24 November 2020

Review Korean Drama: Cheat On Me If You Can (Starring Jo Yeo Jung And Go Joon)

Review Korean Drama: Cheat On Me  If You Can || hi there. Fuh kalau korang layan drama ni, mesti hati korang dup dap dup dap tengok watak perempuan yang jadi isteri kepada peguam tu , si Kang Yeo Joo. Dia punya scary tu, fuh macam boleh kena heart attack tau.


Tapi, si suami tu pula, Han Woo Sung, acah-acah suami idaman Korea Selatan kononnya, punyalah hebat berlakon di depan isteri dia kan seperti dialah suami yang paling baik di dalam dunia ni, padahal dia punya curang kat si isteri tu melampau sangat sampaikan aku rasa macam mau tikam saja suami dia tu.

Korean Drama Cheat On Me  If You Can (Starring Jo Yeo Jung And Go Joon)

Barisan Pelakon Cheat On Me if You Can

Title: 바람피면 죽는다 / Cheat on Me, If You Can
Also known as: If You Cheat, You Die / You Cheat, You Die / You’re Dead if You Cheat/ If I Cheat, I Die
Genre: Romance, Comedy, Thriller
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2020-Dec-02 to 2021-Jan-28
Air time: Wednesday & Thursday 21:30 (2 episodes back-to-back)

Main Cast

Jo Yeo Jung as Kang Yeo Joo
Go Joon as Ha Woo Sung
Yeon Woo as Mi Rae
Kim Young Dae as Cha Soo Ho

Supporting Cast

Kim Ye Won as Ah Se Jin
Lee Shi Un as Jang Seung Chul
Oh Min Suk as Ma Dong Kyu
Song Ok Sook as Yum Jin Ok
Jung Sang Hoon as Son Jin Ho
Bae Noo Ri as Uhm Ji Eun
Han Soo Yun as Park Hye Kyung
Na Young Hee as Ha Woo Sung’s mother
Hong Soo Hyun
Lee Se Na
Kim Jung Pal
Kim Do Hyun
Yoo Joon Hong

Production Credits

Production Company: AStory
Director: Kim Hyung Suk
Screenwriter: Lee Sung Min

Jalan Cerita Cheat On Me If You Can

Kang Yeo Joo seorang penulis buku yang terkenal dan setiap kali dia berjaya hasilkan karya terbaru, mesti akan jadi best-selling ! Dia menulis hanya cerita jenayah seram yang melibatkan pembunuhan kejam. 

Dalam setiap novel dia, sangat jelas cara dia perincikan bagaimana untuk membunuh seseorang. Dia memang akan buat research mendalam hal-hal berkaitan dengan jenayah pembunuhan.

Dan Yeo Joo ni ada satu kelebihan lain iaitu, dia boleh menghidu bau dengan sangat baik. Siapa boleh teka lagi tu bau apa, produk mahal atau murah ... Fuh, ni spesis apa pula ni boleh hidu-hidu bau kan ...

Suami kepada Yeo Joo ni, si Woo Sung pula, seorang peguam yang specialize dalam perceraian rumah tangga. Dan dia ni waktu nak pikat wife dia, siap tulis kat wife dia "If I cheat, I die".

Seorang artist ditemui mati di sungai, dan sebelum ni artis ni memang dikatakan hilang dan tanpa khabar berita. Malah pengurus artis tersebut juga lenyap tanpa berita.

Artis tersebut sebenarnya kawan dengan Yeo Joo cumanya hubungan mereka tidaklah sebaik mana, dan artis tu juga menjalin hubungan dengan Woo Sung. Memang cari nahas sangat si Woo Sung ni kan. 

Jadi bila artis tu hilang, Yeo Joo yang dalam proses untuk siapkan novel terbaru, dia terlibat secara tidak langsung untuk menjejaki artis tersebut.

Dan satu lagi, Yeo Joo ni ada pembantu untuk tolong dia research hal hal berkaitan dengan novel terbaru dia, cumanya pembantu dia ni seorang spy tanpa dia ketahui.

Aku kan curious betul mau tahu kenapa dia nak spy life si Yeo Joo. Bukan dia nak spy sangat pun, tapi dia hanya ikut arahan orang atasan dia sahaja.

Si Yeo Joo ni pula, aku macam confuse juga sama ada dia terlibat dengan kematian artis tersebut atau tidak. Aku macam rasa dia tahu suami dia curang, tapi takkanlah Yeo Joo tu sanggup membunuh rakan sendiri (artis tu memang rakan dia pun, cuma hubungan tak baik mana sangat).

Walaupun ada saksi yang nampak Woo Sung keluar masuk apartment artis tu dan nama Woo Sung dah masuk dalam suspect list, tapi dia terselamat sangat pasal semua bukti berjaya dimusnahkan oleh lelaki yang nak Woo Sung terlibat jadi ahli politik. So, nama dia clear daripada suspect list tersebut.

Belum ada ending lagi since drama ni masih ongoing, tapi yang pasti cerita korean drama cheat me if you can ni boleh juga buat adrenalin rush tau! 

Hiks, tak sabar nak tahu siapa yang bunuh artis tu. 

Aku teka yang ada kaitan membunuh artis tu mesti pelajar kaya yang kembalikan pen kat Woo Sung. ni tekaan aku sajalah .... 

Padahal kalau kau layan cerita ni, tekaan paling dekat yang membunuh artis tu ialah Yeo Joo, cuma aku tak sampai hati nak tuduh dia membunuh pula.

Apapun, kita tunggu sampai final episod, baru terbongkar dalang di sebalik  pembunuhan artist tersebut kan.

cheers.

1 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.
EmoticonEmoticon