Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut (Bloated)

Kembung perut atau perut masuk angin (bloated) adalah satu keadaan yang mana perut mengeluarkan gas yang membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa. 

Ia boleh dikesan dengan bunyi kembung apabila diketuk dengan jari ataupun berbunyi seperti buih gas yang bergerak dan terkumpul serta membentuk sedikit kembang pada bahagian perut.

Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut (Bloated)

Biasanya ini bukanlah sesuatu masalah besar kepada seseorang kerana ianya tidak membuatkan rasa sakit namun ia menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan dan berisiko kepada gejala penyakit lain sekiranya dibiarkan tanpa pencegahan.

Punca Berlaku Kembung Perut 


1/ Pengambilan makanan tertentu 


Terdapat beberapa jenis makanan yang berisiko menyebabkan berlakunya kembung perut. Antaranya seperti kekacang, kobis, brokoli, susu, pulut, beberapa jenis buah, makanan manis dan sebagainya.

Namun setiap individu mempunyai situasi berbeza tentang jenis makanan yang diambil.

Sebagai contoh sesetengah individu tidak mengalami perut berangin apabila memakan brokoli, namun sesetengah individu lain pula mengalami kembang perut jika memakan brokoli. 

Oleh itu, setiap individu sendiri perlu mengenalpasti jenis makanan yang diambilnya untuk mengelakkan daripada berdepan dengan masalah bloated.


2/ Cara pemakanan


cara atasi kembung perut


Tidak mengunyah makanan dengan secukupnya, jadual makan yang lewat, mengunyah sesuatu yang terlalu lama seperti gula-gula getah, makan sambil melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan tatacara makan yang tidak teratur dan sebagainya, semua ini boleh menyebabkan masalah kembung perut.


3/ Masalah usus (Penyakit radang usus)


Penyakit radang usus juga dikenali sebagai Inflammatory Bowel Disease (IBD) menyerang sistem pencernaan yang menyebabkan pembengkakan pada usus besar dan halus radang lalu memberi kesan kepada gejala kembung perut.


4/ Masalah sistem pencernaan


Sesetengah individu mempunyai masalah sistem pencernaan yang mana makanan yang dimakan tidak mampu dihadam dengan sempurna hingga terhasil gas berlebihan yang menyebabkan kembung perut.


5/ Kesan tekanan emosi


Apabila individu mengalami tekanan emosi dan gagal mengawalnya, otak mampu memberi kesan kepada sistem pencernaan yang mendorong kepada terjadinya kembung perut serta rasa mual.


6/ Kesan masalah kesihatan


Apabila seseorang mengalami gangguan kesihatan seperti masalah buah pinggang, kanser, gastrik, penyakit seliak (coeliac disease), kekurangan bakteria baik dalam usus dan lain-lain ianya memberi kesan kepada sistem pencernaan yang menyebabkan makanan tidak tercerna dengan sempurna dan keadaan ini akan mengakibatkan terhasilnya gas terkumpul yang menyebabkan kembung perut. 

Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut


1/ Kenalpasti jenis makanan yang menyebabkan kembung perut


kembung perut


Disebabkan sesetengah individu mempunyai perbezaan dari segi kesan pemakanan bagi sesuatu jenis makanan, maka perlu kepada individu tersebut mengenalpasti makanan apakah yang berisiko kepadanya.

Dan cuba elak daripada memakan makanan tersebut atau mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 


2/ Elakkan makanan yang berisiko buat perut bloated


Kebiasaannya makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi atau masakan berminyak adalah sangat berisiko kepada berlakunya perut bloated.

Kurangkan pengambilan produk tenusu (dan sebagai alternatif, gunakan produk tenusu tanpa laktosa).

Elakkan ataupun kurangkan pengambilan jenis makanan seperti minuman berkarbonat, soda, kopi, jenis kekacang, berkrim, roti, bawang, ubi, brokoli, epal, pic, prun, asparagus, kobis, gula-gula getah dan sebagainya.


3/ Jaga jadual pemakanan, pastikan teratur


Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk tempoh lebih kerap. Cara ini membuatkan perut anda tidak terlalu kenyang juga mengelakkan berlaku terjadinya perut kosong atau lapar.

Perut yang lapar boleh menyebabkan kemasukkan angin. Selain itu, kekerapan meminum air putih juga dapat menghalang perut kosong.


4/ Bertungku atau guna tekap pemanasan


bertungku elak kembung perut


Antara sebab kenapa ibu yang baru habis bersalin menggunakan tungku ialah untuk memastikan perut tidak berangin.

Jadi, samalah juga dengan anda yang mengalami masalah kembung perut, disyorkan untuk bertungku ataupun menggunakan tekap pemanasan.

Caranya ialah menekap bahagian perut dengan menggunakan kain panas atau bantal. 

Sekarang ini, ada banyak tungku pelbagai bentuk dan jenis dijual di pasaran, seperti tungku batu, besi, kayu atau ramuan herba yang dipanaskan pada suhu yang mampu dipegang dan dibungkus dengan kain lalu ditekap pada bahagian perut dan dibiarkan seketika.

Baca : Beli set tungku besi 2kg dan sarung tungku untuk kemudahan berpantang selepas bersalin


5/ Menyapu minyak angin di perut 


Terdapat banyak jenis minyak angin dijual dipasaran seperti minyak bidara, minyak herba, vicks, minyak cap kapak, minyak angin petani, minyak angin cap lang, minyak angin serai wangi, minyak kayu putih dan sebagainya.

Semua minyak angin tersebut membantu untuk mengurangkan / menghilangkan masalah kembung perut.


6/ Petua tradisional merawat kembung perut 


teh pudina cegah kembung perut


Terdapat beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan seperti menggunakan jintan manis yang telah dihancurkan lalu dimakan ataupun dipanaskan terlebih dahulu. 

Amalan memasukkan potongan halia kedalam teh panas mampu membantu mengembangkan saluran penghadaman yang dapat mengelakkan daripada kembung perut. 

Selain itu, meminum secawan teh panas yang dicampur dengan daun pudina juga dapat meredahkan pembentukkan gas dalam perut.


7/ Dapatkan rawatan doktor bertauliah dan pakar


Apabila masalah kembung perut semakin kritikal dan berterusan, jangan dibiarkan kerana boleh menyebabkan gejala lain seperti cirit birit (gastroenteritis), gastrik, sembelit, ketidakhadaman, usus mengembang (diverticulosis atau diverticulitis) dan lain-lain. 

Lazimnya, pihak pakar lebih arif dalam membuat penelitian dan akan mengesyorkan kaedah rawatan sesuai seperti pengambilan makanan tambahan (supplement), ubat-ubatan, dan kaedah rawatan lain.

Antara penyakit yang boleh terjadi berpunca dari kembung perut ialah Irritable bowel syndrome (IBS), radang usus, pedih ulu hati, intelorensi makanan, masalah hormon seperti tiroid, jangkitan parasit usus (Giardiasis), masalah anoreksia nervosa, bulimia nervosa, kemurungan dan lain-lain.

Jaga kesihatan dan jangan ambil mudah dengan perut berangin. Dapatkan rawatan jika masalah berpanjangan.

Semoga bermanfaat.

cheers.

Post a comment

4 Comments

  1. Memang tak selasa rasa bloated ni, kan. Thanks for the tips, Mrs Pip.

    ReplyDelete
  2. tak tahu pula kalaui stress pun boleh buat perut kembung. Selalunya sebab makan lambat lah ataupun rushing.

    ReplyDelete
  3. Bloated boleh buat mood swing ditambah sakit kepala.
    Bila baca perkongsian Mrs. Pip next time berlaku tahu camne nak buat.
    Thanks Mrs. Pip for the info..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.