Cabar diri keluar dari COMFORT ZONE

hi semua, mrs pip nak kongsi cerita cabar diri keluar dari comfort zone sendiri. hurm, mrs pip ni seorang yang selalu memilih jalan yang mrs pip rasa selesa untuk mrs pip. Mrs Pip kalau bab2 cabaran, memang malas nak ambil pusing, malas nak rasa tertekan pasal tak mampu nak buat, padahal tak tahu lagi boleh buat ke tak? 

kalau kita tak cuba cabar diri, macam mana kita tahu potensi diri sendiri kan ...

contohnya, dulu time single, bila kawan-kawan ramai yang jadi kaki travel, malah ada yang berani jadi lady solo travel , mrs pip tetap di sini tak travel mana-mana pun. 

Kenapa tak travel dengan kawan-kawan? Kerana mrs pip tak suka naik kapal terbang. mrs pip setiap kali naik kapal terbang, ada masalah dengan "airplane headache" , nak pecah kepala rasanya menahan airplane headache ni , plus I am gayat! Aduh.

Selain tu, bila kawan-kawan jadi kaki hiking, kaki climb the mountain, hurmmm I is dengar sajalah cerita dorang panjat memanjat segala bukit bukau dan gunung ganang ni. Me? Errrr takkan pergi climbing la kot ... Selain gayat, mrs pip tak selesa dengan cuaca yang sejuk. Gunung Kinabalu tu sejuk tau!

keluar dari zon selesa

Ok , sekarang ni berbalik kepada cerita terbiasa dengan comfort zone diri. selama ni rasa selesa dengan apa yang ada. rasa tak perlulah nak buat sesuatu perkara yang kita tak biasa. nanti boleh tertekan pula kalau apa yang kita buat tu tak menjadi. 

Tapi, entah kenapa hari tu tertanya-tanya pada diri sendiri 

"Takkan semua benda nak dirisaukan. Tak nak buat pasal takut nanti stress. Tak nak buat pasal takut nanti tak menjadi. Bila nak belajar something new in life ni?"

tergerak hati nak belajar bisnes. tapi mrs pip tiada modal nak niaga apa. tapi pernah terbaca ada sorang adik ni, dia cerita dia laki bini dulu tak da modal berniaga, just buat dropship saja. katanya, kalau betul2 usaha, tak cepat putus asa, dan niat betul, insya allah boleh pergi jauh.

adik ni, time baca cerita dia (tak ingat baca kata mana, tapi ingatlah cerita adik ni), dorang laki bini dari buat dropship saja berjaya buka kedai sendiri. 

cerita adik ni boleh dijadikan contoh yang baik. kena berani, cekal, usaha, jangan cepat stress.

kebetulan ternampak kat status wasap rakan lama dia bisnes produk syampu dan dia sedang cari agen atau dropship yang nak join team dia. 

dan tergerak hati la wasap rakan lama tu, dan lepas dia explain, mrs pip rasa macam nak try la belajar berniaga dengan rakan lama ni.

mrs pip memang tak pandai nak jual produk, tak pandai marketing barang, tak pandai bisnes la pendek kata, tapi alhamdulillah rakan lama ni dia guide, dia  bagi semangat. orang berniaga ni tak boleh cepat putus asa. 

Cabar diri keluar dari comfort zone. Benda yang ndak pandai buat, segan mau buat bagi seorang Mrs Pip ialah berbisnes jual produk ... tapi alahai, sis terjebak jadi #kakijual ...
Semoga seorang Mrs Pip tabah mengharungi liku liku sebagai penjual produk Aura Hijab. - status FB mrs pip 31.10.19

mrs pip terus terang lah, waktu 1st share kat FB produk yang mrs pip jual tu, mak aiiii malu sangat. ndak biasa kan. mrs pip mana pandai buat ayat2 marketing, tapi rakan lama tu ajar, bagi tips, bagi panduan gitu, dan alhamdulillah now dah rasa ok la nak promote produk. rasa malu tu I tepis letak tepi elok elok. Bukan buat benda tak bagus pun ...

slowly, mrs pip keluar dari comfort zone. slowly nak majukan pemikiran yang selalu susah nak terima diri ni ada potensi kalau dicungkil. ekeke. 

Dan part nak travel tu, once anak anak dah besar, ada rezeki , insyaallah akan travel dengan anak anak, tapi part daki gunung tu, mrs pip still tak terfikir nak mendaki.

Anda pernah tak ada perasaan takut nak keluar dari comfort zone sendiri? Dan perkara apa yang anda risau nak buat, rasa tak selesa tapi berjaya juga buat akhirnya? 

yang tertanya tanya mrs pip ni jual apa. nak bagitau semua, mrs pip jual produk syampu aura hijab. mrs pip masih belajar bisnes, so mrs pip pilih untuk concentrate jual satu dua produk  sahaja supaya boleh fokus dengan lebih baik. 

aura hijab ni ada dua produk sahaja buat masa ni

🍀 Syampu Aura Hijab  
(90ml, 200ml, 350ml)
🍀 Hairbooster Aura Hijab (50ml)

aura hijab berkesan rawat  rambut gugur
Produk Aura Hijab

Syampu Rawatan Aura Hijab

* Rambut Gugur Kurang Sepantas 7 Hari Dan Rambut Kembali Lebat *

🌼 Bahan Utama 🌼

Gabungan Formulasi Khas Ramuan Untuk Rawatan Kulit Kepala Dan Rambut Gugur.

*Syampu Pertama Inspirasi Dari Teknologi Nano Korea*

✔Habbatus Sauda Oil
✔Ekstrak Buah Keras
✔Pati Daun Bidara
✔Karbo Minyak

Fungsi Syampu Aura Hijab:

💖 Mengawal Rambut Gugur.
💖 Melebatkan Rambut Yang Nipis.
💖 Mengawal Kelemumur
💖 Melembutkan Rambut
💖 Hilangkan Rasa Gatal Gatal Di Kulit Kepala Gatal
💖 Menghilangkan Bau Rambut Masam

Cara Guna Syampu Aura Hijab

✅Gunakan Syampu Aura Hijab Sehari Sekali
✅ Urutkan Lembut Dirambut Dan Kepala Untuk Nutrisi Meresap 3-5Minit
✅Bilas Menggunakan Air Suhu Bilik Hingga Bersih.

*Gunakan Aurahijab Hairbooster Mist Untuk Kesan Maksimum*
 ----------------------------

Hairbooster Mist Aura Hijab

Kombinasi 4 ramuan natural

🌿 Minyak Bidara
🍀 Minyak Jojoba
🌱 Minyak Tea Tree
🍃 Minyak Argan

Kebaikan Hairbooster Mist Aura Hijab:

✅ Menguatkan akar rambut (Strengthens Hair Roots)
✅ Menyihatkan rambut (Nourishes Hair)
✅ Membantu pertumbuhan rambut (Promotes Hair Growth)
✅ Anti kelemumur (Anti Dandruffs)
✅ Melembutkan rambut (Softens Hair)

Cara Penggunaan: 

Spray di kulit kepala dan rambut 2 kali sehari untuk kesan maksimum

aura hijab berkesan rawat  rambut gugur
Aura Hijab

Semoga lepas ni  lebih banyak potensi mrs pip yang mampu diserlahkan, dan berjaya berhadapan dengan cabaran. Sampai bila asyik risau tak nak kluar dari comfort zone kan?

have a nice day.

cheers. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Cabar diri kita untuk maju
    Semoga terus berjaya keluar daripada zon selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih WP... Hope saya mampu majukan diri sendiri.

      Delete
  2. Alhamdulillah kak.. Semoga maju dgn bisnes dan blogging.. Sy pun buat bisnes sendiri juga kak, jual produk minyak wangi tp x pernah lg jual atau promote d'media sosial. Mungkin sbb xda guide, belajar sendiri kn.. Nak juga belajar marketing nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Nurul, semoga Nurul pun berjaya bisnes dan blogging juga.Kak Pip nampak potensi nurul sbg blogger, so jgn stop blogging ya.

      Delete
  3. Semoga sukses mrs pip.. you can do it..

    ReplyDelete
  4. good luck mrs pip. sama kita mrs pip. saya pun tak ada latar belakang meniaga ni. tapi start buat dropship dulu, mmg best. macam2 karenah customer kita boleh jumpa. kadang kelakar, kadang stress. tapi saya belum lagi sampai tahap yg membanggakan dalam meniaga ni. belum jumpa produk yang betul2 saya boleh jual dengan laku. hehe. sikit2 boleh la. but sokay, kita usaha sampai berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Kita, so far sikit2 jual saja tapi happy dapat buat sesuatu yg bukan kebiasaan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.