Cara Mudah Masak Nasi Yang Gembur (Peroi) Dan Tidak Cepat Basi

Cara Mudah Masak Nasi Yang Gembur (peroi) Dan Tidak Cepat Basi || Memasak nasi dengan cara yang betul boleh mengelakkan nasi yang dimasak menjadi lembik atau keras dan cepat basi.

Cara Mudah Masak Nasi Yang Gembur (Peroi) Dan Tidak Cepat Basi

Kaedah Mudah Masak Nasi Yang Gembur (peroi) Dan Tidak Cepat Basi |:-


1/ Sukat beras


Sukat beras yang hendak dimasak - Kaedah menyukat samaada menggunakan pot, cawan ataupun bekas penyukat. 

Tujuan menyukat beras adalah untuk menentukan jumlah air yang diperlukan untuk memasak nasi tersebut. 

Nisbah air yang diperlukan adalan 1:1½ iaitu 1 bahagian beras bersamaan dengan 1½ bahagian air. 

Contohnya, 4 cawan beras memerlukan 6 cawan air yang mana cawan yang digunakan sebagai penyukat adalah sama untuk menyukat beras dan menyukat air.

2/ Cuci beras 3x


Cuci beras sekurang-kurangnya 3 kali iaitu dengan membilas beras tersebut dengan air bersih. 



Pentingnya mencuci beras sehinga 3 kali atau lebih kerana air cucian beras yang dibuang akan membawa bersama lebihan kanji yang terkandung dalam beras yang mana kanji yang berlebihan menyebabkan nasi yang dimasak cepat basi.

3/ Cara memasak


Cara masak nasi ialah dengan memasukkan air kedalam periuk nasi (rice cooker) yang telah dibersihkan beras, ratakan dan tekan suis on untuk mode memasak (cooking). Sebaik saja nasi telah masak gemburkan nasi dengan perlahan-lahan agar nasi tidak hancur.

4/ Wangikan beras


Anda boleh memasukkan daun pandan untuk menghasilkan nasi beraroma pandan. Caranya ialah dengan menyimpul daun pandan dan masukkan kedalam periuk nasi bersama beras dan air untuk dimasak.

cara mudah masak nasi gembur


Selamat mencuba.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. hai mrs pip! mak sy pun ajar cara masak nasik camtu & yes nasik lambat basi.

    ReplyDelete
  2. chantek dan nmpk fresh je beras yg dh dimasak tuuh mak., ;p

    ReplyDelete
  3. tips yg bagus Mrs Pip, umi pun selalu lupa kekadang tu..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.