Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Kelebihan Membaca Ayat Kursi. hi there, siapa mau sentiasa dalam jagaan ALLAH? Lepas tu diutus 70 ribu malaikat untuk mendoakan kebaikan untuk kita? ayat yang banyak kebaikannya sehinggakan ketika ayat ni diturunkan, para malaikat beramai ramai bersama sama membawa ayat ni kepada kekasih ALLAH, nabi kita nabi Muhammad SAW ....

Dalam kita sedang busy busy buat kerja tu, apa kata kita baca ayat kursi ... sambil busy busy mau drive pigi tempat kerja, kita baca ayat kursi ... sambil mak mak suri semua jemur kain di ampaian, kita baca ayat kursi ....

Tak perlu susah2 kan otak mau baca berapa banyak, kita baca ja dalam hati sebanyak mana yang kita mampu, dan niat yang kita mencari keredhaan Allah SWT ... T_T ... 

Daripada busy layan gosip berwhatsapp berfacebook, elok kita busy kan juga hati mulut kita ni bergosip baca ayat kursi, kot kot disenangkan urusan oleh Allah hendaknya ... xoxo.

kelebihan ayat kursi

Ayat ini disebut Ayat Kursi kerana perkataan KURSI yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat, iaitu syiar atas kebesaran ALLAH yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Ayat Kursi (Ayat 255 daripada Surah Al-Baqarah)  

Kelebihan Membaca Ayat Kursi

1. Orang yang selalu membaca ayat kursi dicintai & dipelihara ALLAH sebagaimana dia memelihara Nabi Muhammad SAW

2. Sesiapa berwhuduk lalu membaca ayat Kursi sekali, nescaya ALLAH akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan ALLAH akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari kiamat.

Baca Ayat Kursi Sebelum Keluar Rumah:

3. Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, maka ALLAH mengutuskan 70 ribu malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

 Kita ni hari hari keluar rumah, tinggalkan anak isteri, ibu bapa, keluarga semata - mata untuk bekerja, jadi ambillah peluang yang ALLAH berikan dengan membaca ayat kursi, insya allah kita dirahmatiNYA dan siap dihantar malaikat lagi untuk melindungi kita ....

4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Kursi, nescaya ALLAH akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan

6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH akan memberikan pertolongn kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya

7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, ALLAH hilangkan segala kefakiran di depan matanya.


Baca Juga : Amalan mudah ketika Tidur ; semoga tidur kita bernilai IBADAH


Baca Ayat Kursi 12x Pada Pagi Jumaat: 

8. " sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat 2 rakaat, ALLAH memelihara daripadanya kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar"

9. Sesiapa membaca ayat Kursi, nescaya ALLAH mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaallah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Baca Ayat Kursi 170x :

11. Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali:

  • a) di tengah malam atau diikuti solat Hajat, insyaallah berhasil hajatnya (hajat yang baik2 saja tau!)
  • b) memperolehi hidayah dan petunjuk dari ALLAH SWT
  • c) meningkatkan kecerdikan dan terang hati
  • d) terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita

Kelebihan Baca Ayat Kursi Setiap Kali Habis Solat Fardhu:

12. Sesiapa membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu,

  • a) berada dalam lindungan ALLAH hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan
  • b) ALLAH menganugerahkan hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat
  • c) ALLAH akan mengambil rohnya seprti orang yang berperang bersama para nabi sehingga syahid
  • d) terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para MUJAHID yang berjihad berserta para ANBIYA
  • e) ALLAH tidak menegah akan dia daripada masuk syurga
  • f) dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu masuk syurga

Baca Juga: Doa Redha Ibu Kepada Anak Sebelum Tidur

Baca Ayat Kursi Sebelum Tidur:

13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;

  • a) ALLAH mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • b) ALLAH akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya
  • c) terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • d) ALLAH mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
  • e) jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.


14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
  • a) mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • b) terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • c) ALLAH akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


Allahu akbar ... sungguh banyak kebaikan membaca ayat Kursi kan ... 

Korang pun jangan setakat baca entri ni tau, tapi sila la hafal dan amalkan ayat Kursi ...

Sama2 kita mencari keredhaan ALLAH ...

thanks for reading.

cheers.

(sumber asal https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/01/kelebihan-fadhilat-ayat-al-kursi)

Post a Comment

18 Comments

  1. Terima kasih. Kena kerapkan membaca ayat kursi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat Kursi ni ayat yang paling saya suka. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

      Delete
  2. Memang kena baca setiap hari selepas sembahyang dan sebelum tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semoga kita semua boleh amalkan membaca ayat kursi.

      Delete
  3. Tak rugi siapa yang amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga dibei perlindungan bagi kita yg baca ayat ni.

      Delete
  4. Ayat Kursi sememangnya sudah saya amalkan, sama ada keluar rumah, naik kenderaan, dan selesai solat fardhu.. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... semoga kita selalu baca ayat ni dalam setiap waktu kan Shikin.

      Delete
  5. bagus amalkan ayat kursi hari-hari. thanks Mrs pip for sharing

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah, LZ akan amalkan sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk semua.

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni. Hari hari amalkan :)

    ReplyDelete
  8. Memang banyak kelebihan mengamalkan ayat kursi ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, antara ayat yang mudah dibaca, dan diingat.

      Delete
  9. insyallah dijadikan amalan.. cuma yang part baca banyak2 tu belum mampu hehe.. slowly la ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita baca saja setiap hari ikut kemampuan kan Siti. saya pun x mampu lagi nak baca banyak2.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.