Review Dapur Gas Butterfly Infra Red. hi there. Dapur lama pun sebiji juga design macam ni, tapi bukan guna infra red , hanya dapur gas biasa yang ramai orang guna, harga dalam RM80.00.

Berbeza dengan dapur gas Butterfly Infra Red, harga sekitar RM150.00. 

Badan dapur gas ni stainless steel. 

Now aku lebih prefer guna stainless steel berbanding dapur aku sebelum sebelum ni yang guna tempered glass.

Dapur tempered glass memang lagi cantik dan mudah dibersihkan. 

Tapi aku ada nightmare experienced guna dapur gas tempered glass.

Aku lepas memasak, aku pergi alihkan pot yang masih panas-panas tu letak atas tempered glass. 

Korang nak tahu apa jadi? Tetiba aku dengar bunyi crack, tup tup tak sempat nak angkat pot, tempered glass pecah, retak seribu! Sedihnya aku.

Tapi, dapur tu aku sempatlah aku guna selama 4 tahun. 

Jadi, tak da lah aku kecewa sangat kan. 

Cuba bayangkan kalau tu dapur yang baru beli, lepas tu kau cuai jadi macam dalam kes aku, mesti korang sedihkan.

So yang guna dapur gas tempered glass, sila berhati-hati jangan cuai macam aku.


Apa Perbezaan Dapur Gas Infra Red Dengan Dapur Gas Biasa tu?


Mula-mula aku guna infra red ni, aku tak begitu suka sangat.

Well, benda baru kan, belum serasi lagi.

Tapi lepas beberapa kali guna, aku lebih prefer dapur gas infra red ni.

Sebab paling utama kenapa aku suka dapur gas infa red ni ialah kecepatan memasak kerana api kuat berbanding dapur gas biasa.

Kalau kau berdiri few inches away pun still boleh rasa bahang api guna dapur infra red ni (dalam mode api penuh).

Lepas tu kalau kau jenis tanak nasi atas gas, proses nasi tu masak lebih sekata. 


Gambar atas: Api besar. Senang nak adjust besar kecik api

Untuk dapur gas infra red ni, ada banyak jenama yang boleh menjadi pilihan korang.

Nak cakap mana yang elok tak elok, aku rasa sama saja kan.

Ikut korang nak beli bajet macam mana.

Dapur gas infra red ni ada yang cecah lebih RM200.00.


Gambar atas: Api kecik. 

Selain tu, dapur gas infra red ni jimat gas pasal bila api dia panas sekata, so cepat masakan dimasak jaid jimatlah gas kan.



Tips Jaga Penunu Dapur Gas Infra Red Agar Tahan Lama.


Ni rupa bentuk penunu dapur gas infra red tu.

Taukeh yang jual dapur ni bagitau, nak penunu tahan lama, make sure jangan terkena air.

Penunu tu lah yang kena jaga kan, kalau penunu rosak , api tak nak keluar, macam mana nak masak nanti? Kan. 

So make sure korang jaga dapur gas infra red korang elok-elok ya. Dah lah harga a bit expensive berbanding dapur gas biasa tu. 


 Dan gambar atas ni dapur gas aku yang berkhidmat selama hampir 3 tahun.

Dapur gas ni yang aku beli selepas dapur gas tempered glass aku pecah dulu.

Harga RM80.00 kalau tak silap, tahan 3 tahun. Pakai sampai penunu rosak tak boleh nak spark api.

Sekianlah review pendek aku mengenai dapur gas Butterfly Infra Red.


cheers.

6 Comments

  1. wah 1st time juga ni tgok jniis infra red cmni..mcm nak try beli pkai tp mslh nye xbole kena air kan...tp kami kat uma ni rmai pengguna..mmg selalu sgt la air tu kena kt bhgian api tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang seller kedai tu bgtau, kalau noleh part yang api tu janganlah bagi basah dgn kerap. cuba elakkan terkena air katanya.

      Delete
  2. saya pun tngh survey untuk mak.. ikut dia nak yang gas tu tapi dah majuuu ni apa kata cuba yang ni pula. cuma tatau nak amek yang mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yg ni asben lah yang belikan. since asben biasa dgn brand butterfly, so dia pilihlah brand butterfly.
      kalau saya yang beli, mana yang murah tu lah saya akan pilih, hahaha dasar nak berjimat cermat gitu.

      Delete
  3. aida ada tgk jenis ni di goshop. kagum juga. maybe nak beli utk dapur kedua nanti. dapur tu kat luar, so, tak brape ok kalau beli jenis yg ada nyalaan api tu. this one is ok :)

    ReplyDelete
  4. rasanya dulu mak pernah guna dapur gas infra red ni, memang panas la tapi dia tak suka sangat sebab susaah nak adjust katanya. tapi dulu la, maybe sekaraang dah improve macam yang kak pip review ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.