Kebaikan Bertungku Selepas Bersalin

Kebaikan bertungku selepas bersalin || hi there, hari tu mrs pip ada share kat blog yang mrs pip ada beli tungku besi ... 

pencarian membeli tungku besi secara online dengan harga bajet mrs pip akhirnya berjaya selepas mrs pip terjumpa seller kat Lazada yang tawarkan harga tungku besi bersama sarung tungku pada harga yang affordable berbanding seller lain ... 

kalau ibu ibu yang tengah mengandung sedang mencari set tungku besi bersama sarung tungku , boleh baca entry mrs pip >>> beli set tungku besi 2kg dan sarung tungku di Lazada <<< 

gambar kat bawah ni lah set tungku besi beserta sarung yang mrs pip berjaya beli di Lazada hari tu ... 

Kebaikan bertungku selepas bersalin
Kebaikan bertungku selepas bersalin

apakah kebaikan bertungku selepas bersalin ni ?


melalui pembacaan mrs pip, bertungku merupakan amalan tradisional yang biasa dilakukan oleh ibu ibu / wanita yang habis bersalin , dan amalan bertungku ini dikatakan membawa banyak kebaikan buat ibu ibu / wanita yang sedang dalam berpantang ...

Kebaikan bertungku dikatakan antaranya ialah :-

  • mengecutkan rahim
  • melancarkan perjalanan darah
  • membuang angin dan memanaskan badan
  • mengelakkan buasir
  • memecahkan lemak
  • menyegarkan badan
  • membaik pulih sistem urat saraf
  • mengurangkan sakit senggugut
  • mengurangkan lenguh dan sengal badan
walaupun bertungku ni nampak mudah, namun ianya perlu dilakukan dengan langkah berjaga-jaga ... 

tungku dipanaskan dengan api perlahan selama lebih kurang sejam, dan pastikan tungku dimasukkan ke dalam sarung tungku dengan berhati hati untuk mengelakkan terkena kulit secara terus yang boleh mengakibatkan kulit melecur.

untuk ibu ibu yang bersalin secara pembedahan, elakkan bertungku di kawasan jahitan, dan sebaiknya dapatkanlah nasihat daripada doktor ... 

dan bertungkulah dengan cara yang betul, kalau tak tahu mcm mana nak bertungku ni, boleh google cara bertungku, tak pun boleh bertanya dengan kaum keluarga / sesiapa yang biasa bertungku ...

bertungku dilakukan biasanya sebelum proses memakai bengkung ... dan satu lagi, kalau korang bertungku menggunakan herba, pastikan korang tiada masalah alahan terhadap herba yang digunakan ... bertungku tanpa herba mahupun dengan herba tidak mempunyai beza yang jauh ... 

kalau ada herba tu, ianya lebih wangi, terasa lebih relaxing dan mind calming gitew ...

Bahagian badan yang disyorkan bertungku ialah :-

  • Bahagian peranakan - bertujuan untuk mengecutkan rahim yang mengembang ketika mengandung ... biasanya untuk bahagian rahim, ianya mengambil masa selama 25 minit untuk ditungkukan ...
  • Bahagian badan - dilakukan di sekitar bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat ... ianya dimulakan dengan bahagian dada untuk melancarkan pengaliran darah dan membantu melancarkan pengeluaran susu badan, kemudian diikuti dengan bahagian ulu hati untuk memcahkan angin, dan beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri, dan ke belikat kanan dan kiri dan diakhiri di bahagian tengkuk ... masa yang disyorkan di setiap kawasan ialah 5 - 10 minit setiap satu ...
  • Bahagian bawah - dilakukan di sekitar betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki dan ianya mengambil masa sekitar 15 minit di setiap kawasan ... pastikan ibu ibu / wanita yang baru lepas bersalin mendapatkan pertolongan bertungku daripada ahli keluarga terdekat atau mereka yang pakar menungku kerana agak sukar untuk ibu ibu bertungku untuk bahagian bawah ni kan ... 
bertungku sebaiknya dilakukan dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang  ... 

tetapi kalau terasa badan sejuk, bolehlah bertungku pada waktu badan terasa sejuk ... 

dan ketika bertungku, panaskan semula tungku apabila tungku telah sejuk ... 

selain bertungku, ibu ibu / wanita yang lepas bersalin juga digalakkan memakai bengkung dan bertangas selain mengamalkan pemakanan sihat dan jagalah kesihatan sebaiknya semasa berpantang ...

sebelum ni mrs pip pernah guna tungku herba, cuma dari segi jangka hayat, tungku herba tu mmg tak boleh lah nak simpan sampai bertahun tahun kan, so kali ni mrs pip beli tungku besi pula , boleh simpan lama dan guna berulang kali ... selain tu , kalau pandai jaga, tungku besi ni boleh guna bertahun tahun, siap boleh dibagi kat waris lagi , muehehe.

thanks for reading, semoga info ni bermanfaat ...

cheers.

Post a Comment

12 Comments

  1. bagus entry ni. memberi info yang berguna untuk ibu2 diluar sana.saya pun bertngku sejak dari anak pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. best rasa badan bila dapat bertungku :))

      Delete
  2. terbaek.. memang akan memerlukan ni satu hari nanti :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, insya allah nnt saya join segmen ejulz...

      Delete
  3. Akak x pernah bertungku walaupun dah 5 org anak, cuma pakai bengkung ja. Sbb dulu x tau ttg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip pun tau bab2 bertungku ni bila dah start pregnant 1st baby ... so bila try bertungku, rasa best pula, tu yang terus bertungku selepas bersalin ... tapi bab2 bengkung, kadang2 pakai, kadang2 tak pakai ... kena minta bantuan incik suami untuk tarik tali bengkung tu ketat2, mrs pip tak cukup kuat nak ketatkan tali bengkung tu ...

      Delete
    2. Hihihi...Akak mesti guna bengkung sbb kulit x anjal mcm kbykn org. Tapi kdg2 malas jg. Emak yg rajin tlg psgkan.

      Delete
    3. mcm saya pun nak guna bengkung, memang penat nak ketatkan bengkung tu, berharap suami la yg tolong pasangkan bengkung ...

      Delete
  4. Best sgt bila bertungku, masa pantang waktu bertungku dan mengurut badan paling dinanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip ni mmg harap mr.Husband la yg tolong tungkukan nnt :))

      Delete
  5. Bagusnya mrs pip share ini.. Sebab sha tengok mak-mak zaman sekarang, kurang dah nak bertungku-tungku ini.. Padahal banyak kebaikkannya bila bertungku ini.. Nice entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertungku ni bukan yg berpantang bersalin, yg dah lama tak bertungku, bolehlah sesekali layan bertungku utk relaxkan badan :))

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.