Review cerita Legend of The Blue Sea Korean Drama , gandingan Lee Min Ho bersama Jun Ji Hyun. hi there, ni kdrama tahun 2016, baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak tengok. 

Walaupun aku ni meminati Lee Min Ho, tapi tak semua kdrama dia aku layan tengok. So far yang aku ingat pernah tengok lakonan dia ialah dalam drama Boys Over Flower (ni antara kdrama yang aku obses dulu, tengok ulang kali sampai 5 kali kot kalau tak silap!).

Selain tu aku layan lah juga drama lain dia Personal Taste, City Hunter, The Heirs, Seven First Kisses, dan terbaru kdrama The King: Eternal Monarch.

Korang yang dah layan kdrama Legend of the Blue Sea ni, cuba komen sikit, best atau tidak jalan ceritanya?



Senarai Pelakon Legend of the Blue Sea Korean Drama


Sebelum aku cerita panjang lebar jalan cerita Legend of the Blue Sea Kdrama ni, mari kita tengok senarai pelakon untuk drama ni.

Drama ni guna ramai pelakon , tapi main cast ada beberapa pelakon sahaja, yang lain tu macam biasalah pelakon pembantu , pelakon undangan (cameo) dan pelakon sampingan.

  • Main Cast


Jun Ji Hyun as Shim Chung
– Kal So Won as Sim Chung (child)
– Shin Eun Soo as Shim Chung (young)

Lee Min Ho as Heo Joon Jae
– Jeon Jin Seo as Heo Joon Jae (child)
– Jin Young as Heo Joon Jae (young)

  • Conmen


Lee Hee Joon as Jo Nam Doo (golfer conman)
Shin Won Ho as Tae Oh (hacker conman)

  • Heo Joon Jae’s Family


Lee Ji Hoon as Heo Cha Hyun
Hwang Shin Hye as Kang Seo Hee
– Oh Yun Ah as Kang Seo Hee (young)
Choi Jung Woo as Heo Gil Joong
Na Young Hee as Mo Yoo Ran
– Shim Yi Young as Mo Yoo Ran (young)

  • Cha Shi Ah’s Family


Shin Hye Sun as Cha Shi Ah
Moon So Ri as Ahn Jin Joo
Lee Jae Won as Cha Dong Sik

  • People who chase Joon Jae


Sung Dong Il as Lord Yang (innkeeper) / Ma Dae Young (prison-breaker)
Park Hae Soo as Hong Dong Pyo (detective)

  • Others


Shin Rin Ah as Seo Yoo Na (elementary school 1st grade student)
Lee Ho Jae as old fisherman
Ri Min
Seo Bum Shik
Seo Dong Won
Kang Joo Ha
Jung Moon Sung as Heo Il Joong
Choi Kwon as Yak Sun
Kang Ro Chae as lead female character on TV

  • Cameo


Go Kyu Pil as Han Sung Tae (Myung-dong Capital CEO) (ep 1)
Kim Sung Ryung as Jang Jin Ok (madam of Myung-dong Capital) (ep 1-3)
Krystal Jung as Min Ji (stewardess) (ep 1)
Ahn Jae Hong as Kim Bong Duk / Thomas, the missionary (ep 2)
Hong Jin Kyung as homeless woman (ep 3, 5, 9, 11, 15-17)
Cha Tae Hyun as Han River conman (ep 4)
Kim Kang Hyun as policeman (ep 5)
Park Jin Joo as ER nurse (ep 6)
Kim Byung Choon as hospital deputy director (ep.6)
Jo Jung Suk as Yoo Jung Hoon (merman / 119 rescue worker) (ep 7, 8)
Jung Yoo Mi as Kim Hye Jin (Jung Hoon’s ex-girlfriend) (ep 8)
Kim Sun Young as woman at the sauna (ep 11)
Im Won Hee as doctor (ep 19)
Kim Seul Gi as mermaid (ep 20)

  • Production Credits


Chief Producer: Park Young Soo
Director: Jin Hyuk, Park Sun Ho
Screenwriter: Park Ji Eun

http://www.koreandrama.org/the-legend-of-the-blue-sea/


Jalan Cerita Legend of the Blue Sea Korean Drama

Cerita legend of the blue sea ni adalah cerita terinspirasi dari Lagenda Klasik Era Joseon mengenai nelayan yang berjaya menangkap ikan duyung, kemudian melepaskannya semula. 

Melalui inspirasi cerita klasik tersebut, ianya diolah menjadi siri drama yang menarik untuk ditonton.

Drama ni menggunakan dua zaman yang berbeza, iaitu zaman sekarang dan juga zaman era Joseon.

  • Zaman Sekarang


Heo Joon Jae (Lakonan Lee Min Ho) merupakan genius conman / scammer hasil bimbingan Jo Nam Doo dan bersama mereka untuk menjayakan misi penipuan ialah rakan mereka Tae Oh , seorang hacker sistem komputer.

Heo Joon Jae bercuti ke Spain selepas berjaya melakukan kerja penipuannya, Dan entah macam mana, villa kediamannya diceroboh oleh seorang perempuan (yang tidak ingat nama dia sendiri, lakonan Jun Ji Hyun - kemudian diberi nama Sim Chung oleh si Heo Joon Jae)

Shim Chung ni waktu dia masuk villa Joon Jae, dia ada pakai gelang jade, yang menjadi daya tarikan si Joon Jae.

Si Joon Jae ni called polis lah bagitau villa dia kena ceroboh. Polis pun datang dan bawa si Sim Chung ni pergi balai.

Joon Jae pula hubunyi Nam Doo dan tanya kot kot gelang tu ada nilai ke tak. Dan lepas Nam Doo bagitau gelang tu bernilai 6M dollar (kalau tak silap) , terus si Joon Jae pergi cari si Sim Chung ni kat balai polis.

Maka bermulalah persahabatan Joon Jae dan Sim Chung di bumi Spain. 

Pasal si Joon Jae ni kan con artist dan dia pigi scam Lady Gangster, so bila lady gangster tu dapat tahu dia ditipu, habis dia suruh orang dia cari si Joon Jae ni.


Berlaku aksi menyelamatkan diri daripada gangster ni, sehingga memaksa Joon Jae dan Sim Chung melompat masuk ke laut.

Dan pasal si Sim Chung ni kan mermaid, jadi dia tolong bawa Joon Jae yang dah pengsan tu ke atas pantai, tapi sebelum tu dia sempat hilangkan ingatan Joon Jae tentang dirinya yang Joon Jae temui.

Joon Jae selamat daripada gangster, dan balik ke Korea dengan selamat. Oh ya, gelang jade tu, si Sim Chung hadiahkan kepada Joon Jae time dia pengsan di tepi pantai. 

Dan pasal Joon Jae dah dihilangkan ingatannya oleh si Sim Chung, jadi Joon Jae ni memang langsung tak ingat apa yang berlaku di Spain.

Sebenarnya, aku macam tak berapa suka gandingan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun ni , my first impression bilang dorang macam tak sesuai. 

Tapi aku silap. Bila tengok dua tiga episod, rasa jalan cerita makin lama makin best la pula dan gandingan dorang nampak sangat serasi.

Joon Jae ni dalam cerita ni, dia ni anak chaebol, tapi dia lari keluar dari rumah gara-gara mak tiri dia. Kalau korang follow cerita ni, memang hebat lakonan mak tiri dia yang nampak baik tetapi hati busuk!

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)

Gambar atas: Sim Chung bermalam di sauna house , dan abang tiri si Joon Jae datang temankan dia. 

Abang tiri Joon Jae ni mulanya watak dia baik, tapi mak tiri si Joon Jae ni lah yang buat abang tiri dia jadi jahat di pengakhiran cerita.

  • Zaman Joseon


Waktu di zaman Joseon pula, Lee Min Ho ni pegang watak Kim Dam Ryeong, manakala Jun Ji Hyun pegang watak sebagai Se Hwa.

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)

Gambar atas: Kisah cinta Dam Ryeong dan Se Hwa dari kecik hinggalah dorang bertemu semula ketika dewasa.

Dijadikan cerita, Dam Ryeong ni bersahabat baik dengan Se Hwa , si ikan duyung, sehinggalah mereka meningkat dewasa, dan Dam Ryeong dijodohkan dengan perempuan pilihan keluarga dia.

Jadi, Se Hwa rasa sedih. Malam perkahwinan Dam Ryeong tu, dia tinggalkan isteri dia keseorangan dan lari menuju ke pantai mencari Se Hwa.

Tapi Se Hwa tak muncul. Dia ambil keputusan untuk lemaskan diri di laut pasal ni saja cara dia untuk jumpa Se Hwa.

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)


Se Hwa datang selamatkan Dam Ryeong, tapi dia cium Dam Ryeong untuk hilangkan semua ingatan Dam Ryeong tentang kenangan dorang bersama.

Dam Ryeong jadi majistret, dan isteri dia passed away setahun selepas mereka berkahwin. Satu hari tu, owner motel bagitau ada ikan duyung dorang berjaya tangkap.

Dan Dam Ryeong pula arahkan untuk ikan duyung tersebut dilepaskan. Dam Ryeong ada perasaan yang Se Hwa ni dia macam kenal cuma dia tak ingat.

So dorang flashback cerita lama, dan Dam Ryeong yakin Se Hwa ni memang cinta hati lama dia. Dan Se Hwa pula ambil keputusan untuk jaid manusia.

Dipendekkan cerita, ada orang yang tak suka dengan Se Hwa yang dah jadi manusia dan dorang buat percubaan untuk bunuh Se Hwa. Dam Ryeong datang selamatkan Se Hwa , tapi Dam Ryeong terbunuh dalam pergelutan nak selamatkan Se Hwa.

Dan akhirnya Se Hwa juga mati bersama Dam Ryeong. 

Se Hwa dan Dam Ryeong pernah berjanji dorang mahu dilahirkan dalam keadaan yang sama supaya dorang saling mengenali antara satu sama lain jika bertemu di kehidupan akan datang, dan berharap dorang akan saling menyayangi antara satu sama yang lain.


Pertemuan Dam Ryeong dan Se Hwa di Kehidupan (Kelahiran) Yang Baru

Pasal dorang kan percaya pada kelahiran semula, jadi kengkononnya Joon Jae dan Sim Chung ni adalah kelahiran baru buat Dam Ryeong dan Se Hwa.

Dan dorang bertemu ni semuanya gara-gara gelang jade yang Sim Chung tu pakai ketika menceroboh villa percutian si Joon Jae di Spain tu lah.

Kalau korang follow cerita ni, aku suka betul macam mana dorang susun jalan cerita untuk drama ni. Walaupun ada flashback zaman dulu, tetap senang nak faham jalan cerita dia. Tetapi korang janganlah skip mana-mana episod untuk betul-betul tahu jalan cerita drama ni.

Kehidupan Joon Jae ni walaupun dia con artist, tapi dia pilih mangsa yang dia nak kenakan. Dia just nak cekup duit orang yang ada black money , iaitu mereka-mereka yang dapat duit dengan jalan yang tidak sah lepas tu duit tu dorang tak boleh nak buat laporan polis sekiranya duit tu hilang.

Dan Joon Jae tengah cari mak kandung dia. Mak kandung dia terpaksa tinggalkan rumah selepas bapa dia berkahwin lain dan paling sadis mak tiri dia tu sebenarnya kawan kepada mak kandung dia tapi mak tiri dia pi sailang untuk kawin dengan bapa si Joon Jae.

Ada watak-watak lain yang menarik dalam drama ni seperti watak Si A, rakan Joon Jae and the geng yang suka dekat Joon Jae, tapi si Joon Jae ni tak pernah pula suka dekat si Si A ni.

Watak perempuan gelandangan dan watak budak perempuan yang boleh dengar suara Sim Chung tanpa Sim Chung perlu berkata-kata. Dua dua watak ni aku suka , dorang bersahabat baik dengan Sim Chung.

Dan watak kakak ipar si Si A tu pun best juga. Dia ni kawan dengan mak tiri Joon Jae, dan mak kandung Joon Jae pula bekerja sebagai pembantu rumah di rumah kakak ipar si Si A ni. Kecil ja dunia kan, tapi Joon Jae tak jumpa pula dengan mak dia ...

dan tanpa tidak sengaja, si Sim Chung ni pula yang berkawan dengan mak Joon Jae. Dia pun tak tahu yang tu mak Joon Jae pada mulanya.

Ending cerita ni buat aku nerves bila bapa Joon Jae mati secara tiba-tiba. Dan waktu tu mak tiri Joon Jae dah main kotor pindahkan harta bapa si Joon Jae ke atas nama abang tiri Joon Jae.

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)

ni pula time si Joon Jae belikan Sim Chung hadiah untuk celebrate harijadi Sim Chung.

Dia nampak Sim Chung seberang jalan dengan sorang wanita (nampak sisi tepi wanita tersebut, time tu tak nampak muka lagi).

Bila dorang nak seberang jalan, Sim Chung panggil nama Joon Jae kuat-kuat, dan perempuan sebelah Sim Chung ialah mak Joon Jae. Si Sim Chung jemput untuk attend birthday dia.

Tergamam la anak dengan mak ni bertemu buat pertama kali selepas 10 tahun berpisah.

Aku suka la pula time ni, emosi sikit tau.

Tapi aku rasa extra suka pula bila si Joon Jae ni pakai trench coat kaler pink! ekekeke. Why so flower boy ni?

Dah nama dia pun Lee Min Ho kan, pakai apapun nampak nice. Betul tak?

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)

Gambar atas: Nam Doo si perancang penipuan. Dia ni la yang ajar si Joon Jae ni jadi con artist yang berjaya.

Kesudahan Cerita Legend of the Blue Sea Korean Drama

Sim Chung kembali ke laut untuk merawat diri dia yang tidak sihat. Jadi dia tinggalkan Joon Jae dan dia padam semua ingatan pada orang yang dia kenal.

Tapi Joon Jae dah siap siap tulis diari tentang Sim Chung, jadi kalau dia padam pun memori si Joon Jae, tetap Joon Jae akan ingat Sim Chung sampai bila-bila.

3 tahun kemudian, Sim Chung balik cari Joon Jae. 

Mesti korang yang tak layan drama ni nak tahu happy ending atau tak?

Tak perlu berteka teki, happy ending.

Joon Jae jadi peguam, si Nam Doo yang ajar Joon Jae jadi con artist tu pun dah tak buat kerja menipu. Dia pun dah jadi lecturer.

Dan sorang lagi geng dorang yang jadi hacker tu si Tae Oh akhirnya bercinta dengan si Si A dan dia pun dah tak jadi hacker dah.

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)

Gambar atas: cute jak watak si Si A dan Tae Oh ni. Dalam cerita ni , si Tae Oh tak banyak bercakap. Dia just guna eksperis muka dia.

Mak si Joon Jae pun dah tinggal bersama Joon Jae and the geng. Since Nam Doo dan Tae Oh ni tiada mak, jadi mak Joon Jae lah jadi mak dorang.

Dan mak tiri Joon Jae pun dah selamat masuk penjara, manakala abang tiri dia mati bunuh diri.

Review Legend of The Blue Sea Korean Drama (Lakonan Lee Min Ho Dan Jun Ji Hyun)

Gambar paling atas: Joon Jae dan Sim Chung bertemu selepas 3 tahun berpisah.

Gambar dua di bawah: Joon Jae dan Sim Chung berkahwin dan pindah ke kawasan pinggir laut.

Sim Chung dan Joon Jae akhirnya berkahwin dan dorang pindah rumah tinggal dekat dengan tepi laut. Sukanya kawasan tempat tinggal dorang. Laut cantik. 

Dalam drama ni, banyak sisi lawak si Jun Ji Hyun dengan muka yang agak innocent. Alahai, cantik sangat dia ni. Si Lee Min Ho pula, dia ni jahat-jahat tapi hati dia baik sebenarnya. 

Dia jadi macam tu pun dalam drama ni gara-gara dia marah dekat bapa dia yang abaikan dia dan mak dia.

end of the love story between a mermaid and his meant-to-be-boyfriend-match-made-in-heaven ...

happy ending, suka sangat cerita ni.

Aku layan di VIU apps untuk cerita ni. 

happy watching.

cheers.

p/s: Semua gambar kredit kepada Google dan Pinterest.

7 Comments

  1. Percaya atau tidak, Sis dah 3 kali ulang nengok cite ni hahahaha..
    Sampai anak pun negur, tak busan ke Mak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Em Gee, sampai 3kali....
      saya pun rasa macam na ulang tengok sekali lagi.
      Jun Ji Hyun ni best sangat dalam drama ni.

      Delete
  2. Lama tak tengok Drama Korea, lama tak tengok Lee Min Ho berlakon. Tak berkesempatan lagi. huhu

    ReplyDelete
  3. lama da xtgk kdrama. tringin jga ne mao tgk..maybe akan masuk list....

    ReplyDelete
  4. menarik juga ni bila baca review :D

    ReplyDelete
  5. Tahu citer ini best tapi x terlintas nak tengok episod by episod. Maybe lepas boleh marathon tengok.

    ReplyDelete
  6. wow!, saya kenal min ho ni masa tengok Running Man dulu-dulu

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.