3 Perkara Selesa Di Alam Kubur. Jom Amalkan!

Dalam ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.

3 Perkara Selesa Di Alam Kubur. Jom Amalkan!

Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Source: Group Telegram


Jom kita usaha amalkan. 

Kalau tahun lepas, tahun ni kita tak berjaya buat, jom tahun baru ni kita semangat buat.

Baca al-Quran 1 helai setiap kali habis solat, tak pun 5 helai diwaktu solat subuh, lepas tu baca Al-Mulk dan Al-Waqiah selepas Isyak. - Ikut korang lah macam mana korang nak plan,asalkan usaha baca Al-Quran setiap hari.

Al-Mulk tu baca terus selepas Isyak, takut tertidur tak sempat nak baca. 

Jom set alarm untuk Tahajud. 

Jom semangat perbaiki diri. 


cheers,

Mrs Pip yang berjuang untuk jadi lebih baik 

- bukan mudah, tapi kena terus berusaha. Jangan mudah putus asa.

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.