Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung

hi there, so hari ni mrs pip nak kongsi resipi mudah iaitu resipi salad epal hijau sedap  untuk ibu mengandung. Resipi ini memang sesuai untuk mak mak yang tengah mengandung dan asyik rasa laparrrrrrr yang memanjang ... huh! jenuh kalau asyik nak makan makanan yang high carbo kan, tiap kali lapar cari nasi, so kita tukar daripada nasi, ke makanan simpleyang sedap, mengenyangkan dan sihat ...

dan, bukan sekadar mengenyangkan, tapi sangat mudah disediakan ... tada! ni lah kudap kudap simple tu, resipi salad epal hijau sedap dan rangup sesuai sangat sebagai makanan ringan untuk ibu mengandung ...

Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung
Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung

Bahan-bahan dan cara-cara menyediakan salad epal hijau sedap

ikut suka korang la ya .. kalau nak makan banyak, boleh sediakan dalam jumlah yang banyak, tapi yang resipi mrs pip sediakan ni untuk hidangan dalam mangkuk kecil, cukup sekali makan ...


  • satu biji epal hijau dipotong dadu (tak perlu kupas kulit, tapi pastikan cuci epal bersih bersih ya)
  • 2 sudu besar sultanas / kismis
  • 2 sudu besar honey peanuts (yang ni banyak jual kat pasaraya, di packing siap sedia. mrs pip guna jenama TONGS) ....
  • Mayones secukupnya ....

apa yang korang perlu buat ialah hanya gaul epal dan sultanas tu, kemudian masukkan mayones dan tabur honey peanuts tu ...

memang sedap dimakan begitu saja, ada rasa rangup rangup ... korang boleh ubah suai resipi ni ikut selera masing masing. boleh juga kalau nak tambah hirisan kecil buah anggur ... ataupun nak letak sedikit nata de coco ... mana mana yang korang rasa sesuai di tekak korang ok ...

Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung ni bukan sekadar kudap kudap untuk ibu mengandung, sesiapa pun sesuai untuk makan kudap kudap ni, anak anak mrs pip pun suka , orang yang sedang berdiet pun sesuai juga makan ni dalam kuantiti sederhana ... lagi best kalau disejukkan seketika ... 

selamat mencuba ...

cheers. 

6 Comments

  1. ha'ah mrs pip..yg tak mengandung pun lapar tengok salad epal ni, tau..haha

    ReplyDelete
  2. yum yum... mmg sedap... akak suka...

    ReplyDelete
  3. freeze bila makan time sejuk, sedap ! =D

    ReplyDelete
  4. Kalau letak sos thousand island pon sodap tapi xjadi diet dah la hahhaha

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa kak.. busyra suka epal hijauu

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post