Resipi Yee Mee Goreng Kantonis mudah dan sedap - MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

Wednesday, 8 April 2020

Resipi Yee Mee Goreng Kantonis mudah dan sedap

hi semua, yeah bersiaran dengan resipi Yee Mee Goreng Kantonis sedap, atau nama lain bagi resipi ini ialah Canton Yee Mee atau Canton Yee Mee Goreng . Ada banyak versi untuk membuat resipi Yee Mee Goreng Kantonis ini, terpulang dengan cara mana satu yang anda suka. 

Yee Mee Goreng Kantonis ini ialah salah satu menu kesukaan mrs pip, dan setiap kali mrs pip mengidam mau makan yee mee ni, memang mr.Husband lah yang akan jadi mangsa untuk sediakan menu ni pasal I is tak tahu nak buat , kalau tahu pun tak sedap seperti yang mr.Husband buat kot. 


resipi yee mee goreng kantonis sedap
resipi yee mee goreng kantonis sedap

Apa itu Yee Mee Goreng Kantonis?

Ok, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa benda menu yee mee goreng kantonis ni kan. Jadi mrs pip explain sikit kat korang yang mungkin tak pernah tahu tentang resipi mee goreng kantonis ini.

atau korang memang tahu resipi ni, pernah makan, tapi tak tahu nama menu ni (macam kes mrs pip la ni, dulu selalu makan yee mee ni, tapi memang tak tahu nama pasal kat restoran yang mrs pip selalu makan dulu tu, menu dia semua dia bergambar label guna Menu A, Menu B, Menu C etc ... so kita just tengok gambar kat menu list dia dan order ikut label A, B, C tu lah)

Menu Yee Mee ni, dia punya mee tu kena goreng deep fry bagi dia keras. So bila makan mee tu, akan ada rasa crunchy krup krap krup krap. Dan biasanya kuah yang digunakan atas yee mee ni ialah egg drop soup berkanji, macam kuah kueh teow basah tu ...

resipi yee mee goreng kantonis sedap
resipi yee mee goreng kantonis sedap

cara penyediaan yee mee goreng kantonis senang saja sebenarnya, tapi mrs pip tak begitu pandai nak sediakan egg drop  soup tu, memang tak sedap seperti yang mr.Husband sediakan. Jadi, kita pun pass lah bagi incik suami sediakan, biarlah I tumpang makan saja ... sesekali dapur berasap hasil air tangan suami, apa salahnya kan ...

bahan bahan resipi yee mee goreng kantonis sedap
antara bahan bahan resipi yee mee goreng kantonis sedap

Bahan - bahan dan cara membuat resipi 
Yee Mee Goreng Kantonis yang mudah dan sedap :-

1. Mee kuning kering 400gm - direbus hingga agak lembut, toskan, dan diletak dalam piring hidang dan dibiar seketika sebelum digoreng secara deep fry sekitar 1 hingga 2 minit dan mee tersebut diletakkan semula di piring hidang.

2. 100gm slice isi ayam digoreng dan disimpan.  

3. Untuk membuat egg drop soup : 1/2 kilogram tulang ayam dibuat sup bersama 2 liter air. Direbus sekitar setengah jam dengan campuran cendawan, bawang putih, halia, garam, white pepper dan perasa mengikut citarasa sendiri. 

4. Masukkan bancuhan 5 sudu makan tepung jagung ke dalam sup, kacau dan masukkan 2 biji telur yang telah dipukul dan sedikit minyak bijan. Matikan api dan kacau seketika.

5. Lobak dihiris halus, direbus sekejap hingga agak agak sedikit lembut. Dan kemudian disusun di atas mee yang telah digoreng secara deep fry tadi.

6.  Susun juga bersama sayuran hijau (sawi) dan hirisan ayam goreng di atas mee tadi.

7. Tuang egg drop soup tadi pada mee mengikut kuantiti yang sesuai .

8. Siap. Sedap dihidangkan ketika sup ayam masih panas. 

resipi yee mee goreng kantonis sedap
resipi yee mee goreng kantonis sedap

menu yee mee goreng kantonis ini sesuai untuk dimakan sama ada makan tengahari atau makan malam, dan sesuai untuk dijamu buat tetamu yang datang ke rumah, asalkan cukup bahan bahannya.
kalau korang tak suka makan ayam, boleh ganti ayam dengan udang segar. egg drop soup tu pun boleh guna udang kalau tak suka ayam. 

selamat menjamu selera. 

cheers.

Share with your friends

12 comments

  1. wahh terus bagi idea. kebetulan dh ada mee kuning dlm aisbox. jeng jejeng. Tq for the resepi sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba.
      Now PKP ni, meriah bah dapur mcm2 mau dimasak.

      Delete
  2. feveret juga ni, mrs pip..kdg bila makan kat kedai, ada gak order menu ni..nak try masak, tgk resipi mrs pip ni macam renyah je..dasar pemalas mmg byk alasan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, Saya pun malas mau masak, ni memang harap asben jak masak kalau mau makan.

      Delete
  3. simple2 macam ni yang sedap.. kena pulak dgn cili kicap.. uishhh sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap ... Pergh boleh berpeluh makan kalau letak cili kicap.

      Delete
  4. Boleh cuba buat ni. Teringin nak makan sizzling mee, kita buat version Mrs Pip lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba. Harap2 sedap lah resipi yg mrs pip share ni.

      Delete
  5. Replies
    1. Lagi sedap kalau pandai masak kan Rabiah.

      Delete
  6. meriah betul isi dia.. memang kenyang nie kalau makan masa lunch atau dinner..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done