Resipi donut bersama sos coklat - MrsPip || The Reviewer

Resipi donut bersama sos coklat

hi there, berjaya buat kuih donut bersama sos coklat sebagai cicahan. Sekarang ni tengah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan disambung lagi sehingga 12 Mei 2020. Jadi, bila PKP berpanjangan , dan banyak premis bisnes yang terpaksa ditutup termasuklah gerai gerai jual kuih muih, maka eloklah kita belajar buat sendiri kuih muih yang kita rasa mau makan sangat.

Resipi donut bersama sos coklat
Resipi donut bersama sos coklat

Ada yang mau makan donut tapi malas mau buat? bagi mrs pip la, mau buat donut ni bukanlah susah sangat pun, tapi yang bikin malas mau buat ni, kena rehatkan doh selama sekitar sejam selepas adun dengan yis, lepas sejam tu, kena uli pula doh tu dalam 20 - 40 minit gitu untuk mendapatkan donut yang lembut dan sedap dimakan nanti.

Resipi donut bersama sos coklat


Korang buat donut macam mana? Mrs Pip guna resipi donut bersama sos coklat, ndak susah mana bahan - bahan yang digunakan. Resipi ni juga kamu boleh guna untuk buat kuih cempiang ok. Guna adunan doh yang sama , menjadi kuih cempiang yang mrs pip buat hari tu, alhamdulillah.

Bahan-bahan membuat donut :-


Bahan A

Sepeket Yis (mrs pip guna 2 sudu makan yis)
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
- campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih

Campuran yis selepas 10 minit ~ berbuih
Campuran yis selepas 10 minit ~ berbuih

Bahan B

4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
- semua bahan - bahan digaulkan bersama


buat donut mudah dan ringkas


Cara membuat doh untuk donut:-


1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan uli sekejap sahaja sampai sebati.
2. Rehatkan doh selama sejam, dan doh akan mengembang sekitar 2 kali ganda dengan doh asal.
3. Tutup bekas doh dengan sehelai kain basah, atau menggunakan plastic wrapper ataupun penutup bekas
4. Selepas sejam, uli doh semula sekitar 20 minit (dan ada yang bagitau mrs pip , doh tu kena uli selama 40 minit! boleh pengsan mrs pip nak uli doh lama-lama)
5. Selepas menguli doh selama 20 minit, anda boleh ambil sebahagian doh dan leperkan dan terap menggunakan donut cutter , atau gunakan kreativiti anda untuk membentuk rupa seperti doh.
6. Biarkan donut yang sudah dipotong tadi seketika / kembang sedikit sebelum di goreng di dalam minyak yang sederhana panas.
7. Angkat donut yang sudah masak, toskan minyak.

Anda ada pilihan sama ada meletakkan castor sugar ke atas donut atau menyira donut dengan gula atau makan donut bersama sos coklat.

Pilihan mrs pip ialah , memakan donut bersama sos coklat. Lepas sedap bagi mrs pip. Dan nak buat sos coklat pun sangatlah senang.

resipi sos coklat mudah buat
resipi sos coklat mudah buat

Ada banyak cara untuk membuat sos coklat, pilihan terpulang anda. Selain sos coklat, ianya juga boleh dijadikan sebagai topping coklat / ganache untuk kek coklat anda.

Bahan-bahan dan cara untuk membuat sos coklat:-


1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter / minyak masak / marjerin

- Masukkan semua bahan ke dalam periuk
- Masak atas api keci sehingga berkilat dan pekat
- Siap dan sedia untuk digunakan.

Resipi donut bersama sos coklat
Resipi donut bersama sos coklat

Selamat menjamu selera. Anak-anak mrs pip, Iman dan Amin layan makan bread kosong dengan sos coklat, sedap kata dorang. Manakala Nami dan mrs pip pula happy makan kuih donut cicah sos coklat. Dan bread banjo tu, mr.Husband yang request.

Puasa pun bermula hari ini 24/4 bagi tahun 2020. Selamat berpuasa. Take care, stay healthy, stay at home semua.

cheers.

6 comments:

  1. saya x brani buat tau xdak bakat hehe..
    tapi kalo tingin tu kena order jela.. yg dip choc best jugak kan layan makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak anak suka makan dip dalam sos coklat.
      ni saja paksa diri belajar buat, happy bila menjadi, hehe.

      Delete
  2. Sedapnya makan donut dengan sos coklat.
    Salam Ramadan, Mrs Pip. Selamat menunaikan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  3. Donut kalau bersos coklat memang melting habis dibuatnya tau. Aduhhh sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happy makan donut dengan sos coklat ni.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.