Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah

Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak || Periuk nasi kawah digunakan untuk memasak nasi dalam kuantiti banyak. Perbezaan periuk nasi kawah dengan periuk nasi biasa (rice cooker) adalah dari segi saiz dan kaedah memasaknya.

Memasak nasi menggunakan periuk kawah perlu dibuat dengan cara betul agar nasi yang terhasil tidak lembik, keras ataupun berbau hangus (kerak nasi hangus). 

Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah

Biasanya memasak nasi dalam kuantiti banyak dibuat sempena majlis, keramaian, aktiviti jamuan penduduk setempat dan sebagainya.

Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah


Kaedah:-

1/ Sukat beras yang hendak dimasak


Kaedah menyukat samaada menggunakan besen, ataupun bekas penyukat. 

Pentingnya menyukat beras adalah untuk mengetahui jumlah air yang diperlukan untuk memasak nasi tersebut. 

Nisbah air yang diperlukan adalan 1:1½ iaitu 1 bahagian beras bersamaan dengan 1½ bahagian air. 

Contohnya, 1 besen beras memerlukan 1½ besen air yang mana besen yang digunakan sebagai penyukat adalah sama untuk menyukat beras dan menyukat air.

2/ Cuci beras


Cuci beras sekurang-kurangnya 3 kali iaitu dengan membilas beras tersebut dengan air bersih.

Pentingnya mencuci beras sehinga 3 kali atau lebih kerana air cucian beras yang dibuang akan membawa bersama lebihan kanji yang terkandung dalam beras yang mana kanji yang berlebihan menyebabkan nasi yang dimasak cepat basi.

3/ Tos beras


Tos beras yang telah dicuci dengan menggunakan penyaring dan biarkan air menitis untuk seketika.

4/ Didihkan air


Masukkan air kedalam periuk nasi kawah dan didihkan. 

Kuantiti air haruslah mengikut nisbah yang diterangkan tadi.

5/ Kawal api 


Apabila air telah mendidih, kecilkan api dan masukkan beras ke dalam periuk kawah, gaul sekejap dan tutup periuk. 

Gaul sesekali nasi yang dimasak sementara menunggu nasi mengering dan pastikan api kecil sahaja. 

Apabila nasi telah masak, pindahkan nasi ke dalam tong nasi sambil gemburkan secara perlahan-lahan agar tekstur nasi tidak hancur. 

Biarkan wap nasi keluar seketika sebelum tong nasi ditutup.

6/ Daun pandan


Anda boleh memasukkan daun pandan semasa rebusan air pada kuali kawah tadi untuk menghasilkan nasi beraroma pandan.

Selamat mencuba.



cheers.

Post a Comment

2 Comments

  1. untuk kenduri la ni.. lamanyaa tak makan kenduri hehe

    ReplyDelete
  2. Failed nak masak nasi banyak macamni..tak reti nak adjust air..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.