Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja 2021 Dibuka - JKM


Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja 2021 Dibuka. Untungnya ada geran disediakan untuk memohon membuka taska di tempat kerja.

Walaupun tengah Covid-19, tapi tak salahkan untuk memohon bagi mereka yang layak ingin membuka taska. Nanti bila Covid19 dah reda, yeay sangat dapat hantar anak ke taska dekat dengan tempat kerja.



Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2019 telah mengumumkan peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 buah TASKA baharu di bangunan Kerajaan. 

Pada tahun 2020, Kerajaan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah. 

Belanjawan 2021 sekali lagi memperuntukkan RM30 juta untuk menyediakan TASKA di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan membantu meringankan bebanan wanita bekerja pada masa yang sama menggalakkan mereka menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja 2021


Pejabat agensi kerajaan perlu memenuhi syarat berikut:

i. Mempunyai keperluan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan TASKA di Tempat Kerja baharu atau sedia ada;

ii. Merupakan pejabat di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan

iii. Mendapat persetujuan dari Kementerian/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan atau menyelenggarakan TASKA di Tempat Kerja.

Kadar Geran Yang Dipertimbangkan


Jumlah geran penubuhan yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada kertas cadangan yang dikemukakan dan tidak melebihi had maksimum RM200,000.00. 
(Had maksimum kadar geran tertakluk kepada persetujuan oleh JPGT).

Prosedur Permohonan


Semua pejabat agensi kerajaan hendaklah mengisi Kajian Selidik Keperluan Penubuhan TASKA di Tempat Kerja (Lampiran GT1) untuk menilai keperluan penubuhan TASKA di Tempat Kerja.

Pejabat agensi kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan tatacara penubuhan TASKA di Tempat Kerja di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan (senarai direktori seperti dilampirkan).

Pejabat agensi kerajaan yang memohon perlu mengemukakan Kertas Cadangan mengikut Format Kertas Cadangan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja (Lampiran GT2) kepada Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.

Kertas Cadangan perlu membuat perancangan perbelanjaan mengikut Perincian Perbelanjaan Yang Dibenarkan (Lampiran GT3). Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja tidak boleh digunakan untuk kos operasi.

Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri perlu membuat semakan dan tapisan berpandu kepada Panduan Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja (Lampiran GT4) yang disediakan oleh JKM.

Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mengemukakan permohonan yang DISOKONG kepada Urus setia JPGT dengan menggunakan Borang Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja (Lampiran GT5).

Klik Pautan JKM Berkaitan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja 

Semoga bermanfaat.

cheers.



Post a comment

1 Comments

  1. senang sangat ada taska dekt tmpt kerja. memudahkan mak2 hantar & jenguk anak time waktu makan tenghari. untuk ibu2 yang bf pun senang. boleh breastfeed anak2 time t/hari.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.