5 Cara Berdepan Dengan Sikap Terrible Two Si Anak

Baik Iman, Amin dan termasuklah Nami, sikap terrible two mereka memang boleh tahan mencabar kesabaran aku sebagai seorang mommy.

Tadi pagi jam 3.30 aku dikejutkan dengan tangisan Nami. Ingatkan dia digigit serangga, rupa-rupanya dia nangis nak buang air kecil dekat tandas.

Teringat juga kisah Iman dengan sikap terrible two yang asyik mau menang dan tak boleh dibangkang. Asyik kena ikut cakap dia saja. Contohnya, kalau dia tak mahu mandi, maksudnya dia belum ready untuk mandi dan masih mahu bermain walaupun play time dah berlalu.

Kalau dia mahu memanjat atau melompat berulangkali dari atas meja ke lantai , maka dia akan buat sehingga dia letih. Dan ada masa dia bergoleh keliling lantai rumah kalau kita halang kehendak dia!

Kisah Amin juga lebih kurang sama sahaja. Tetapi kerana sudah ada pengalaman handle sikap terrible two si Iman, maka emosi aku sedikit stabil dan dah boleh tahu tricks nak pujuk Amin.

Ada masa aku biarkan sahaja Amin bermain dengan emosi dia sendiri. Pernah sekali tu dia minta buah, dan aku terlambat bagi buah tu pasal nak kupas dulu. Hiks! dia merajuk sampai tertidur walaupun aku dah bagi buah tu dekat dia. Dia jeling aku seperti aku buat salah besar.

Ada masanya anak-anak sengaja sepah-sepahkan toys. Kalau dulu aku memang akan rasa jengkel dan marah. Tapi sekarang, aku chill sahaja kalau toys bersepah dan rumah tak nampak kemas.

Semua ni kerana sikap terrible two si anak.

5 Cara Berdepan Dengan Sikap Terrible Two Si Anak
Gambar : Kredit Pexels


Berbalik kepada cerita Nami nangis jam 3.30 pagi tadi gara-gara nak pergi tandas - Nami dari semalam memang refused untuk dipakaikan diapers. So aku biarkan dia tidur lena dulu, kemudian aku pakaikan dia diapers.

Pagi tadi dia terjaga, maybe pasal semalam dia dah set dalam otak dia yang dia tidur tanpa diapers, so bila dia nak buang air kecil, dia bangun dan maybe dia kejutkan aku tapi aku tak sedar.

End up dia nangis. Padahal dia boleh buang air dalam diapers dia kan. mr.Husband kejutkan aku dan bagitau Nami mau pergi tandas. mr.Husband dah pujuk bawa Nami untuk ke tandas, tapi Nami enggan. Dia nak mommy juga yang bawa dia pergi tandas! 

Apabila anak meragam macam ni, jangan melenting marah walaupun kau mengantuk dan rasa letih. Cuba jaga emosi. Bagi aku ni macam ujian kecil sahaja - anak nak perhatian dari mommy padahal boleh saja dia pergi toilet daddy temankan, bukan tidak biasa.

Aku bangun dan dukung Nami masuk tandas. Biarkan dia buang air kecil. Lepas tu angkat dia masuk bilik, kejap saja dia tutup mata dan sambung tidur seperti biasa.

Anak oh anak!

5 Cara Berdepan Dengan Sikap Terrible Two Si Anak


1. Jaga emosi anda

Ya bagi aku ni sangat penting.

Anak tengah meragam, emosi mereka tidak tenteram. Jadi kita jangan meragam sama. Nanti lagi teruk kejadiannya.

Relax. Cuba faham apa yang anak sedang inginkan. Kenapa mereka meragam?

2. Pujuk anak 

Ada ibubapa malas pujuk anak. Malah terus dimarah-marah anak tersebut, lagi-lagi di depan orang ramai.

Bagi aku tengok keadaan sama ada sesuai untuk dipujuk, atau biarkan dulu anak melepaskan emosinya sebelum kita ambil dan peluk anak kita.

Emosi anak tak stabil, dan mereka belum mampu untuk sampaikan perasaan dan keinginan mereka dengan jelas, dan slah satu cara untuk mereka tunjuk perasaan mereka ialah dengan melepaskan tantrum.

Seperti Nami yang mahu ke tandas, ceritanya mudah sahaja. Dia mahu ke tandas ditemani mommy dan tidak mahu orang lain. Jadi, tak perlu marah-marah. Pimpin tangan dia dan temankan dia ke tandas. Semuanya settle kurang daripada 5 minit. Dan kita sambung tidur dengan aman.

3. Latih anak agar berdisiplin

Kalau anak-anak suka membaling mainan samaada dia sedang marah atau dia rasa terganggu secara tiba-tiba, biarkan dahulu anak-anak melepaskan emosinya.

Cuba distract anak dengan benda lain seperti berikan dia buah-buahan kesukaan dia, atau pujuk dia main dengan mainan yang lain.

Selesai anak anak ang tantrum, bawa anak anak mengemas permainan. Beritahu anak yang mainan tidak oleh dibaling sesuka hati kerana nanti mainan boleh rosak.

Guna ayat yang mudah difahami oleh anak-anak.

Macam aku selalu cakap kalau buang mainan, nanti mainan semua lari dan tidak mahu main dengan Nami. 

Dan kalau Nami sengaja buang maina lag, aku sengaja sembunyikan mainan dia untuk seketika, dan aku bagitau yang mainan dia merajuk kesakitan kerana dibuang. Mainan akan datang semula kalau Nami jadi baik.

Biasanya ini cara aku buat anak untuk berfikir kesan akibat perbuatan mereka.

4. Puji dan peluk anak

Perangai aku memang suka puji dan peluk anak kalau mereka tolong aku walaupun hal-hal kecil seperti ambil kain lap dan lap minuman yang tertumpah di lantai.

Kalau dulu aku minta mereka tolong, tapi lama kelamaan mereka akan cari kain lap di dapur bila nampak ada minuman tertumpah di lantai.

Aku puji mereka "Baiknya Nami. Thank you baby". Kemudian aku akan peluk anak aku.

Aku mau dia tahu yang setiap bantuannya dihargai.

Kadangkala anak sengaja memanjat dan boleh memberikan bahaya kepada dia, aku akan panggil dan saja-saja minta tolong buat kerja lain seperti "Nami come, help mommy angkat bantal ni susun di katil"

Ni cara aku alihkan perhatian dia. Lepas tu dia datang dan tolong. Aku peluk dan cakap terima kasih. 

Lepas tu aku slow talk bahaya main panjat panjat. Kalau dia nak panjat juga, aku suruh dia panjat kerusi yang tak berapa tinggi dan dia boleh melompat sesuka hati dia.

5. Bagi anak peluang berdikari (promote independence) 

Mungkin sedar tak sedar kita ni suka sangat kawal anak.

Baju apa dia nak pakai, mainan apa dia perlu mainan, benda apa dia boleh pegang tak boleh pegang.

So, aku cuba biarkan anak aku buat keputusan. Biarkan dia berdikari.

Contohnya lepas mandi, aku akan tanya anak baju mana satu dia nak pakai - then aku minta dia ambil baju yang dia suka di bakul pakaian dia.

Atau bila bermain, aku nak hadkan dia sepah-sepahkan permainan dia, jadi aku akan dia nak main apa. Jadi aku akan bagi dia pilih beberapa toys yang dia nak main, dan bagitau dia toys yang lain kita simpan dan main di lain waktu.

Bagi dia peluang untuk buat keputusan dan pilihan. Ini antara cara juga yang membantu membentuk emosi dan yakin diri anak untuk kurangkan dia tantrum dengan perangai terrible two dia.


Perangai terrible two Amin - sampai tertidur dia marah mommy gara-gara lambat bagi buah 


Ada banyak cara lain lagi yang kita boleh cuba buat untuk atasi dan berdepan dengan sikap anak yang melalui fasa terrible two.

Bagi aku, terrible two hanyalah satu fasa mendidik sifat keibubapaan kita agar lebih bersabar. Fasa ini memerlukan kita menjadi observant kepada anak-anak kita. Jangan ambil jalan singkat dengan melepaskan marah dekat anak-anak kita.

Anak-anak mahu kita memahami mereka, bukan kita pula yang mahu anak-anak memahami kita. Mereka terlalu kecil untuk memahami kita, jadi mainkan peranan kita yang sewajarnya sebagai ibubapa.

Tunjukkan yang kita sabar dan sayang mereka. Insya Allah kelak mereka juga akan sabar dan sayang kita.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

3 Comments

  1. bagus nya dah pandai tak nak guna diaper ye.

    ReplyDelete
  2. Huwaaaaa!!!! tengah hadapinya. daripada /10 cuma elok 1-3 saja emosi ibunya nihhh..

    ReplyDelete
  3. semoga anak-anak sihat dan menjadi org yg berjasa kepada ibubapa masyarakat dan negara

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.