Resipi kari ikan paling simple masak ringkas sedap

hi there, resipi kari ikan paling simple masak ringkas katanya. pipkitchen meriah dengan ikan kari yang pastinya bukan hasil air tangan mrs pip, tetapi menu ini disediakan oleh incik suami atas dasar keprihatinan incik suami terhadap isteri dia yang suka makan ikan kari tapi ndak pandai masak. Dasar isteri tahu makan tapi ndak pandai masak! Sebab tu jodoh sesuai sangat dapat suami yang pandai masak khen :) ekeke.

Dulu-dulu kan, teringat tau mak aku cakap "Kau ni pandai masak Maggi jak, siapalah nanti mau kawin dengan kau ndak pandai masak ni?" ... hahaha, aku kalau mak aku cakap macam tu kan dulu, aku gelak-gelak jak, sambil jawab balik "Ndak apa mak, hari-hari aku doa jodoh aku nanti pandai masak makanan yang aku suka. Kan Tuhan Maha Mendengar doa hamba-hambanya" .... ekekeke.

Time aku mau kawin, aku siap-siap bagitau mr.Husband yang dalam banyak banyak benda aku ndak pandai buat, memasak ialah antara kelemahan aku. Jadi jangan suruh aku masak macam-macam, pasal aku bab masak ni cepat stress dan temper! woha.

since aku dan mr.Husband pun kenal sudah lama, dia memang tahu aku ni ndak pandai memasak. buat lempeng pun aku ndak pandai, apatah lagi mau buat kari ikan. mr.Husband bilang dekat aku 

"Kau belajar jadi engineer, it takes time kan dan berjaya grade. Jadi, samalah juga dengan memasak, it takes time untuk belajar sampai pandai. No worry, benda kecil jak ni. Boleh belajar bah, slow slow lama lama pandailah juga" ...

resipi ikan kari paling simple masak ringkas
resipi ikan kari paling simple masak ringkas

Resipi kari ikan paling simple masak ringkas sedap


Dan begitulah aku dan incik suami ya adik-adik sekalian, akak ni sudah mau masuk 8 tahun berkahwin, tapi masih juga ndak pandai masak kari ikan sesedap rasa seperti incik suami masak, end up akak fed up mau masak ni kari kari semua. Bila rasa mau makan, akak cakap jak dekat suami mau makan kari ikan, nanti dialah sinsing lengan baju masuk dapur sediakan semua A to Z buat kari ikan. Kalau dia rajin, plating pun dia buat. Akak tau duduk depan meja tinggal makan saja.

Dalam rumahtangga ni, mesti ada give and take. Mesti tau berkomunikasi sebaiknya. Let say lah kau penat seharian jaga anak, bagitau suami dengan cara yang elok molek yang kau mau berehat kejap biar dia jaga anak-anak, benda-benda rumahtangga ni mestilah kena share buat sama-sama kan, bukan semua asyik isteri saja yang kena buat, boleh murung wooo kalau begini.

Macam kak pip ni, menyiang ikan pun ndak pandai dulu time baru kawin, dan sampai sekarang kak pip ndak lulus potong ayam kalau mr.Husband beli yang seekor seekor tu. Dia lah yang kena potong, kalau kau bagi akak kau ni potong, hancur ayam tu. Entah mana dada, mana kepak, mana pinggul ayamnya nanti. .

eh, sesekali mrs pip membebel , hahaha korang layan sajalah. Apapun, thankful with your life partner always , dia kurang dia lebih, just be thankful. Mana-mana yang tak elok, sama-sama kita perbaiki semoga perkahwinan kita semua till jannah. Yang putus tengah jalan tu, jangan sedih sedih. Kena ingat juga, hidup kita ni ada qada dan qadar kan ...

done bebel!
resipi ikan kari paling simple masak ringkas
resipi ikan kari paling simple masak ringkas

Jom lah kita tengok resipi kari ikan paling simple masak ringkas hasil air tangan incik suami. Katanya ni menu kari ikan yang simple saja, tak perlu cerewet. Guna saja bahan yang ada di dapur. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk 
Resipi kari ikan paling simple masak ringkas 


  • Ikan (paling sedap mrs pip suka guna ikan tenggiri, tapi tiada bekalan ikan tenggiri, jadi mr.Husband guna ikan ping-pong katanya , ni panggilan pasar . Nama standard ikan ni mrs pip ndak tahu)
  • Serbuk kari secukupnya (mr.Husband guna 1 pek paling kecil serbuk kari tu, dia habis guna satu pek tu)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Rempah tiga sekawan (Kayu manis, Bunga lawang, Cengkih)
  • Serai
  • Tomato
  • Bendi
  • Kobis (optional)
  • Serbuk pati ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (optional)
  • Serbuk kunyit (optional)
  • White pepper (optional)
  • Susu cair / santan (optional)
  • Tepung jagung (optional)
  • Air


Cara- cara memasak Resipi kari ikan paling simple masak ringkas


  • 1/ Tumis bawang putih (4 ulas), merah (2 biji), halia (1 inci) yang telah dikisar, sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan serai (1 ulas). Masukkan kari ikan (3 sudu makan) yang dibancuh dengan air dan sedikit serbuk kunyit dan white pepper. Gaul sehingga naik bau.
  • 2/ Tambah air ke anggaran paras ketebalan ikan, gaul sehingga mendidih. Masukkan 2 biji tomato, serbuk pati bilis, gula, asam jawa dan garam secukup rasa.
  • 3/ Masukkan ikan (600gm) dan tutup kuali seketila. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung kemudian masukkan bendi dan kobis. Boleh ditambah dengan 2 sudu makan susu cair atau santan untuk rasa berlemak. Siap.

Nota: 
Kalau korang tiada bahan bahan optional tu pun ok saja, korang masak saja penuh keyakinan diri, insya allah sedap masakan korang. Jangan lupa baca Bismillah sebelum masak, dan masaklah penuh kasih sayang T_T

Siap sudah kari ikan paling simple masak ringkas yang mr.Husband sediakan. Dia ni kalau masak teda sukatan tetap, semua main agak-agak main rasa-rasa, yang penting bahan-bahan utama untuk menu tu ada, sure insya allah menjadi katanya. 

Sebab ni lah kenapa akak ndak pandai masak kalau yang main campak-campak main agak-agak ni. Mesti sukatan semua ndak ngam. Kadang-kadang mr.Husband perli "hish, engineer betul bini aku ni sampaikan semua mau sukat ngam ngam" , hahahahaha , nasib kau lah kawin dengan bini yang ndak pandai masak. Engineer ka , ndak engineer ka, kalau teda talent memasak tu, memang ndak la pandai masak. 

eiii, tapi now much more better compared to our early marriage. Sekarang ni pandailah masak sikit sikit , ada improvement bah.

bah, selamat menjamu selera makan kari ikan sedap sesedap rasa . Siapa sini suka makan kari ikan tapi ndak pandai masak, bolehlah kita jadi geng.

covid-19 social distancing
covid-19 social distancing

take care. kita masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Pastikan korang semua stay at home, kita jaga kita, stay healthy, dan ikut peraturan social distancing dan jaga kebersihan.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

6 Comments

  1. Biasalah kalau engineer ni mesti measurement tu penting. Tak boleh main letak je😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bukan bah pasal engineer, tapi kak pip ni mmg ndak pandai masak tanpa sukatan, selalu rasa masakan ndak sedap.

      Delete
  2. Samalah kita mrs pip.. Yang penting kita mahu mencuba, belajar dan terus belajar.. Lama-lama, mesti pandai.. Practice makes perfect gitu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kita paling suka masak kari. senang je mrs pip..tapi kari kita tak guna santan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, saya masak kari tak pernah rasa sedap. adeh.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.