7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit - MrsPip || The Reviewer

7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit

7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit.


Menjadi surirumah bukanlah penghalang untuk menyimpan duit atau mempunyai duit savings sendiri. Di sini, Mrs Pip nak share pada semua terutamanya surirumah antara cara bagaimana untuk simpan duit , atau savings diri sendiri. Jadi jom kita check 7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit ini menarik atau tidak T_T

Walaupun Mrs Pip tidak mempunyai pendapatan tetap, dan hanya bergantung dengan wang yang diberikan oleh mr.Husband, tetapi itu tidak menghalang Mrs Pip untuk mempunyai savings sendiri, walaupun jumlahnya sedikit tetapi alhamdulillah, Mrs Pip masih mempunyai savings sendiri sebagai seorang surirumah.

Sebenarnya , ada banyak cara untuk savings ni, bergantung kepada kesesuaian gaya hidup anda, dan juga perbelanjaan keluarga and masing masing. 

Semua orang kalau boleh nak banyak savings, tapi kalau tak mampu kerana ada banyak komitmen kena lunaskan, it is ok savings sedikit demi sedikit, yakinlah lama lama pasti akan bertambah , membukit dan menggunung, insya allah, amin.

Tips yang Mrs Pip kongsikan ni sekadar guideline saja, korang bolehlah adjust ikut suka citarasa korang ya ... ni antara tips simpan duit cara surirumah , semoga berjaya housewives sekalian. ya lah kan, caranya ni jugalah boleh cakap cara suri rumah buat duit T_T

Simpan duit mengikut warna wang kertas #1


7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
menabung ikut warna wang kertas

Ada orang suka simpan duit ikut warna wang kertas yang dia siap siap dah pilih. Setiap kali warna wang kertas tu ada dalam wallet, dia akan keluarkan dan masukkan ke dalam tabung simpanan di rumah. Cukup hujung tahun, dia bank in. 

Ikut koranglah nak pilih warna wang kertas masing-masing. Ada yang bagitau, wang kertas RM20 tu paling sesuai pasal jarang jumpa, so asalkan TERJUMPA masuk di wallet , jangan guna. Sila simpan dalam tabung. 

Ada pula yang suka simpan RM1 (macam Mrs Pip la) , asal nampak wang kertas RM1 , mesti akan simpan dan memang sayang untuk digunakan.

Ada pula yang suka pilih RM5 , kata dorang RM5 ni TAK BANYAK TAK SEDIKIT , so just nice untuk buat duit tabungan. 

Tapi apapun pilihan wang kertas yang korang suka nak masuk tabung, pokok pangkalnya KENA ADA KOMITMEN dan MENABUNGLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Simpan duit secara mingguan atau bulanan DAN mengikut nilai yang ditetapkan #2

Cara menyimpan sebegini juga menarik. Setiap minggu atau setiap bulan, surirumah akan asingkan sebahagian duit belanja / duit lebihan , dan nilai tabungan mengikut ketetapan korang , dan SILA KONSISTEN menabung secara mingguan / bulanan.

7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
weekly savings - contoh menabung RM30 seminggu

Tips di bawah ni antara cara yang surirumah boleh guna untuk menabung, menarik juga cara sebegini. Kalau nak menabung tapi komitmen jumlah ringgit untuk menabung tu rendah, boleh praktik cara sebegini. Rasanya ok lah , tak perlu menabung pada nilai yang besar, tapi masih boleh ada savings kan.

  • RM1 - simpan setiap hari dalam tabung >>> akhir tahun bagi cukup RM400
  • RM5 - 2 keping seminggu sekali >>> hujung tahun bagi cukup RM500
  • RM10 - simpan 2 keping seminggu sekali >>> hujung tahun bagi cukup RM1000
  • RM20 - simpan 2 keping setiap bulan >>> hujung tahun bagi cukup RM500

Tips cara SURIRUMAH simpan duit
Tips cara SURIRUMAH simpan duit


Kurangkan aktiviti makan-makan di luar. Masak sendiri, dan bawa bekal / bento box ke mana juga anda berada. Dan REWARD diri setiap kali berjaya tahan diri daripada makan di luar #3

Cakap nak menabung, nak berjimat , jadi salah satu cara ialah kurangkan aktiviti makan-makan di restoran / cafe. Kalau surirumah bawa bekal / bento box setiap kali keluar rumah, surirumah dah jimat sekitar RM20 untuk dua orang makan.

7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
bento boxes sedap

Makan di restoran / cafe memang tiada salahnya, tapi kekerapan sila kurangkan, dan setiap kali kamu berjaya tidak makan di restoran, apa kata kamu REWARD diri sendiri dengan  memasukkan RM10 (atau lebih terpulang suka korang) ke dalam duit tabungan kamu.

Dan cukup hujung tahun, sila kira hasil wang terkumpul!

Bawa bento box. Hampir setiap kali kami keluar rumah memang Mrs Pip sudah terbiasa berbento box. Tambahan lagi memang Mrs Pip kurang gemar makan di luar, jadi setiap kali kami keluar berjalan-jalan, Mrs Pip akan sediakan bento box kami sekeluarga.



Ni entry yang mrs pip pernah share satu ketika dulu, dan sampai sekarang memang usaha untuk sediakan bento box setiap kali mrs pip bercadang untuk road trip sekeluarga.



Dan biasanya kalau kami road trip, kami akan pilih tempat makan yang close to nature . Rasa lebih selesa, aman damai gitu sambil menikmati hijaunya alam sekeliling.

Ni namanya EFFORT ya puan puan sekalian. Antara nak atau tak nak saja. Antara nak makan EXTRA SEDAP sila belanja duit kat restoran kegemaran, atau nak makan biasa-biasa saja bolehlah jimat duit bawa bento box ....

Nak buat pun OK, tak nak buat pun OK. Apapun semuanya bergantung kepada gaya hidup dan kehendak masing-masing.

Kalau tiada idea mau menu apa dalam bento box tu, bolehlah google cari idea ...

Iman dah masuk darjah 1 tahun ni, setiap hari Mrs Pip bawakan dia bento box , cuma setiap hari Isnin dia minta RM2 untuk beli makanan di kantin , tapi dia hanya guna seringgit saja, lagi seringgit tu dia bawa balik dan masukkan ke dalam tabung ... Insya Allah, semoga Mrs Pip terus rajin sediakan bento box untuk anak anak bawa ke sekolah.



Tulis perbelanjaan mingguan / bulanan , dan buatlah pembelian dengan berhemah. Track your spending #4

Setiap kali surirumah merancang untuk membeli barang keperluan , tulislah barangan yang ingin dibeli, dan periksa barangan sama ada perlu beli atau beli ikut perasaan jiwa raga jenis tak nak merancang, main beli saja apa yang di depan mata, sampai tersasar bajet perbelanjaan.

7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
track your spending

Jadi, nak elak duit tersasar jauh beli barangan yang tidak diperlukan, maka tulislah barangan yang diperlukan, dan kira bajet anda. 

Dan setiap kali ada lebihan bajet, silalah menabung. Jangan buat perangai setiap kali duit belanja ada extra, setiap kali tu lah nak beli macam macam, tapi menyimpan duit tu nan hado. 

Memandangkan puan surirmah ada TARGET untuk menyimpan, maka menyimpanlah lebihan duit tersebut walaupun sedikit, nanti lama-lama jadi bukit bak pepatah orang dulu-dulu kan.




Membuat simpanan dalam bentuk SIMPANAN EMAS atau UNIT TRUST atau ASB atau simpanan pelaburan lain #5

rasanya ramai yang tahu betapa EMAS merupakan simpanan yang stabil kerana harganya yang sentiasa naik dari masa ke semasa dan harga emas ni, JARANG sangat untuk turun merudum.

Mrs Pip ingat lagi, sekitar tahun 2003 harga emas 916 sekitar RM60/gram , sekitar tahun 2012 harga emas berharga RM180/gram (kalau tak silap) ... 

  • Sekarang ni dah ada simpanan dalam bentuk emas, patuh syariah lagi dan mendapat kelulusan Security Commission iaitu HELLO GOLD. Puan surirumah boleh menyimpan di HELLO GOLD, hanya perlu memuat-turun software Hello Gold, dan ikut langkah-langkah yang tertera di apps HELLO GOLD untuk mendaftar dan seterusnya membeli emas untuk disimpan.
7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
hello gold - buy and sell gold anytime anywhere 

Mrs Pip pun baru tahu mengenai Hello Gold ni, dan baru juga menyimpan RM50 menggunakan Smart Saver, dan berharap akan terus menabung di Hello Gold sebulan sekali.

Target untuk menabung di Hello Gold ialah sebanyak gram emas yang boleh, dan buat masa ini mrs pip memilih untuk menabung di Hello Gold RM50 setiap bulan :) insya allah dipermudahkan semuanya , Amiin.

  • Selain itu, ada pilihan lain seperti simpanan melalui unit trust (yang ini perlukan komitmen bulanan untuk mendapatkan pulangan simpanan seperti apa yang ditarget. Tetapi memandangkan kena savings secara konsisten, so mrs pip so far tak buat any unit trust savings).
  • Simpanan ASB ni yang paling biasa kita tahu dan kita familiar kan. Sekiranya puan surirumah ada lebihan duit setiap bulan, ASB merupakan tempat yang boleh kita menabung. Tabung Haji pun ok juga.
  • Selain itu, boleh buat Investment Savings yang mudah seperti WAHED INVESTMENT. Untuk Wahed Investment, ianya juga sudahpun mendapat kelulusan Security Commission. Dan puan surirumah boleh menabung sama ada sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang, dan boleh membuat investment pada bila-bila masa pada nilai yang korang suka.


Untuk melabur menggunakan WAHED INVESTMENT, puan surirumah hanya perlu memuat-turun apps WAHED INVESTMENT dan ikut arahan mudah yang disediakan di apps.

Update 28/9/20: Alhamdulillah, mrs pip pilih savings melalui unit trust, serendah RM50 simpanan sebulan, dan target savings selama 15 tahun. Kalau ekonomi baik dan maximum keuntungan cecah 12% setahun, jadi selepas 15 tahun tu boleh dapat pulangan sekitar RM28K.

so the more you save, the more you get (dengan syarat ekonomi negara berada pada paras yang baik).

Savings 20% duit untuk hasil jualan / pendapatan tetap / sampingan #6


Sekarang ni, banyak sangat produk yang menawarkan sesiapa sahaja untuk menjadi DROPSHIP / AGENT produk secara percuma (jimat duit tak perlu bayar duit yuran keahlian dan sebagainya).

Mrs Pip juga menjadi agen MOMMY HAPPY , produk menjual buku-buku pendidikan dan antara buku yang menarik ialah

  • 500 Vocabulary (Malaysian Kids Should Know) , 
  • Buku My 12 English Grammar, 
  • Set Buku Tom and Sue with Keywords, 
  • Set Buku Adik Bijak Baca, 
  • Buku Panduan Matematik, 
  • Buku Intensif Soalan Matematik (sekolah rendah), 
  • dan banyak lagi.

Insya Allah nanti Mrs Pip update koleksi buku yang Mrs Pip belikan untuk Iman dan Amin ya.


7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
boleh asing asingkan simpanan mengikut keperluan

Alhamdulillah, bulan lepas ada sales walaupun untung jualan tak banyak mana. TETAPI , sama ada banyak untung atau sikit untung, puan surirumah bolehlah biasakan diri menyimpan sebahagian daripada hasil jualan produk ~ let say buat simpanan 20% daripada untung hasil jualan produk.


Jaga kesihatan dan jika mampu , investlah beli Life Insurance #7


Kita selalu melihat pada angka savings kita di bank .  makin banyak kita menyimpan, kita rasa kita lebih tenang lebih gembira dan kurang rasa risau untuk perbelanjaan di hari tua.

Tetapi, puan surirumah sekalian, sekiranya anda punya lebihan simpanan duit, maka investlah beli life insurance (yang ada medical card lagi elok rasanya). Bayarlah premium bulanan insurance mengikut bajet anda.

Kalau puan surirumah tidak faham tentang insurance , silalah dapatkan pandangan mereka yang pakar dan arif dalam hal-hal insurance. Sila buat perbandingan satu insurance dengan satu insurance yang lain, dan pilihlah insurance yang memberikan perlindungan terbaik untuk diri puan surirumah.

Saya bukan taksub kenapa WAJIB beli insurance, tetapi pengalaman lalu saya melihat dua sahabat saya sendiri yang berdepan dengan masalah kesihatan dan untungnya mereka kerana mempunyai insurance kesihatan / nyawa ketika itu membuatkan perbelanjaan kesihatan mereka ditanggung oleh insurance yang mereka bayar setiap bulan.

7 Tips Cara Surirumah Simpan Duit
life insurance quote

Jagalah kesihatan puan surirumah sekalian (peringatan untuk diri sendiri juga) baik dari segi fizikal juga emosi , rohani dan mental. Ramai yang perlu bertarung untuk mendapatkan kesihatan yang baik. 

Bayaran untuk mendapatkan kesihatan diri itu sangat mahal, dan ada masanya kita tak mampu beli kesihatan itu hatta kita banyak duit sekalipun. 

Ingatlah, buat puan surirumah sekalian, KAMU ADALAH DUNIA BAGI SUAMI DAN ANAK-ANAK KAMU ~ you are the world to your loved ones, that's the reasons why they are so clingy to you, so please take care of yourself. Please get treated if you felt sick. 

Mrs Pip juga invest life insurance , walaupun bayaran premium tidaklah tinggi mana, coverage tidaklah sebanyak mana, tetapi sekurang-kurangnya insya allah ianya membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan untuk membayar bil rawatan perubatan. 

Kita tak minta untuk sakit, tapi kita takkan pernah tahu bila masa kita akan jatuh sakit dan semoga ianya tidak membebankan sesiapa untuk membayar bil rawatan perubatan kita kelak.

Selamat menabung semua, lepas tu bila dah banyak bolehlah guna duit tabungan untuk hal-hal yang berfaedah ;))

thanks for reading, semoga bermanfaat.

cheers.

12 comments:

  1. bagus perkongsian ini...dulu rajin bagi bento untuk anak-anak dan suami...sekarang malas....wahai kerajianan sila datang kembali....hehehhee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, semoga kerajinan datang semula ...

      Delete
  2. nice sharing dear. akak ni kerap sangat makan luar. sebab tak rajin nak masak plus dah tak ramai isi rumah. main pakai beli je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak Yan, saya setakat share pendapat peribadi.
      hope membantu housewife dapat idea nak buat savings.

      Delete
  3. Berusaha nak ada saving sendiri is struggle. Cuba nak berniaga online pulak. Masih mencari lagi apa yang best. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun struggle juga.
      jual online oklah sikit2 ada sales, untung tak banyak mana since saya buat drosphip saja but ok lah at least ada lah income sampingan sikit2.

      Delete
  4. saya yang kerja pun susah nak menyimpan.huhu. start tahun ni, paksa juga menabung. saya pilih menabung ikut warna duit kertas. buat masa ni, pilih kaler hijau..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus menabung, memang kena paksa diri.
      kaler hijau saya menabung seminggu sekali.

      Delete
  5. sangat bermanfaat. saya pun alhamdulillah dah mula nak konsisten buat tahun ni sebab dah habis bayar segala hutang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ....
      jom menabung banyak2..

      Delete
  6. aida xde byk sgt cara. meskipun bekerja, mesti nak saving sendiri.
    1. dinar and jongkong emas. memang dah masuk tahun ke 4 kot masih setia invest emas sebulan 1gram.
    2. dari gaji, rm1k diasingkan ke dalam tabung savings. setiap bulan. ni la dia duit kecemasan sekeluarga. takkan guna tanpa ada sebab.
    3. sspn. tabung haji. kwsp (simpan sendiri). insurans. ni semua wajib la kan. lain tabung, lain fungsi di masa depan.

    selebihnya, tu la duit utk menyara idup kami sekeluarga selama sebulan hingga next gaji, mrspip. ada byk, byk la. sikit? berjimat la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice Aida. Memang penting Ada savings kan. Biar sikit, asalkan ada simpanan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.