5 Cara Mudah Beli Barang di Lazada Guna E Wallet || Kalau anda membeli barang menggunakan Lazada, Mrs Pip nasihatkan anda beli menggunakan E Wallet Lazada. Anda tahu tak now dah ada Lazada Wallet? Dan anda tahu tak betapa mudahnya membayar menggunakan Lazada Wallet kerana ia memberikan rebate kepada anda sekiranya anda menggunakannya untuk membuat transaksi pembelian.
dan bagi korang yang jarang jarang beli belah di Lazada, atau memang tak tahu kewujudan Lazada Wallet ni padahal selalu saja membeli belah dilaman e-dagang ini, meh sini mrs pip nak share kat korang cara mudah beli barang di Lazada guna E Wallet.
5 Cara Guna LazadaWallet
Apa itu Lazada Wallet? Lazada Wallet ni lebih kurang sama saja kalau korang beli barang guna intenet banking untuk bayar barang , E Wallet Lazada fungsi dia pun macam tu juga, guna untuk bayar barang.
1. Kalau Lazada Wallet kosong, macam mana nak guna? [ cara top up lazada wallet ]
lepas korang pilih barang kat Lazada, dan nak buat payment kan, korang pilih LAZADA WALLET ok, tak kira la ada duit atau tak kat dalam E Wallet tu ... pilih saja dulu ...
dah pilih Lazada Wallet, katakan ada duit kat dalam tu, so Lazada akan deduct amout kat dalam wallet tu, dan katakan duit tak cukup dalam wallet tu, Lazada akan redirect korang ke internet banking untuk top up amount yang tak cukup tu ke dalam Lazada Wallet
contoh:
Harga Barang : RM100.00
Isi Lazada Wallet : RM40.00
so lepas deduct RM40.00 , Lazada akan redirect korang ke internet banking untuk korang top up lagi RM60.00 , lepas tu selesai pembayaran di Lazada! yeah.
kalau Lazada Wallet tiada duit, macam mana pula?
ok, kalau tiada duit di E Wallet, korang pilih saja Lazada Wallet, nanti Lazada akan redirect korang ke internet banking untuk korang top up duit so bolehlah bayar harga barang yang korang beli.
DONE pembayaran.
2. Apa kelebihan E Wallet Lazada berbanding bayar guna internet banking?
sebenarnya , guna Lazada Wallet or internet banking, mana mana pun ok saja, tapikalau guna E Wallet ni ada sedikit kelebihan.
apabila korang guna LAZADA WALLET ni selalu, Lazada akan berikan korang rebate , dan Lazada akan memasukkan terus ke E Wallet korang ...
mrs pip tak sure tau mcm mana pengiraan rebate Lazada tu, tapi since guna Lazada Wallet beli barang, mrs pip dah tiga kali dapat rebate.
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet |
Apa itu LAZADA REBATE ? [ Cara Guna Rebate Lazada ]
Rebate ialah sedikit pulangan wang yang diberikan semula kepada kita. pendek kata, dapatlah sedikit penjimatan kat situ ...
kalau selalu guna internet banking bayar di Lazada, tak pernah pun dapat rebate, ni guna Lazada Wallet, dah tiga kali dapat rebate! eh, happy la, kumpul sikit2 , lama2 banyak la tu ...
3. Rebate E Wallet Lazada ada tarikh luput tak
ok, so once Lazada dah bagi rebate, YES ada tarikh luput .. korang kena check bila tarikh luput tu ...
gambar atas ni ialah transaksi LAZADA WALLET mrs pip .. nampak tak yang bulat merah tu? yang tu mrs pip dapat REBATE masuk ke dalam LAZADA WALLET mrs pip ... nampak ada tarikh luput kat detail tu kan ... so, dah dapat rebate tu, kena guna sebelum tarikh luput ok ...
4. Boleh withdraw tak rebate dari Lazada Wallet ni?
Rebate tak boleh withdraw.
so mcm mrs pip, tak risau pun pasal REBATE tu pasal memang akan guna untuk top up / bayar line XOX mrs pip , ngeh ngeh ngeh ... tak pun, mrs pip memang pengguna Lazada pun untuk beli barang ...
gambar atas ni Lazada Wallet ... boleh check kat My Account Lazada korang.
nak tambah duit Lazada Wallet, just klik TOP UP
let say la korang beli barang, tapi barang tak deliver, so selalu Lazada akan refund, so refund tu masuk kat Lazada Wallet ... kalau dulu Lazada refund masuk akauun bank ... kalau refund yang mcm ni, boleh withdraw masuk akaun bank korang ...
Duit REBATE dari Lazada tidak boleh withdraw ke akaun bank, tetapi selain beli barang, duit rebate tu bolehlah digunakan untuk reload handphone atau boleh guna untuk bayar misalnya.
Antara sebab kenapa Mrs Pip selalu beli barang di LAZADA ialah kerana shipping fee yang murah dan adakalanya percuma pengeposan ke Sabah.
JIMAT DI LAZADA GUNA SHOPBACK
5. Guna Shopback untuk lebih penjimatan
Manakala, untuk LEBIH PENJIMATAN, mrs pip akan guna SHOPBACK untuk dapatkan EXTRA REBATE / CASHBACK , dan yang ni boleh withdraw.
tapi, nak dapatkan Cashback kat Shopback selepas pembelian di LAZADA, kena guna SHOPBACK APP, kerana hanya pembelian melalui LAZADA APP akan diberikan CASHBACK.
Jadi, korang yang ada LAZADA APP tu,
📌jangan terus buka Lazada App, TAPI
📌korang download dulu Shopback App, then
📌dah download dan register ,
📌login Shopback App,
📌pilih Lazada dalam Shopback App ok, then biar Shopback ni yang bawa korang ke Lazada App,
📌dah masuk Lazada App, bolehlah shopping seperti biasa.
dan gambar kat atas ni, ialah aktiviti pembelian mrs pip menggunakan SHOPBACK.
nampak tak yang mrs pip bulatkan kat paling atas wrna hitam sebelah kanan tu? tu ialah jumlah CASHBACK terkumpul sehingga ini, dan boleh withdraw anytime masuk akaun bank T_T
dan yang bulat-bulat merah ni, ialah aktiviti pembelian mrs pip di LAZADA bantuan Shopback App ... nampak tak nilai ringgit Cashback yang diberikan oleh Shopback ke dalam akaun mrs pip?
kumpul kumpul, lama lama banyak la juga kan ... eh, siapa nak bagi cashback ni kan? dah lah mrs pip ni memang kaki online shopping. tengok, dah dapat RM51.54 ...nanti nak withdraw, insya allah.
selain Lazada, mrs pip guna SHOPBACK ni untuk shopping di 11Street, Printcious, dan Althea ... ni antara cara penjimatan yang mrs pip buat ketika shopping online.
Sudah tahu cara mudah beli barang di Lazada guna LAZADA WALLET, nextime jangan lupa guna Lazada Wallet untuk buat pembayaran barang yang korang beli di Lazada ok.
dan jangan lupa juga kena register akaun SHOPBACK untuk lebih penjimatan beli belah online ni ... boleh klik utk register link di bawah.
semoga info yang dikongsi ni bermanfaat.
Update:
- 20.09.2019: hasil CASHBACK yang mrs pip dah kumpul di SHOPBACK ialah RM91.69. Cukup RM100, nak withdraw! Yeay.
- 25.01.2020: Berjaya Cashout duit di Shopback
kalau korang yang memang selalu shopping online, sangatlah UNTUNG kalau korang guna SHOPBACK ... see, siapa nak bagi CASHBACK? Slow slow kumpul , lama lama jadi banyak kan ...
selain tu, korang juga boleh baca mengenai kelebihan kad B Infinite
selain tu, korang juga boleh baca mengenai kelebihan kad B Infinite
jadi yang belum tahu menggunakan cara beli barang di Lazada guna E Wallet, mrs pip berharap perkongsian ini bermanfaat.
cheers.
Updated May 2020:
Lazada sudah tidak tersenarai di dalam Shopback untuk mendapatkan Cashback. Walaupun begitu, masih banyak store lain yang menggunakan Shopback untuk memberikan Cashback kepada pelanggan seperti Zalora, Hermo, Althea, Boost, Traveloka dan sebagainya.
20 Comments
Bagus perkongsian mrs pip ini.. Membeli belah dan dapat pulangan..
ReplyDeletehope perkongsian ni bermanfaat utk semua :))
DeleteYaya belum try lagi shopback app.
ReplyDeletetq share info.
kalau selalu beli online, boleh guna shopback utk extra jimat :))
Deletewah menarik ni! hehe btw saya follow sini :D #376
ReplyDeletehttp://sayesyadiya.blogspot.my
semoga perkongsian ni bermanfaat ...tq follow blog mrs pip.
Deletejarang shopping kat Lazada so kalau ada tarikh luput memang tak syok lah kalau dapat rebate pun :P
ReplyDeleteAnyway, nice sharing kakpip!
memang rugi kan kalau ada tarikh luput, tapi kak pip every mth byr bil XOX di thru Lazada, so berguna juga rebate tu :)) ....
Deleteni godaan kita utk shopping selalu kat lazada la ni..hehe...akceli first time tahu pasal lazada wallet ni..jarang shopping kat lazada kalau tak ada menda nak beli...but good sharing...
ReplyDeletebijak Lazada ni , saja bagi rebate kan supaya kita slalu shopping kat sini.
DeleteOh! baru tahu apa lebinya guna Lazada wallet ni.
ReplyDeleteNext time nak try gunalah.
Thanks for sharing ya.
nextime , guna saja tu Lazada wallet, so boleh dapat rebate kan..
DeleteKaella baru tahu ni. Kalau macam ni kena try isi lazada wallet la pula hihi
ReplyDeletenext time better guna lazada wallet :))
DeleteWau..menarik apps Lazada wallet ni. Sis pengguna Grab Pay dan Touch N Go wallet je. Belum pernah try Lazada wallet. Maybe sebab bukan pembeli setia Lazada. Apa pun penggunaan bergantung pada keperluan masing-masing kan. Tapi dapat rebat tu yang best..hehe
ReplyDeleteJemput baca entry Sis mengenai Grab Pay dan Touch N Go reload juga...
https://bebeldotcom88.blogspot.com/2019/02/order-grab-food-menggunakan-grab-pay.html
Rebate tu boleh guna utk beli barang kat lazada ke tak?
ReplyDeleteKak nak tanya. bila kita nak guna lazada wallet. Tetapi xleh. Sebb time dia minta no. Fon untuk dia kirim no. Kod tu kan. xBoleh. dia kata no. Fon ni telah digunakan. Kenapa eh kak?? apakah kena pakai no. Fon baru ke kak?? untuk mengaktifkan lazada wallet tu. Sb saya xde bank card juga. Sllu bile shopping kat lazada ni byr melalui 7E. terimakasih Ksh sblmnya untuk jwbn akk. 😊
ReplyDeleteTarikh luput biasanya berapa lama ye
ReplyDeleteSis, tengok dekat details tu, memang Ada tulis expiry date.
ReplyDeleteHai adik Unknown, untuk aktifkan Lazada Wallet, akak x pasti pula kalau kena ada new phone number kalau phone lama dah ada yang guna. Maybe adik boleh cuba register new phone , tengok ok ke tak.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.