Hiking Kali Ke-2 Bukit Damis Membakut || 21.11.2020

Hiking near me Bukit Damis Membakut. hi there, sebenarnya hiking bukanlah my cup of tea. Apa sahaja yang berkaitan memanjat tempat tinggi, bukanlah sesuatu yang aku suka. 

Masih teringat sewaktu aku bekerja dulu dan dihantar untuk ISO site audit ke projek high rise building, dan waktu tu aku dan audit team perlu panjat sehingga roof top 23 tingkat, dan waktu itulah titik permulaan yang aku sedar aku ada masalah ketakutan untuk berada di tempat yang tinggi.

Ini adalah kali kedua aku hiking, selepas yang pertama Hiking Bukit Tinubau Membakut, dua minggu sebelum hiking yang kedua.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Sebenarnya, aku agak tertekan dengan masalah berat badan naik mendadak sebaik sahaja aku wean off BF dengan Nami. 

Bayangkan hanya dalam beberapa bulan, berat badan aku naik hampir 12kg! Dan pada mulanya aku tidaklah begitu tertekan pun kerana aku yakin aku pasti boleh turunkan berat badan dalam masa beberapa bulan dengan senaman yang konsisten dan jaga makan.

Pada awalnya, aku memang bersenam setiap pagi selama 30 minit tanpa gangguan kerana Nami nap time sekitar jam 10 am. Jadi waktu dia tidur pagi tu, aku akan luangkan masa me-time dengan bersenam.

Namun, masa tidur Nami sekarang sudah berubah. He is no longer napping at 10am. Jadi bila aku bersenam sewaktu Nami bangun, dia mesti akan kacau aku. 

Kejap tolak aku dari guna yoga mat lah, kejap tarik resistant band aku lah, kejap nangis minta aku main toys dengan dia lah, kejap nak makan itu ini lah. Pendek kata, ada sahaja gangguan.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Jadi, aku banyak gangguan dari Nami, aku kurang bersenam. Dan hal tu buat aku rasa berat badan aku semakin naik. Dan mr.Husband mula perasan yang aku tidak secergas sebelumnya. Selain tu, mr.Husband juga bagitau dia nampak aku cepat sangat letih.

Selepas 1st hiking aku tu, aku tersuka pula untuk hiking. Aku rasa hiking buat aku rasa gembira. Logiklah kan, bila kau bersenam, maka banyaklah hormon endorfin (endorphines hormone) akan dirembes keluar. Dan hormon endorfin inilah yang menyebabkan kita rasa gembira. 

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Sampai satu masa tu, aku rasa aku mula tertekan dengan isu berat badan. Selain tu aku sedikit burnt out dengan life aku sebagai suri rumah. Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk stabilkan emosi dan perasaan aku.

It takes two to tango!

Aku rasa bersyukur bila mr.Husband cepat perasan dengan keadaan aku. Aku rasa dia ajak aku hiking hari tu pasal dia nampak perubahan aku yang agak unhappy. Jadi dia ajak aku untuk loosen up the tightness in my inner-self.

Kadang-kadang, pasangan kita ni tidak tahu untuk put nice words to soothe us, tapi dia bijak untuk bertindak untuk hilangkan masalah kita tanpa kita sedar.

Gambar di atas: Amin sedang mendahului kami semua , semangat betul Amin untuk hiking.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Hiking kali kedua ni mr.Husband ajak pergi Bukit Damis. Ianya bertentangan arah dengan Bukit Tinubau yang kami pergi dua minggu lepas.

Ada beberapa trail yang korang boleh ikut naik sampai ke Bukit Damis, terpulang korang nak pilih trail yang mana satu.

Trail yang kami ikut ni, jalannya memang landai. Senang nak lalu. Selain tu, jalannya juga berada dalam keadaan yang baik.

Gambar atas: Iman dan Amin berusaha untuk sampai ke Bukit Damis dengan meninggalkan mommy daddy jauh ke belakang.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Lihat betapa landai dan baiknya keadaan laluan ke Bukit Damis. laluan yang ini, tanahnya jenis sandy soil.

Amin dari awal hiking lagi memang berusaha untuk memintas Iman. Budak berdua ni pantang betul kalau tidak compete to each other.

Aku kejap jadi tukang sorak "Amin, Iman wait for mommy" , kejap lagi jadi cheer lady dorang "ok Iman , ok Amin you can do it" ...

Tengok betapa breathtaking view di sekeliling tu kan.

Things to bring when you hiking with small kids

Dan kali kedua hiking , kami belajar tentang things to bring when you hiking with small kids and children.

When you hike with small kids (like Nami 2 years old), baby / kids carrier is recommended to use during the hiking. And enough water and food too.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Nami agak badmood hari tu. Muka dia memang unhappy. Awal pagi tu, sewaktu kami ready untuk gerak, boleh pula si Nami kena gigit penyangat waktu limpas kebun pisang dekat rumah bah. 

Dia kena gigit dekat ngam ngam atas bibir dia. Adudui, nakal betul bah ni penyangat mau kiss si Nami. Mr.Husband bagitau penyangat yang gigit, tapi ndaklah aku sure penyangat atau saputan. Tapi jarang bah juga saputan mau hinggap di badan kan kecuali kita yang terpijak atau terlanggar dia.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Iman dan Amin take a break dulu mau minum air. Ni belum lagi sampai Bukit Damis tu. Masih dalam perjalanan, tapi budak budak kehausan.

Nami pula jual mahal tidak mau minum, tapi lepas mommy pujuk pujuk, dia teguklah juga sedikit air dari botol mommy. Badmood kena gigit penyangat belum lagi hilang.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Lepas anak-anak dah siap minum dan ready to go, mommy ajak ambil satu dua wefie together.

Muka Amin masam sedikit pasal dia belum siap minum tapi mommy busy ajak wefie. erk.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Welcome To Membakut 

Ok, lepas dari minum tu tadi, kita sambung hiking ... jalan dan jalan akhirnya sampai dekat Bukit Damis. 

Serious view memang cantik sangat sangat.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Hiking paid off with this stunning view!

Seluas mata memandang. All greenery view.

Welcome to Membakut gais.

Hiking Near Me Di Bukit Damis Membakut

This is us, my hiking mates.

Memandangkan tiada jurugambar berbayar, maka kita wefie sendiri dengan cara set kan timer dan letak phone di atas tanah. 

Kalau bawa tripod, Masya Allah mesti boleh nampak view belakang yang sangat cantik tu kan.

Siap lepak lepak atas bukit, masa untuk descending, cari tempat untuk berehat , so bolehlah makan tapau breakfast yang mommy dah siap siap packing dalam bag masing-masing.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

With my soul-mate. Abaikan pipi aku yang bulat tu.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Sewaktu kami turun, kami ambil laluan yang berbeza untuk keluar dari Bukit Damis.

Laluan turun yang kami ambil ni agak kurang elok jalannya.

Jalan berbatu, tapi batunya berkerikil dan agak licin.

Memang kena jalan hati turun hati-hati.

Untuk Iman dan Amin, no more running.

Dan waktu ni, kami jumpa sekumpulan hikers lain.

Dorang pun ikut laluan turun yang sama dengan kami, dan memandangkan kami ada anak kecil, so dorang baik hati bagi kami turun dulu dan siap pastikan Iman dan Amin turun dengan selamat since ada few spots tu memang kena hati-hati sangat boleh terjatuh nanti.

Gambar di atas tu ialah laluan kami turun selepas melalui laluan yang agak kurang baik sebelumnya. So time ni dah boleh snap gambar. Yang laluan rosak tu, memang taklah aku nak ambil gambar, kena fokus dengan jalan turun, nanti aku pula yang jatuh!

Thanks hikers for helping us.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Halfway sebelum sempat cari tempat untuk duduk breakfast, Nami request untuk menyusu kejap.

So bagi dia minum susu dulu, nampak haus dan lapar. Sekejap saja dia habiskan susu tu.

Iman dan Amin banyak pula pertanyaan itu ini, daddy layankan sajalah.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Lepas Nami siap susu, kami jalan sambil cari tempat untuk berehat. Semua pun start rasa lapar.

Ternampak pondok tempat giling kepingan getah, nampak bersih pondoknya. Jadi kami berehat di bawah pondok tu kejap.

Masing-masing buka container yang sudah disiapkan. Nikmat sangat makan dalam keadaan seperti ini.
Rasa lapar yang teramat sangat, rasa dahaga yang disimpan sejak sedari tadi.

Bila dapat duduk berehat, ya Allah heaven sangat. Masing-masing layan perut yang kelaparan. Laju Iman dan Amin habiskan makanan dorang. Nami makan sikit saja, mungkin masih kenyang dari menyusu sebentar tadi.

Hiking Near Me Bukit Damis Membakut

Damainya bumi Tuhan. 

Bukit yang dekat dengan rumah, bertahun tahun hanya dipandang dari jauh. Sekarang ni, sudah mula jatuh cinta dengan bukit bukau ni.

Siap bagitau mr.Husband, start hari ini, kita akan hiking once a week. No we should go twice a week.

Tapi mr.Husband bagitau jangan tamak sangat mahu hiking dua kali seminggu. Cukuplah seminggu sekali untuk permulaan katanya.

Aku dah jumpa my new playground. And this will be my new addicted thing-y.

Dan doakan aku supaya berjaya mengatasi masalah berat badan dan burnt out ya. Aku harap aku boleh hidup sihat walafiat dan no depression.

thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. Subhanallah, cantik betul pemandangan bukit Damis.. Memang betul kata sis, ada masanya kita perlu ber me-time dengan membuat aktiviti yang ada masanya kita tak menyedari tentang kebolehan kita..

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha untuk jaga kesihatan tubuh badan dengan cara yang menggembirakan. In shaa Allah berjaya. Buang jauh-jauh rasa stress kalau ada.

    ReplyDelete
  3. comelnyaaa anak beranak pergi hiking..
    cantik juga view dari atas tu..

    ReplyDelete
  4. bestnya... lama betul Atul x hiking. Last hiking sebelum dapat anak. 2013 tak silap. Lepas tu tak hiking dah, cepat pancit haha

    ReplyDelete
  5. Cantik view. Seronok bila hiking macam ni..Sesekali keluar dari rumah, tgk view hijau2 camni, sejuk mata. pakej keluarkan peluh sekali. betul bila hormon endorfin ni keluar, tu yang buat kita rasa happy je all da time...

    ReplyDelete
  6. Trail dia agak mencabar juga dengan sandy soil, tak rata, batu kelikir dan licin. Tapi pengalaman tu paling best dapat menikmati view dari atas bukit.

    Kak, macamana ye untuk see previous or next entry sebab xde button. kalau click archive 2020 hanya keluar 4 post je. Tak dapatlah saya nak tinggalkan komen untuk entry lain. maaf =_='

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah previous dan next entry button hilang. nnt kak pip try reinstall template , haish ntah macam mana pula boleh hilang.. adeh.

      Delete
  7. Cantik pemandangan, seronok dapat hiking satu family boleh jadikan aktiviti selalu...

    ReplyDelete
  8. seronoknya 1 family wat aktiviti camni.. ohsem!!! teruskan sister!

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.