6 Cara Mengetahui Keikhlasan Calon Pasangan Hidup Anda

6 Cara Mengetahui Keikhlasan Calon Pasangan Hidup Anda || Perjalanan hidup berpasangan dan berkeluarga bermula sejurus dua insan disatukan melalui tatacara agama dan kepercayaan masing-masing serta ditulis secara rasmi mengikut aturan undang-undang yang telah ditetapkan di satu-satu tempat.

Pelbagai pendekatan harus diusahakan untuk memilih pasangan hidup yang ikhlas agar kita tidak dibebani oleh risiko permasalahan yang mungkin timbul di masa akan datang iaitu setelah berkahwin.

Pentingnya mengetahui keikhlasan bakal pasangan hidup anda kerana anda perlu memastikan kehadirannya dalam hidup anda untuk tujuan apa sebenar-benarnya. 

Terdapat banyak faktor dan kemungkinan yang harus diambil perhatian sebelum keputusan diambil. Seandainya satu-satu pasangan berkahwin atas sebab harta, rupa paras dan kepentingan tertentu, ianya tidak mungkin menjurus kepada pasangan suami isteri yang berkekalan.

tips pilih pasangan hidup

Bak kata pepatah, "cinta itu buta" sebenarnya adalah gambaran menyakitkan apabila pasangan suami isteri itu gagal menemui keserasian hidup mereka kerana seandainya hubungan itu terpadam sebelum di penghujung episod barulah menyedari bahawa sebenarnya cinta itu punya hati dan perasaan yang inginkan kesempurnaan untuk terus menyala.

Maka, sebaiknya tidak perlu diragu untuk berusaha mengetahui sejauh mana keikhlasan calon pasangan anda tanpa tertunda ke alam selepas berkahwin kerana ketika itu bukanlah waktu yang sesuai untuk memikirkan kesilapan memilih pasangan hidup anda.

Namun, sebahagian pasangan hidup kekal bahagia hingga ke akhir hayat tanpa perlu melalui pelbagai kesulitan. Tahniah diucapkan!!

Berikut adalah idea 6 cara mengetahui sejauh mana keikhlasan calon pasangan hidup anda


1. Anda Menjadi Pendengar Yang Setia Tetapi Perhati tingkah lakunya bukan kata-katanya.


Sememangnya seseorang itu begitu meminati pendamping yang mampu menjadi pendengar setia tentang kisah dan peristiwa yang dialaminya kerana naluri adalah sifat semulajadi untuk menggambarkan kejadian mahupun bebanan fikirannya melalui kata-kata yang disambut baik oleh si pendengar. 

Namun itu bukanlah masalah yang harus di persoalkan tetapi situasi tersebut akan memberi peluang kepada si pendengar (anda) untuk langkah awal mengenali calon pasangannya.

Jadilah pendengar yang setia dan jadilah pengulas yang tidak berat sebelah untuk mendalami raut wajahnya tatkala memberi respon kepada anda.

Dia sudah bercerita dan anda sudah mendengar. Maknanya anda sudah mempunyai asas penilaian melalui kata-katanya. 

Kini anda perlu lakukan perhatian melalui pelbagai sudut tentang tingkah lakunya. Anda hanya perlu peruntukan masa kepada diri anda untuk melakukannya dan anda tidak perlu terburu-buru. 

Akhirnya dua hasil penilaian iaitu antara kata-kata dengan tingkah laku diselarikan untuk membayangkan ketelusan kata-katanya.

2. Kenali Dirinya Melalui Sumber Maklumat Dari Orang Lain


Anda boleh mengenali secara mendalam keikhlasan seseorang samaada menurut penilaian daripada pemerhatian anda sendiri ataupun melalui pengakuan bakal pasangan hidup anda. 

Selain itu, anda juga harus mendapatkan maklumat tentang dirinya melalui sumber lain seperti rakan-rakannya, keluarganya ataupun sesiapa yang tahu tentang dirinya.

Namun anda tidak perlu mempercayai sepenuhnya maklumat yang datang melalui pihak pihak-pihak tersebut sebelum anda menjalankan siasatan anda sendiri dan selarikan dengan apa yang anda tahu tentangnya.

3. Perkenalkan dan Biasakan Calon Pasangan Dengan Keluarga Anda


Kebiasaannya keluarga terdekat adalah pihak yang sesuai untuk menilai keikhlasan dan sifat seseorang yang berkepentingan dengan anda.

Tanpa disedari sebenarnya cara ini telah membantu untuk membetulkan pemerhatian anda malah mampu untuk merungkai sesuatu yang tidak anda perasan (telepas pandang). 

Maklumlah kalau anda adalah insan belum berpengalaman menghadapi situasi ini dan sudah pasti anda perlukan pendapat dan penilaian daripada keluarga terdekat anda.

Selain keluarga terdekat, anda juga mungkin boleh mendapatkan idea dan pandangan daripada rakan rapat yang benar-benar anda percayai. 

Cara ini digalakkan untuk anda usahakan kerana keluarga dan rakan karib adalah orang-orang yang ingin melihat anda bahagia dan tidak menghadapi masalah di masa akan datang.

4. Selidik Kisah hidupnya


Anda harus menjadi penyiasat senyap untuk menjalankan misi ini. Dari masa ke semasa anda harus berusaha mengetahui kisah hidup dan sejarah yang telah dilalui oleh bakal calon pasangan anda.

Di alam perkenalan, anda sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk mengenalinya lebih lanjut melalui kisah hidupnya, cerita tentang dirinya dan keluarganya.

Walaupun peristiwa ataupun perilaku terdahulu tidak semestinya menyamai keadaan di masa akan datang, namun sekurang-kurangnya anda mengenali sifat dan cara dia berfikir.

5. Perhatikan Reaksinya Pada Kelebihan Dan Kekurangan Dirimu


Komunikasi dua hala memberikan peluang untuk bercerita tentang diri anda. Sudah pasti calon bakal pasangan anda juga ingin mendengar kisah dan tentang dirimu. 

Dan mungkin dia juga sedang setia mendengar dan berusaha untuk tujuan menilai kejujuranmu.

Caranya ialah anda perlu ceritakan tentang kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri anda. Kebiasaannya, keminatan terhadap sesuatu oleh seseorang itu dapat dilihat dari raut wajah ataupun gerak gerinya di saat dia mengetahuinya. 

Oleh itu, cuba perhatikan dan bandingkan keadaannya disaat anda menceritakan tentang kekurangan dan kelebihan tentang diri anda.

6. Selidik Latar Belakang Amalan Agamanya


Penilaian dari segi amalan agama adalah yang paling utama harus diusahakan. Ini kerana ajaran keagamaan adalah yang paling sempurna dan tidak menjurus kepada kepentingan duniawi.

Seseorang yang taat pada amalan agama akan mempunyai sifat untuk patuh kepada ajaran agama yang dianutinya dan ini juga mengajar dia untuk membentuk seorang insan yang bertanggungjawap dan tidak cenderung kepada kepentingan diri sendiri.

Diharap idea asas di atas mampu membantu anda untuk memulakan langkah sebagai usaha mengetahui keikhlasan calon pasangan anda untuk menempuh masa depan bersama. 

Mudah-mudahan usaha dan kreativiti anda akan membantu dalam menilai dan memilih seseorang yang benar-benar ikhlas untuk bergelar pasangan rasmi sekaligus akan bersama-sama menempuh suka duka hidup sebagai pasangan suami isteri yang bahagia dan kekal hingga akhir hayat. Insya Allah.

Ini hanyalah perkongsian pendapat peribadi sendiri. Sekiranya anda punya pendapat yang lain, silakan berkongsi di ruang komen.

Semoga kita semua bertemu dengan pasangan hidup yang sentiasa mengasihi kita sepanjang hayat bersama.

cheers.

1 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini. semoga saya dapat pasangan yang betul2 ikhlas dgn saya. aamiin.doakan saya ye kak.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.