Tutorial Mudah Cara Letak Iklan Adsense Betul-Betul Di Bawah Tajuk & Di Akhir Entry Blog

Tutorial Mudah Cara Letak Iklan Adsense Betul-Betul Di Bawah Tajuk Entry Blog || hi there. Aku banyak kali tukar template, dan setiap kali tukar template kenalah install semula iklan adsense.

Ada banyak cara nak install iklan adsense, dan ada banyak tempat / ruang di dalam blog yang korang boleh letak iklan adsense korang.

Ramai blogger yang share tutorial cara letak iklan adsense di dalam entry blog. Dan biasanya ada 3 tempat di dalam entry blog yang boleh diletakkan iklan adsense.

  • Iklan adsense terletak betul-betul di bawah tajuk entry
  • Iklan adsense di tengah entry
  • Iklan adsense di bawah entry

Dalam kes aku, aku nak iklan adsense tu terletak betul-betul di bawah tajuk entry. Kebanyakkan tutorial yang aku jumpa, mereka mengajar cara letak iklan di tengah-tengah entry di mana aku pernah cuba buat kedudukan iklan sebegini, namun ianya sangat mengganggu pembacaan (bagi pendapat aku).

Jadi aku memilih untuk tidak meletakkan sebarang iklan di tengah entry, cukuplah sekadar ianya berada di bawah tajuk entry (sebelum entry bermula) atau juga betul betul di bawah artikel agar memberi keselesaan kepada readers untuk membaca artikel tanpa gangguan iklan di tengah-tengahnya.

Baca punya baca tutorial yang dikongsi, aku tak jumpa tutorial yang aku nak. Namun aku cuba gabungkan beberapa cara yang dikongsi, kemudian berikan sedikit tweak. Kenalah berani mencuba. Kalau tak menjadi, jangan putus asa.. 

Cari dan cari lagi sehingga korang berjaya jumpa cara yang sesuai.

Dan satu lagi, ada sesetengah template, coding HTMLnya berbeza dan korang tak jumpa apa yang di ajar. 

tutorial letak iklan adsense di dalam entry blog
Untuk template yang aku guna ni, template ni hanya ada SATU SAHAJA <data:post.body/> , berbanding ramai yang kongsi mereka punya sehingga 3 <data:post.body/>.

Di kawasan <data:post.body/> inilah yang korang akan letak CODING adsense korang nanti untuk benarkan iklan keluar pada entry post.

tutorial letak iklan adsense dalam entry blog

Gambar #1


Tutorial Mudah Cara Letak Iklan Adsense Betul-Betul Di Bawah Tajuk Entry Blog


Sila semak template HTML korang. Cari <data:post.body/> yang hampir dengan Post Body Entry Content .

Kemudian , sila ke Akaun Google Adsense anda dan klik Overview > Klik Ads > Pilih In-Article Ads

Selepas itu, edit iklan mengikut kesukaan korang (pilih nama iklan, pilih jenis tulisan, dan background), dan > Klik Save and Get Code

tutorial letak iklan adsense dalam entry blog


Korang akan nampak code seperti di bawah. Sila salin code tersebut , TETAPI memadailah salin bermula code seperti yang aku highlight warna biru tu.

Aku tak salin code paling atas ni 
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> ,

kerana skrip ni aku dah letak di bawah <head> di dalam template HTML , jadi tidak perlu diulang kembali JavaScript ini kerana akan memberatkan loading blog, hanya perlu copy code biru tersebut.
 
tutorial letak iklan adsense dalam entry blog


Bila korang sudah berjaya dapatkan code adsense tersebut, sekarang masa untuk kita PARSE kan dulu code tersebut sebelum dimasukkan ke dalam template HTML.

http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php

Sila parse code tersebut menggunakan laman web yang dikongsi di atas. 

Ini cara untuk korang PARSE kan code korang > Copy code adsense, paste di ruang yang disediakan dan tekan butang PARSE.

Salin semula code yang sudah di-PARSE tadi, sila lihat contoh di bawah (sila tukar guna nombor adsense dan nombor slot adsense korang)

&lt;ins class=&quot;adsbygoogle&quot;
     style=&quot;display:block; text-align:center;&quot;
     data-ad-layout=&quot;in-article&quot;
     data-ad-format=&quot;fluid&quot;
     data-ad-client=&quot;ca-pub-Nombor Adsense Anda&quot;
     data-ad-slot=&quot;Slot adsense anda&quot;&gt;&lt;/ins&gt;
&lt;script&gt;
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
&lt;/script&gt;

Cara letak iklan adsense di dalam template HTML [betul-betul di bawah tajuk entry]


tutorial letak iklan adsense dalam entry blog

  • Sila lihat contoh iklan adsense yang berjaya di letakkan betul-betul di bawah tajuk entry.
  • Jadi, mari kita masukkan iklan yang sudah di-PARSE-kan tadi ke dalam template HTML korang.
  • Sila masuk ke DASHBOARD blogger > Klik THEME > Klik Customize, Pilih Edit HTML
  • Klik mana-mana di dalam HTML korang, lepas tu klik Ctrl+F
  • Masukkan <data:post.body/> di dalam ruang SEARCH tadi, dan cari yang paling hampir dengan post body content seperti dalam GAMBAR #1 di atas.
  • Kemudian pastekan code yang korang dah PARSE tadi, dan tambah break line <br/> di bawahnya

<!-- Post Body Entry Content-->
              <div class='post-body post-content'>
                &lt;ins class=&quot;adsbygoogle&quot;
     style=&quot;display:block; text-align:center;&quot;
     data-ad-layout=&quot;in-article&quot;
     data-ad-format=&quot;fluid&quot;
     data-ad-client=&quot;ca-pub-Nombor Adsense Anda&quot;
     data-ad-slot=&quot;Slot adsense anda&quot;&gt;&lt;/ins&gt;
&lt;script&gt;
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
&lt;/script&gt;
                <br/>
                <data:post.body/>

  • Penambahan <br/>  adalah untuk membuat kelihatan iklan adsense korang punya satu jarak dengan baris pertama perkataan yang korang taip di dalam entry. Jadi, ianya nampak lebih kemas.

tutorial letak iklan adsense dalam entry blog

Selepas korang dah masukkan code adsense, boleh klik SAVE.

Dan tak perlu tunggu lama-lama pun, iklan adsense akan terus bersiaran!

Cara letak iklan adsense di dalam template HTML [di bawah akhir artikel post]

  • Dan kalau korang nak iklan adsense terletak di bawah artikel pula, korang letak code yang sama DI BAWAH <data:post.body/> pula,  dan jangan lupa masukkan code break line <br/> ni di atas dan dibawah code adsense korang seperti contoh di bawah.

<data:post.body/>
                <br/>
                &lt;ins class=&quot;adsbygoogle&quot;
     style=&quot;display:block; text-align:center;&quot;
     data-ad-layout=&quot;in-article&quot;
     data-ad-format=&quot;fluid&quot;
     data-ad-client=&quot;ca-pub-Nombor Adsense Anda&quot;
     data-ad-slot=&quot;Slot adsense anda&quot;&gt;&lt;/ins&gt;
&lt;script&gt;
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
&lt;/script&gt;
                <br/>

Semoga perkongsian ini membantu korang memasukkan iklan adsense betul-betul di bawah tajuk dan di akhir artikel post korang/

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Byk sy mau study blik, this one save utk rujukant. Mekaceh Kak hehe

    ReplyDelete
  2. Ok ok nnt sha rujuk balik tuto ni klu adsense dah approve ya..

    ReplyDelete
  3. iklan adsense tu nak ambil dari mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena register dulu dekat Google Adsense, once dah approve baru boleh ambil link dekat Adsense and letak dalam blog

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.