7 Panduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee - MrsPip || The Reviewer

7 Panduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee

7 Panduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee. 

hi there, terbeli baju blouse muslimah secara online Zanzea Collection di Shopee. 

Beli barangan secara online memang menjadi pilihan mrs pip sejak mempunyai anak kecil kerana pembelian lebih mudah tanpa perlu menghadap kesesakan di jalan raya dan di mall, pilihan barangan yang lebih banyak dan harga yang ditawarkan pun lebih kompetitif kerana banyak persaingan antara seller.

Dan satu lagi harga barang yang direct di pos dari China biasanya lebih murah berbanding beli di kedai biasa. Lagi-lagi Covid19 , memang seriau nak membeli bela di luar. Dan dengan peningkatan kes Covid19 semula di Sabah, jadi eloklah duduk diam kat rumah kalau tiada hal penting di luar.


Beli Baju Blouse Muslimah Online Zanzea Collection di Shopee

Mix And Match Beli Baju Blouse Muslimah Online Zanzea Collection di Shopee

Sebagai seorang Muslim, penting juga untuk beli baju yang patuh syariah. So biasanya apabila beli baju, mrs pip akan pilih cutting yang longgar dan saiz yang sedikit besar berbanding saiz badan sebenar.

Memang banyak sangat online seller yang jual baju blouse muslimah secara online, dan banyak platform juga yang boleh dijadikan pilihan untuk  membeli belah. Namun bagi mrs pip yang sudah terbiasa membeli secara online, platform Shopee dan Lazada memang menjadi pilihan utama. 

Untuk Beli Baju Blouse Muslimah Online , biasanya mrs pip akan pilih Zanzea Collection di Shopee. Pilihan baju yang sangat banyak, dari saiz S sehinggalah ke Plus Size pun ada. Pilihan baju memang pelbagai seperti long dress, mini dress, midi dress, skirts, blouse, muslimah blouse, dress muslimah for dinner pun ada.  Pendek kata , memang buat kita rambang matalah kalau masuk kedai Zanzea Collection di Shopee ni. 

Beli Baju Blouse Muslimah Online Zanzea Collection di Shopee


baru-baru ni mrs pip beli online 4 helai baju yang cantik dan selesa dari kedai Zanzea Collection. Yang 3 helai tu blouse , yang sehelai lagi tu long cardigan cecah hingga paras betis. 

Yang paling suka dengan kedai Zanzea Collection ni, pilihan baju memang up to date ala-ala Korean Style, dan paling penting banyak baju yang memang sesuai dengan fesyen Muslimah. Dari koranglah nak pilih baju macam mana, ada juga yang lengan singkat, tapi boleh saja disesuaikan dengan penggunaan handsock atau baju inner yang selesa kan.



7 Panduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee


Kedai Zanzea Collection di Shopee


Dan ini sedikit tips Panduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee. Sebenarnya bila kita beli barang online, sangat penting kita pilih seller yang tidak meragukan. Semoga panduan ini membantu korang yang suka beli belah secara online.

  • 1. Pilih Kedai Yang Rating Tinggi


Ya, kalau korang klik mana-mana seller, sila lihat rating kedai tu. Tinggi atau rendah. Rating ni rasanya based on average per customer rating. Makin ramai customer dia, makin banyak sales, seller efficient, dan sebagainya, maka rating pasti akan makin naik kan. 

  • 2. Tengok pada Followers Seller


Ya, kalau mrs pip memang akan tengok Followers mana-mana seller. Kalau followers dia ramai, maka mestuilah kedai tu best kan. Kalau followers ciput, maybe kedai tu tak best, takpun kedai tu tak ramai yang suka singgah atau kedai tu baru buka.

Ada banyak faktor kenapa satu-satu seller tu ada banyak followers. Tapi mrs pip memang akan suka terjah mana-mana kedai yang ramai followers. Rasa lebih yakin dan percaya pada seller lebih tinggi berbanding dengan kedai yang kurang followers.

  • 3. Chat Performance


Yang ni mrs pip tak kisah sangatlah tentang Chat Performance mana-mana seller, tapi kalau below 30% tu hurm susah juga, nampak macam tak begitu aktiflah pula. Nanti kalau nak tanya produk lepas tu tak dilayan , memang bye bye lah kat seller tu.

Tapi so far lah, kedai yang mrs pip chat, dorang mesti akan reply balik. Kalau tak reply cepat, at least after few hours (kurang dari 6 jam) mesti dah dapat reply.

Nak juga tahu seller ni aktif ke tak. Kalau senyap saja memanjang, malas nak layan pertanyaan pelanggan, better pilih seller lain kan. 

Di Shopee ni ramai sangat seller yang jual produk yang sama. Harga kalau lain-lain pun, sedikit saja perbezaannya.


Tips Pilih Trusted Seller Di Shopee


  • 4. Seller bagi Shop Voucher Untuk Lebih Penjimatan Harga


Ini pula harga bayaran baju blouse cantik dari Zanzea Collection yang mrs pip beli tu. Blouse tu semua harga below RM30.00 satu. Harga affordable dan reasonable.

Dan kalau macam mrs pip, memang akan cuba cari seller yang boleh bagi Shop Voucher, so nanti time bayar bolehlah dapat reduce price / diskaun sikit. Jadi, dapatlah jimat cermat sikit kan.

Tapi biasanya, shop voucher senang dapat apabila dekat-dekat nak sale atau promo seperti 8.8 Sale, 9.9 Sale, 10.10 sale macam tu lah. Kalau nak beli belah online dan nak extra discount, bolehlah shopping laju laju time dekat-dekat nak sale.

  • 5. Beli Online Sebelum Hari Sale Sebenar


Yang ni mrs pip perasan beberapa kali harga barang pada waktu hari sale sebenar lebih mahal sedikit berbanding pada waktu beberapa hari sebelum sale.

Kalau korang dah berkenan kat mana mana barang tu, dan seller tu provide shop voucher, better guna sebelum the exact day of sale. Kot-kot nanti time hari sale sebenar, seller naikkan harga pula!

  • 6. Buat Perbandingan Harga Pada Produk Yang Sama


Yes, ni mrs pip paling suka buat perbandingan harga sebelum membuat pembelian. Ada dua perkara penting yang pembeli perlu ambil kira tentang perbandingan harga sebelum korang check out untuk bayar barang yang korang beli.

1. - Bandingkan harga barang yang sama , Kedai A, Kedai B, Kedai C, etc. Pilih harga yang korang rasa masuk akal / affordable / reasonable.

Kadang-kadang di Shopee ni, barang sama tapi harga ada yang melampau mahal. Fuh. Ada pula yang melampau murah, rasa macam scary juga nak beli. Betul ke tak ni, kan?

2. - Sila lihat harga pengeposan. 

Harga barang sama, tapi caj pengeposan mungkin berbeza-beza dikenakan oleh seller. So kat sini korang kena pandai play with the maths.

Ada masa barang mahal, tapi free postage kan?

Logik akal, mrs pip akan pilih barang yang [ harga barang + harga pos = lebih murah] berbanding seller lain.

  • 7. Baca Product Details Dan Lihat Product Ratings


Product Details


Kalau korang beli apa-apa produk, jangan terlepas pandang untuk ambil tahu product details. Bagi mrs pip, product details sangat penting kerana kat sinilah seller biasanya akan bagi tahu details barang secara terperinci.

Jangan terpedaya dengan gambar cantik semata-mata. Kau tengok satu set baju, mak oii cantiknya harga pun murah, padahal seller tu hanya jual blouse / skirts sahaja, bukan per set blouse & skirts.

Jadi, sangat penting ya untuk baca product details. Dan kalau yang beli equipments / tools, baca betul betul details barang untuk ambil tahu barang tu compatible atau tak dengan tools / machine yang lain, misalnya.

Product Ratings


Untuk product ratings pula, ini ialah pengalaman pembeli sebenar berkongsi tentang barang yang mereka terima, biasanya mereka akan sertakan gambar untuk kita lihat rupa produk yang bakal kita terima.

Dan di sini juga, biasanya pembeli akan share seller repsonse ok ke tak, hantar laju ke tak, barang dibungkus elok ke tak, produk dah guna berkesan ke tak. 

Macam mrs pip sendiri pun akan bagi rate kat seller ni lepas barang diterima. Ini untuk membantu pembeli lain mendapatkan maklumat sebelum mereka buat keputusan nak beli barang tu ke tak.

Biasanya mrs pip akan bagi rate based on the product itself. Kalau penghantaran laju ke tak, mrs pip tak ambil pusing sangat coz seller dah ship out barang awal, tapi courier service kekadang lambat hantar barang kan, so takkan nak bagi penalty kat seller pula. 

anduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee

mrs harap perkongsian tentang 7 Panduan Pilih Trusted Seller dan Cara Online Shopping Yang Betul di Shopee ni bermanfaat untuk semua. Dan hope lepas ni ndak ada lah kamurang tersilap cara beli belah di Shopee.

Dan berbalik semula tentang Zanzea Collection tu, mrs pip belum boleh move on dengan pelbagai baju labuh , banyak pilihan untuk dijadikan dinner dress cantik kan. 

Mood suka dress panjang pula sekarang. Hope ada rezeki untuk beli dress cantik Zanzea Collection ni pula, dah siap-siap masuk wishlist untuk few dresses. 

Muslimah Dinner Dress Cantik Murah Zanzea Collection Shopee


happy reading, xoxo.

cheers.

6 comments:

  1. nak beli jugak la baju kat sini.Lawa2 nampak.

    ReplyDelete
  2. IQ pun pernah shopping dekat Zanzea ni, beli jumpsuit. best! hhihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kat Zanzea semua lawa2, lagi best banyak pilihan untuk muslimah.

      Delete
  3. Kinah pun beli baju kat sini kak pip. Cantik2 baju dia.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.