5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh

5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh || Kalau kawasan kebun yang banyak haiwan penganggu seperti monyet dan babi hutan, memang boleh stress dibuatnya.

Seperti rumah kitorang, kawasan belakang tu kitorang guna untuk berkebun, bila pokok dah berbuah, memang datanglah kumpulan monyet ni mengambil segala buah yang ada. 

Jadi, kalau korang pun berdepan dengan masalah monyet dan babi hutan datang menganggu, ini antara tips menghalau monyet dari kebun yang korang boleh cuba pakai.

5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh

5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh


1. Menggunakan Campuran Belacan, Ubat Gegat dan Tepung


Cara ini mudah dilakukan dengan mencampurkan 10 biji ubat gegat yang telah ditumbuk hancur, 200gram belacan dan 200 gram tepung gandum. 

Sukatan ini hanyalah anggaran sahaja dan tiada masalah untuk lebih ataupun kurang kuantiti yang digunakan. 

Namun, belacan dan ubat gegat adalah bahan yang mempunyai bau yang kuat dan apabila kedua-duanya dicampur membuatkan sang monyet dan babi hutan tidak suka menghampiri kawasan tersebut.

Campuran tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dibungkus dengan ikatan simpul menggunakan kain lalu digantung di beberapa tempat yang menjadi laluan monyet dan babi hutan. 

Untuk kawasan tertentu, perlu diletakkan mengelilingi kawasan kebun yang bertindak sebagai garisan penghalang bagi kedatangan binatang perosak.

2. Semburan Air Kencing Harimau


Harimau adalah haiwan pemangsa yang sangat ditakuti oleh kebanyakan haiwan lain termasuk monyet dan babi hutan. 

Sifat harimau yang memakan daging dan licik memburu membuatkan binatang-binatang lain akan lari apabila mengesan kehadiran harimau termasuklah apabila mengesan adanya bau kencing harimau di kawasan tersebut. 

Konsep ini diambil dan diaplikasi untuk menghalang kedatangan monyet-monyet, babi hutan ataupun binatang-binatang lain untuk merosakkan tanaman serta hasil perkebunan.

Di manakah anda boleh mendapat air kencing harimau? 

Cecair kencing harimau mudah didapati melalui pasaran online seperti Shopee, Lazada, Facebook Market, Website pembekal dan sebagainya. 

Ia juga boleh diperolehi di pasar peladang dan pembekal perkebunan seperti nursery, kedai racun perosak dan lain-lain.

Woha! aku pun baru tahu kencing harimau ada dijual pula. 

3. Memelihara Anjing Sebagai Penjaga


Sifat anjing sebagai pengawal, setia dan patuh kepada tuannya sesuai dipelihara dan dilatih untuk menjaga kawasan kebun daripada ancaman monyet dan babi hutan. 

Setiap anjing mempunyai sifat-sifatnya sendiri seperti jenis aktif menyalak (bising) yang mana ia akan menyalak apabila mengesan kehadiran monyet, babi hutan dan binatang lain termasuk manusia apabila memasuki kawasan tersebut. 

Selain itu, terdapat juga jenis anjing yang bersifat pembunuh, iaitu ia akan cuba menangkap dan membunuh binatang-binatang yang memasuki kawasan tersebut.

Sebaiknya perlu dipelihara lebih daripada seekor anjing penjaga untuk satu-satu kawasan kerana apabila kehadiran monyet ataupun babi hutan yang banyak secara berkumpulan, ianya akan membuatkan seekor anjing takut ataupun kurang keberkesanannya.

Anjing ada beberapa jenis, so kena pilih anjing jenis penjaga untuk guard kawasan kebun. Seriously, pening aku dengan monyet-monyet belakang rumah yang datang kacau tanaman kami. 

Kena letak banyak anjing penjaga kalau macam ni.

4. Meletakkan patung pemangsa ataupun orang-orang bergerak


Kaedah ini juga merupakan salah satu teknik untuk menghalau monyet mahupun babi hutan daripada berada di kawasan kebun. 

Caranya ialah meletakkan patung binatang pemangsa seperti harimau, ular dan orang-orang di kawasan kebun.

Orang-orang atau patung manusia, ular dan harimau boleh didapati di kedai permainan kanak-kanak dan kedai hiasan dengan memilih saiz yang lebih besar dan warna yang terang agar ianya lebih menarik perhatian. 

Patung-patung tersebut boleh diikat menggunakan tali telus (tangsi) dan digantung pada dahan pokok yang akan bergerak apabila ditiup angin ataupun dilalui oleh monyet-monyet tersebut. 

Patung-patung ini mampu menarik perhatian monyet atau babi hutan untuk segera lari apabila terlihatnya.

Kelemahan teknik ini ialah apabila patung-patung ini telah tergantung lama pada tempat tersebut, ianya tidak lagi dipercayai oleh binatang-binatang tersebut kerana mengesyaki itu hanyalah objek yang tidak hidup.

hailah monyet, memang berakal juga kau ni ya! 

5. Memasang Pagar Elektrik Berkuasa Rendah


Pagar merupakan benteng penghalang kepada babi hutan untuk memasuki kawasan kebun tetapi tidak kepada monyet kerana ianya pandai memanjat. 

Namun pagar yang dibekal dengan kuasa elektrik adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. 

Kaedah ini dilihat sangat berkesan tetapi akan melibatkan kos yang agak tinggi kerana memerlukan komponen pagar dan juga sistem tenaga untuk mengaktifkan renjatan kepada babi hutan dan monyet.

Pagar elektrik boleh diperolehi di pasaran online ataupun di dapati di permis-permis yang menjual alat perkebunan. 

Kebiasaannya, renjatan elektrik yang berlaku adalah pada tahap rendah dan tidak mematikan binatang tersebut dan ianya juga tidak berbahaya kepada manusia. 

Selain cara menghalau tanpa membunuh binatang perosak seperti di atas, terdapat juga kaedah lain untuk menghalang binatang perosak iaitu dengan cara menghapus monyet dan babi hutan yang datang di kawasan kebun. 

Namun membunuh binatang ciptaan Allah SWT bukanlah cara yang terbaik untuk menanganinya.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang sedang menghadapi masalah seumpama ini dan sekiranya ada cara lain selain di atas bolehlah di kongsikan idea anda di ruang komen di bawah agar kita sama-sama peroleh keberkatan dunia dan akhirat.

cheers.

4 Comments

  1. Satu cara yg berkesan adalah dengan cara menembak saja yang paling berkesan. Semua petua kononnya berkesan adalah membuang masa dan menyakitkan hati punya petuabodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukanlah petua,hanya perkongsian tips sahaja.
      Kami pun memang setiap hari diganggu dengan monyet ni,
      tapi part nak tembak2 tu x sampai hatilah pula, bukan ada senjata nak tembak2 pun.

      Delete
  2. Petua yg membuang masa dan menyakitkan hati.Petua yg betul adalah dengan menembak saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai marahnya awak.
      Kami pun geram dgn monyet ni, hari tu masuk jerat 2 ekor, tapi x sampai hati nak bunuuh.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.