Amin Johansen || Sudah Pandai Ada BFF ke?

hi there, dah besar anak kedua mommy ni, Amin Johansen. Kalau dulu kurang cerewet, sekarang ni dah pandai cerewet sikit, kalau dulu kuat merajuk, sekarang ni merajuk berganda ganda dan susah dipujuk. LOL. 

Kalau dulu time dia baby sampailah umur 4 tahun sangatlah tidak friendly, muka masam mencuka sentiasa, sekarang ni AMIN DIAM-DIAM UBI BERISI, dia punya level of friendship dengan kawan-kawan (terpilih) dia, amboi GENG KERAS LA BAH SUNGGUH!

BFF Amin 

so last week kan ada sambutan chap goh meidi sekolah rendah cina, jadi murid tadika cina dijemput la bah juga datang memeriahkan sambutan. ada lion dance ya, tapi mommy malas mau ambil gambar pasal baby Nami agak grumpy time tu. 

Mungkin pasal cuaca panas terik, baby Nami letih atau mungkin juga kerana ramai orang jadi baby Nami ndak begitu selesa.

bff
BFF Amin 

Amin dan kawan-kawan ada buat persembahan, tapi time dia buat persembahan pun mommy duduk nun jauh dibelakang, makanya tiadalah gambar persembahan mommy sempat snap. 

Mengharap ada ibubapa yang share gambar atas pentas, tetapi gambar Amin tidak kelihatan. It is okay, as long as mommy was there cheering and giving some supports ya. Hehe.

Selesai semua murid-murid buat persembahan, kita pun dah makan-makan kenyangkan perut, lion dance pun dah tengah busy buat persembahan, dan mommy layan karenah si Nami yang grumpy, sambil mata tak lepas pandang tengok Amin dan dua kawan baik dia ni berlari ke hulu ke hilir, lepas tu ditambah dengan Iman dan kazen dorang Yuya join the club (Iman dan Yuya tetiba hilang dari radar ketika mommy busy ambil gambar Amin and the Geng).

Penat suruh budak-budak ni duduk diam, tapi energy level dorang punyalah tinggi. Panas-panas terik tu jugalah dorang happy berlari ke sana sini, jadi mommy biarkkan sajalah as long as dorang gembira.

bff
BFF Amin 

Amin sesekali kalau dia sebut nama kawan-kawan dia, JENG JENG JENG yang akan keluar semua nama kawan GEGIRL dia ya ... amboi Amin, kasanova ka apa anak aku sorang ni? salah sorang kawan yang dia selalu sebut-sebut ialah Aqeela ... siapalah Aqeela ni? Mesti serasi dengan Amin pasal Amin ni agak choosy sikit bila berkawan. Kalau chemistry ndak click, memang susah sikit dia mau rapat. 

Waktu dia main lari-lari kejar-kejar dengan Zuriel (budak lelaki dalam gambar atas sebelah Amin tu), tetiba datang girl ni pegang lengan Amin lepas tu ntah apa dorang bercerita, split seconds dorang main kejar-kejar bersama. 

Lepas dah main agak lama, dorang berhenti kejap, dan kebetulan Nami pun dah stop grumpy, mommy pun apalagi, terus terjah jadi mamarazzi , ekekekeke ... dan I is suka tanya nama kawan anak-anak. Ooooo ni lah Aqeela yang Amin suka sebut nama dia di rumah. Manis budaknya. 

Bila mommy suruh bergambar, pandai dia posing. Si Zuriel tu jugalah yang shy shy cat ndak mau tengok kamera mommy. 

Since daddy kerja, so tak dapat join acara sekolah Iman dan Amin. Mommy send gambar Amin yang atas tu bagi daddy tengok. Hahahah #bakalmenantubaru , bukan main gelak si daddy. Kita gurau-gurau saja ya. budak budak kan, dorang pure heart, mana ada diskriminasi sesama dorang. Ni kira memang kamceng la ya boleh gambar main kambai-kambai (orang Sabah bilang) macam tu. 

Semoga anak mommy, Amin Johansen senang berkawan dengan semua rakan sebaya dia since dia ni mommy selalu risau dulu jenis ndak suka berkawan dan selalu menyendiri.

bff
BFF Amin & his classmates

ni pula gambar Amin dan classmates (kelas biru Laoshi Alinah) bersedia untuk buat persembahan. Can you all cari mana Amin dan Aqeela? BFF mestilah berdiri sebelah menyebelah kan.

bff
Iman & Casey

Ini pula gambar Amin , Iman dan Casey. Yang ni kebetulan time mau balik, mommy ternampak Casey. Mommy panggil nama Casey dan ajak dia bergambar dengan Iman, dia ok dan terus snap few photos. 

Casey ni kawan Iman waktu di Permata dulu. Lepas grad dari Permata, hanya Casey, Denzel dan Iman yang masuk tadika Cina, lepas tu bila naik darjah 1, Iman dan Casey ni berlainan kelas tapi masih kenal dan ok jak dorang bergambar bersama.

Cantiknya Casey hari tu pakai dress merah. Oh ya, semua murid dan ibubapa yang datang digalakkan pakai warna merah since celebrate CNY / chap goh mei ...

bff
Iman & his batch

ada yang share gambar atas ni dalam group wasap sekolah. Yang ni murid-murid batch Iman. Semua gegirl nampak so cute gitu pakai warna merah dan ada yang mix in pink #teringinnakbabygirl #tetibapulakbah

bff
the pipkiddos and friends

yang ni pula kebetulan sangat selepas Amin main kejar-kejar dengan kawan-kawan dia, Guru Besar panggil sesiapa untuk bergambar di atas pentas. Aqeela laju jak pegang si Amin bawa naik pentas ambil gambar, kebetulan ada kawan lain, so jomlah kita bergambar. Dan Iman pun tetiba join the small kiddos. 

Iman, sebelah Iman tu mommy ndak tau nama, lepas tu Amin, Aqeela, Ayeisha (ex-Permata , junior si Iman, now classmates si Amin), dan sebelah Ayeisha tu pun mommy lupa nama dia ... adeh!

bff
sister-in-law & yours truly 

dan last but not least, kitorang yang memeriahkan acara pada hari itu. My sister-in-law, Yuya (pipkiddos 1st cousin - dia ni pun dah masuk tadika cina untuk umur 4 tahun , super junior si Amin) , baby Nami yang mood swing hari tu, dan yours truly.

gambar kitorang ndak banyak, masing-masing malas mau ambil extra gambar. Cukuplah sekadar entry mau bagitau si Amin ada BFF, dan kebanyakkan kawan-kawan yang dia rapat ni sumandak-sumandak ya , oppsie!

ada satu part tu, time kami mau pigi kantin makan, tiba-tiba datang gegirl pegang tangan si Amin bawa Amin pigi ambil makanan tempat laoshi dorang sambil cakap dengan "Amin, mari kita tinguk tarian singa sama-sama" ... dan si Amin lupa diri kejap, dia tinggalkan kami dan join kawan gegirl dia tu ... Amboi si Amin, bukan main kau bila jumpa GENG, habis mommy kau tinggal-tinggalkan ...

berbeza dengan si Iman yang concern takut mommy dia sesat jalan di kawasan sekolah, siap pegang mommy lagi jadi penunjuk jalan, hahaha.

ragam anak-anak kan ... mommy korang sporting, jadi kita layan sajalah.

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. hahaha si amin somboy bha, no wonder lah kalau BFF pun perempuan. Mesti si Zuriel dapat tempias juga kalau berjalan sama si Amin hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, Hari ni Amin confess Hana suka dia ... Terkejut kak pip , kecik2 sudah pandai buat confession bah.

      Delete
  2. so cute.
    Ijat plak x tau sgt berkawan dgn girls.
    semua boys. pemalu naw naw naw :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah mcm Iman, kawan perempuan macam susah nak dengar dia sebut nama. Shy shy cat gitew.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. seronok semua, muka happy je ^_^

    ReplyDelete
  5. alahaiiiiiiiiiiiiii.. comel semuanya.. semoga berkawan dengan baik sampai besar hendaknya..

    ReplyDelete
  6. haha..comel..bukan main..amin..diam2 ada bff gegirl..ooo ooh aqeela..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.