November 2019 - MrsPipDotCom
News Update
Loading...

Friday, 29 November 2019

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

hi there, poster dam  ALIF BA TA , cara mudah dan seronok ajar anak anak kenal ALIF BA TA. Iman dan Amin sejak ada poster ALIF BA TA ni, rajinlah dorang main bersama, paling happy kalau memamg hingga kota penamat. 

Sambil main sambil mrs pip tanya dorang, ni huruf apa? rupa huruf ni macam mana? nak stimulate memory dorang kan, kena tanya macam macam supaya senang dorang nak ingat huruf.

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta
Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

nak ajar anak anak kenal huruf ALIF BA TA tanpa perasaan stress tapi seronok dan bermain bersama ? beli saja poster dam.ALIF BA TA ni tau, harga pun affordable.

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta
Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

Ciri ciri poster dam ALIF BA TA atau pun poster ala ala snake and ladder versi tulisan ALIF BA TA ⤵⤵⤵

✅ Berwarna warni dan sangat menarik.
✅ Penuh dengan unsur pembelajaran.
✅ Menyeronokkan dan boleh dimain bersama dadu.
✅ Boleh belajar mengenal perkataan dalam Bahasa Inggeris.
✅ Bersaiz sangat besar iaitu 609 mm x 609 mm. (saiz 2 kaki x 2 kaki)
✅ KALIS AIR kerana diperbuat daripada material Tarpaulin. (material biasa digunakan pada bunting)
✅ Tahan lasak, tidak mudah koyak, tahan lama dan boleh dilipat banyak kali.
✅ Sesuai digunakan untuk 2-6 orang pemain.
✅ Boleh melakukan aktiviti kuiz dan teka objek.
✅ Percuma 2 buah DADU bersaiz 1.4cm X 1.4cm
✅ Percuma 6 buah Dam

PROMOSI! PERCUMA KAMUS RAFIEQI.

Harga RM25.00 , tidak termasuk postage. 

Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta
Ajar ALIF BA TA cara mudah || Poster Dam Alif Ba Ta

Poster ni jenis tahan lasak, kalis air. Boleh bawa travel juga , so sampai kat tempat travel, tak da apa nak buat dlm bilik hotel or homestay, boleh lepak2 ajak anak main sambil2 belajar kan.

boleh main dengan sepupu2 bila datang rumah. mesti happy main sama sama ramai ramai.

kalau ada yang suka, korang wasap laju laju mrs pip ok.

Tekan link wasap di bawah ni ⤵⤵⤵


πŸ“£ mrs pip agen mommy happy , menjual barangan pendidikan - buku, toys, etc 😊

cheers.

Thursday, 28 November 2019

Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng

Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng

hi there, resepi homemade keropok cheezy popiah goreng in the house. pertama kali buat, misi berjaya selepas peram keinginan nak buat keropok cheezy / cheesy popiah goreng ni berbulan bulan padahal nak buat bukan susah mana pun, just 2 bahan saja kan, kulit popiah dan serbuk cheese.

Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng
Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng

bahan bahan nak buat keropok popiah goreng ni ⤵

- kulit popiah (mrs pip guna pek paling kecik, trial kan , risau tak menjadi)

- serbuk cheese (beli pek paling kecik, kat sini 200 gram harga RM6.50 kalau tak silap)

Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng
Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng

cara nak buat keropok popiah goreng ni ⤵

- potong kulit popiah saiz ikut suka korang, tapi better potong kecik kecik macam saiz korang makan keropok goreng mr.potato tu ...
- jangan lupa pisah pisahkan setiap helaian kulit popiah tau ... 

- goreng hingga keemasan, toskan 

- letak popiah yang dah goreng tu dalam container , taburkan serbuk cheese sedikit demi sedikit dan tutup container tu, lepas tu korang shake shake biar semua serbuk cheese sekata kat popoah goreng tu

- nak pedas? taburlah sesudu dua serbuk cili , tapi mrs pip tak letak kerana anak anak tak makan pedas

- jangan letak banyak sangat serbuk cheese, nanti korang mual pula rasa masin berlemak cheese tu (pendapat mrs pip lah)

Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng
Resepi homemade keropok cheezy popiah goreng

mrs pip dapat dalam 2 container guna kulit popiah saiz kecik tu, laju anak anak habiskan satu container. 

happy dorang dapat makan keropok homemade air tangan mommy kan , ekeke. insya allah kita buat lagi ya anak anak keropok cheezy popiah goreng ni, sedap pun sedap, jimat pun jimat. 

hari tu nampak kat kedai jual RM10 sebotol kecik, so dah tahu buat ni, kita buat sendiri. kalau beli bahan bahan, RM10 tu boleh buat 4 container ...

selamat mencuba ...

cheers.

Wednesday, 27 November 2019

Blog capai 1 juta pageviews || 27.11.2019

Blog capai 1 juta pageviews || 27.11.2019

hi semua. hari ini , mata sedikit berkaca. mungkin blog anda dah capai 1 juta pageviews, mungkin dah berjuta juta atau berbelas juta. blog seorang mrs pip baru merasa 1 juta pageviews. VERY ALHAMDULILLAH.

menulis blog ialah passion aku. takkan pernah sama apa yang kita ingin coretkan. takkan pernah sama apa yang kita sasarkan dalam pencapaian blog dan niat kita berblog.

masih banyak perkara yang aku mau perbaiki dalam ilmu berblogging. terima kasih semua viewers yang sudi melawat dan meninggalkan komen di blog mrs pip. 

terima kasih buat semua rakan rakan kenalan kenalan bloggers yang selalu kongsi tips blogging dan sudi mengajar mrs pip ilmu blogging. jasa kalian akan dikenang selalu.

blog ini satu masa dulu terilham untuk mencoret hal anak anak. mula menulis pada 25.02.2015, dan mula berdomain pada Ogos 2017. Lebih 4 tahun untuk mencapai 1 juta PV, semoga lepas ni mampu capai 2 juta PV kurang dari 2 tahun, insya allah.

semoga blog ini berkembang memberi manfaat kepada yang datang singgah membaca.

ada ukhwah yang terbina melalui blog ini. sayang korang ketat ketat. 

perjalanan masih jauh. road to 2 millions pageviews bermula. semoga sentiasa bersemangat untuk menulis.

one million pageviews
one million pageviews

lepas ni nak buat giveaway. insya allah. stay tune ya.

saranghae!

cheers.

Tuesday, 26 November 2019

Quranic Kids Explorer, set pendidikan bermain sambil mengenali Al Quran

Quranic Kids Explorer, set pendidikan bermain sambil mengenali Al Quran

hi there, nak introduce kat ibu bapa yang mencari bahan eksplorasi al quran untuk anak anak, perkenalkan quranic kids explorer.

Quranic Kids Explorer mengandungi 12  jenis permainan dipadankan dengan aurah surah untuk bacaan anak anak.

sila klik link video untuk ke youtube melihat dengan lebih dekat kandungan quranic kids explorer ini.

LINK VIDEO : https://youtu.be/mQHnmGt2jnk



Aktiviti 1: Surah Al-Fatihah
Tajuk: Alam ciptaan Tuhan 🌈


Aktiviti 2: Surah Ad-Dhuha
Tajuk: Siang & malam πŸŒžπŸŒ›


Aktiviti 3: Surah Al-Insyirah
Tajuk: Frame Collage Muhammad πŸ–Ό


Aktiviti 4: Surah At-Tin
Tajuk: Sebaik-baik kejadian πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦


Aktiviti 5: Surah Al-Alaq
Tajuk: Giant pencil ✏️


Aktiviti 6: Surah Al-Qadr
Tajuk: Kalendar Ramadhan πŸ—“


Aktiviti 7: Surah Al-Zalzalah
Tajuk: Letusan gunung berapi πŸŒ‹


Aktiviti 8: Surah Al-Qariah
Tajuk: Layang-layang kupu-kupu πŸ¦‹


Aktiviti 9: Surah Al-Asr
Tajuk: Water timer ⏳


Aktiviti 10: Surah Al-Fiil
Tajuk: Daun dimakan ulat πŸ‚πŸ›


Aktiviti 11: Surah Quraisy
Tajuk: Replika Kaabah πŸ•‹


Aktiviti 12: Surah Al-Ikhlas
Tajuk: Blok Allah & Muhammad πŸ•Œ


===================


APA YANG ANDA DAPAT DALAM SET Q-STEAM ?


Dalam sebuah kotak istimewa Q-STEAM Superb Huffaz mengandungi 12 aktiviti permainan yang terhasil daripada pengkajian dan tadabbur terhadap 12 surah-surah pilihan.


Aktiviti yang diadakan merangsang kognitif, psikomotor dan asertif para pelajar. Ia turut mengaktifkan deria sensori dan seni halus para pelajar.

==================

Buntu untuk membuat aktiviti dari surah hafazan ?.

Buntu nak kaitkan surah-surah hafazan dengan aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Teknologi dan Matematik ?.

Superb Huffaz Global merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai modul dan aktiviti berasaskan al-Quran khusus untuk tadika seluruh Malaysia, Singgapura dan negara-negara berhampiran.

Kini Superb Huffaz menampilkan Kit istimewa yang mengandungi aktiviti Q-STEAM bertaraf antarabangsa sesuai untuk anak-anak berusia 4 tahun ke atas. Ia sangat sesuai untuk digunakan di semua institusi pendidikan awal kanak-kanak sama ada Tadika Kemas, PASTI, mahupun tadika-tadika persendirian yang lain.

Satu set mengandungi 12 aktiviti daripada surah-surah hafazan berasaskan modul hafazan Superb Huffaz. Buku Panduan Lengkap perlaksanaan aktiviti turut disertakan.

Harga satu set lengkap QSteam Kids Quranic Explorer ini ialah RM70.00 (tidak termasuk postage)


Berminat nak beli untuk anak anak atau untuk hadiah anak anak saudara tersayang?

Boleh hubungi mrs pip di www.wasap.my/0138605172/quranicexplorer

untuk pengetahuan, mrs pip merupakan agen bagi produk MOMMY HAPPY, pembekal barangan pendidikan.

cheers..

Monday, 25 November 2019

Selesai Majlis Konvokesyen Iman di Tadika Pei You 2019 || 22.11.2019

Selesai Majlis Konvokesyen Iman di Tadika Pei You 2019 || 22.11.2019

hi there, penutup hari terakhir sekolah 22.11.2019, Iman tamat persekolahan di tadika pei you, dan alhamdulillah selesai juga majlis konvokesyen Iman di tadika pei you, dan semuanya berjalan dengan lancar.


mr.Husband tak dapat attend. It is ok. Ada MIL temankan mrs pip. bawa baby Nami juga. alhamdulillah juga, sepanjang majlis berlangasung, baby Nami well-behaved, terima kasih Allah kerana permudahkan semuanya.


mrs pip datang awal, saja supaya dapat parking dalam compound sekolah, tak berebut nak parking, tak perlu jalan jauh jauh. hehe. Well bila.mr.Husband not around dan kena angkut budak bertiga ni, jadi kenalah bijak sikit merancang urusan kan. 

selalu bila ada mr.Husband, ada aku kesah nak parking kat mana? Tak. lepas tu mr.Husband jugalah yang tolong dukung Nami, manakala Iman dan Amin akan pegang tangan mrs pip, tak pun sebaliknya. 

bila mr.Husband ada, memang tak perlu mrs pip nak risau bab jaga anak bila kami keluar coz mr.Husband lebih prihatin bab bab jaga anak ni, ekeke.


anak anak dipisahkan tempat duduk daripada ibubapa. behave jak semua anak anak duduk kat belakang. bila turn dorang buat persembahan, laoshi akan panggil dan dorang bergerak dalam barisan.


mak oiii, Iman dan BFF dia si Denzel. pantang betul jumpa, bukan main lagi baring baring , ntah apa lah budak berdua ni buat, happy betul. 

mula mula duduk jauh jauh, lepas tu sekali mrs pip pusing, Iman dah gerak pi sebelah si Denzel ... Denzel ni classmate Iman time di Permata, then last year pun dorang classmate juga, tapi this year dorang pisah kelas pula, tapi kalau jumpa macam magnet la pula ....


ni pula Amin, my little romantika sweet pinky boy. Adoi, nama dia panjang berjela. Amin ni jenis romantik lah, jenis sweet little boy, jenis sentimental. suka kaler pink.

Amin ni suka kawan dengam gegirl mungkin. Pink boy kan. Bukan main happy dia bercerita dengan kawan dia tu, sampaikan mommy ambil gambar pun dia buat tak nampak. Hurm.


ni Iman dan kawan kawan standby buat persembahan. gegirl depan Iman tu nama dia Casey. ex-classmate juga dari Permata. this year dorang sekelas, last year lain lain kelas ...


ni Iman buat persembahan. Iman macam ndak happy atas pentas, a bit badmood. tengok dari muka dia pun mrs pip tahu something went wrong ni.

kawan kawan bagi signal kat dia, tapi dia ignore saja. 

Habis persembahan, mrs pip ndak jumpa Iman, dorang get ready pakai baju konvo. 

Lepas habis ambil sijil , mrs pip tanyalah Iman kenapa dia unhappy atas pentas, dia bagitaulah laoshi Ng tiada, jadi laoshi lain ndak pandai ajar dorang menari. Ekeke. Ooooo, rindu laoshi Ng la ni.

Laoshi Ng dalam kenangan, pemergian yang sangat tak disangka pada 11.11.2019 . Ketika pembukaan majlis konvo tu, semua hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit untuk memperingati Laoshi Ng, dan ada video tribute to Laoshi Ng. Sedih bah.


Amin pun buat persembahan juga dengan kawan kawan dia, sukalah Amin dapat main pompom ...


tengok budak budak ni buat persembahan, semua cute cute ... so snap banyak gambar, nanti dah masuk sekolah rendah , entah mau ka ndak ni aktif join kokum macam ni ...


habis Amin buat persembahan, pi cari Iman pula. sempatlah ambil gambar dia berbaris pakai baju konvo, budak lain happy, Iman hurmmmm asyik asyik pursed his lips .. Eh mahal pula senyuman si Iman ni ...


momny doakan Iman n Amin dan semua anak anak mommy ni bukan setakat konvo tadika jak , tapi hingga ke menara gading, amiiin.


Iman bersama guru besar tadika, laoshi Alina Ajor. susahnya Iman nak tengok kamera mommy. muka serius ndak bah dia mau senyum.


Iman dan rakan rakan berbaris selepas menerima sijil tamat tadika.


acara selesai jam sekitar jam 10.30 pagi. lepas tu bolehlah sesi bergambar dengan atas pentas bersama laoshi, tapi hurmmmm Iman refused la pula.


Iman bagitau dia penat dan haus, memang hilang mood mau jalan jalan ambil gambar sekitar sekolah. Ok lah, never mind. Kita gambar berdua di dalam dewan pun ok, at least ada kenangan.

Belon n bouquet tu beli kat luar dewan , all in RM18. Beli dua ler, bagi Amin juga 1 set.


Amin punya belikan kaler pink, kaler fav dia. Belon Amin meletup di dewan la pula, nasib baik dia x nangis n request yang baru. Coklat tu Amin n Iman makan la seketul jak, yang lagi satu bungkus tu duduk elok2 dalam bouquet dorang tak makan pun ...

Next year mrs pip plan nak buat bouquet sendirilah untuk Amin konvo pula, insya allah. daripada letak coklat, better mrs pip letak buku dan alat tulis kan ... ekeke.


Wajib juga ada gambar anak anak dan mak mertua yang temankan kitorang.


Gambar last sebelum pulang rumah. Jomlah balik, anak anak lapar dan penat.

terima kasih pei you for the two wonderful years for Iman 2018 - 2019 .

cheers.

Friday, 22 November 2019

Sedapnya kopi latte Wonda

Sedapnya kopi latte Wonda

hi there, hari tu merasa minum kopi wonda latte. huh, bercinta betul mrs pip dengan kopi wonda ni. sedapnya kopi latte wonda, tak rugi beli.

satu satu nak try test rasa kopi wonda pasal terjebak dengan pengaruh pengaruh korang la cakap wonda ni sedap, why not mencuba semua flavor, ekeke. Kali ini mencuba kopi wonda latte pula selepas mencuba 3 kopi wonda yang lain sebelum ini.

Sedapnya kopi latte Wonda
Sedapnya kopi latte Wonda

latte memang pilihan kegemaran mrs pip .. bila nampak kopi wonda latte ni dah restock di minimarket dekat rumah, terus grab dua tin. 

Alahai, tawakkal jak la yang ni ok. hari tu beli 2 tin kopi tarik wonda, memang cukuplah satu. manis la ... 

Sedapnya kopi latte Wonda
Sedapnya kopi latte Wonda

bila nampak kopi latte wonda ni, check dulu kandungan gula. Ok lah 11gram , separuh daripada kandungan gula untuk kopi tarik wonda tu. Memang sedaplah kooi latte wonda ni tau.

kopi latte wonda ni still manis, tapi reasonable bagi tekak mrs pip la. kalau korang nak kopi kurang manis, bolehlah try kopi latte wonda ni.

tapi untuk yang tengah low diet sugar, jangan korang melantak kopi ni dah lah, nanti addicted pula. sesekali ok lah minum.

Ok lah sedap ... Tak rugilah beli dua tin. Ekeke. Pi lah korang beli dan test. Nnt bagitau sedap ke tak kopi latte wonda ni.

cheers.

Thursday, 21 November 2019

Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com

Giveaway Akhir Tahun HasrulHassan.Com

hi semua. rasanya agak lama juga mrs pip tidak mengikuti sebarang giveaway. dan apabila ternampak blogger hasrul hassan buat giveaway dengan hadiah menarik, manalah tahu ada rezeki masuk bloglist blogger otai kan, jadi terus tergerak hati laju laju nak join. 

saya tidak tahu sama ada blogger lain kenal atau tak encik Hasrul Hassan ni atau lebih dikenali sebagai HH. tapi bai pendapat saya, ramaiiiiiiiii blogger yang kenal HH. saya pun tidak terkecuali kenal HH ni. 

  • saya tidak begitu pasti sejak bila saya membaca blog HH, tapi yang pasti saya ingat blog HH ni kerana blog HH ni antara blog yang menjadi tumpuan saya untuk menimba ilmu tips blogging. dan HH menulis tips blogging dengan bahasa yang mudah difahami, jadi memang rasa santai saja baca blog beliau. dan bagi saya, HH ni salah seorang sifu blogging terkenal di Malaysia. dan tanyalah dia apa saja tentang ilmu blogging, HH tak kedekut ilmu pun untuk berkongsi pengetahuan. ekekeke, pasal saya pun sesekali pi DM dia kat FB tanya itu ini.


giveaway akhir tahun hasrul hassan
giveaway akhir tahun hasrul hassan

  • istimewanya blog HH ni , selain beliau menulis hal hal semasa, cerita cerita santai yang menarik, tetapi ilmu blogging yang dia sudi kongsikan kepada umum secara percuma menjadikan blog dia pusat rujukan buat saya dan blogger lain juga. 


  • paparan blog HH ni tersusun, walaupun banyak iklan, tetapi tidak mengganggu pembacaan pelawat yang singgah di blog beliau. jadi, kalau nak stay lama lama pun kat blog beliau, tiada gangguan pop ups ads atau iklan di tengah tengah entry yang kadang kadang buat saya agak terganggu pembacaan di blog blogger lain.

semoga HH sentiasa berkongsi ilmu blogging dengan kami semua, dan semoga HH dimurahkan rezeki kerana selalu sudi jawab soalan soalan kami yang berkaitan hal hal blogging.

cheers.
Beli Jiwa Anak : kek untuk Amin , beyblade untuk Iman

Beli Jiwa Anak : kek untuk Amin , beyblade untuk Iman

hi there, minggu ni minggu yang busy untuk mrs pip. minggu terakhir persekolahan, dan Iman konvo tahun akhir berada di tadika esok 22.11.2019. Beli jiwa anak, ya begitulah bunyi tajuk entry hari ni setelah sekian lama menyepi. Banyak nak cerita, tapi tak larat nak menaip kerana kekangan masa. Kek untuk Amin dan beyblade untuk Iman.

beli jiwa anak
beli jiwa anak

Amin birthday 5 tahun hari tu 11.11.19 . Tiada sebarang celebration. Birthday dia jatuh pada hari Isnin, hari mr.Husband tiada di rumah kerana bekerja. Nak celebrate di sekolah, tapi Nami not feeling so well, asyik nak mengempeng, maka tiada siapa yang dapat membantu siapkan makanan dan kek untuk Amin.

Dan Amin pula dia tahu hari tu birthday dia, so dia keep on saying "nanti Amin mau makan kek tiup lilin", bukan sekali dua dia cakap statement yang sama, tapi berkali kali tau, sayulah hati mrs pip tengok Amin berharap sangat nak tiup lilin tu.

last weekend , hari Sabtu 16.11.2019 kitorang keluar bawa anak anak jalan kejap buat groceries shopping, lepas tu terus lah sekali belikan kek untuk Amin.

black forest cake
black forest cake

mrs pip beli ready made kek. pilihan yang ada hanya black forest cake, cheese cake, dan fruit cake ... mrs pip pilih black forest coz Amin ni kalau makan kek, dia suka yang banyak krim dan ada cherry.

beli kek setengah kilo, harga RM35.00. mrs pip memang tak sempat nak buat kek, lepas tu kalau buat kek, tak suka letak krim krim ni semua, so mesti Amin reject kek kalau mrs pip yang baking, haha. 

Birthday Amin 5 Tahun
Birthday Amin 5 Tahun

rezeki Amin lah kan, dapat ready made cake yang dia suka. Amin happy. kami pun happy. suka sangat Amin bila kami nyanyi lagu happy birthday , dia tiup lilin dan potong kek. 

beli jiwa anak
beli jiwa anak

Iman pula masih dengan season nak berbeyblade. hari tu daddy lah ambil beyblade Iman gara gara Iman langgar peraturan bawa beyblade pergi sekolah lepas tu malas buat homework, asyik mau main beyblade saja.

daddy letak beyblade dalam stor. haha, time groceries shopping tu, Iman buat muka kesian nak beyblade baru. 

rezeki sangatlah bila daddy lembut hati dengar pujuk rayu Iman nak beyblade baru. bukan Iman saja dapat beyblade baru, Amin pun daddy belikan sekali.

beyblade lama tu daddy keluarkan dari stor dan bagi Iman semula. cuti sekolah pun sudah bermula kan, so biarlah budak budak ni main beyblade di rumah, tapi dengan syarat setiap malam kena belajar dengan mommy sepanjang waktu cuti sekolah ni.

main tu mainlah juga, tapi study tak boleh tinggal kata daddy. happy anak anak dapat toys kegemaran dorang. 

macam inilah kami beli jiwa anak. nak buat dorang happy, tapi tetap kena bersyarat. 

cuti dah start kan. mak mak semua dah planning cuti ni nak buat apa dengan anak anak?

macam mrs pip, planning memang banyak, tapi mr.Husband kerja, so kena adjust ikut masa free dia lah.

kalau mak mak semua mencari buku buku pendidikan menarik , dan fun semasa mengajar, bolehlah wasap mrs pip.

kombo buku cerita sayangku mommy happy
kombo buku cerita sayangku mommy happy

mrs pip agen mommy happy, pengeluar buku buku pendidikan . Buku pun best best, banyak pilihan.

siri buku bestari pantas membaca
siri buku bestari pantas membaca 

ni antara buku buku pendidikan keluaran Mommy Happy . ada banyak lagi, tapi mrs pip share yang ni dulu. nak lagi buku buku lain, wasap mrs pip tau.

500 vocabulary words kids to know in malaysia context
500 vocabulary words kids to know in malaysia context

harga yang tertera tu harga buku sahaja, tidak termasuk postage ya. Pengeposan dibuat seluruh Malaysia. 

sesuai juga kalau nak tambah bahan bacaan anak anak di rumah, atau nak buat bagi anak anak hadiah ... 


cheers.

Wednesday, 20 November 2019

Didik anak menjadi HAMBA baik, agar kelak tidaklah kita berTUANkan mereka

Didik anak menjadi HAMBA baik, agar kelak tidaklah kita berTUANkan mereka

hi semua. Didik anak menjadi HAMBA baik, agar kelak tidaklah kita berTUANkan mereka. Mendidik anak anak memang sangat mencabar, mencabar emosi, mencabar fizikal.

Mendidik anak untuk menjadi manusia berguna, tidak seperti menyelesaikan permasalahan matematik. Setiap ibubapa takkan sama caranya mendidik anak anak, berbeza tetapi objektifnya sama. Semua ibubapa ingin berikan yang terbaik buat anak anak (tidak termasuk ibubapa yang KEJAM!)

Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Sebenarnya, baik zaman sekarang, atau zaman dulu zaman datuk nenek moyang kita pun, memang mendidik anak ni cabarannya besar sangat, tetapi berbeza beza mengikut arus zaman tersebut.


☕Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh. Tapi , masing masing ada pendapat tersendiri berkenaan tajuk entry ni. Bukan nak jadikan anak anak tu hamba abdi atau hamba suruhan, tetapi nak pastikan anak anak menjadi hamba yang molek akhlak kelakuan dan pemikirannya.

☕ Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?

Aku teringat time aku kecik kecik la dulu, umur sekitar 8 tahun mak dah suruh buat kerja kerja rumah setiap hujung minggu atau cuti sekolah. Siap bagi jadual lagi. Kalau tak siap kerja rumah tu, tak boleh keluar bermain.

Sampaikan aku cakap kat mak, eh dah kilat dah cermin tingkap ni, takkan hari hari nak cuci tingkap, nak mop lantai, nak sapu rumah.

Nanti mak aku balas balik, oooo ye lah dah makan kenyang kenyang, takkan hari hari  nak makan pulak?

Kalau tahu hari hari kena makan, macam tu lah juga rumah, hari hari kena bersihkan.

☕ Nah, ada anak dara tapi .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..

Ekeke, berkesan betul teknik yang mak aku guna nak didik aku tanpa paksaan. Dan sampai satu tahap, tak perlu mak aku cakap, aku sendiri yang buat, dan aku sendiri rasa rimas kalau rumah tak bersih. 

☕ Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.

sebab tu start sekarang ni seawal usia dua tahun , mrs pip try didik Iman dan Amin kemas rumah, sapu rumah, tolong buang sampah, siram pokok, cuci tandas etc.

Sampaikan mr.Husband cakap, eiii ni kan kerja perempuan. Tunggulah ada anak perempuan nanti biar dorang buat. Anak lelaki biar buat kerja lelaki.

Eh, banyaklah cekadak. Apa, ingat anak anak ni kalau dah besar tak da anak isteri ke? Kalau isteri sakit, siapa nak tolong buat kerja2 rumah ?

Dan kita ni tak tua ke nanti? Kalau kudrat dah kurang, siapa nak tolong kerja2 rumah? Kalau tiada anak perempuan, macam mana? 

Alhamdulillah, mr.Husband boleh terima pendapat mrs pip. Nak didik anak buat kerja rumah, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, kena didik hal hal basic tolong parents seperti kemas rumah, cuci pinggan mangkuk lepas guna, sapu rumah, cuci kain guna washing machine, angkat kain dari ampaian, bersihkan kawasan luar rumah seperti beranda, porch etc ...

*Anak Jadi ‘Raja’ Semakin  Berleluasa*


πŸ‘‰Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti.

Tak semua parents tak didik anak kan, rasanya ramai yang didik anak sebaik baiknya, tapi yes ada juga parents yang biarkan saja anak anak dorang tak buat kerja, just duduk menghadap tv lah, komputerlah, smartphonelah, etc ...

lepas tu mengeluh anak anak tak reti nak bantu, anak anak tak ringan tulang.

berhenti mengeluh. mulai saat ini, setiap kali buat kerja rumah, ajak anak anak buat sama. tak perlu expect anak anak buat PERFECT, biarlah dorang buat, lama lama dorang akan EXPERTS buat kerja kerja yang dorang biasa bantu kita sebagai mak bapa. 

πŸ‘‰Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?

Ada anak anak lahir dalam keluarga yang berada. Siap ada pembantu rumah, pemandu  tukang kebun etc. Tapi yang aku pernah nampaklah, famili2 kaya ni tetap didik anak mereka buat kerja.

Kekayaan itu privilege, tapi bukan untuk disalahgunakan.

Apapun status kekayaan kita, sebagai mak bapa mari kita didik anak anak tentang ilmu kehidupan. Jadi, bila dorang besar nanti, diharap anak anak kita mampu menghadapi kehidupan dengan cekal. Kita takkan pernah tahu kelak bagaimana hidup kita, mungkin senang mungkin susah.

πŸ‘‰ Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …

*“Kesian anak tu kecik lagi..”*

*“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”*

*“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”*

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua?

Bukan itu sahaja…

πŸ‘‰*Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. .*

Ya, betul sangat. Ada yang dah kawin tapi masih mengharapkan pertolongan mak bapa untuk survive. Masak pun harap mak, basuh pakaian pun harap mak.

Janganlah macam ni. Anak anak jangan dibiarkan menyusahkan kita. Anak anak inilah tempat kita bergantung harap kelak, jadi sewaktu dorang masih muda, kita didik mereka jadi anak anak yang ringan tulang.

Jangan sikit sikit takut anak anak cederalah nanti kalau basuh pinggan. Nanti melecur lah kalau goreng ikan. Ala, nanti tangan kasarlah kalau buat kerja kerja rumah.

Mak oiiii punya risau kat anak anak, tapi tak risau pula bila dah tua nanti anak anak tak reti nak tolong kita. Salah siapa? Salah kita juga tak didik anak anak ...

πŸ‘‰ *Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…*

⏩⏩⏩ yang bab bab masak, aku jenis tak pandai masak. so mak aku macam fed up pula nak ajar aku masak. End up bila dah kawin, husband lah yang banyak bersabar mengajar aku masak, ekeke.

Ajar anak siram bunga bersama

πŸ‘‰Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.

Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.

πŸ‘‰ Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.

*Usah terlalu kasihankan anak*

*Jangan terlalu memanjakan anak*

*Ajar mereka erti susah payah sejak kecil*

*Ajar mereka tentang kerja rumah*

*Ajar mereka erti kehidupan*

*Pupuk kesedaran dalam diri mereka*

*Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.*

*Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.*

*Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.*

*Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.*

Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.

Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.

*Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T*

Kredit: 

https://kifarahmedia.com/didiklah-anak-sebagai-hamba-dari-sekarang-supaya-kelak-tidak-menjadi-tuan/

Di-olah mengikut kesesuaian yang dirasakan oleh penulis. Sekadar berkongsi
Didik anak menjadi HAMBA baik, agar kelak tidaklah kita berTUANkan mereka untuk dimanfaatkan semua.

Happy Parenting.

Cheers.

Friday, 15 November 2019

Percubaan minum kopi tarik Wonda

Percubaan minum kopi tarik Wonda

hi there, percubaan minum kopi wonda lagi. kali ini mrs pip mencuba kopi tarik. ramai yang bagitau kopi tarik wonda sedap. eh, betul kah kopi tarik wonda ni sedap seperti korang bagitau?

rasa kopi tarik wonda
rasa kopi tarik wonda

Tamak juga bila terus beli 2 tin, padahal yang nak minum mrs pip sorang diri. Korang bagitau sedap, jadi teruslah beli dua tin kan. Takut terlebih mengidam nanti, mana cukup setin.

Satu dua tiga teguk! Hurm, sedap sehingga SEPARUH TIN SAHAJA. 

lepas tu terasa MANIS SANGAT!

Jangan salahkan WONDA.

rasa kopi tarik wonda
rasa kopi tarik wonda - kandungan gula 

Ceritanya begini.

Sebelum minum kopi wonda ni, mrs pip dah seminggu low carb dan low sugar diet. Berat pun dah kurang sikit. Pendek kata, mrs pip on #ketodiet.

Jadi, bila low sugar diet / tak ambil pun sebarang makanan minuman manis, memang terasa sangat bila minum minuman manis, manis dia tu susah nak bincang.

Ekceli, kopi wonda ni sedap. Kalau yang ada sugar craving, try minum kopi ni, mesti korang cakap sedap.

Tapi yang low sugar diet, janganlah minum. Tak pasal pasal hancur diet nanti. Nak minum kopi, pi bancuh sendiri. Letak gula berpada pada.

Ok, jom kembali ke pangkal jalan dengan diet yang sihat.

hehe.

Setin lagi tu , mrs pip pass kasi incik suami.

cheers.

Wednesday, 13 November 2019

Resepi kek cawan simple dan sedap

Resepi kek cawan simple dan sedap

hi there, ok hari ni nak share resepi kek cawan simple dan sedap . tak tipu, ni memang resepi paling simple kek cawan warna warni paling senang mrs pip pernah buat. yang tak reti nak buat kek cawan, atau malas nak buat kek cawan leceh leceh , boleh guna resepi kek cawan simple dan sedap ni , eh sedap eh? ekeke.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

Nak buat kek cawan ni, kenapa ianya kek cawan simple dan sedap sebab mrs pip just guna INSTANT FLAVORED CAKE FLOUR , hah gitu lah rahsianya ... kita guna tepung kek segera yang dah ada perisa siap siap, hanya perlu tambah 5 biji telur sahaja.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

Dalam kotak tepung ni, dah ada siap siap gula, marjerin dan tepung. Hanya ikut arahan yang dtertera di kotak luar. Sebenarnya, ini ialah kalau korang nak buat kek segera, gunalah tepung jenis macam ni. Boleh dapat lebih kuramg 1kg kek lepas bakar dan hias kan.

Tapi, mrs pip letak dalam kertas cawan, saja nak mudahkan anak anak makan. Bila dorang mau makan, hanya perlu ambil secawan dua untuk diri masing masing, lepas tu tak perlu mrs pip nak potong2, nak letak dalam mangkuk untuk serve dorang. Ekeke, self service la bah gitu konon.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

mrs pip panaskan oven atas bawah suhu 180 degree Celsius dalam 5 minit, lepas tu bakar kek cawan dalam 30 minit. Tapi 5 minit terakhir tu mrs pip guna api bawah sahaja, dan suhu dikurangkan sedikit.

Ni ikut oven masing masing la ya, dan kena perhatikan takut bahagian atas kek terbakar hangus nanti tak cantik la pula, tapi kalau korang yg nak hias kek cawan dgn icing atau krim, terbakar sikit pun tak pa, lepas hias tak nampak pun kesan hangus sikit tu.

Bila masukkan adunan dalam kertas kek cawan, masukkan agak agak dalam 1/3 adunan sahaja kerana adunan akan kembang gebu naik ke atas , penuh kertas kek cawan tu nanti macam gambar mrs pip tu.

kek cawan simple dan sedap
kek cawan simple dan sedap

Dan ini Amin, my little assistant ni. Setiap kali mommy atau daddy masuk dapur, dia paling rajin join, paling banyak bertanya macam mana nak masak itu ini. Dan paling kerap jadi tukang kritik masakan kitorang.l, haha ekceli dia bukan kritik apapun, dia just nak rasa, tak sabar nak makan ...

tepung  bunga raya buat kek cawan simple dan sedap
tepung  bunga raya buat kek cawan simple dan sedap

Tada! ni lah tepung kek yang mrs pip guna , iaitu tepung kek bunga raya. Ada 4 perisa yang mrs pip pernah cuba iaitu vanilla, pandan, oren dan coklat.

Tapi untuk perisa coklat, mrs pip tak suka sangat rasa coklat tu, so nak buat kek coklat, mrs pip adun sendiri guna resepi purba dari mak mrs pip, ciaciaci.

maybe korang boleh guna jenama tepung lain perisa coklat kot untuk instant cake, apapun taste masing masing kan ... Untuk perisa lain jenama tepung bunga raya ni, mrs pip so far rasa sedap di tekak mrs pip.

So, nak buat kek cawan sendiri? Boleh guna instant cake flour ya ... Senang sangat senang. Nak hiaskan tu, ikut la kreativiti masing masing ...

Next time nak buat kek cawan berkeju pula , bilalah ada masa nak baking lagi ni?

cheers.

Monday, 11 November 2019

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun || 11.11.2019

hi there, setiap tahun pada 11.11 tatkala satu Malaysia busy buat online sale besar-besaran dengan tawaran harga rambang mata dan ada sesetengah seller yang sanggup ambil kesempatan menipu dengan gimik marketing , seorang mrs pip busy layan birthday anak >>> Amin Johansen. 

Yeah, setiap tahun pada 11.11 adalah harijadi anak kedua mrs pip, our little chipumpum atau lebih suka dipanggil dengan nama penuh dia;  Amin Johansen.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Tahun ni Amin dah berusia 5 tahun. Imbas balik zaman pregnantkan Amin, very alhamdulillah mrs pip tiada sebarang masalah kesihatan , senang sangat dengan Amin ni. Loya pun sebelah malam sahaja, tu pun sekejap saja ... Mengidam pun hanyalah setakat soto daging. 

Cuma , Amin ni baby songsang. Dan yes mrs pip menjalani prosedur memusingkan Amin di Hospital Likas agar kedudukan Amin di dalam perut membolehkan mrs pip bersalin normal. 

Dan pengalaman pusing baby ni masya allah, sakit tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa sakit tu lebih parah (bagi mrs pip lah) berbanding kau nak meneran lahirkan baby.

Menangis tau mrs pip tahan sakit waktu doktor pusingkan baby, tapi alhamdulillah dapat doktor yang sangat memahami, dua doktor yang buat prosedur tu, dua kali kena buat coz yang 1st pusing tak berjaya ... 

Tapi, Allah tu Maha Penyayang kan ... Dah sakit time kena pusing, Allah mudahkan sewaktu lahirkan Amin ni, sangat2 mudah. Perut tak sakit sangat, teran pun sekali harung baby terus keluar. 

Amin sewaktu kecil sampai sekarang ni, mudah nak urus. Semoga anak mommy ni membesar dengan molek. Secantik nama yang mommy bagi, begitulah seindahnya kamu membesar ya Amin. 

Semoga Amin sentiasa menjadi orang yang AMANAH seperti nama yang kamu bawa.

Happy Birthday Amin Johansen 5 Tahun 

Kompilasi gambar gambar Amin ❤ tiada sebarang perancangan untuk celebrate birthday Amin di sekolah (mommy masih sedih dengan pemergian Laoshi Ng, guru kelas Iman yang passed away di awal pagi hari ini 11.11.2019).

Dan kebetulan daddy tiada sepanjang minggu kerana urusan kerja, jadi once again postpone untuk celebrate birthday Amin (most probably kita akan celebrate birthday anak-anak sekali harung once mr.Husband tak busy kerja >>> birthday Iman dan Nami pun tak celebrate lagi, ekeke) ...

Tapi as usual, mommy tetap ingat birthday anak anak, dan sediakan kek untuk anak anak ... Iman hari tu request kek coklat, Amin pula tak request apapun, so mommy just sediakan cupcakes untuk kudap kudap.

Tunggu daddy tak busy, nanti kita plan celebrate birthday Amin ya. Nasib baiklah anak anak jenis tak cerewet bab celebrate birthday ni, alhamdulillah ...

Mommy dah plan nak bawa piknik ... Semoga rancangan berjaya pigi piknik. Rindulah dengan laut dan pantai ... Kalau tak jadi piknik di pantai, maybe bawa pergi indoor atau outdoor playground, tengoklah nanti macam mana kan ...

Apapun, HAPPY BIRTHDAY AMIN, we all love Amin to the moon and back . 

Saranghae.
Selamat jalan Laoshi Ng  😒

Selamat jalan Laoshi Ng 😒

hi semua, bangun pagi2 seperti biasa siapkan anak-anak pergi sekolah. aku teruja sikit coz hari ini Iman nak photoshoot gambar konvo tadika 6 tahun bersama kawan sekelas dan laoshi dia (kalau aku tak silap , hari ni kot, erk)

last Friday hari tu time aku pick up Iman dan Amin , balik awal dari sekolah gara-gara banjir, sempatlah aku berbual kejap dengan laoshi Ng, guru kelas Iman ni. Lemah lembut orangnya. 

Hari ni 11.11, selain aku teruja nak siapkan Iman pergi sekolah dan siap bagitau dia hari ini nak photoshoot gambar, so jangan kotorkan baju, nanti Iman tak hensem pula kalau comot, hari ni juga ialah HARIJADI AMIN ke-5 tahun ... 

anak anak dah siap pakai baju, tinggal tunggu kungkung dorang hantar jak lagi ...

TAPI ....

Gerak hati aku buka wasap sebelum anak anak pergi sekolah, aku nampak RIP pula kat wasap group sekolah anak .. Ooooo, maybe ada keluarga anak2 yang passed away kot ...

Biasa aku tak scroll atas tengok siapa yang RIP, cuma pagi ni aku rajin pula scroll dan ternampak nama RIP yang disebut tu ... Aku macam percaya tak percaya saja ...

aku tengok Iman, dia tengah betulkan kolar baju ... aku pandang Amin, dia tengah pakai stokin ...

laoshi pei you meninggal

hari ini, dengan dukacitanya guru kelas Iman , guru kelas bagi pelajar umur 6 tahun, kelas ungu, sekolah tadika pei you, LAOSHI NG SIAU VIN (atau Iman panggil laoshi Cau Ing), telah meninggalkan semua warga Pei You buat selama-lamanya.

Laoshi, you will always be rememmbered in our kids good memory. You will be loved forever in their heart. 

Takziah buat keluarga Laoshi dan seluruh warga Pei You berkabung dan bercuti untuk hari ini 11.11.2019.

Aku pegang tangan Iman dan gosok2 belakang dia, aku bagitau hari ini cuti, laoshi chiam bagitau yang laoshi ng sudah meninggal.

sepertu biasa, banyak soalan Iman kena aku jawab. dia macam bagi muka weird kenapa laoshi dia meninggal padahal hari tu dia baru juga dancing2 dengan laoshi dan kawan kawan.


ni gambar kenangan sambutan hari raya 2019 di sekolah Iman. Gambar ni baru saja dimuatnaik dalam wasap group sekolah Iman tadi petang ... Iman duduk paling  kanan barisan depan tu ....

Aku nampak gambar ni, aku rasa down lagi, pagi tadi aku siap nangis bila tau laoshi ng passed away. bila nampak gambar ni petang tadi, once again aku sedih. Aku sebak weyh.

Normal kan untuk sedih. Tak da kaitan saudara pun, tapi pasal selalu nampak laoshi kat sekolah, tetiba she is gone without saying goodbye, memang sedih kan. Moreover, laoshi ng ni penyayang orangnya. Eh, laoshi mana yang tak sayang anak murid kan?

RIP laoshi. Take care semua.

Saturday, 9 November 2019

Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask

Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask

hi beauties, Kulit wajah lembap dan lembut dengan Innisfree Green Tea Sleeping Mask. Hari ni mrs pip mahu review Innisfree Green Tea Sleeping Mask. mrs pip beli mask ni di laman web ALTHEA beberapa bulan yang lalu, baru hari ini ada kesempatan untuk buat review Innisfree Green Tea Sleeping Mask yang melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit wajah lembut keesokan harinya.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Tekstur

Innisfree Green Tea Sleeping Mask ini merupakan krim muka bertekstur sedikit 'jelly' , dengan haruman esen green tea yang menjadi bahan utama. 

Innisfree Green Tea Sleeping Mask didatangkan dalam jar hijau yang senang dibuka dan ditutup, dengan isipadu sebanyak 80ml.


Waktu Penggunaan

Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan pada malam hari, sesuai dengan namanya sleeping mask kan, dan Innisfree Green Tea Sleeping Mask berfungsi untuk melembabkan kulit wajah dan memperbaiki pH kulit semalaman agar kembali sihat keesokannya.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Cara Penggunaan & Kekerapan Penggunaan


Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan sebagai sapuan terakhir selepas anda menggunakan night skincare anda.


Nota: Pastikan anda mencuci tangan dengan bersih sebelum menggunakan produk tersebut untuk tujuan hygiene , dan lakukan patch test untuk memastikan kulit anda tiada alahan / alergi dengan produk berkenaan.


Anda hanya perlu menyapukan Innisfree Green Tea Sleeping Mask ke seluruh wajah anda dengan sekata, dan rasai hasilnya keesokan hari. Ianya juga mudah menyerap ke dalam kulit wajah.


Bagi mrs pip yang sudahpun menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask, memang terasa kulit lembap, lembut dan gebu keesokan harinya, dan tiada rasa 'greasy' atau kulit terlebih minyak mahupun kekeringan. 


Memandangkan tujuan utama Innisfree Green Tea Sleeping Mask ialah untuk melembapkan kulit wajah dan memperbaiki kulit agar lebih sihat, jadi untuk mengelakkan kulit wajah mrs pip terlebih lembapan yang mungkin boleh mengakibatkan kulit berminyak, jadi mrs pip hanya meletakkan Innisfree Green Tea Sleeping Mask sebaik sahaja mencuci muka.


Walaubagaimanapun, anda eloklah mengikut panduan penggunaan yang diberikan untuk mendapatkan hasil yang optima.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Perlukah Innisfree Green Tea Sleeping Mask digunakan setiap malam?


mrs pip tertanya-tanya juga kalau sleeping mask boleh digunakan setiap malam. melalui maklumat yang mrs pip jumpa di Google , ini jawapan yang mrs pip jumpa.


Tina from Laneige explains that the night cream is a daily hydration booster whereas a sleeping mask acts as an “emergency beauty treatment”, and can be used once or twice a week. “Because of their potency, sleeping mask is not recommended for everyday use. Overuse of masks can actually cause it lose its efficacy. It is important to use the products according to its recommended usage,” she explains.


Sumber : https://dailyvanity.sg/questions/difference-between-sleeping-mask-and-night-moisturiser/


Jadi kalau kefahaman mrs pip, melalui apa yang dijelaskan oleh beauty expert Tina dari Laneige , penggunaan sleeping mask bukanlah untuk kegunaan setiap malam, hanya untuk satu atau dua kali seminggu sahaja , cukup sebagai booster kepada kulit wajah.


Amat penting untuk kita mengetahui cara menggunakan sesuatu produk dengan betul mengikut apa yang disarankan oleh produk berkenaan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan mengelakkan masalah lain akibat overuse sesuatu produk.

review innisfree green tea sleeping mask
review innisfree green tea sleeping mask

Review selepas menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask 


Selepas menggunakan Innisfree Green Tea Sleeping Mask, mrs pip berasa puas hati dengan produk tersebut. Innisfree Green Tea Sleeping Mask membantu melembab dan melembutkan kulit muka. Kulit muka terasa gebu keesokannya.


Pembelian semula?


happy guna Innisfree Green Tea Sleeping Mask, kulit wajah pun rasa toink toink gebu gebu lepas guna ... suka sangat dengan sleeping mask ni, cara penggunaan pun mudah, nak cuci pun mudah.

so, absolutely worth my money for re-purchase.


jimat pembelian Innisfree Green Tea Sleeping Mask secara online dengan cara mendapatkan CASHBACK


selain di Althea, anda juga boleh membeli produk Innisfree di laman web kecantikan seperti Hermo, dan juga boleh cari di Lazada ataupun Shopee.

since sale 11.11 sedang berlangsung, mrs pip sarankan anda semua menggunakan laman web SHOPBACK untuk mendapatkan CASHBACK.

mrs pip pengguna setia SHOPBACK sejak setahun dua ni, dan setiap kali membuat pembelian secara online, mrs pip akan periksa SHOPBACK dulu sama ada laman web tersebut ada tersenarai atau tak (tapi kebanyakkan laman web terkenal untuk online shopping termasuk travel website tersenarai di SHOPBACK), dan akan menggunakan SHOPBACK untuk lebih penjimatan.

tak percaya? tengok jumlah shopback hasil pembelian online shopping, kebanyakkannya melalui laman web shopee, lazada, althea, photobook, etc.


cashback di shopback
shopback terkumpul


kalau anda nak info atau nak tahu lebih lanjut mengenai SHOPBACK ini, anda hanya perlu tekan link di sini

dan kalau anda nak terus daftar SHOPBACK apps, anda hanya perlu tekan di sini


itu saja review personal mrs pip mengenai Innisfree Green Tea Sleeping Mask, harap review ni membantu anda membuat keputusan untuk menggunakan produk ini, dan semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done