep tight patchure Tasneem ni. Apabila anak ada tanda-tanda nak meragam atau mungkin dia tak selesa nak tidur malam, boleh letak patchure ni pada titik-titik akupunture - bahu, belakang badan dan bahagian pinggul.
Guna sleep tight ni boleh bantu si kecil tidur lebih nyenyak, jadi kita ibubapa ni pun boleh tidur tanpa gangguan dan dapatlh tidur yang lebih berkualiti. Lagipula, si kecil dalam peringkat pembesaran, sangat penting untuk mereka tidur dengan nyenyak dan selesa, ye tak?
Bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam Sleep Tight Patch ni pula ialah
- Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark - membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi
- Amber & Raw Dragon Tooth -membantu menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan
- Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori - dikatakan membantu menyah angin dalam badan
- Angelica Dahurica & Lotus Plumule - mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan
Eh yang sleep tight patch ni boleh juga digunakan oleh orang dewasa, bukan untuk si kecil sahaja semata-mata. Jadi korang yang sesekali sukar nak tidur atau jenis mudah sangat terganggu tidurnya, bolehlah ikhtiar guna sleep tight patch, alternatif kepada penggunaan minyak relaxing.
Kalau tak tengok IG Stories Neelofa tadi, memang langsung tak tahu pun pasal produk terbaru Tasneem Naturel ni.
Dan sekarang ni, ada pemberiang sebanyak 5000 patch percuma tau, so korang bolehlah try dapatkan pek percuma ni. Cepat-cepat tau selagi stok masih ada.
Boleh klik link laman web >>>> Tasneem Naturel/Patchure . Aku tak sure bila stok akan habis, siapa cepat dia dapat. Jadi, korang laju-laju isi details korang untuk pemberian patchure percuma ok. Aku pun nak isi juga, manatau ada rezeki dapat produk Tasneem percuma.
Oh ya, nak bagitau juga untuk CF-Patch tu sekotak ada 6 pcs, manakala Sleep Tight Patch sekotak ada 36 pcs. Dan harga sekotak masing-masing RM25.00. Patchure ni mudah sangat digunapakai, travel friendly dan walaupun bahannya berherba, namun tiada bau yang tidak menyenangkan.
Kalau aku tak dapat yang free product, nanti aku sure nak beli juga produk ni. Nak buat stok untuk baby Anim. Lepas ni kalau baby Anim batuk selesema atau meragam susah nak tidur, Insya Allah ikhtiar guna patchure Tasneem ni berkesan, kan? Yeah!
Ni link video yang Neelofa bagi anak dia Bilal guna CF Patch Tasneem tu. Senang jer kan guna. Main lekat lekat mudah sangat.
Atau korang tengok link video di bawah ni
_____________________________
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"
4 Comments
Ohh thanks for this, gonna check out & grab some of these CF Patch Tasneem for my little niece, it's good to have good reviews that proof the CF Patch Tasneem safe for kids to use kan. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteingatkan apa la kan masa mula² baca. rupernya untuk patch untuk baby. bagus ada ni nak redakan demam budak². ibu² pun senang hati tak la nak tepek towel
ReplyDeleteAntara pilihan terbaik untuk atasi masalah anak-anak kecil yang alami batuk. Boleh buat tak tidur malam kalau mengalami masalah ini. Lebih selamat kerana penggunaan di luaran sahaja.
ReplyDeleteBuat Sakit Pinggang Apa Bisa Ka ?
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.