Review Beli Spare Parts Ford Ranger Kedai Aksesori Di Shopee - MrsPip || The Reviewer

Review Beli Spare Parts Ford Ranger Kedai Aksesori Di Shopee

Review Beli Spare Parts Ford Ranger Kedai Aksesori Di Shopee.

hi there, ini pengalaman aku beli spare parts online. Biasanya aku ndak berapa yakin untuk beli spare parts online kerana risau barang tu tidak match dengan yang asal, dan mungkin ada kerosakan. Tapi ni semua gara-gara apabila door innder handle ford ranger incik suami patah dan perlu diganti baru.

Mulanya incik suami pergi ke kedai aksesori ford ranger di Kota Kinabalu tapi, harga untuk seketul inner handle ford ranger yang baru cecah ratus ringgit! Harga cekik leher betul.

Spare Parts Ford Ranger

Beli Aksesori Ford Ranger Murah Online di Shopee

 
Jadi, mahu tak mahu, aku seperti biasa , seorang wife yang kaki online shopping perlu bijak cari barang pada hara yang affordable dan reasonable. Bukan tak nak beli yang original spare parts ford ranger tu, tapi kalau dah harga macam tu mahal, dan ada pula pilihan lain yang lebih affordable, siapapun tak nak rugi pilih yang lebih jimat duit kan.

aku pun tak pastilah kedai aksesori ford ranger yang incik suami pergi tu jual harga yang sepatutnya ataupun dia ambil kesempatan mark up harga. Hurm.

Spare Parts Ford Ranger

dan satu lagi, aku pun pelik macam mana incik suami boleh terpatahkan pula inner handle pintu kereta dia ni. Ganas betul bah dia pakai kereta sampai boleh patah. Aku rasa kan, jarang bah inner handle pintu kereta boleh patah kan? Atau ndak mungkin juga Ford Ranger pasang aksesori cap ayam sampai begitu mudah patah. 

Ndak apa, benda sudah setel. Tapi aku just nak share kat sini review beli spare parts ford ranger kedai aksesori di shopee ni.

Ada banyak seller kedai aksesori ford ranger di shopee, korang kena rajin cari mana satu yang ada jual aksesori atau alat ganti yang korang nak. Lepas tu pastikan barang yang korang nak tu specs dia betul dan tepat, so silalah chat dengan seller.

Macam aku, memang aku chat dengan seller tu tanya betul betul kalau aksesori tu compatible dengan siri kereta ford ranger yang kami guna, dan seller tu confirmed-kan memang compatible katanya.

Spare Parts Ford Ranger

So aku purchased lah seketul door inner handle ... korang kalau nak beli inner handle, tak kisahlah apa-apa brand kereta, pastikan korang cari right hand side atau left hand side, so bila pasang nanti mesti ngam-ngam kan. Kalau tersalah beli nanti korang juga yang rugi.

Harga door inner handle untuk ford ranger beli di Shopee ni ndak sampai pun ratus ringgit, hanya RM45.00 satu sahaja, dan harga postage pula RM5.30, itupun dah shipping discount, terus jadi free shipping. Woha.

Trusted seller ni nama dia multispareparts , so korang bolehlah check kedai dia kat shopee. Ini not a sponsored post ya. 

Spare Parts Ford Ranger


Pasal seller ni bagi response cepat bila aku tanya dia, lepas tu pembungkusan pun elok, penghantaran pun laju, dan harga tak cekik darah, nah aku seikhlasnya bagi dia 5 star rating. 

Berterima kasih sangat kat seller-seller semua yang tip-top bagi servis baik bila jual produk. Customer hati, mesti akan return beli lagi in future. Dan sangat memudahkan pengurusan kita semua, lepas ni nak beli spare parts atau aksesori kereta ford ranger ni, memang akan check di Shopee la dulu.

Haip, Shopee ni macam-macam jualan ada.

Korang ada tak pengalaman macam incik suami aku ni ter-patahkan pintu kereta? Hope lepas ni janganlah patah lagi inner handle ni, silap haribulan aku gantung lesen memandu incik suami. ekeke.

cheers.

2 comments:

  1. sampai patah.. hehe mungkin dia nak cepat waktu tu, jdnya kasar sikit terus patah.. tp mujur la boleh beli kat shopee je

    ReplyDelete
  2. Biasanya kalau beli yang ori depa akan pasang terus. Tambah dengan bayaran nak install nya jadi lagi mahal la.. Benda dah sedia mahal pula. Kalau beli online , gini kena la pasang sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.