Review Korean Movie The Himalayas (2015) - Based on True Event

 hi there, hari ni aku nak review Korean Movie berjudul Himalaya yang released pada tahun 2015, dan movie Himalaya ini adalah based on true events.

Apapun, sila sediakan tisu untuk diakhir cerita movie ini - spoiler alert! 

Bila aku tengok Korean Movie Himalaya ini, ianya juga mengingatkan aku pada English Movie Everest, yang juga diterbitkan pada tahun 2015, dan ianya juga adalah based on true story!

Walaupun jalan cerita berbeza, tapi ending kedua-dua movie Himalaya dan Everest adalah hampir sama.

Review Korean Movie Himalaya (2015) - Based on True Event

Sebelum aku review Korean Movie Himalaya ni, mari kita berkenalan dengan para pelakon:-

Barisan Pelakon Korean Movie Himalaya (2015)

Hwang Jung-min as Um Hong-gil
Jung Woo as Park Moo-taek
Jo Sung-ha as Lee Dong-gyu
Kim In-kwon as Park Jeong-bok
Ra Mi-ran as Jo Myeong-ae
Kim Won-hae as Kim Moo-yeong
Lee Hae-yeong as Jang Cheol-goo
Jeon Bae-soo as Jeon Bae-soo

Jalan Cerita Korean Movie Himalaya (2015)

Ia menceritakan tentang pendaki yang bernama Um Hong Gil. 

Hong Gil ketika mendaki Kangchenjunga, bertemu dengan dua pendaki lain Moo Taek dan Jeong Bok, yang berdegil ingin membawa mayat rakan mereka menuruni gunung. 

Dan berlaku insiden di mana Moo Taek tidak sedarkan diri dan Hong Gil merawat Moo Taek selama beberapa hari sehingga dia sedar.

Kerana degil tidak mengendahkan amaran Hong Gil ketika berada di atas gunung, Hong Gil memberitahu Moo Taek dan Jeong Bok agar berhenti untuk mejadi pendaki kerana berdegil tidak mahu mengikuti arahan Hong Gil.

Beberapa hari kemudian, Hong Gil dan kru pendakiannya mendapat satu projek pendakian dan memerlukan beberapa ahli pendaki yang baru.

Salah seorang kru memperkenalkan Moo Taek dan Jeong Bok kepada Hong Gil, namun Hong Gil berkeras untuk tidak menerima mereka.

Namun, Moo Taek dan Jeong Bok tidak berputus asa untuk terus memujuk Hong Gil untuk agar menerima mereka menjadi sebahagian daripada kru pendakian. 

Selepas melalui sesi latihan di bawah kendalian Hong Gil, Moo Taek dan Jeong Bok sedia untuk mengikut ekspedisi pendakian Himalaya.

Semasa pendakian pertama, Hong Gil dan Moo Taek menjadi sahabat rapat, mereka mendaki beberapa gunung bersama sehinggalah Hong Gil tidak boleh mendaki lagi kerana masalah kecederaan kaki yang dialami dahulu.

Ketika Hong Gil dan Moo Taek mendaki Himalaya, mereka berjanji untuk bersama-sama mendaki ke semua 14 puncak Himalaya (yang melebihi 8,000m).



Selepas Hong Gil berhenti mendaki, Moo Taek dipilih menjadi ketua pendaki untuk kru pendakian yang baru. 

Ketika dalam siri mendaki Himalaya, Moo Taek datang kepada Hong Gil untuk meminta dia menjadi kapten pendakian, namun Hong Gil terpaksa menolak kerana kecederaan kaki yang tidak memungkinkan dia untuk mendaki semula.

Dalam ekspedisi di mana Moo Taek menjadi kapten pendakian Himalaya, berlaku insiden yang tidak diingini. 

Ketika mendaki pada aras yang tinggi, dan berlaku cuaca buruk semasa pendakian, Moo Taek dan seorang pendaki mati di atas pergunungan.

Tiada bantuan pasukan keselamatan yang boleh dihantar ketika itu kerana risiko kemalangan yang tinggi boleh berlaku apabila terpaksa berdepan dengan cuaca buruk.

Mayat Moo Taek bersemadi di atas pergunungan Himalaya (Everest).

Beberapa hari sebelum ulangtahun kematian Moo Taek, Hong Gil membuat keputusan untuk mencari mayat Moo Taek. 

Dia mencari kru pendakiannya untuk membawa mereka bersama-sama mencari mayat Moo Taek dan membawa mayat Moo Taek turun dari gunung.

Semasa ekspedisi mencari mayat Moo Taek, mereka berjaya menemui mayat Moo Taek. 


Namun ketika ingin menurunkan mayat, ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana mayat tersebut sangatlah berat untuk dibawa turun.

Kru Hong Gil juga perlu beredar dari kawasan pergunungan dalam tempoh yang diberikan untuk mengelak cuaca buruk dan memberi risiko kemalangan kepada semua pendaki.

Isteri kepada Moo Taek yang berada menanti di base camp memberitahu Hong Gil untuk meninggalkan mayat suaminya di atas pergunungan kerana baginya itulah adalah yang terbaik buat Moo Taek.

Hong Gil memberitahu isteri Moo Taek yang mereka akan meletakkan mayat Moo Taek menghadap matahari terbit dan Hong Gil mengambil rantai leher Moo Taek dan kemudian diberikan kepada isteri Moo Taek.

Di dalam rantai leher itu, terselit nota buat isteri Moo Taek yang menyentuh perasaan apabila nota Moo Taek dibaca.

Walaupun misi untuk membawa turun mayat Moo Taek tidak berjaya, namun Hong Gil selepas itu menunaikan janjinya buat Moo Taek untuk mendaki kesemua 14 puncak tertinggi Himalaya.

Hong Gil mengambil masa selama 12 tahun untuk menjayakan misi pendakiannya. Dan Hong Gil merupakan orang pertama di dunia yang berjaya mendaki sehingga puncak ke 16 Himalaya. 

Selain itu, Hong Gil berjaya mendaki Himalaya sehingga di puncak sebanyak 3 kali.

Bagi Hong Gil, kakinya adalah Moo Taek, dan rakan-rakan lain yang mati dalam misi pendakian Himalaya adalah jantung dan hatinya.

Kerana merekalah, Hong Gil lebih bersemangat untuk mendaki Himalaya.

Selain misi mendaki Himalaya, Hong Gil juga berjaya mendaki sampai ke puncak Vinson Massif, puncak tertinggi di Antartika.

Yang Menarik Dalam Korean Movie Himalaya

1. Jangan mudah putus asa. Memang aku tabik pada kesungguhan Moo Taek dan kawan dia Jeong Bok untuk ikut misi pendakian Hong Gil. Selain kena marah oleh Hong Gil supaya Moo Taek dan Jeong Bok ni balik rumah, tapi dorang insists juga untuk join misi pendakian tu, latihan pendakian yang dikenakan juga memang  tough.

2. Dengar cakap ketua / kapten. Di dalam siri pendakian, memang pendaki kena dengar cakap kapten untuk mengelakkan sebarang masalah di atas pergunungan. Tapi Moo Taek ni degil gila, bila si Hong Gil suruh turun bawah untuk tidak teruskan pendakian, dia berkeras untuk temankan Hong Gil mendaki bersama hingga ke puncak.

3. Movie ni menunjukkan real thing tentang pendakian gunung pada altitud yang sangat tinggi. Dengan kena menghadap tiupan angin kencang, salji runtuh, survivor skill, teamwork dan friendship, semuanya harus dihadapi bersama.

4. Jangan mudah putus asa. Tak kiralah dalam apapun keadaan, kena sentiasa bertabah dan jangan putus asa untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Aku tengok movie ni guna VIU apps, dan kalau tak silap movie ni adalah movie premium, jadi kena bayar VIU apps (RM20 untuk 3 bulan -kalau tak silap) baru boleh tengok movie ni tanpa sebarang iklan lain.

Happy watching.

2 Comments

  1. Sinopsis Mrs. Pip macam menarik, tapi selalunya filem Korea ni slow. Akan cuba tengok, manala tau best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada part yang slow, tapi still menarik untuk ditonton.
      moreover ianya based on true event.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.