Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 30 July 2018

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

hi there, fuh lega, akhirnya dapat juga tebus points dari kad B Infinite mrs pip ni ... apa tu Kad B Infinite? untuk korang korang yang kaki ONLINE SHOPPING mcm mrs pip, wajib ada kad B Infinite ni tau ... kad B Infinite ni ialah untuk korang collect points hasil shopping secara online, tetapi selain shopping secara online, mata ganjaran B Infinite ni juga korang boleh collect di banyak merchants terpilih tau antaranya di Starbuks, 7 Eleven, Berjaya Hotel & Resort, Cosway dan banyak lagi ....

B Infinite Card
B Infinite Card

mrs pip dah lama guna kad B Infinite ni ... sebelum ni ianya dikenali sebagai BCard, tapi telah ditukar kepada B Infinite (tak ingat bila), dan in fact, gambar di atas tu ialah kad lama B Infinite, tapi still valid boleh digunakan untuk collect points.

kebaikan kad ni ialah korang boleh collect points ketika membeli belah, dan korang boleh tebus mata ganjaran yang korang dapat tu di merchants yang terpilih ... tapi korang PERLU alert tau, yang points terkumpul tu ada jangkahayat, so ianya boleh burn/hangus selepas jangkahayat tamat .... mrs pip pun baru perasaan hal ni, muehehe ... ingatkan points tu forever and ever ... lebih 1,000 points mrs pip hangus , huhu!

tak pa, yang hangus tu hangus lah ... still ada baki sekitar 2,800 points! so kali ni tak nak bagi peluang ianya hangus mcm tu saja, so jomlah kita REDEEM itu points ...

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

antara website yang boleh redeem points ialah di 11th Street ... so tadi mrs pip shopping baju baby kat 11th Street, dan total semua pembayaran selepas checkout ialah RM94.07 ... dan memandangkan 11th Street ni boleh saja redeem mata ganjaran B Infinite , so terus claim semua points! muehehe.

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

macam mana nak claim kat 11th Street ni mata ganjaran B Infinite? senang saja ... korang pergi saja MY PAGE, lepas tu klik B Points untuk verify kad B Infinite korang ... dah klik B Points tu, korang masukkan nombor kad B Infinite korang ... lepas tu check baki mata ganjaran korang dengan memasukkan B Infinite Pin (pin ni ada kad belakang kad korang ok) ... lepas tu klik verify mcm kat gambar di bawah ...

Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street
Kelebihan Kad B Infinite + Berjaya Tebus Mata Ganjaran di 11th Street

so dah tahu brapa banyak mata ganjaran yang korang boleh redeem ? jom shopping! bila korang dah beli belah kat 11th Street tu kan, nnt bahgian checkout, tengok yang ada tulisan B Points, so masukkan no. kad B Infinite, dan masukkan pin number, nnt boleh pilih nak redeem semua B Points tu atau sebahagian saja (terpulang korang, mcm mrs pip mmg redeem semua points), lepas tu nnt time pembayaran, 11th Street akan kurangkan jumlah pembayaran selepas tolah jumlah B Points yang telah ditolak ...

mcm mrs pip , total shopping RM94.07, lepas tu guna semua B Points bernilai RM28.73, so mrs pip cuma perlu bayar RM65.34 ... kat 11th Street ni, setiap 100 B Points, boleh redeem RM1.00 ... mrs pip ada 2,873 points, so happylah kan dapat sedikit penjimatan beli barang dengan tolak B Points ni ...

biasanya mrs pip collect B Points ni hasil shopping di Lazada, Zalora, Photobook, dan pembayaran menggunakan MOLPAY ... tapi penyumbang terbanyak ialah hasil membeli belah melalui Lazada ... I is pembeli tegar di Lazada :)) ...

mcm mana nak register kad B Infinite ni? senang saja, korang cuma perlu ke laman web rasmi 


atau korang boleh baca lebih lanjut "How to get started" 


dan boleh check semua merchants yang telibat dengan B Infinite 


so yang kaki shopping online tu, gunakan peluang redeem mata ganjaran B Infinte sebaiknya ... selain B Infinite ni, korang juga boleh berjimat cermat shopping online menggunakan SHOPBACK untuk mendapatkan penjimatan CASHBACK! 

Cashback from Shopback
Cashback from Shopback
dan so far , hasil beli belah secara online, mrs pip berjaya collect CASHBACK sebanyak RM33.89 (available balance + pending earnings) ... dan yang best mengenai Cashback kat Shopback ni, ianya lifetime earning, takkan burn atau hangus sampai bila bila ... beli beli barang online, kumpul sikit2 dapat cashback, lepas tu nanti withdraw la duit ni masuk akaun bank , lepas tu guna balik beli barang online ... the cirle is there ! hehe.

yang berminat nak register kat SHOPBACK ni, bolehlah register kat laman web 


dan sebelum ni mrs pip ada buat review pasal website Shopback ni, so kalau nak tau lebih details, boleh baca kat entry terdahulu mrs pip


thanks for reading ! and enjoy your online shopping moments.

cheers.

7 comments:

  1. Menarik tentang kad B Infinite tu..baru tau harini. Lepasni boleh try riki2 kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk tempat boleh guna collect point dgn kad ni, tp tmpt mrs pip ni terhad, guna utk shopping online sajalah...

      Delete
  2. Replies
    1. kalau yg selalu guna merchants yg partner dgn B Infinite ni, memang bagus ada kad ni ...

      Delete
  3. eh...baru tau pasal b-infinite ni..okey, nak register skrg jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. register jgn tak register ...
      kumpul points byk2, nnt boleh redeem ...

      Delete
  4. dulu tak aware sangat dengan function kad2 ni.. rasa penuh wallet banyak sangat. tapi sejak ada kreta sndiri rasa susah nak isi minyak
    buatla jugak kad. uuish part booleh redeem tu best tu. especially utk minyak hehe..

    ReplyDelete