Biasanya aku jenis mudah tidur, tetapi sejak-sejak aku pregnant ni, memang susah betul untuk tidur malam. Memang ibu-ibu mengandung susah tidur kan? Selalu rasa tidak selesa, nak pusing kejak ke kiri, kejap ke kanan.
Aku pula jenis kena bangun seawal jam 4 pagi untuk siapkan sarapan anak-anak dan pastikan mereka berkemas pergi ke sekolah on time.
Kalau aku bangun lambat, maka lambatlah juga anak-anak bersiap. Lagipula, anak-anak aku jenis bersarapan dan bawa bekal ke sekolah, so mestilah aku kena siapkan makan minum mereka.
Pregnancy aku dah masuk minggu ke-22. Kaki pun dah berapa kali kejang di tengah malam. Sakit kaki kejang tu jangan cakaplah, siap ada masanya urat kaki terasa berbelit sama. Ada yang panggil ni simpul biawak kan.
Ada yang bagi tips untuk mudah tidur, boleh cuba :-
- jangan tidur dengan lampu terpasang, pastikan bilik gelap
- jangan main smartphone, letak jauh-jauh, jangan layan media sosial
- jangan banyak berfikir sebelum tidur, baca zikir sambil pejam mata
- bilik tidur janganlah panas sangat, pasanglah kipas angin atau penyaman udara
- wangikan bilik dengan haruman kegemaran atau pasang essential oil diffuser
- elak minum minuman yang ada kafein, sebaiknya minum susu suam
Semua pun aku dah buat, tapi tu lah aku still tak boleh tidur dengan lena. Kerap sangat tidur aku terganggu. Ada masanya bila aku bangun pagi, aku rasa macam zombi pula, kepala sakit dan kekadang tu stress pula rasanya bila tak cukup tidur malam.
First Time Dengar Sloth Weighted Blanket
Hari tu, secara tak sengaja, aku ternampak iklan Sloth Weighted Blanket di Facebook. Benda ni menarik perhatian aku sangat-sangat.
First time aku dapat tahu ada selimut yang direka khas menggunakan teknik Deep Pressure Stimulation (DPS) untuk membantu seseorang agar mendapat tidur yang lebih baik.
Bila aku cerita dengan husband ada selimut khas membantu orang untuk tidur lena, dia macam was-was pula, betulkah ada selimut sebegini?
Well, tak cuba manalah nak tahu betul atau tidak selimut sebegini berkesan kan. Kena cuba baru tahu.
Betul Ke Tidur Lebih Nyenyak Dengan Sloth Weighted Blanket?
Perkara pertama yang bermain di fikiran aku, berbaloikah beli Sloth Weighted Blanket? First thing first, aku baca dulu review weighted blanket bagi mereka yang beli dan guna selimut ni.
Wei, ramainya yang bagi review positif dan memberangsangkan Ada yang bagi pro and cons tentang selimut ni, tapi end result yang paling penting - Sloth Weighted Blanket Memang Membantu Agar Tidur Lebih Nyenyak -
Apa Itu Dan Kelebihan Sloth Weighted Blanket
Sebelum aku bagi review aku sendiri selepas menggunakan Sloth Blanket ni, aku mahu bagitau korang apa itu dan kelebihan Sloth Weighted Blanket tersebut.
Bayangkan korang memang sukar untuk tidur. Senang sangat terganggu membuatkan kurangnya kualiti tidur.
Macam kes aku time preggy memang susah nak tidur. Pusing kiri kanan, nak pejam mata memang susah. Sakit badan jangan cakaplah, memang mak mak preggy macam ni kan. Lepas tu kena bangun awal pula nak urus anak-anak sekolah.
- 1. Material Sloth Blanket Yang Lembut
Yes, first time sentuh Sloth Blanket ni, material kainnya lembut - diperbuat daripada Ultra Soft Bamboo Fabric. Bamboo fabric terkenal dalam pembuatan selimut bayi dan bahannya bukan sahaja lembut tetapi juga tahan lama.
Selain itu, bamboo fabric juga diketahui boleh memberikan cooling effect, so sangat sepadan dengan cuaca di Malaysia ni yang kekadang panasnya boleh tahan kan.
- 2. Berat Sloth Blanket Yang Sekata
Sloth Blanket diperbuat daripada non-toxic beads yang unik, dan selimut mempunyai berat yang sekata pada semua permukaan menjadikannya fall perfectly into place! Dan serius sangat selesa ketika menggunakannya.
Sloth blanket mempunyai pilihan berat dan ianya direka sesuai untuk 8-12% berat badan korang.
Dengan Sloth Blanket, kamu boleh pilih sama ada 4.5kg, 5.4kg, 6.8kg mahupun 9kg. Ada yang lebih prefer light pressure blanket, ada yang suka blanket berat.
Sloth Blanket yang aku pakai sekarang beratnya 6.8kg. Yes, ni blanket terpaling berat yang aku pernah ada, tapi tak cuba pasti tak tahu berkesan atau tidak selimut ni boleh buat aku tidur lena kan.
- 3. Menggunakan Teknik Deep Touch Pressure
Aku pun baru tahu teknik deep touch pressure boleh membantu seseorang agar tidur dengan lebih lena dan membantu mengurangkan stress.
Yes, aku setuju salah satu sebab kenapa aku rasa stress ialah kerana kurang tidur. Otak aku tak boleh berfungsi dengan baik dan aku lebih cepat grumpy dan moody. So aku yakin tidur berkualiti sangat penting untuk memastikan aktiviti harian lebih produktif.
Deep Touch Pressure akan buat nervous system kita lebih relax dan lebih tenang. Dan disinilah fungsi utama Sloth Blanket tersebut untuk buat kita relax dan tenang dan seterusnya membantu untuk kita tidur dengan lebih mudah dan secara tidak langsung ini akan memperbaiki kualiti tidur kita.
Review: 2 Minggu Menggunakan Sloth Weighted Blanket, Efektif Membantu Tidur Lebih Baik, Nyaman & Lena Atau Tidak ?
Sloth Weighted Blanket ni memang menggoda betul untuk aku cuba. Penat sangat rasanya bila tak cukup tidur. Mana nak kemas rumah, mana nak menghadap ragam anak-anak lagi, memang letih sangat, lagi-lagi aku tengah preggy.
End up why not cuba selimut Sloth ni kan, iklan dia pun nampak menggoda.
Hari pertama aku pakai, aku rasa nervous. Aku tak pernah guna selimut berat-berat macam ni untuk tidur. Aku nak bergerak pun susah. Tapi aku berjaya tidur tanpa sedar dan bangun tika alarm clock berbunyi jam 4 pagi.
Seminggu aku konsisten pakai time tidur. Dan resultnya memang aku puashati. Aku senang sangat nak tidur dan tak banyak bergerak.
Husband aku is my observant. Dia tengok ja aku tidur nyenyak dan dia sendiri admit aku tidur tak banyak gerak dan lagi teruk dia cakap aku tidur tak sedar diri! Hahaha.
Lepas tu, husband aku pula nak cuba Sloth Blanket tu. So aku bagi dia sewa sehari untuk cuba pakai. Dan habis tempoh sewa, dia pula rasa tak nak pulangkan selimut tu!
Hiks! Hei, that’s mine la. Mommy preggy nak tidur nyenyak, so jangan berani nak rebut my Sloth Blanket.
Bila aku pakai Sloth Blanket ni, aku rasa relax dan mudah nak tidur. Maybe hari pertama tu aku nervous pasal risau selimut tu berat, tapi sangat-sangat comfortable.
Aku tak rasa panas pun bila guna selimut tu. Bilik tidur kitorang hanya guna kipas dinding sahaja tanpa penghawa dingin. So aku rasa material selimut ni memang sangat baik kerana tak rasa panas pun ketika pakai.
Satu lagi, aku perasan bila aku guna Sloth Blanket ni, kaki aku dah kurang kejang di waktu malam. Biasanya dalam seminggu tu, kaki aku boleh kejang 2-3 kali dan rasa urat kaki aku macam bersimpul, dan selalu aku letak minyak urut lavender.
Aku tak pasti sangat adakah kerana Sloth Blanket, tetapi so far dalam 2 minggu guna selimut ni, baru sekali aku diserang kaki kejang, itupun tak sakit sangat. So sememangnya aku happy sangat ada Sloth Blanket ni.
Dan yes review jujur aku, 2 minggu menggunakan Sloth Weighted Blanket, ia efektif membantu tidur lebih baik, nyaman dan lena.
Tak kenal maka tak cinta. Tak percaya, kenalah cuba guna. Tak gitu?
Nak dapatkan Sloth Weighted Blanket, korang boleh check dekat website Sloth Blanket.
cheers.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
9 Comments
macam best je selimut tu .. saiz dia besar mane?
ReplyDeleteboleh selimut 2 orang ke?
selimut saiz single ...
DeleteNampak bestlah selimut ni, musim hujan sekarang nih kene selalu gunakan selimut dahlah selalu kejang-kejang kaki kalau sejuk
ReplyDeletesuka guna, tapi berat sikit nak angkat. Tapi faktor berat ni lah yg buat kita tidur lena.
DeleteMacam best je selimut ni.... dekat mana nak beli selimut ni??
ReplyDeleteboleh beli kat website mereka, rujuk link kat atas
DeleteFirst tau ada blanket boleh bantu tidur nyenyak. Macam2 ada sekarang ni
ReplyDeletebetul sangat. yg susah nak tidur, mungkin boleh cuba sloth blanket.
Deletesaya suka sangat tidur selimut macam ni, memang setiap hari tido pakai selimut ni, memang lena...
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.