Cara Submit Sitemap Ke Google Search Console Dan Bing Webmaster Tools & Kepentingannya Yang Setiap Blogger Perlu Ambil Tahu - MrsPip || The Reviewer

Cara Submit Sitemap Ke Google Search Console Dan Bing Webmaster Tools & Kepentingannya Yang Setiap Blogger Perlu Ambil Tahu

Cara Menghantar Sitemap Ke Google Search Console Dan Bing Webmaster Tools dan Kepentingannya Yang Setiap Blogger Perlu Ambil Tahu.

Selalu jadi persoalan kan Kenapa Setiap Blog Perlu Hantar Sitemap ke Google Search Console / Bing Webmaster Tools atau mana-mana mesin pengindeks ?. 

Kalau kita tak faham tentang kepentingannya, mungkin kita tak ambil pusing pun benda-benda macam ni, padahal ianya sangat membantu blog kita untuk mendapatkan pageviews.

Kepentingan Hantar Sitemap Ke Google Search Console  dan Bing Webmaster Tools.

Jawapannya mudah sahaja, kerana kita mahu setiap entry blog kita diindeks oleh mesin pencari ini dan membawa kunjungan organik ke blog masing-masing.

Kalau kita tidak mengindeks entry kita di mesin pengindeks misalnya Google Search Console dan Bing Webmaster Tools (yang kini sudahpun bergabung dengan Yahoo Search), maka kemungkinan besar entry kita sukar untuk ditemui di search engine, atau kedudukannya berada jauh daripada search engine first page.

Cara Submit Sitemap Ke Google Search Console Dan Bing Webmaster Tools & Kepentingannya Yang Setiap Blogger Perlu Ambil Tahu

Kenapa guna SITEMAP.XML?

kenapa pula perlu hantar sitemap tetapi tidak setiap entry blog dihantar satu persatu ke Google Search Console / Bing Webmaster?

Menurut apa yang saya faham dan saya baca melalui perkongsian ramai, kita hantar sitemap ke google search console agar semua entry blog kita tidak terlepas pandang untuk diindeks dan dicrawl oleh search engine.

Bayangkan saja kalau entry blog kita cecah lebih seribu artikel, mana mungkin kita boleh ingat semua entry sudah dihantar ke search console kan?

Jadi, untuk memudahkan kerja kita, hanya perlu hantar dalam bentuk sitemap sahaja. Senang dan tidak perlu buat banyak kerja.

Untuk hantar sitemap ke Google Search Console mahupun Bing Webmaster Tools, caranya hampir kurang sama sahaja. 


Cara Untuk Submit Sitemap ke Google Webmaster Tools atau lebih dikenali sebagai Google Search Console


cara submit sitemap ke google search console

Cara untuk submit sitemap.xml ke Google Search Master atau dahulu lebih dikenali sbeagai Google Webmaster Tools adalah seperti berikut :-

1. Pastikan kamu mendaftar dengan Google Search Console.

2. Masuk ke dalam Google Search Console, dan lihat MENU bahagian sebelah kiri 

3. Cari Sitemap.

4. Klik Sitemap tersebut dan kamu akan melihat gambar seperti di atas.

5. Lihat pada "Add A New Sitemap".

6. Lihat pada kotak merah yang sudah saya tandakan.

7. Masukkan satu persatu link di bawah ini, dan tekan butang submit

sitemap.xml

feeds/posts/default?orderby=updated


8. Sekiranya blog kamu memiliki lebih daripada 500 artikel, maka sila tambah link di bawah ini dan tekan butang submit.

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

9. Google Search Engine akan mula mengindeks semua artikel blog kamu.

10. Sekiranya kamu meng-update entry-entry lama, atau membuat sedikit pembaharuan pada artikel terdahulu, maka penting juga untuk kamu meng-update URL Link entry tersebut di dalam Google Search Console.

Caranya mudah sahaja.

Copy URL Link entry kamu, dan paste kan sahaja di dalam petak merah seperti gambar di bawah.

Kemudian tekan enter.


cara update url entry di google serach console


Ada beberapa lagi kegunaan Google Search Console untuk blogger yang perlu kamu ketahui, dan insya allah akan dikongsi pada masa akan datang kelak. 




Cara Untuk Submit Sitemap ke Bing Webmaster Tools

Kalau sebelum ini, kita perlu menghantar sitemap berbeza ke Bing dan Yahoo, namun sekarang, Bing dan Yahoo Webmaster Tools sudahpun bergabung, jadi lebih mudah untuk kita mengupdate dan melihat seberang perubahan indeks di hanya menggunakan Bing Webmaster Tools.

cara mudah submit sitemap ke bing webmaster tools

Dan berikut merupakan cara untuk kamu submit sitemap ke Bing Webmaster Tools:-

1. Daftar masuk Bing Webmaster Tools. Sangat Mudah, hanya perlu gunakan akaun Google kamu, dan perlu verify blog kamu.

2. Untuk verifikasi, Bing Webmaster Tools akan berikan pilihan coding untuk link-kan blog kamu ke Bing Webmaster Tools, dan macam mrs pip pilih coding yang akan perlu dimasukkan ke dalam template HTML blog di bawah <head>

3. Jangan lupa untuk PARSE kan dulu code tersebut , dan kemudian klik butang verify pada Bing webmaster ya.

4. Dan selepas itu, sila lihat seperti gambar di atas untuk memasukkan sitemap ke Bing Webmaster Tools.

5. Seperti yang kamu lakukan di Google Search Console , maka code linknya sama sahaja, namun untuk Bing Webmaster ni, kamu perlu taip penuh link blog kamu ya.

www.yourblogname.com/sitemap.xml

www.yourblogname.com/feeds/posts/default?orderby=updated

6. Dan untuk blog yang memilik lebih dari 500 artikel, sila tambah link di bawah ini ke sitemap kamu.

www.yourblogname.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

7. Dah siap daftar, kamu boleh relax. Tak perlu pening-pening kepala untuk fikir banyak tentang url entry kamu dah submit ke webmaster atau belum.

Dan untuk Bing Webmaster Tools, kamu boleh bermain mencari keywords juga kerana ada features keywords disediakan.

Berbeza dengan Google Search Console, untuk mencari keywords kena guna Google Keyword Planner. 

Next entry nanti mrs pip share pula tentang pencarian atau penggunaan keywords di dalam Google Search Console , Google Keyword Planner dan Bing Webmaster Tools ya. 

Sebenarnya boleh saja cari keywords di dalam Search Console untuk perbaiki entry blog yang sudah siap ditulis sebelum ini.

stay tune for upcoming blog tutorial , semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

cheers.

3 comments:

  1. Thanks share Mrs. Pip. Dari awal dapat notification dok godek sana sini tapi tak jumpa cara.

    ReplyDelete
  2. Tq share kak. Nanti nak kena hadam ni.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.