Pantai Cantik di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu

Pantai Cantik di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu

hi semua, road trip tidak sengaja membawa kami ke pantai cantik dan instagrammable di Tempurung Seaside Lodge terletak di Kuala Penyu, sebuah dareah kecil pedalaman bawah Sabah, 130km dari Kota Kinabalu. Buat kamu yang tidak pernah menjejaki ke sini, Kuala Penyu merupakan daerah yang mempunyai 50km jajaran pantai putih dan cantik. Dan salah satu pantai cantik yang dijaga kebersihannya terletak sana di pisuk pisuk belakang kampung dikenali sebagai Tempurung Seaside Lodge.

Mula-mula kami sampai ke sini, kami teragak-agak mau masuk bertanya kerana di fikiran kami, mungkin saja tempat ni khas untuk mereka yang menginap di sini. Berjaya memujuk mr.Husband untuk minta dia tanyakan di bahagian receptionist kalau kalau orang luar boleh masuk ke sini, alhamdulillah sesiapa pun boleh akses ke sini , hanya perlu bayar entrance fee sahaja. Malu bertanya, memang rugi sangat. Hewhewhew.

Bayaran Masuk Yang Affordable Ke Pantai Tempurung Seaside Lodge, Kuala Penyu


Untuk yang tidak biasa di Kuala Penyu, Tempurung Seaside Lodge mungkin sukar dicari tapi hey Kuala Penyu ni tidaklah sebesar mana, kamu waze saja lokasi ini , confirm jumpa. Dan once jumpa ni tempat, buat yang kebaruan datang mesti fikir ini ialah private area, padahal sesiapa pun boleh masuk ke Tempurung Seaside Lodge, dengan bayaran masuk dikenakan RM5.00 bagi setiap dewasa, manakala RM3.00 bagi kanak-kanak.

Pantai Cantik Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu

Selepas membuat bayaran masuk berjumlah RM16.00 (percuma untuk Nami), kami diberikan minuman tin setiap sorang. Kiranya bukan rugi pun bayar masuk, dapat percuma soft drinks. Boleh pilih soft drinks yang ada di kafe berdekatan kaunter pembayaran. Kami pilih minuman tin cincau.

Dan kalau yang tidak sempat membawa makanan sendiri, boleh sahaja memesan menu di kafe dan mereka akan menghantar pesanan tersebut kepada anda yang berada di sekitar pantai. Wah, sampai macam tu sekali servis mereka. 

So tak perlu susah payah nak tunggu makanan siap di masak, anda dah boleh bermain di pantai. Makanan anda akan dihidangkan kemudian. Sangat awesome.

Kami kebetulan dah beli makanan siap siap di Tamu Membakut pagi tu. Biasanya kalau kami merancang untuk roadtrip, mrs pip akan siapkan bento box atau beli sahaja makanan di luar. Pagi tu sempat beli sedikit kuih muih , nasi lemak, mi goreng, minuman kotak, dan buah limau di tamu. Haha, bila dah masuk tamu, macam-macam barang nak beli, tak menang tangan nak angkat semua barang yang dibeli tu. Anak-anak pula menunggu di dalam kereta bersama mr.Husband.

Lagi cepat beli barang tanpa anak-anak kecil. Lagi-lagi sekarang ni Covid19 masih dalam pemerhatian, jadi memang agak terhad untuk anak-anak dibawa ke tempat awam melainkan ada sebab yang terpaksa.

Pantai Bersih Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu

Sungguh, Pantainya Cantik di Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu!


Fuh, cantiknya pantai di Tempurung Seaside Lodge kan. Satu sampah pun tidak kelihatan sewaktu kami berada di situ. Pasirnya memutih, dan kebetulan air laut low tight, memang sesuai untuk anak anak bermandi manda.

Rasa sangat nyaman dan tenang berada di sini. Kawasan pantai pula tidak crowded, hanya kami sekeluarga dan sebuah keluarga yang datang dari Penampang menginap 2 hari di Tempurung Seaside Lodge bersama anak-anak mereka.

laut biru dan bersih di tempurung seaside lodge kuala penyu

Sudah lama anak-anak terperap di rumah sejak arahan PKP dan sudah banyak kali mereka bertanya bila boleh mandi di pantai. Anak-anak sangat suka mandi pantai, dan jiwa mereka sangat mudah dibeli dengan hanya membawa mereka close to nature

Anak-anak lagi gembira untuk berjalan-jalan ke kawasan yang dekat dengan alam berbanding berada di mall, mungkin kerana sudah terbiasa sejak kecil di bawa ke kawasan sebegini. Mereka lebih selesa berada di tempat terbuka di mana mereka boleh berlari ke sana ke mari tanpa perlu risau terlanggar orang dan rasa tidak terkongkong. 

pasir putih kuala penyu

Sebelum anak-anak dibenarkan untuk mandi laut, kami makan-makan dulu untuk isi perut. Kemudian kami biarkan anak-anak bermain pasir dan meng-explore kawasan sekeliling. Puas bermain pasir, masa untuk mandi laut!

Hanya Iman, Amin dan daddy yang mandi bersama. Manakala mrs pip hanya jadi pemerhati dari jauh bersama Nami.

Rasa sangat tergoda untuk mandi bersama mereka, tapi apakan daya tiada sesiapa yang boleh diharap untuk menjaga barangan peribadi. Maybe nextime kita mandi laut ya Nami. Tunggu kita import pohpoh and kungkung bawa bersama, hehe.

lokasi instagrammable di kuala penyu

Kawasan Pantai Tempurung Seaside Lodge Yang Bersih, Selesa Dan Instagrammable


Satu lagi yang aku suka di Tempurung Seaside Lodge selain pantainya yang cantik bersih, ialah tandasnya yang bersih dan selesa untuk digunakan. Lepas mandi laut, boleh sahaja terus ke bersihkan badan ke paip air yang tersedia, sebelum mandi ke dalam bilik mandi / tandas yang ada.

Gambar di atas adalah salah satu gambar yang aku suka. Komposisinya sempurna di mata aku. Di hujung depan sana terbentang luas lautan yang membiru. Rindu bila nampak gambar ini. Semoga ada rezeki lagi untuk kami ke sini.

lokasi instagrammable di kuala penyu

Dan pantai Tempurung Seaside Lodge juga sangat instagrammable. Kalau kamu yang suka ambil gambar untuk IG, memang banyak angle menarik yang kamu boleh gunapakai di sini. Dan gambar di atas merupakan salah satu gambar kami sekeluarga yang paling mrs pip suka. 

Kurang perfect dari segi cahaya, tapi sempurna buat kami sekeluarga. Kami menggunakan tripod dan bluetooth button untuk mengambil gambar yang dihubungkan ke smartphone. Mudah macam ni, tak perlu bantuan orang lain untuk ambil gambar. Just tekan bluetooth button sebanyakmana yang kita suka sehingga kita happy dengan gambar yang diinginkan.

lokasi instagrammable di kuala penyu triangle house

Kalau kamu mahu menginap di sini, the triangle house tu merupakan salah satu bilik yang kamu boleh pilih. Kelihatan menarik dilihat dari bawah pantaikan. Ada rezeki, lain kali menginap di triangle house sebegini.

lokasi instagrammable di kuala penyu high platform

Anak-anaklah yang paling happy dapat datang ke sini. Iman sedikit gayat berada di atas platform yang tingginya sekitar 10 kaki atau mungkin lebih. Amin pula teruja naik ke tempat yang tinggi.

Mereka berbeza sangat. Iman memang sejak kecil kami sedar dia takut tempat yang tinggi. Dia naik ke atas platform ni sekadar untuk bergambar kemudian terus turun. Nampak mukanya sedikit cuak. Manakala Amin siap boleh main lompat lompat lagi atas platform ni.

What a beautiful sky above us!
 
lokasi instagrammable di kuala penyu

Haha, sibuklah Amin mau main buaian sekali dengan mommy. Kita busy bergambar , dia pun busy enterframe mommy. Tapi kita layankan sajalah perangai anak-anak. Once dah besar nanti, mungkin peluang bergambar sebegini pasti sukar, atau mungkin mereka sudah tidak mahu bergambar bersama kita. ekeke.

Lihat pasir pantai yang sangat cantik dan bersih. Suka sangat dengan pantai Tempurung Seaside Lodge ni. Nasib baik rumah jauh sikit sebelah daerah, kalau tak silap haribulan every month bawa anak-anak datang ke sini.

Kenapalah baru tahu ada tempat yang cantik seperti ini di Kuala Penyu? Rugi sangat kalau korang yang datang bercuti ke Kuala Penyu tak singgah ke Tempurung Seaside Lodge , nextime mark tau tempat ni untuk korang jalan-jalan singgah cuci mata dan happykan jiwa.

Pantai Cantik di Tempurung Seaside Lodge

Salah satu gambar Nami yang berjaya di captured. Amboi Nami, pandai kau menguluk mommy! Lidah tu bukan main kau jelirkan. Muka pun happy mengejek si mommy. Piat nanti tu mulut, nakal betul si Nami ni tau.

Sewa ATV di Tempurung Seaside Lodge

Ada ATV kalau korang nak sewa. Harga tutup mata sajalah. Kalau ndak silap 30 minit RM80.00 ... macam tu lah harganya (ingat-ingat lupa dah). Ekeke. Kami tumpang bergambar jak ni. Suka betul Nami lepak atas ATV ni sama daddy. Balik balik dia panjat naik ATV ni bah. Bukan rendah, kalau jatuh boleh tahan juga ni sakit.

Jadi, terpaksalah layan karenah si Nami naik ATV. Risau betul kalau dibiarkan dia panjat sorang sorang nanti gugu kami bilang. 

Kaki Gambar Pasti Sukakan Tempurung Seaside Lodge

Kamu Yang Kaki Gambar Pasti Sukakan Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu


Ada banyak gambar yang di ambil. Rugi kalau dah datang tak ambil gambar. View pun semua menarik. Jadi wajiblah bergambar di pantai Tempurung Seaside Lodge yang cantik ini. Kebetulan I is kaki suka bergambar, jaid kita paksa anak anak jadi model untuk penuhkan memori phone si mommy. 

Biar phone penuh dengan gambar anak-anak, mommy happy dan suka. Boleh tengok gambar berulang kali. Kadang-kadang bila anak-anak pergi sekolah, pandai rindu si mommy tunggu anak-anak balik rumah. hehe. Biasalah, jiwa mak mak memang macam ni kan.

Jadi, puas hati anak-anak dapat mandi laut, main pasir, lari sana sini, makan makan. Penat. Tapi Gembira. Lepas tu kami bersiap untuk balik rumah, kebetulan cuaca yang cantik tadi kelihatan seperti akan hujan lebat.

Waktu Yang Sesuai Melawat Ke Pantai Tempurung Seaside Lodge

Jadi, lain kali kalau kamu mencari tempat yang menarik dan cantik di Kuala Penyu, kamu wajib singgah ke pantai Tempurung Seaside Lodge ini. Kalau kamu bernasib baik seperti kami, seluruh pantai ini jadi milik kamu tanpa perlu risau berkongsi dengan ramai pelawat.

Namun, kalau nasib tidak menyebelahi kamu, terpaksalah berdepan dengan kesesakan pengunjung. Dan oh ya, jangan datang pada waktu hujung minggu ataupun cuti umum, kemungkinan saja pantai ini dipenuhi dengan orang ramai.

Kalau nak datang juga, pastikan kamu datang awal untuk mendapatkan lot parking kereta dan juga chup tempat duduk kamu di pantai! hehe.

Tepat tekaan kami, sebaik sahaja kami keluar dari pekan Kuala Penyu, hujan pun turun membasahi tanah. Dan memandulah mrs pip dengan extra careful membawa para penumpang yang semuanya keletihan dan ketiduran di dalam kereta.

Beginilah kami kalau road trip, akan bertukar tukar memandu kereta bersama mr.Husband. Bak kata mr.Husband ke telinga mrs pip , "Lesen tu jangan disimpan buat perhiasan di dalam dompet. Sesekali silalah jadi driver juga, bukan asyik jadi co-pilot kaki tidur". 

Deep betul kata-kata mr.Husband tu bah. Macam tau-tau saja wife dia semakin malas mau memandu kereta kerana terasa lebih selesa menumpang sahaja, ekeke.

sehingga jumpa lagi wahai pantai cantik Tempurung Seaside Lodge. Lain kali kami datang angkut ahli keluarga yang lain pula. The more the merrier gitu kan.

cheers.

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah bestnya.. lokasi yang sungguh menarik sesuai untuk santai-santai, rehat-rehat tenangkan fikiran.. moga sampai sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. cantik pemandangan di sana kak. huhu

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat ni.. Memang instagramable tempatnya.
    Ini kalau sehari pun tak cukup dengan anak2 saya. bangun pagi mesti nak ke pantai dulu.

    ReplyDelete
  4. cantiknya , subhannallah :) teringin sgt nak pergi pantai lagi . last pegi 2 tahun lepas tu pun sekejap . saya suka tok laut , rasa macam healing je

    ReplyDelete
  5. Pantai cantik bersih, tak crowded - a perfect place for us too.

    ReplyDelete
  6. ctk view nya kak..tp sha xpernah pergi sni lagi haha ada rezeki nnt pergi sama 1 family

    ReplyDelete
  7. Cantik pantainya. Luas dan bersih. Banyak pulak tu kemudahan yang ada. Menarik sangat.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.