Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank! - MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

Saturday, 25 January 2020

Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!

hi semua. Alhamdulillah, mrs pip berjaya cashout duit di SHOPBACK buat pertama kalinya, hanya perlu tunggu 3 hari bekerja sahaja duit yang kita cashout / withdraw dari SHOPBACK akan masuk ke akaun bank! WOW, cepatnya SHOPBACK transfer duit ke dalam akaun kan. SHOPBACK tak tipu.

alkisahnya, mrs pip ada ternampak orang tweet yang SHOPBACK ni menipu pasal sesuka hati cancel dia punya CASHBACK, dan SHOPBACK ambil masa yang lama sangat untuk earnings yang kita dapat tu boleh di-cashout-kan ke akaun bank masing-masing.

sewaktu baca tweet orang tu, mrs pip rasa EH, BETUL KAH SHOPBACK TIPU? bila check, mrs pip ada sejumlah RM101.30 yang boleh di-cashout-kan , jadi tak fikir panjang, bagus mrs pip cuba cashout-kan duit ni, betul atau tak SHOPBACK menipu seperti yang orang tu tweet.


cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

kalau tengok screenshot SHOPBACK milik mrs pip, nampak ada RM101.30 yang dah available boleh di-cashout-kan, dan masih ada sejumlah RM79.81 pending , tunggu masa untuk di-transfer ke status AVAILABLE.

kenapa SHOPBACK bagi status PENDING?

  • sebelum ni, mrs pip pernah buat satu entry lengkap mengenai SHOPBACK, dan siap bagitau jenis jenis status yang terdapat di SHOPBACK.

  • setiap kali anda menggunakan SHOPBACK untuk online shopping  dan selepas transaksi berjaya, SHOPBACK akan memberikan CASHBACK ke akaun SHOPBACK anda.

(contohnya anda membeli di LAZADA, SHOPEE, ZALORA, BOOST, AGODA, TRAVELOKA, dan ada lebih 500 website online yang berdaftar di SHOPBACK)

  • CASHBACK yang masuk ke akaun SHOPBACK anda akan berstatus PENDING selama 90 hari kerana salah satu sebabnya ialah SHOPBACK perlu confirmed-kan pembelian online anda adalah TIDAK BATAL.


contohnya: 

  • mrs pip beli beg di ZALORA melalui SHOPBACK, dan pembelian berjaya dibuat. pada ketika pembelian berjaya dibuat, SHOPBACK akan memberikan CASHBACK kepada mrs pip.

  • Malangnya, seller di ZALORA gagal menghantar beg yang dibeli mengikut masa yang diberikan, maka ZALORA telah membatalkan urusniaga tersebut dan memulangkan wang mrs pip. 

  • apabila berlaku transaksi sebegini, SHOPBACK juga akan membatalkan CASHBACK yang diberikan tadi kerana urusniaga dianggap tidak berjaya di ZALORA.

  • sekiranya berlaku pembatalan urusniaga, status CASHBACK akan bertukar menjadi REJECTED


Anda boleh baca dengan lebih lanjut pada entry mrs pip di bawah ini


cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

Bagi anda yang ingin membuat cashout di SHOPBACK, anda boleh memilih sama ada membuat bank transfer ke akaun bank anda, ataupun ke E-wallet (Boost sahaja yang ada buat masa ini di SHOPBACK).

untuk withdrawal ke akaun bank, ianya mengambil masa selama 3 hingga 5 hari bekerja, manakala untuk withdrawal ke E-wallet, ianya mengambil masa selama 30 hari. 

Lajunya SHOPBACK 3 hari bekerja saja duit dah boleh masuk ke akaun bank, jadi mrs pip pilih BANK TRANSFER.

cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

Cara untuk Cashout Duit di SHOPBACK pun mudah.
1. Pilih bank transfer
2. Pilih bank anda
3. Masukkan akaun bank anda
4. Verify for Payout (masukkan OTP yang diberikan ke no. phone anda)
5. klik Submit
6. Periksa akaun bank anda dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja

cara mudah cashout duit di shopback
Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK

mrs pip cashout duit di SHOPBACK pada hari Rabu 22.01.2020 , dan pada hari Jumaat 24.02.2020 duit sudahpun berjaya masuk ke akaun mrs pip .... so, memang berjayalah cashout duit di SHOPBACK, lajunya 3 hari duit dah masuk bank! yahoo.

jadi, SHOPBACK bukanlah menipu kan ..... memang berbaloi apabila kita membeli belah atas talian atau online shopping, dan kita menggunakan SHOPBACK , kita akan mendapat sedikit CASHBACK / REBATE dan apabila kita kumpul lama - lama, ianya akan bertambah banyak.

apa yang anda perlu tahu ialah, sila ambil tahu DOs dan DON'Ts bagi setiap merchant.

contohnya kalau kamu menggunakan BOOST untuk tambah nilai / bayar prepaid atau postpaid, CASHBACK hanya akan diberikan apabila kamu bayar phone kamu yang berdaftar dengan BOOST.

sekiranya anda bayar bagi pihak orang lain, CASHBACK tak akan dibayar ke dalam akaun SHOPBACK anda.

SHOPBACK >>>> BOOST >>>> Reload Mobile >>> Reload phone no. anda sahaja yang akan diberikan CASHBACK oleh SHOPBACK.


Tips: 
Buka SHOPBACK semula setiap kali selesai satu transaksi dan ingin membuat transaksi baru.

1. Apabila anda ingin membeli belah di Shopee, pastikan cart anda kosong terlebih dahulu, kemudian pergi ke SHOPBACK.

2. di SHOPBACK, klik Shopee dan tunggu untuk anda dibawa ke Shopee Apps (Pastikan anda ada Shopee Apps di phone).

3. Di Shopee Apps, cari dan pilih barang yang anda ingin beli dan buatlah pembayaran.

4. Selesai pembayaran, anda terlupa untuk membeli barang lain dan ingin membeli lagi.

5. Maka, tutup Shopee Apps anda, dan kembali ke SHOPBACK, klik semula Shopee.

6. Dan sekali lagi anda akan dibawa ke Shopee Apps, dan buatlah pembelian seperti yang anda inginkan.

7. Ulang langkah yang sama sekiranya perlu.

untuk orang yang tweet tu, marah kat SHOPBACK pasal earnings lambat boleh withdraw, cashback kena cancel , mrs pip harap silalah ambil sedikit masa untuk baca requirements / guidelines SHOPBACK :))

dan untuk anda yang rajin sangat shopping online, selalu tempah hotel melalui laman web Agoda / Traveloka misalnya, atau selalu buat pembelian menggunakan BOOST, bolehlah daftar SHOPBACK untuk lebih penjimatan.

BOOST bagi 2% cashback , Zalora bagi 4.5% cashback, Shopee bagi 0.5% cashback dan setiap merchants memberikan peratus cashback yang berbeza-beza. Jmatlah jugak kan walaupun sikit. Ada sorang blogger tu mrs pip baca dia punya cashback cecah leboh RM500.00 juga pasal banyak booking kat Agoda.

Daftar SHOPBACK di sini dan bershopping online dengan lebih bijak

cheers.

Share with your friends

15 comments

  1. wah banyaknya shopping kiranya shopback ni tak menipu la bila berjaya cashout.. tak pernah try lagi cashout duit dari shopback, nak menabung dulu kat situ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni cashback kumpul bertahun tahun juga ni baru dapat cashout . Hehe.

      Delete
  2. thank you for sharing this mrs pip. ray still tgh tunggu my earnings to be available. now semua still pending.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai Masa nnt pasti akan Hadi available. It takes time tapi worth guna SHOPBACK kan slowly kumpul cashback.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian info ini. Sangat berguna :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing mrs pip. so far belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah guna SHOPBACK ... Kumpul lama2 jadi banyak nnt bolehlah cashout.

      Delete
  5. Wah, bestnya! Saya ada akaun shopback, tapi jarang guna sebab sekarang jarang beli online :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa, next time kalau beli online bolehlah guna shopback.
      sikit2 lama2 pjadi banyak...hehe.

      Delete
  6. penjimatan sungguh la SHopback ni..
    baru menjinak2 nak guna hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah guna, kaki travel untung ler kalau guna agoda traveloka thru shopback ni.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done